You are on page 1of 8

JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1–2

2.0 OBJEKTIF 2

3.0 JENIS-JENIS BERAS 2

3.1 BERAS PERANG 3-4

3.2 BERAS PULUT 4

3.3 BERAS PUTIH 4

3.4 BERAS HITAM 5

3.5 BERAS MERAH 5

3.6 BERAS BIJIRIN PANJANG / BERAS BASMATI 6

3.7 BERAS BIJIRIN PENDEK / BERAS JEPUN 6

3.8 BERAS HANCUR 7

4.0 KESIMPULAN 7

i
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

1.0 PENGENALAN

Setiap yang hidup mesti memerlukan makanan. Makanan merupakan suatu perkara

penting untuk meneruskan hidup dalam kehidupan seharian.Makanan ruji adalah makanan utama

dan setiap makanan ruji adalah berbeza mengikut kaum dan tempat. Makanan ruji selalunya

mudah di simpan dalam jangkamasa yang lama. Makanan ruji yang dimakan hendaklah

ditambah dengan makanan lain untuk melengkapkan nutrisi makanan seimbang. Di Malaysia

makanan ruji rakyat Malaysia ialah nasi.

Berdasarkan bukti arkeologi, nasi dipercayai dipercayai mula dipasarkan di rantau

lembah Sungai Yangtze di China dan seterusnya berkembang di serata Asia dan dunia. Nasi

berasal dari padi yang di tanam mengikut musim oleh para petani di beberapa negeri di Malaysia

dan dituai untuk mengeluarkan beras. Setiap hari , rakyat Malaysia akan menjamah nasi untuk

memenuhi selera dengan pelbagai lauk mengikut selera masing-masing. Selain Negara kita ,

beras juga diperlukan di serata dunia walaupun tidak di makan setiap masa. Beras adalah bijiran

serbaguna yang dimakan oleh individu di seluruh dunia.

Pada tahun 2016, gandum lebih banyak digunakan berbanding beras dan ini menyatakan

bahawa makanan ruji rakyat Malaysia telah berganti daripada beras ke gandum. Disebabkan

Malaysia tidak sesuai untuk penanaman gandum, Malaysia terpaksa mengimport gandum dari

luar Negara. Malaysia terpaksa mengimport 100% bekalan gandum dari luar Negara.

Penggunaan gandum telah melebihi penggunaan beras sebagai makanan asasi rakyat Malaysia.

Pada tahun 2016,penggunaan gandum melebihi 1.7 juta tan metrik berbanding beras pada kadar

1
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

1.6 juta tan metric. Oleh itu, makanan ruji rakyat Malaysia mengikut penggunaan semasa

sekarang adalah beras dan gandum.

2.0 OBJEKTIF

Objektif iklan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap penjualan bagi perniagaan

kecil dan sederhana (PKS) yang menjual makanan ruji rakyat Malaysia. Iklan ini adalah

bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai makanan ruji rakyat Malaysia yang dijual oleh

para pengedar yang sah. Ini dapat membantu para pengguna untuk memilih produk yang sesuai

dan memahami setiap fungsi produk yang dipilih. Selain daripada itu, di dalam iklan ini juga

turut memaparkan jenis-jenis beras yang ada serta gambarnya untuk memudahkan pelanggan

mengenalpasti dan mengetahui jenis beras tesebut. Iklan ini juga turut menyatakan kelebihan-

kelebihan yang ada pada setiap beras serta bagaimana untuk mengenalpasti beras tiruan dan

beras tulen.

3.0 JENIS-JENIS BERAS

Beras adalah padi yang telah diproses dalam proses menuai selepas padi matang. Beras

dimasak dengan air dan mengembang menjadi nasi. Beras mempunyai pelbagai dan variasi beras

yang boleh digunakan mengikut keperluan. Beras boleh dijadikan bahan yang enak dan

diperlbagaikan mengikut khasiat. Selain itu, beras juga mempunyai terbahagi mengikut warna,

bentuk dan saiz. Beras yang mempunyai kanji yang tinggi di kenali sebagai beras pulut. Beras

pulut selalunya lebih melekit berbanding beras biasa. Di dalam beras, ia mempunyai sumber

2
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

magnesium, fosforus, mangan, selenium , besi, asid folik, tiamin dan niasin yang baik. Oleh

sebab khasiatnya, dunia mendapat 16.5% daripada pengambilan kalori mereka dari beras.

