You are on page 1of 14

ICAO-Based Needs Assessment in Thailand’s Aviation Industry:

A Basis for Designing a Blended Learning Program


ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 Pengenalan 1

2 2.0 Ringkasan Artikel- 2

“ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) -

Penilaian Berasaskan Keperluan dalam Industri

Penerbangan Thailand :

Asas untuk Merancang Program Pembelajaran Teradun

(Blended Learning)”

3 3.0 Isu-isu /Perkara-perkara yang dibangkitkan 5

4 4.0 Refleksi 8

Rujukan 10

Lampiran 11

i
i
“ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) -

Penilaian Berasaskan Keperluan dalam Industri Penerbangan Thailand :

Asas untuk Merancang Program Pembelajaran Teradun (Blended Learning)”

1.0 Pengenalan

ICAO adalah suatu agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) yang

bertanggungjawab terhadap prinsip dan teknik perhubungan udara antarabangsa untuk

menjamin keselamatan dan perkembangan yang teratur. Selain ICAO, IATA juga

menentukan kod-kod untuk lapangan terbang dan penerbangan penerbangan seluruh

dunia. Kajian yang bertajuk “ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa)

- Penilaian Berasaskan Keperluan dalam Industri Penerbangan Thailand : Asas

untuk Merancang Program Pembelajaran Teradun (Blended Learning)” merupakan

kajian Dondon Parohinog dan Chaithat Meesri di 3rd International Conference on

Linguistics, Literature and Culture (ICLLIC 2014) di Universiti Bundit

Kasem,Thailand. Pembelajaran Teradun (Blended learning) merupakan salah satu

alternatif pembelajaran yang boleh membantu untuk mempertingkatkan penguasaan

Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar penerbangan. Kajian ini menyokong

penggunaan pembelajaran teradun untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris

untuk pelajar-pelajar dalam bidang penerbangan di Thailand. Oleh itu, demi mencari

kebenaran dalam menggali pemasalahan, kajian ini menggunakan data kuantitatif dan

kualitatif untuk mendapatkan keputusannya.

1
2.0 Ringkasan Artikel

Industri penerbangan merupakan industri yang masih dinamik dewasa ini. Ia

merupakan industri yang memudahkan urusan pelancongan dan perdagangan global.

Permintaan yang tinggi dalam bidang penerbangan terutamanya penubuhan syarikat

penerbangan kos rendah merupakan salah satu cabaran dalam menyediakan lebih

ramai juruterbang di negara Thailand. Senario ini menyebabkan sedikit tekanan kepada

pusat-pusat latihan dan institusi pendidikan tinggi terutamanya program penerbangan di

Thailand. Barshi dan Farris (2013) menyatakan dalam artikelnya bertajuk “

Kesalahfahaman Komunikasi di ATC” bahawa masalah komunikasi disebabkan oleh

masalah mesej yang terlalu panjang. Ia bukannya berpunca dari masalah komunikasi

iaitu pertuturan mahupun kelemahan dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Walaupun

begitu, ICAO menegaskan bahawa tuntutan dalam kemalangan mendapati elemen yang

menyebabkan kecelakaan adalah berpunca daripada penguasaan Bahasa Inggeris dari

pihak krew penerbangan yang tidak berkesan.

Oleh yang demikian, ICAO mengenalpasti enam bidang kompetensi bahasa yang

perlu dipelajari oleh pekerja-pekerja penerbangan iaitu sebutan, struktur ayat,

perbendaharaan kata, kefasihan berkomunikasi, kefahaman berbahasa dan interaksi.

Didapati bahawa segala yang pernah dipelajari dalam kurikulum sekolah, kolej dan

institusi tinggi masih belum memadai bagi pelajar-pelajar menguasai kemahiran seperti

yang dinyatakan diatas dalam Bahasa Inggeris. Justeru itu, ICAO telah mengambil

2
langkah drastik iaitu dengan membuat kajian bagi mencari solusi bagi mengatasi

masalah kemahiran berbahasa bagi merapatkan jurang berbahasa antara pelajar-pelajar

penerbangan di Thailand.

Objektif kajian ini adalah menentukan tahap penguasaan pelajar penerbangan

berdasarkan enam penerangan bahasa yang ditetapkan ICAO. Ianya meliputi pendapat

pelajar mengenai kandungan, alat-alat dalam talian dan kemahiran berbahasa.

Selain itu juga, Model Pembelajaran Teradun (Blended Learning) merupakan reka

bentuk kajian ini. Kajian yang menggunakan data kualitatif dan kuantitatif ini telah

menggunakan 621 responden yang terdiri daripada enam buah universiti yang

menawarkan program penerbangan. Responden akan menjawab soalan kaji selidik dan

soalan temubual.Soal selidik adalah berdasarkan kepada Penilaian Berasaskan

Keperluan dalam Industri Penerbangan.

