You are on page 1of 1

xxxxxxx,

xxxxxx
xxxxxx

Guru Tahun 3 Allamanda,


xxxxxx
Perak. 3 DIS 2021

Puan,

TIDAK HADIR SESI PERSEKOLAHAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bapa kepada xxxxxxx, murid Tahun 3
Allamanda ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat
menghadirkan diri ke sekolah pada 6 hingga 10 DIS 2021.

2. Hal ini adalah disebabkan pada minggu berkenaan saya mempunyai tugas di luar
kawasan Daerah Hilir Perak, manakala ibunya masih lagi menjalani tempoh berpantang.
Oleh yang demikian tiada yang dapat menghantar xxxx untuk hadir ke sekolah. Namun
xxxxx akan menjalani pembelajaran kendiri di sekolah.

3. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran beliau ke sekolah.


Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak
sekolah boleh menghubungi saya di talian xxxxx untuk mendapatkan kepastian. Saya
berharap pihak puan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh saya.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak puan, saya amat hargai dan
dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

……………………........................................................................
XXXXXXX

You might also like