Di Malaysia, pelbagai beras dapat dilihat di pasaran tempatan. Pelbagai jenis beras seperti

beras perang, berat pulut, beras putih, beras hancur,beras hitam, beras merah, beras bijian

panjang (beras basmati) dan beras bijian pendek (beras jepun). Setiap beras mempunyai

keistimewaan dalam segi bentuk, rasa, dan kegunaan masing-masing. Memilih beras yang betul

mengikut kegunaan adalah penting untuk menjadikan sesuatu masakan itu sesuai sedap dan

sesuai untuk mengikut masakan yang ingin di masak. Setiap beras juga terdapat khasiat tertentu

dan pilihan yang tepat amat penting untuk memastikan masakan yang ingin dimasak sedap dan

mengikut citarasa.

3.1 BERAS PERANG

Beras Perang berwarna coklat. Beras perang selalunya kaya dengan serat dan vitamin B,

riboflavin dan niasin. Beras perang mempunyai rasa seperti kekacang dan mempunyai tekstur

sederhana hingga pejal. Beras perang tidak boleh disimpan secara lama kerana akan berbau

tengik. Beras perang mampu tenaga dengan cepat dan membuat cepat kenyang sekiranya

dimakan. Beras perang sesuai untuk kesihatan dan sesuai untuk orang yang yang mengamalkan

gaya hidup sihat seperti mengurangkan kolestrol, mengurangkan berat badan dan pelbagai

masalah kesihatan lain. Beras perang lebih mahal berbanding beras putih yang biasa dimakan.

Antara khasiat beras perang ialah mengurangkan risiko penyakit kolon, mengurangkan berat

badan, mengurangkan kolestrol, mengurangkan risiko penyakit jantung, membantu

3
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

penghadaman, mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah batu karang, mengawal kadar

gula dalam darah , makanan bayi dan lain-lain.

3.2 BERAS PULUT

Beras pulut mempunyai kandungan kanji dan protein yang tinggi. Beras ini perlu

direndam sebelum dimasak. Beras pulut pula adalah beras jenis melekit yang sesuai untuk

membuat nasi pulut, lemang, ketupat pulut , pulut kuning, dan kuih muih yang berasaskan pulut

seperti seri muka dan kuih lopes dan pelbagai makanan lain yang boleh dibuat.

3.3 BERAS PUTIH

Beras putih adalah beras kegemaran rakyat di Malaysia. Beras ini mempunyai permintaan

yang tinggi, mempunyai banyak nutrisi penting. Beras putih ialah beras yang selalu berada di

pasaran tempatan dan tidak pernah putus salurannya. Beras putih adalah beras yang selalu di

makan oleh rakyat Malaysia. Beras putih mempunyai kalori yang tinggi , karbohidrat dan

mengandungi sedikit serat. Beras putih cepat memberikan tenaga kerana gulanya yang dikatakan

tinggi. Manfaat lain yang boleh diperolehi apabila memakan beras ini ialah baik untuk pengidap

penyakit celiac, menguatkan tulang, otot dan saraf kerana kandungan magnesium yang tedapat

didalamnya menjaga fungsi tulang, baik untuk kesihatan usus. Beras putih boleh dimasak secara

biasa dan di jadikan bubur.

4
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

3.4 BERAS HITAM

Beras hitam atau lebih dikenali sebagai beras terlarang merupakan makanan untuk para

raja dan bangsawan pada zaman maharaja China. Harganya yang mahal menyebabkan ramai

orang jarang membelinya walaubagaimanapun beras hitam ini mempunyai keistimewaan yang

tertentu yang menyebabkan para pengemar beras hitam tetap mencarinya. Kandungan beras

hitam mempunyai banyak khasiat, kaya dengan pelbagai vitamin, asntioksida, serat , protein,

glukosa , lemak, karbohidrat dan lebih banyak lagi. Beras hitam ini bebas daru gluten.Kebaikkan

memakan beras hitam ini ialah meningkkatkan kadar imuniti di dalam badan, memeilihara wajah

dan meremajakan, awet muda, melambatkan proses penuaan, meningkatkan tahap pencernaan,

membebaskan toksin di dalam badan, menurulkan tahap koletrol, menguatkan sistem tubuh

badan, mengurangkan risiko kanser, dan menguatkan tulang dan otot.

