You are on page 1of 2

KELAMBU, 1964

1. Nama pengkarya Dzulkifli Buyong


2 Tema Suasana masyarakat Melayu sebelum tidur
3 Dimensi 94cm x 74cm
4 Unsur seni Dalam karya lukisan Kelambu oleh Dzulkifli Buyong ini, beliau telah
menggunakan pelbagai jenis garisan yang menciptakan rupa bentuk,
ton dan ruang. Garisan tebal dan halus terdapat pada tali kelambu
(garisan tebal) dan lantai serta pintu bilik (garisan nipis). Selain itu,
garisan berlingkar jelas kelihatan pada lingkaran ubat nyamuk. Bagi
garisan melintang, ia diaplikasikan dalam penghasilan sikat rambut.
Kain batik yang terdapat dalam karya lukisan ini pula menggunakan
garisan beralun serta reka corak yang berulang. Lukisan ini memiliki
rupa bentuk geometri dan organik. Contohnya, bentuk buku dan
kalendar tergolong dalam rupa geometri manakala kucing
merupakan rupa organik. Lukisan ini sememangnya berbentuk 2D
iaitu secara ilusi sahaja dan tidak dapat disentuh. Oleh itu, lukisan ini
memiliki banyak jalinan tampak. Misalnya pada motif kelambu.
5 Prinsip Rekaan Antara prinsip rekaan yang terkandung dalam lukisan ini adalah
penegasan. Perkara ini dapat dilihat pada kelambu yang merupakan
tumpuan utama dalam karya lukisan ini. Dari segi imbangan pula,
figura-figura perempuan yang dilukis adalah seimbang dan tidak
memfokuskan pada satu tempat sahaja. Terdapat kepelbagaian
objek dalam lukisan ini yang membuatkan ia lebih menarik pada
pandangan saya. Aspek harmoni dan kesatuan pula merupakan
aspek yang amat jelas dilihat melalui lukisan ini. Ia terbukti apabila
gadis-gadis dalam karya lukisan ini bekerjasama memasang kelambu
sebelum mereka tidur. Ia juga memaparkan nilai kasih sayang dan
keakraban mereka yang amat utuh antara satu sama lain.

6 Mesej/makna Karya lukisan ini menunjukkan penggunaan kain sarung batik


bercorak dan baju kurung. Hal ini merupakan salah satu budaya
Melayu iaitu memakai kain batik dan mengenakan baju kurung pada
waktu malam ketika hendak tidur. Selain itu, karya ini ingin
menyampaikan bahawa masyarakat Melayu mengamalkan sikap
bekerjasama tidak kira masa dan tempat mereka berada.
Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga, tidur hanya beralaskan
tikar dan ditemani oleh adik-beradik yang sejantina iaitu sesama
perempuan yang telah dipaparkan dalam karya tersebut Ia juga
merupakan salah satu ajaran Agama Islam yang telah menjadi
pegangan masyarakat Melayu. Akhir sekali, karya lukisan ini bukan
sahaja menzahirkan nilai kasih sayang dan keakraban sesama
masyarakat Melayu, lukisan ini turut memancarkan perasaan
tenang, aman, sedih serta nostalgia apabila kita melihat kepada
karya ini. Lukisan ini berjaya membawa orang yang melihatnya
mengembara dalam kenangan memori semasa kita merasai sendiri
keterujaan apabila kita dapat tidur beramai-ramai ditemani adik-
beradik dalam suasana kampung yang sederhana

You might also like