You are on page 1of 15

KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA

71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN

NAMA KURSUS:
1 DVM PENGURUSAN PERNIAGAAN
DBF 2133

KOMPETENSI:
06 POLITIK DAN KUASA ORGANISASI

NAMA:
MUHAMMAD HAFIZUDDIN ISLAM BIN ZAINAL

NO IC:
030823-14-0547

NAMA PENSYARAH:
SHAHRIZ AZRIFFA BIN MOHD SABRI

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 PENGENALAN 3

2 1.0 Difinisi kuasa organisasi 4

3 2.0 jenis2 kuasa dalam organisasi 5-8

4 3.0 politik organisasi 9-10

5 3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tingkahlaku kuasa 11-13


politik organisasi.

6 4.0 ciri-ciri tingkahlaku politik pengurus yang beretika 14

7 KESIMPULAN 15

2
PENGENALAN
Politik merupakan suatu aspek yang berkait rapat dengan konsep kuasa, autoriti dan
jugapengaruh. Terdapat dua jenis politik iaituf unctional dan dysfuctional. Politik functional
merupakan aktiviti politik yang mengarah kepada pencapaian matlamat organisasisementara
politik dysfunctionalpula merujuk kepada aktiviti politik yang menghalang usahapencapaian
matlamat organisasi. Politik organisasi timbul disebabkan oleh perubahan dalamaspek tingkah
laku ahli organisasi (Leo, 2010).
Kuasa dilihat sebagai keupayaan seseorang atau kumpulan untuk
menyebabkan orang lainatau kumpulan untuk melakukan sesuatu yang mereka sebaliknya

tidak dilakukan (George danJones,). Kuasadalam organisasi akan mendorong diri mencapai
kecemerlangan dan merupakan fenomenadua hala, mengalir daripada pemimpin kepada
pengikut, serta sebaliknya (Raja et al, 2008). Kuasa sering dilihat daripada aspek negatif
berbanding positif. Hal ini kerana, individu yangberkuasa akan mengunakan kawalan ke atas
kekurangan kemahiran, idea ataupun sumber-sumber bagi menjamin kepatuhan daripada
mereka yang memerlukan sumber tersebut. Ideapenggunaan kuasa bagi mendapatkan manfaat
dalam organisasi juga dikatakan berunsurkanetika yang berkaitan dengan tingkah laku
berdasarkan aturan- aturan dalam organisasi(Fairholm,1993; Mohd Fadzilah Kamsah, 2005).
Etika penggunaan kuasa bukan berlandaskanpada kuasa itu sendiri malah ia berkait rapat
dengan motif dan nilai individu yangmenggunakannya (Mohd Fadzilah Kamsah, 2005).
Kuasa dapat digunakan kearah kebaikan seperti pembangunan sosial ataupun
digunakan untuktujuan keburukan seperti untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi.
Demikian itu, hasilnyadilihat daripada motif dan kemahiran individu yang menggunakan kuasa.
Individu menggunakankuasa untuk mengukuhkan matlamat mereka.
Konsep kuasa dan kepimpinan adalah saling berkaitan. Jika individu boleh
memiliki kuasatanpa perlu menjadi seorang pemimpin, namun individu hendaklah
memiliki kuasa untuk menjadi seorang pemimpin. Kuasa secara ringkasnya
didefinisikan sebagai the potential toinfluence others (Balet al, 2008). Dalam konteks
organisasi pemimpin hendaklah menggunakankuasa untuk mencapai matlamat inl dividu,
pasaukan dan organisasi.
Pemimpin dan kuasa memang tidak dapat dipisahkan. Agak janggal jika
seorang pemimpintidak mempunyai kuasa kerana peranan kuasa penting dalam
proses kepemimpinan. Subordinat lazimnya melihat kepada kuasa yang yang ada
pada seorang pemimpin sebelum mematuhi arahannya. Semakin besar kuasa yang
dimiliki oleh pemimpin, semakin cenderungsub ordinat patuh terhadap arahannya

3
1.0 DIFINISI KUASA ORGANISASI

Definisi kuasa Kamus oxford mendefinisikan kuasa sebagai keupayaan untuk mengarahkan
atau mempengaruhi tingkah laku atau perjalanan peristiwa. Kadang-kadang kita mungkin
merasa bahawa kita mempunyai kuasa atas orang lain, tetapi ini tidak ditakrifkan sebagai kuasa
melainkan kita dapat atau mampu mempengaruhi orang untuk bersikap dengan cara tertentu.