Seterusnya, keputusan kajian dilihat dari dua sudut iaitu dari data kuantitatif yang

berpandukan daripada soalan kaji selidik dan data kualitatif daripada soalan temubual.

Ringkasan kaji selidik mendapati daripada enam kompentensi bahasa , didapati pelajar

penerbangan menghadapi masalah yang paling tinggi dalam struktur bahasa sama ada

lisan ataupun bertulis. Kesukaran menggunakan tatabahasa yang betul juga didapati

memperoleh min yang tinggi. Semua ini berlaku kerana kemahiran berinteraksi yang

sukar kerana pelajar penerbangan agak sukar untuk memulakan sesuatu perbualan

dalam bahasa Inggeris. Faktor lain yang menghalang pelajar mendapat komunikasi

yang berkesan adalah perbendaharaan kata pelajar yang kurang. Pelajar-pelajar ini juga

dikatakan tidak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang juga merupakan faktor

menyebabkan mereka kurang untuk berinteraksi di antara satu sama lain.

Dilihat dari sudut minat pada matapelajaran-matapelajaran yang diajar pula, tajuk

3
syarikat penerbangan dan krew mendahului topik yang lain. Topik lapangan terbang

menduduki tempat kedua, ketiga pula topik pesawat seterusnya topik undang-undang

lalulintas,dan akhir sekali tajuk kawalan udara.

Seterusnya, pengkaji melihat dari aspek alat dalam talian yang dianggap oleh para

pelajar penerbangan membantu mereka dalam pembelajaran bahasa. Terdapat

sembilan alat yang boleh diguna pakai iaitu “ konferen audio video”, “chat”, “pesanan

ringkas”, “konferen berasaskan web”, “Streaming audio-video”, Narrated slideshows”,

“Document libraries”, “pangkalan data” dan “pautan laman web”. Ianya terdiri daripada

dua kategori iaitu segerak dan tidak segerak. Ashley (2003) menyatakan alat dalam

talian yang segerak membolehkan guru dan pelajar untuk mengadakan pembelajaran

pada masa yang sama walaupun berada di tempat yang berbeza. Manakala alat dalam

talian yang tidak segerak memberikan pelajar belajar pada kadar sendiri, kebolehan,

masa dan tempat sendiri. Semua kaedah-kaedah ini menjadikan dan mewujudkan

pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.

Hasil dapatan dari temuduga pula, mendapati pelajar menghadapi beberapa

masalah dalam aspek-aspek bahasa iaitu:

1. Sebutan seperti fonologi

2. Dari segi perbendaharaan kata

3. Keputusan asas struktur

4. Kesulitan dalam kefasihan termasuk penggunaan berterusan

5. Kefahaman merujuk kepada bahasa pertuturan dalam penerbangan.

6. Interaksi menimbulkan kesukaran yang besar di kalangan peserta kerana sikap

mereka sendiri.

4
Secara kesimpulannya, artikel ini menunjukkan bahawa pelajar menghadapi

pelbagai kesukaran dalam enam bidang keperluan kemahiran bahasa. Para pelajar

menghadapi kesukaran dalam tatabahasa atau struktur, diikuti oleh kemahiran

berinteraksi. Dalam subjek-subjek atau topik-topik yang dipelajari oleh mereka, para

pelajar bersetuju agar pihak syarikat penerbangan mengkaji lebih mendalam tajuk yang

perlu dipelajari oleh mereka. Agar semua ini membantu dan memberi kepentingan

kepada pembelajaran tentang lapangan terbang, pesawat, penguasa penerbangan dan

kawalan trafik udara. Mungkin pihak penerbangan perlu mewujudkan atau mencipta satu

alat yang paling sesuai dalam meningkatkan kemahiran mereka pada keperluan

Kemahiran Bahasa.

3.0 Isu yang dibangkitkan

Kajian ini dihasilkan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam

kemahiran berbahasa Inggeris di bidang penerbangan. Jika dilihat pada sejarah

Thailand, menurut Kirkpatrick (2010) tidak seperti negara-negara lain di rantau ini,

sebagai contoh Malaysia, Singapura dan Myanmar, Thailand tidak dijajah oleh British,

atau mana-mana kuasa Eropah yang lain. Ini bermakna bahawa Thailand mempunyai

sejarah yang agak singkat penglibatan dengan bahasa Inggeris. Memandangkan

bahawa Thailand tidak mempunyai sejarah penjajahan oleh British dan bahawa bahasa

Inggeris adalah bukan bahasa rasmi di negara itu, Thailand biasanya dikelaskan

sebagai negara ‘expanding circle’ (Kachru, 2005) di mana Bahasa Inggeris hanya

digunakan sebagai komunikasi dalam budaya. Thailand tidak seperti negara-negara lain

yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ataupun bahasa rasmi kedua

mereka.

