You are on page 1of 8

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JOHOR BAHRU, JOHOR

PROGRAM :

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 2 SEMESTER II

UJIAN HESS

NAMA : MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


NO MATRIK : BPP2019-0589
NO KAD PENENALAN : 950324106661
AMBILAN : 2/2019
PENEMPATAN : WAD PERUBATAN (HSI)
TARIKH PENEMPATAN : 25 JULAI 2021 HINGGA 14 OGOS 2021

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. LITERATURE REVIEW 2

3. PERBINCANGAN 3

a. Tatacara 4

4. RUMUSAN 5

5. RUJUKAN 6

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


PENGENALAN

Demam denggi ialah penyakit tropika yang berpunca daripada jangkitan virus denggi yang
terdapat pada nyamuk aedes. Penyakit ini boleh membawa kepada kematian jika tidak dirawat
dengan kadar segera dan tiadanya pengawalan penyakit di kawasan tertentu. Kaedah yang telah
digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penyakit ini
adalah dengan melakukan lawatan ke kawasan berisiko tinggi untuk penyakit ini. Selain itu,
KKM juga telah memperuntukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk melakukan aktiviti
Fogging atau semburan asap di kawasan tersebut.

Di peringkat Klinik Kesihatan (KK), proses pengesanan dan rawatan telah dilakukan
untuk membantu dalam pembendungan penyakit demam denggi. Antara ujian yang dilakukan
untuk mengesan penyakit ini adalah dengan melakukan ujian HESS yg akan dilakukan oleh
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan juga Pegawai perubatan yang bertugas.

Ujian HESS dapat membantu dalam mengenal pasti jika terdapat keabnormalan pada
salur kapilari darah yang mana kebiasaannya akan menjadi rapuh akibat jangkitan virus denggi.
Kehadiran virus denggi yang akan menyebabkan penyakit demam denggi dapat dikesan apabila
ujian HESS yang dilakukan memberi keputusan positif. Pesakit yang positif ujian HESS perlu
segera diberi rawatan untuk mengawal keterukan penyakit yang berisiko sehingga boleh
menyebabkan kematian.

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


LITERATURE RIVEW

Menurut Somia Iqtadar, Sami Ullah Mumtaz, Sajid Abaidullah, Mohsin Masud dan Razia
Amanat (2013) dalam penulisan Specify of HESS Test as a Maker of DHF menyatakan demam
denggi adalah masalam umum yang sering berlaku di negara- negara tropika. Ujian HESS yang
dilakukan kepada 50 pesakit pada bulan Septembar hingga Oktober 2011 yang didapati
mengalami penyakit demam denggi di Mayo Hospital Lahore, mendapati seramai 26 individu
adalah positif ujian HESS tersebut

Menurut World Health Organization (WHO) (1996), Musim denggi telah bermula di
Malaysia dengan 2450 kes dilaporkan di seluruh negara pada 1 Jun 1996 menurut maklumat dari
Pusat Kerjasama WHO untuk Demam Berdarah / Denggi di Kuala Lumpur. Negeri-negeri yang
paling terjejas adalah Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Johor dan Pahang. Musim ini
dijangka berterusan untuk beberapa bulan ke depan mencapai puncaknya pada bulan Julai /
Ogos. Langkah-langkah kawalan vektor aktif berlaku di semua negeri.

Antonio Jose Grande ,Hamish Reid,Emma Thomas,Charlie Foster dan Thomas C. Darton
(2016) , menyatakan dalam penulisan mereka bertajuk Tourniquet Test for Dengue Diagnosis:
Systematic Review and Meta-analysis of Diagnostic Test Accuracy bahawa Ujian tourniquet
banyak digunakan dalam keadaan kekurangan sumber walaupun terdapat bukti yang
menunjukkan hanya peningkatan marginal dalam membuat diagnosis jangkitan denggi.

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


PERBINCANGAN

Ujian HESS didefinisikan sebagai ujian yang dijalankan untuk mengesan pendarahan di bawah
kulit [petechiae]. Ia juga dikenali sebagai Rumpel-Leede Test atau Tourniquet Test. Untuk
melakukan ujian ini, tekanan akan diberikan pada lengan dengan menggunakan cuff tekanan
darah selama 10 minit. Setelah cuff ditanggalkan, kira bilangan petechiae dalam ukuran diameter
5cm pada kawasan yang diberikan tekanan. Kebiasaannya, kurang daripada 15 petechiae akan
kelihatan. Jika terdapat lebih daripada 15 bilangan petechiae, ia menandakan berlakunya
kerapuhan atau kelemahan kapilariyang disebabkan oleh kurangnya fungsi platelet atau
trombositopenia. Perkara sebegini boleh dijumpai dalam kes-kes seperti skurvi dan demam
denggi. Ujian ini dinamakan sempena usaha seorang pakar perubatan Amerika iaitu Alfred
FabianHess.

Ujian HESS adalah bertujuan untuk mengesan petechiae yang merupakan manifestasi
klinikal bagi gangguan pembekuan darah seperti Trombositopenia , Demamdenggi / Demam
denggi berdarah , Keadaan kerapuhan / kelemahan kapilari.