McShane dan Von Glinow (2010) mentakrifkan kuasa sebagai keupayaan seseorang, kumpulan
atau organisasi untuk mempengaruhi orang lain. Keupayaan seseorang untuk mempengaruhi
orang lain ditentukan oleh pengetahuan, keperibadian dan kuasanya. (Bernard dan umar 2014).

Kuasa dapat digunakan kearah kebaikan seperti pembangunan sosial ataupun


digunakan untuk tu+uan keburukan seperti untuk mendapat kedudukan yang lebih
tinggi. 5emikian itu, hasilnya dilihat daripada moti- dan kemahiran individu yang
menggunakan kuasa. individu menggunakan kuasa untuk  mengukuhkan matlamat
mereka.

Konsep kuasa dan kepimpinan adalah saling berkaitan. Jika individu boleh memiliki kuasa
tanpa perlu menjadi seorang pemimpin, namun individu hendaklah memiliki kuasa untuk
menjadi seorang pemimpin. Kuasa secara ringkasnya dide-inisikan sebagai the potential
to influence others(Bal et al , 2008).Dalam konteks organisasi pemimpin hendaklah
menggunakan kuasa untuk mencapai matlamat indiviidu, pasukan dan organisasi

Oleh itu, kekuasaan adalah bersifat relational dan wujud hanya berhubung dengan yang lain, di
mana pihak kuasa yang rendah bergantung kepada pihak berkuasa tinggi untuk mendapatkan
ganjaran dan mengelakan hukuman (Anderson dan brion, 2014)

4
2.0 JENIS-JENIS KUASA DALAM ORGANISASI

Kuasa adalah unsur penting untuk kepimpinan yang berkesan. Kuasa terbahagi kepada dua
kategori : Formal dan Tidak Formal (peribadi). Kuasa rasmi terdiri daripada kuasa paksaan,
ganjaran dan kuasa yang sah. Kuasa peribadi terdiri daripada kuasa rujukan dan pakar.

Terdapat lima jenis kuasa yang terdapat dalam organisasi :

a) Kuasa Kepakaran

Kuasa pakar atau expert power adalah kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang
mempunyai kemahiran dan pengetahuan khusus, atau kepakaran istimewa dalam bidang
tertentu yang tidak dimiliki oleh orang bawahan yang menyebabkan orang lain bergantung
kepadanya. Sebagai contoh,seorang pakar computer yang mempunyai kepakaran dalam
pelbagai aplikasi adalah lebih berkuasa berbanding seseorang yang hanya mendominasi hanya
aspek mmultimedia dalam bidang itu.

Situasi 1

Ramli Sarip ialah Pegawai Peperiksaan di Majlis Peperiksaan Malaysia. Beliau mula memegang
jawatan ini sejak tahun 1992. Pada tahun 2000, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua
Bahagian menggantikan Ali Salimon. Oleh itu kuasa Kepakaran yang ada pada Ramli Sarip
sebagai Pegawai Peperiksaan ialah dari tahun 1992 hingga akhir tahun 1999 dan sebagai
Ketua Bahagian mulai tahun 2000.

b) Kuasa Ganjaran

Kuasa ganjaran atau reward power adalah satu lagi alternatif pada kuasa kedudukan.
Terjadi apabila pemimpin mempunyai keupayaan dan kuasa untuk memberi ganjaran atau
berkongsi nilai positif dengan pengikutnya. Ia juga merupakan salah satu sumber kuasa yang
berasaskan organisasi kerana syarikat secara amnya memberi kuasa kepada pemimpin.
Faedah atau ganjaran boleh diberikan melalui ganjaran kewangan atau bukan kewangan.

