You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ARIP,

d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SELANGAU,


LOT 363, BLOK 15, NEW TOWNSHIP, SELANGAU,
96000 SIBU, SARAWAK

Emel: skbukitarip@gmail.com YBA 3206

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKBA.700-10/2/2 (01)
Tarikh : 07 Januari 2022

Kepada :
Ibubapa / Penjaga Murid Asrama Tahun 1 hingga Tahun 6,
SK Bukit Arip

Tuan / Puan,

SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3, 2021/2022

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 diadakan secara bersemuka bermula 10hb Januari 2022
(Isnin). Bagi murid asrama, mereka akan kembali ke asrama pada petang 9hb Januari 2022 (Ahad) secara
berperingkat seperti yang dinyatakan berikut;

Waktu Mendaftar Kumpulan Murid


3:00pm – 3:30pm Murid Asrama Tahun 1 dan Tahun 2
3:30pm – 4:00pm Murid Asrama Tahun 3 dan Tahun 4
4:00pm – 4:30pm Murid Asrama Tahun 5 dan Tahun 6

3. Sehubungan dengan itu, bagi ibubapa / penjaga yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah,
ketidakhadiran tersebut tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun ibubapa / penjaga perlu
memaklumkan ketidakhadiran murid (secara bertulis) kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod sekolah.

4. Dimaklumkan juga, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya
pakaian seragam sekolah yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

5. Kehadiran murid ke sekolah hendaklah mengikut SOP yang telah ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara
Fasa 4.

6. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( NICHOLAS ENGONG ANAK JUGAH )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Arip, Selangau.
_____________________________________________________________________________________
MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”

You might also like