5
Dalam kajian ini, Bahasa Inggeris telah dianggap sebagai salah satu faktor

penyumbang menyebabkan kekeliruan atau salah faham dalam komunikasi

penerbangan. Oleh itu, ianya boleh menggugat keselamatan penumpang dan pesawat.

Oleh yang demikian, ICAO memerlukan kakitangan penerbangan yang terlibat dalam

operasi antarabangsa untuk memenuhi keperluan penguasaan bahasa yang dikenakan

oleh ICAO. Ianya merangkumi aspek sebutan, kosa kata, tatabahasa,

kefasihan,kefahaman dan interaksi dalam Bahasa Inggeris. Dalam penguasaan Bahasa

Inggeris di bidang penerbangan di Thailand ianya adalah satu keperluan. Walau

bagaimanapun, tiada latihan rasmi yang telah diwujudkan untuk menilai penguasaan

Bahasa Inggeris yang merupakan syarat utama dalam ICAO.

Jelas sekali, pengkaji mencari cara yang paling sesuai untuk meningkatkan tahap

penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar-pelajar industri penerbangan ini.

Pengkaji menyatakan bahawa pembelajaran secara teradun merupakan salah satu cara

yang mungkin berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam kajian yang lain pula, menurut Brown, (1994); Celce-Murcia et al, (2000).

Gillette, (1994); Kenworthy, (1987) telah melakukan usaha yang besar dan menyatakan

faktor yang mempengaruhi sebutan pelajar dalam mempelajari bahasa Inggeris. Dalam

hal ini, kajian sebelum ini telah berkali-kali membuktikan bahawa faktor-faktor seperti

bahasa, umur, budaya pelajar, pendedahan, keupayaan fonetik semula jadi, identiti dan

bahasa, ego, dan motivasi dan keprihatinan terhadap keupayaan sebutan yang baik

memberi kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran sebutan.

Menurut Avery dan Ehrlich (1987), pelajar mempunyai cara yang berbeza untuk

bertutur dalam bahasa sasaran. Cara mereka bertutur dalam bahasa sasaran (Bahasa

Inggeris) kadang-kadang sedikit berbeza dan kadang-kadang sangat berbeza daripada

bahasa asal mereka. Kenworthy (1987) juga menyatakan bahawa bahasa ibunda adalah

6
faktor yang paling mempengaruhi cara sebutan ataupun loghat bahasa asing. Ianya

kerana pelajar sudah biasa dengan sistem bunyi bahasa ibunda mereka.

Selain itu, pengkaji juga telah membuat soal selidik mengenai alat dalam talian yang

sesuai dan dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan kemahiran bahasa

Inggeris mereka. Sesuailah dengan pembelajaran secara teradun (Blended learning)

yang menggabungkan dua elemen dalam pembelajarannya terutamanya yang

menggunakan kelas secara maya tersebut. Penggunaan alat dalam talian memang

semestinya amat membantu dan berkesan bagi mengatasi masalah kekeliruan dan

kesalahafahaman dalam komunikasi bahasa di bidang penerbangan. Isunya di sini,

sejauh manakah alat-alat dalam talian itu seperti konferen audio video”, “chat”,

“pesanan ringkas”, “konferen berasaskan web”, “Streaming audio-video”, Narrated

slideshows”, “Document libraries”, “pangkalan data” dan “pautan laman web” dapat

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar penerbangan. Adakah ianya

amat berkesan dalam mempelajari topik-topik atau tajuk-tajuk dalam isi kandungan

pelajaran dalam bidang penerbangan.

Secara keseluruhannya, ICAO telah menetapkan enam bidang kompetensi bahasa

yang perlu di kuasai oleh pelajar-pelajar penerbangan iaitu dari segi sebutan, kosa kata,

tatabahasa, kefasihan,kefahaman dan interaksi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris

memang amat perlu dipertingkatkan agar pekerja-pekerja penerbangan pada masa

hadapan tidak akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran bahasa mereka.

7
4.0 Refleksi

Menurut Hussin et al. (2013) Blended Learning ataupun Pembelajaran secara

teradun merupakan satu konsep pencampuran model pembelajaran secara

konvensional dengan pembelajaran secara maya melalui teknologi maklumat

komunikasi. Melalui konsep ini pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi

pelbagai teknik penyampaian melalui persekitaran maya dapat diaplikasikan oleh

8
pengajar dan pelajar. Penggabungan atau teradunnya pembelajaran tersebut

seharusnya dapat menarik minat dan perhatian para pelajar agar lebih fokus terhadap

subjek atau topik yang dipelajari.

Jika dilihat dari ciri-ciri pembelajaran secara teradun ini, ianya merupakan salah

satu cara pembelajaran yang paling sesuai untuk pelajar-pelajar bidang penerbangan ini

untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris mereka. Ditambahkan

lagi dengan gabungan pembelajaran melalui pelbagai teknik yang menggabungkan

pembelajaran berasaskan teknologi maklumat komunikasi.