5
Situasi 2

Ramli Sarip, sebagai Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia telah berpuashati dengan
pencapaian kerja yang ditunjukkan oleh Maizurah Idris, pekerja bawahannya. Justeru itu beliau
telah mencadangkan kepada jawatankuasa kenaikan pangkat supaya menimbangkan kenaikan
pangkat Maizurah daripada kerani kepada ketua kerani. Dengan melakukan ini, Ramli telah
menggunakan kuasanya dalam kepimpinan.

c) Kuasa Paksaan

Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kawalan ke atas keadaan yang


mengenakan hukuman ke atas pengikut beliau. Kuasa paksaan atau coersive power adalah
melibatkan ugutan dan hukuman untuk mempengaruhi tingkahlaku pekerja, supaya mereka
menurut apa yang diperintahkan. Ia membantu pihak pengurusan mengawal kelakuan pekerja
dengan memastikan mereka mengikuti dasar dan norma organisasi. Contoh kuasa paksaan
termasuk demokrasi, penderaan lisan, potongan gaji, penurunan pangkat, nama digugurkan
daripada berurusan dalam projek penting, dan penamatan. Ia berkesan dalam jangka pendek;
Walau bagaimanapun, dalam tempoh jangka panjang, ia akan mengurangkan kepuasan kerja,
yang akan menyebabkan ketidakhadiran yang tinggi, perolehan yang tinggi dan produktiviti
yang rendah.

Situasi 3

Salimin Salim ialah Pengurus Pengeluaran Syarikat Zen. Beliau tidak popular di kalangan
pekerjanya disebabkan oleh tindakan memulaukan kakitangannya yang tidak mahu
bekerjasama dengan beliau. Ada kakitangan yang ditahan kenaikan gaji, dan tidak diluluskan
pemberian bonus. Semua ini dilakukan oleh beliau semata-mata kerana beliau ingin
memastikan kerja yang dijalankan mesti mengikut kehendak beliau.

6
d)Kuasa Rujukan

Kuasa rujukan atau referent power adalah berdasarkan pada personaliti seseorang.
Keupayaan seorang pemimpin mempengaruhi pengikut kerana kesetiaan, penghormatan,
persahabatan, kekaguman, atau keinginan untuk mendapat persetujuan/kelulusan. Kuasa
rujukan ini dimiliki adalah disebabkan pemimpin ini mempunyai ciri-ciri peribadi dan sikap-sikap
yang amat positif yang menyebabkan seseorang iyu mempunyai integrity,kredibiliti dan karisma
yang menarik perhatian orang lain. Orang lain sanggup mengikut arahannya disebabkan rasa
hormat dan ingin mencontohinya. Kuasa ini juga diperolehi sekiranya sseseorang itu memiliki
pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara

Situasi 4

Selain menjadi Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia, Ramli Sarip juga mempunyai
wajah yang kacak, mudah mesra tetapi tegas, tidak sombong dan suka membantu kakitangan
bawahannya yang memerlukan bantuan. Oleh itu, Ramli akan memperolehi kuasa rujukan
disebabkan oleh kedudukan beliau rupa paras, dan juga kemasyurannya dalam profesion yang
diceburinya,

e) Kuasa Sah

Kuasa sah atau legitimate power adalah kuasa yang diperolehi dari kedudukan rasmi
seseorang dalam organisasi yang berkuasa untuk mengawal dan menggunakan sumber
organisasi. Selalunya, kuasa sah dimiliki oleh mereka yang berjawatan tinggi dalam organisasi.
Kuasa sah ini akan mengawal pekerja, seperti melaporkan sesuatu, mengeluarkan biaya untuk
satu-satu acara, dan menentukan arah-tuju organisasi. Walau bagaimanapun, kuasa yang
dimiliki oleh Ketua atau Eksekutif dibatasi oleh peraturan-peraturan yang menyebabkan beliau
tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Ahli politik contohnya memiliki kuasa sah kerana
beliau dilantik oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Sekiranya beliau melanggar peraturan
melalui jawatan/kedudukan Undang-Undang Negara akan menghukumnya.