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


TATACARA

1. Terangkan prosedur kepada pesakit dan dapatkan kebenaran.


2. Sediakan peralatan dan sediakan pesakit.
3. Dedahkan bahagian yang hendak dilakukan ujian.
4. Letakkan sphygmomanometer separas dengan lengan yang hendak dilakukan ujian.
5. Pasangkan cuff pada lengan terbabit dengan kemasdan ketat.
6. Cuff mestilah 2.5cmdari fossa kubital.
7. Kembangkan cuff [pam] hingga paras merkuri mencapai200mmHg.
8. Lepaskan cuff perlahan-lahan untuk dapatkan bacaan sistol [bunyi pertama].
9. Ambil bacaan diastol [bunyi hilang].
10. Tambahkan kedua-dua bacaan dan kemudian dibahagi dua.

Contoh : Tekanan darah [BP] pesakit adalah 120/80 mmHg. Apabila dijumlahkan
menjadi 200mmHg. Dibahagikan dengan 2, menjadi 100mmHg.

11. Campurkan 100mmHg yang diperolehi dengan 10 mmHg menjadikannya 110mmHg.


[Tekanan purata]
12. Inflate cuff hingga tekanan menjadi 110mmHg dan biarkan selama 5 minit.
13. Deflate cuffdan tunggu 5 minit lagi.
14. Periksa kehadiran petechiae di bahagian fossa kubital dan di kawasan berhampiran
pergelangan tangan di bahagian kulit yang kendur.
15. Kurang 5 tompok petechiae adalah negatif [-ve] manakala lebih 20 tompok adalah positif
[+ve].
16. Keputusan positif [+ve] menunjukkan keadaan-keadaan samada trombositopenia, masalah
platelet, kerapuhan / kelemahan kapilari dan demam denggi / demam denggi berdarah.
17. Beritahu keputusan.
18. Ucap terima kasih, rekodkan dan laporkan keputusan.
19. Kemaskan peralatan.

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


RUMUSAN

Diagnosis klinikal denggi sangat mencabar kerana penyebaran penyakit hampir tidak dapat
dibezakan dengan banyak jangkitan lain yang biasa dijumpai di kawasan tropika. Cadangan
semasa WHO menunjukkan gabungan sejarah klinikal, leukopenia dan hasil ujian tourniquet atau
Ujian HESS untuk membuat diagnosis jika ujian ELISA lambat berhasil. Memandangkan
keperluan untuk hasil sampel di kawasan di mana demam denggi adalah tinggi.

Walaupun masih digunakan secara meluas, analisis menunjukkan bahawa data yang menyokong
penggunaan rutin ujian tourniquet, atau Ujian HESS adalah masih satu keperluan. Namun perlu
dipertimbangkan bahawa kualiti bukti yang rendah kerana ketidak konsistenan hasil di seluruh
kajian yang telah dilakukan. Selanjutnya, terlalu bergantung pada penggunaan Ujian HESS untuk
menyokong diagnosis klinikal jangkitan denggi boleh mengakibatkan diagnosis yang salah
kepada pesakit dan anggaran kejadian penyakit yang tidak tepat. Walaupun cadangan semasa
harus dikaji semula berdasarkan penemuan ini, penggantian ujian HESS dalam praktik klinikal
sebagai rutin hanya akan dilakukan apabila teknologi di tempat perubatan yang lebih baik
disediakan dengan lebih meluas, terutama di daerah yang kekurangan sumber perubatan yang
mengikut arus perkembangan teknologi semasa.

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN


RUJUKAN

1. Hess, A. F. (2020, April 11). Hess test. Retrieved July 15, 2020, from
https://en.wikipedia.org/wiki/Hess_test

2. Farid, W. (n.d.). Ujian Hess. Retrieved July 15, 2020, from


https://prezi.com/de8b1ql2pipj/ujian-hess/?frame=e07db75dcddf439ef277c1355639
bd98a4b6c118

3. Nasrullah, M. (2016, July 03). Ujian Hess. Retrieved July 15, 2020, from
https://www.slideshare.net/nassruto/ujian-hess

4. Petechiae: Causes, treatments, and pictures. (n.d.). Retrieved July15, 2020, from
https://www.medicalnewstoday.com/articles/320597

5. Watson,S. (n.d.). Petechiae: Causes, Treatments, Pictures, andMore. Retrieved July15, 2020,
from https://www.healthline.com/health/petechiae

6. Somia Iqtadar, Sami Ullah Mumtaz, Sajid Abaidullah, Mohsin Masud dan Razia Amanat
(2013) Specify of HESS Test as a Marker of DHS
https://www.researchgate.net/publication/263032257_Specificity_of_Hess_test_as_a_marker_of
_DHF

7. World Health Organization, Diseas Outbreak News (1996) Dengue/dengue haemorrhagic


fever in Malaysia and Indonesia
https://www.who.int/emergencies/disease-outbreak-news/item/1996_06_14b-en

8. Antonio Jose Grande ,Hamish Reid,Emma Thomas,Charlie Foster,Thomas C. Darton (2016)


Tourniquet Test for Dengue Diagnosis: Systematic Review and Meta-analysis of Diagnostic Test
Accuracy
https://journals.plos.org/plosntds/article?id=10.1371/journal.pntd.0004888

BPP 2019-0589 | MUHAMAD HAZIQ BIN AHMAD AZMAN

You might also like