Di dalam sebuah kajian, model pembelajaran memainkan peranan penting dalam

menerangkan sesuatu sistem atau fonemena. Ia menjelaskan sesuatu sifat atau ciri-ciri

sama ada diketahui atau belum diketahui.Selain itu, menerusi model di dalam sesebuah

kajian juga boleh digunakan untuk meneruskan kajian lanjutan. Oleh itu, model blended

learning yang sesuai boleh digunakan sebagai panduan dalam menilai atau

mengintegrasi sesuatu pembelajaran dalam persekitaran maya sama ada berkesan atau

sebaliknya.

Manjot (2013) menerangkan bahawa Model Pembelajaran Teradun (Blended

Learning) ini mempunyai tiga komponen iaitu persekitaran pembelajaran, media, dan

instruktional. Manakala Woodall (2010) pula menghuraikan kaedah Pembelajaran

teradun terdiri daripada dua domain iaitu bilik darjah tradisional dan bilik darjah

maya(online).

Bilik darjah Tradisional merupakan kaedah pengajaran yang mana guru dan pelajar

dapat bersemuka di tempat yang sama. Pembelajaran ini membolehkan berlakunya

keadaan sehala mahupun dua hala. Ianya merupakan pembelajaran yang dijalankan di

9
dalam bilik kuliah. Manakala bilik darjah maya pula, membolehkan tenaga pengajar dan

pelajar berda di tempat yang berbeza pada masa yang sama. Kedua-dua kaedah ini

amat sesuai dalam mempelajari tajuk-tajuk dalam kemahiran berbahasa. Ia boleh

dibuktikan apabila mempunyai kesukaran atau masalah tidak memahami isi kandungan

pelajaran, para pelajar boleh menggunakan bilik darjah maya sebagai instrumen

mengemukakan permasalahannya. Alat secara online seperti penggunaan emel, papan

buletin atas talian dan komuniti atas talian boleh diguna pakai dalam bilik darjah maya

ini.

Walaupun begitu, penggunaan bilik darjah tradisional juga masih mempunyai

kelebihannya tersendiri dalam misi untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris

untuk para pelajar penerbangan. Para pelajar yang menghadapi beberapa masalah

dalam aspek-aspek bahasa boleh sahaja terus bersemuka dengan pengajar untuk

mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Hal ini merupakan salah satu kelebihan jika

menggunakan bilik darjah tradisional.

Secara keseluruhannya, Bahasa Inggeris merupakan suatu bahasa global yang

perlu dipelajari oleh setiap manusia agar dapat saling berinteraksi antara satu sama lain.

Terpulanglah dengan setiap individu mencari jalan ataupun cara bagi memahami istilah

bahasa tersebut. Dalam bidang penerbangan khasnya, kemahiran berbahasa Inggeris

merupakan satu aspek yang amat penting untuk dikuasai. Ianya adalah kerana bidang

ini merupakan bidang yang bergerak ke seluruh dunia. Paling penting, kegagalan untuk

memenuhi piawaian ICAO boleh menjejaskan standard keselamatan, berpotensi buruk

yang akan memberi kesan kepada kehidupan orang-orang yang terlibat dalam industri

penerbangan awam, termasuk penumpang.

10
Rujukan

Attapol Khamkhien (2010). Thai Learners’ English Pronunciation Competence:Lesson


Learned from Word Stress Assignment,Department of Liberal Arts,Jurnal
Pengajaran Bahasa dan penyelidikan Vol. 1, No. 6, ms. 757-764

Dondon Parohinog & Chaithat Meesri(2015). ICAO-Based Needs Assessment in


Thailand’s Aviation Industry: A Basis for Designing a Blended Learning Program.3rd
International Conference on Linguistics, Literature and Culture (ICLLIC 2014).
Dimuat turun pada 19 Ogos 2016 daripada
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042815055421

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid.Pengintegrasian Blended Learning dalam


Pembelajaran Persekitaran Maya Frog VLEFROG. Dimuat turun pada 20 Ogos 2016 daripada
https://www.academia.edu/19996678/Pengintegrasian_Blended_Learning_dalam_P
embelajaran_Persekitaran_Maya_Frog_VLEFROG_

Watthana Suksiripakonchai(2012). ICAO Language Proficiency Requirements and


Training Guidance for Thailand. Dimuat turun pada 21 Ogos 2016 daripada
http://aviationenglishacademy.com.au/resources/wp-content/uploads/2014/07/5111-
9466-1-SM.pdf

Will Baker (2012). English as a Lingua Franca in Thailand: Characterisations and


Implications.University of Southampton.Englishes in Practice Issue 1, May 2012

11

You might also like