7
Situasi 5

Sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian di Majlis Peperiksaan Malaysia, Ramli Sarip
memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Peperiksaan sejak tahun 1992. Beliau telah
menghadiri berbagai kursus berkaitan bidang pengujian dan penilaian, memberikan ceramah
dalam kursus tentang pengujian dan penilaian, dan menduduki berbagai peperiksaan yang
berkaitan semasa bekerja sehinggalah beliau lulus dengan jayanya. Pengalaman yang lama,
banyak dan berguna serta kelulusan yang diperolehi telah menyebabkan beliau telah dinaikkan
pangkat. Beliau sentiasa diminta memberikan pandangan dan sumbangan dalam bentuk idea
sama ada dalam mesyuarat ataupun melalui ceramah kepada Jabatan / Bahagian. Pengalaman
dan kelulusan yang dimilikinya digunakan bagi memudahkan pekerjaan orang lain.

8
Politik

9
3.0 POLITIK ORGANISASI

Proses hubungan antara kuasa dan pengaruh membabitkan individu-individu dan kelompok
tertentu sama ada di peringkat dalaman atau luaran persekitaran organisasi (Eran
Vigoda,1998).

Selain itu, merujuk kepada pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yg dilakukan oleh ahli-ahli
organisasi dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan dan matlamat mereka di
tempat kerja (Eran Vidoga,1998).

Menurut Clegg, Kornberger dan Pitsis (2011), politik organisasi adalah satu rangkaian
hubungan sosial antara kepentingan pihak-pihak di dalam dan sekitar organisasi di antara
pekerja dan pengurus mereka dan persekitaran luar, sama ada sengaja atau tidak, dalam
amalan kuasa.

Grandz dan Murray (1980) mendapati bahawa organisasi dilihat sebagai lebih banyak politik di
peringkat pengurusan yang lebih tinggi, dan kurang berpolitik di peringkat organisasi
pengurusan dan teknikal yang lebih rendah.

10
3.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tingkahlaku kuasa politik organisasi.

I. FAKTOR INDIVIDU : Contohnya : sifat personaliti, keperluan.

MACHIAVELLIANISME

 Aliran ini percaya tingkah laku politik adalah berbentuk pragmatic.


 Pengurus yang memiliki keinginan yg tinggi akan bersikap pragmatik, dan yakin tujuan boleh
menghalalkan cara.
 Dalam hal ini seseorang pengurus akan memperalatkan orang lain dan membelakangkan moral
dan etika untuk mencapai kepentingannya.
 Mereka yang berfahaman demikian merasakan tindakan mereka tidak salah asalkan mencapai
kepentingan peribadi mereka.

PENGAWASAN DIRI

 Bijak untuk berubah pada masa-masa tertentu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
semasa dan mengelak dari terancam.
 Tujuan perubahan dan penyesuaian tingkahlaku dapat menimbulkan reaksi positif daripada
pihak lain (Aldag Kuzuhara, 2003).
 Mampu mengawal diri dengan baik, komunikasi dengan berkesan dengan pelbagai peringkat
atau pihak dalam organisasi.
 Seseorang itu perlu bijak menyesuaikan diri dengan ketua jabatan jika berlaku perubahan
kepemimpinan dalam organisasi.

KEPERLUAN KEPADA KUASA

 Politik dikaitkan dengan kuasa dan pengunaan kuasa dalam mana-mana organisasi.

11
 Kuasa suatu keperluan dan mempunyai hubungan dengan beberapa aktiviti tertentu dalam
organisasi.
 Perlunya kuasa disebabkan keinginan untuk kawal orang lain, mempengaruhi tingkahlaku &
bertanggungjawab kepada mereka (Aldag Kuzuhara,2002)
 Kuasa sangat diperlukan untuk seseorang bertindak dan membuat keputusan dengan berkesan.

NILAI-NILAI INDIIVIDU

 Boleh mempengaruhi tahap tingkahlaku politik atau tingkahlaku yang tidak beretika dalam
organisasi (Aldag Kuzuhara, 2002)
 Nilai kepercayaan asas yang diterima secara formal atau tidak dalam diri seseorang akan
menimbulkan konflik jika terdapat unsur untuk mengubahnya. Ianya sangat penting kepada
individu & masyarakat
 Nilai yang dipegang boleh menjadi panduan penting kepada tingkahlaku seseorang. Contoh:
Islam

II. FAKTOR ORGANISASI: Contohnya ,apabila kemerosotan sumber organisasi,


perubahan sumber, wujud kurang amanah, tekanan kerja yang tinggi dan wujud peluang
kenaikan pangkat.

