You are on page 1of 4

CUKAI MAKMUR

Cukai adalah perlu untuk pembangunan sesebuah negara. Lagi banyak cukai yang
dikutip, lebih banyak pembangunan dapat dijalankan oleh Kerajaan demi
kepentingan kepada semua rakyat

Jenis-Jenis Cukai terdapat di Malaysia

1. Cukai Secara Langsung


 Cukai yang dibayar oleh rakyat secara langsung kepada Kerajaan.
 Antaranya adalah cukai pendapatan, cukai tanah dan lain-lain
 Kutipan cukai ini diuruskan oleh LHDN dan Agensi yang
dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan.

2. Cukai Secara Tidak Langsung


 Seperti Cukai Perkhidmatan
 Agensi yang dipertanggungjawabkan adalah Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia.

3. Cukai Jualan
 Cukai yang dikenakan ke atas pengeluar yang mengeluarkan
barangan dan pengimport yang mengimport barangan.
 Elemen cukai jualan telah diambil kira sebagai kos dan peniaga telah
memasukkan ke dalam harga jualan sesuatu produk.
Pengenaan Cukai Makmur

Berikutan krisis pandemik COVID-19, keperluan meningkat untuk membiayai


golongan rakyat yang terjejas. Bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih
berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan,
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai khas secara one-off kepada
syarikat yang menjana pendapatan tinggi. Dengan nama Cukai Makmur, syarikat
dengan pendapatan bercukai sehingga 100 juta ringgit pertama akan dikenakan
cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan
dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022.

Kedudukan Semasa

Syarikat yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan nilai jualan
tahunan tidak melebihi RM50 juta dikategorikan sebagai Perusahaan Mikro, Kecil
dan Sederhana (PMKS) dan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 17% ke atas
pendapatan bercukai sehingga RM600,000. Pendapatan bercukai selebihnya
dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24%. Bagi syarikat selain kategori di atas
dikenakan cukai pada kadar 24%.

Cadangan

Bagi menyokong inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan terjejas, dicadangkan


suatu cukai khas iaitu Cukai Makmur secara one-off dikenakan kepada syarikat
selain PMKS yang menjana pendapatan tinggi dalam tempoh pandemik COVID-19
seperti berikut:

I. Pendapatan bercukai sehingga rm100 juta pertama dikenakan cukai pada kadar
24%; dan
Ii. Pendapatan bercukai selebihnya dikenakan cukai pada kadar 33%.
Kadar Cukai Syarikat

Tahun 2021
1. Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan nilai jualan
tahunan tidak melebihi RM50 juta dikategorikan sebagai Perusahaan Mikro,
Kecil dan Sederhana (PMKS). Cukai dikenakan:-
RM600,000 yang pertama – 17%
Baki Seterusnya – 24%

2. Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta - 24%

Tahun 2022 (Cukai Makmur)


1. Syarikat kategori PMKS:-
RM600,000 yang pertama – 17%
Baki Seterusnya – 24%

2. Syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama – 24%


Pendapatan bercukai selebihnya dikenakan cukai pada kadar 33%.

Oleh
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan
Ketika Membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022)
Di Dewan Rakyat Pada Jumaat, 29 Oktober 2021

Tema: Bajet 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera


Mengikur data yang dikeluarkan oleh Bloomberg, sebanyak 113 syarikat konsisten
memperolehi pendapatan bercukai melebihi RM100 juta sejak 2 tahun lepas.

Dilihat Cukai Makmur ini mensasarkan bank serta Syarikat Perladangan besar
seperti:-

 Petronas Chemicals Group Bhd,


 Malayan Banking Bhd,
 Tenaga Nasional Bhd,
 Top Glove Corp Bhd, and
 Public Bank Bhd.

You might also like