3.5 BERAS MERAH

Beras merah adalah sama seperti beras perang dari segi nutrisi tetapi beras merah lebih

tinggi antioksida. Beras merah mengandungi nilai GI yang rendah iaitu 46 berbanding beras

perang iaitu nilai GI 55. Beras Merah tidak mengandungi gluten. Kebaikan beras merah ialah

mengurangkan kenaikan gula dalam darah, sesuai untuk pesakit kencing manis kerana

mempunyai antioksida, dan mengurangkan kadar risiko penyakit jantung, Rasa berasnya lebih

manis seperti kekacang dan lembut selepas dimasak. Beras merah ini cepat mengenyangkan dan

sesuai untuk penurunan berat badan.

5
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

3.6 BERAS BIJIRIN PANJANG / BERAS BASMATI

Beras basmati ialah beras yang berasal dari India dan Pakistan. . Beras ini merupakan

makanan para bangsawan kerana kualitinya yang mahal, lembut dan berbau wangi. Beras

basmati ialah beras paling berkhasiat dan juga paling panjang serta ramping. Beras ini tidak

melekit dan berderai selepas dimasak serta mengeluarkan aroma yang wangi. Beras ini sesuai

untuk makanan seharian, tetapi kerana harganya yang mahal, beras ini selalunya digunakan

ketika ingin memasak makanan tertentu seperti nasi arab , nasi briyani, nasi minyak dan lain-

lain.Beras basmati ini hendaklah disimpan di bekas kedap udara , dingin dan gelap. Penyimpanan

yang baik boleh menjaga kualiti beras basmati dan boleh disimpan berbulan-bulan. Kebaikan

memakan beras basmati ialah menjaga kesihatan jantung dan otak, menurunkan kolestrol dan

gula dalam darah, sesuai untuk pesakit kencing manis dan diperkaya nutrisi serta rendah arsenik.

3.7 BERAS BIJIRIN PENDEK / BERAS JEPUN

Beras Jepun ini selalu digunakan dalam masakan Jepun. Beras ini berbentuk gemuk dan

pendek dan berkilat. Beras ini lembut selepas dimasak dan sedikit melekit. Beras ini tinggi

protein , kaya kalsium, serat dan vitamin. Kebaikkan beras ini ialah untuk menjaga berat badan

dan mengurangkan kolestrol Beras ini sesuai untuk makanan sushi dan makanan Jepun.

6
JUH 102 - PEMIKIRAN KRITIS

3.8 BERAS HANCUR

Beras hancur adalah beras yang telahdiasingkan selepas proses pengilangan . Beras

hancur adalah beras yang selalunya diberikan sebagai makanan haiwan seperti ayam, itik dan

lain-lain. Beras hancur kurang nutrisi dan kandungan serat.

4.0 KESIMPULAN

Beras ialah makanan ruji rakyat Malaysia. Penggunaan beras dalam kehidupan seharian

amatlah tinggi di Malaysia. Setiap beras mempunyai kelainan dan keistimewaannya yang

tersendiri. Di Malaysia, terdapat beras tempatan dan beras yang di import dari Negara jiran tetapi

akibat ketamakkan yang terdapat dalam diri individu, banyak beras tiruan yang berada di pasaran

tempatan sekarang ini. Beras asli dan beras tiruan dapat dibezakan sekiranya pengguna memberi

perhatian terdapat beras yang dipilih. Beras yang asli lebih berkhasiat dan dapat menjaga

kesihatan. Beras tiruan telah dicampur dengan bahan kimia yang tertentu dan membahayakan

kesihatan. Semua beras yang terdapat dipasaran berbeza-beza. Tidak semua beras sesuai untuk

digunakan dalam masakan. Pengguna haruslah memberi perhatian dalam memilih beras yang

berkualiti serta memahami setiap fungsi beras samaada dari segi kegunaan ataupun kesihatan.

Sekiranya pengguna membeli beras yang sesuai mengikut masakan, masakan yang dihasilkan

akan menjadi lebih sedap dan sesuai untuk dimakan. Beras juga boleh menghasilkan produk lain

selain nasi seperti bihun, tepung beras, pemutih wajah, dan lain-lain. Beras amat bernilai dan

janganlah sentiasa membazir kerana tidak semua dapat makan nasi setiap hari akibat kesempitan

hidup.

You might also like