NILAI-NILAI DALAM ORGANISASI

 Satu pengaruh organisasi ke atas tingkahlaku politik.


 Kekuatan budaya yang wujud dalam organisasi adalah hasil daripada perkembangan dan
penerapan aspek tersebut kepada satu kelompok. Cth: Syarikat Jepun yang menekankan kerja
kuat turut mempengaruhi perubahan tingkahlaku politik dalam organisasi terbabit.

KEKABURAN

 Kekaburan menyebabkan matlamat & misi organisasi tidak jelas. Politik dalam organisasi
berkembang dalam keadaan yang kabur dan tidak menentu

12
 Jika berlaku banyak perubahan dalam organisasi, pekerja boleh mengeksploitasi keputusan yang
tidak menentu untuk mendapatkan kawasan atau meningkatkan pengaruh untuk kepentingan
peribadi.

PERCANGGAHAN NORMA

 Wujudnya situasi bertentangan dgn norma (counternorms)


 Norma baik seperti ikut peraturan, jujur, terbuka, berjimat cermat dan sebagainya.
 Norma tidak baik seperti tidak berdisiplin, rasuah, autokratik, pecah amanah dan sebagainya.
 Dalam organisasi norma baik dan tidak baik mungkin wujud berasingan tetapi memberi kesan
yang amat penting kepada perkembangan organisasi.

PERSAINGAN

 Tingkahlaku dalam organisasi dipengaruhi oleh persaingan terutamanya dalam mencapai


matlamat, kepentingan, keperluan.
 Dalam setiap persaingan setiap individu cuba untuk mengatasi lawan bagi memastikan matlamat
tercapai. Oleh itu, proses ini akan mempengaruhi politik organisasi

PERINGKAT DALAM ORGANISASI

 Hierarki dan peringkat boleh mempengaruhi tingkahlaku politik dalam organisasi


 Dapat dilihat melalui penyaluran dan penyampaian maklumat dari pihak atasan kepada pihak
bawahan.
 Sebarang gangguan (seperti maklumat tidak jelas, keliru, lewat) menyebabkan timbul masalah
dan kekeliruan yang merupakan faktor kewujudan politik organisasi

13
4.0 CIRI-CIRI TINGKAHLAKU POLITIK PENGURUS YANG BERETIKA

Terdapat pelbagai bentuk tingkah laku politik dalam organisasi. Enam teknik yang digunakan paling
kerap adalah:

i. Mengkritik orang lain.


Teknik ini digunakan apabila keputusan tidak menguntungkan. Seseorang akan dipersalahkan
untuk kerugian akibat kegagalan orang bawahan.
ii. Manipulasi maklumat.
Maklumat adalah penting kepada mana-mana organisasi. Oleh itu, memanipulasi maklumat
adalah salah satu cara yang paling penting untuk menjalankan kuasa dalam organisasi. Dengan
meningkatkan kedudukan seseorang dalam organisasi, individu akan dapat mengawal aliran
maklumat.
iii. Menyemai tanggapan yang menguntungkan
Orang yang berminat untuk meningkatkan kawalan organisasi mereka terlibat dalam beberapa
bentuk bangunan imej untuk meningkatkan dan mengaitkan diri dengan prestasi kejayaan yang
lain.
iv. Membangunkan asas sokongan.
Untuk berjaya mempengaruhi, ia berguna untuk mendapatkan sokongan orang lain dengan
memberi pertolongan. Favoritisme serta kolaborasi adalah mekanisme yang mantap dan banyak
digunakan untuk membangunkan kuasa organisasi.
v. Bersekutu dengan individu yang lebih kuat.

14
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan kuasa adalah dengan mempunyai
hubungan dengan mereka yang berkuasa dan yang lebih berpengaruh. Hubungan tersebut akan
memberi kesan dan dapat membina empayar, pengaruh dalam organisasi
vi. Penyumberan Luar.
Ini boleh menjadi kuasa yang kuat untuk memastikan pandangan seseorang disukai. Memilih
pakar luaran yang boleh mempengaruhi untuk memihak kepada pandangan tertentu adalah
pendekatan yang sama

KESIMPULAN

15

You might also like