You are on page 1of 4

LAPORAN AJK PERTANDINGAN

1.0 PENGENALAN
Pada 9 Disember 2021 (Khamis) yang lalu, pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 dan
2019 yang mengambil elektif terbuka Gaya Hidup Sihat telah menganjurkan
pertandingan petanque peringkat IPG Kampus Darulaman. Pertandingan ini disertai
oleh 48 orang peserta yang dikategorikan kepada tiga kategori iaitu Mixed Double, Men
Double dan Women Double. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih yang terlibat tentang pengurusan
pelaksanaan pertandingan. Melalui pelaksanaan pertandingan ini, secara tidak langsung
akan dapat mengasah bakat guru pelatih dalam sukan pada peringkat awal sebelum
melangkah ke alam pengajaran di sekolah sera menonjolkan kecenderungan dalam
bidang pengurusan. Saya telah ditugaskan sebagai AJK Pertandingan bagi program ini.

1
2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
2.1 SEBELUM
Sebelum hari pertandingan dianjurkan, satu perjumpaan telah diadakan di
kalangan ahli AJK pertandingan bagi menetapkan perjalanan ketika perlawanan.
Kami diberikan taklimat mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan
dalam pertandingan petanque. Kami ditunjukkan satu contoh simulasi permainan
petanque dan kami diajar cara mengambil markah bagi setiap pusingan
pertandingan petanque ini. Kami turut diajar cara mengukur boule dari jet untuk
menentukan boule pasukan pemain yang manakah lebih dekat dengan jet untuk
mendapatkan mata. Kami turut dibahagikan tugas untuk menjaga lane yang
terdiri daripada 6 lane iaitu lane A sehingga lane F. Satu jadual bertugas
(lampiran 1) telah dikeluarkan untuk menentukan ajk yang perlu menjaga lane
mengikut masa yang ditetapkan.

2.2 SEMASA
Ketika perlawanan dijalankan, setiap ahli jawatankuasa pengadilan
memainkan peranan dengan baik. Saya sebagai JK pertandingan telah
memastikan setiap perlawanan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
Perlawanan petanque ini dilaksanakan bermula jam 8 pagi sehingga 12
tengahari. Borang pemarkahan telah disediakan supaya dapat mencatat markah
setiap perlawanan. Saya ditugaskan menjaga lane E untuk Women Double pada
suku akhir serta lane D untuk Mixed Double pada separuh akhir perlawanan ini.
Saya telah mempraktikkan cara mengukur bola dan jet menggunakan pita
pengukur dan tali jet serta cara mengambil markah bagi setiap pusingan seperti
mana taklimat yang diberikan pada tempoh hari. Saya memastikan pemain
sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak lupa untuk
mengambil tanda tangan pemain sebelum borang permarkahan diserahkan
kepada AJK statistik.

2.3 SELEPAS
Setelah perlawanan berakhir, pihak pengadilan menetapkan satu
keputusan akhir mengikut borang pemarkahan. Kemudian pada hari berikutnya,
semua ahli AJK pertandingan berkumpul untuk membuat satu mesyuarat post
mortem. Setiap ahli membincangkan tentang kekuatan dan kelemahan yang
telah dikenal pasti sepanjang pertandingan petanque ini dijalankan. Kami turut
berbincang mengenai masalah yang timbul sepanjang mengendalikan
perlawanan ini dalam skop tugas AJK pertandingan.

2
3.0 KELEBIHAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI
Kelebihan yang saya dapat kenal pasti sepanjang saya menjadi AJK pertandingan
ini adalah saya dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baru kerana ia
merupakan kali pertama saya menjadi arbiter di dalam perlawanan petanque. Saya
mendapat pengetahuan mengenai nama-nama peralatan yang digunakan dalam
pertandingan petanque, cara mengukur bola dan jet serta cara permarkahan dalam
pertandingan petanque.
Cabaran yang saya hadapi adalah terutamanya apabila hendak mengambil
ukuran bola dan jet. Terdapat satu situasi di mana jarak bola dan jet bagi kedua-dua
pihak pemain adalah hampir sama. Saya perlu meminta bantuan dari ketua AJK
pertandingan untuk membantu saya menyelesaikan masalah tersebut. Saya juga
mengalami situasi di mana terdapat peserta yang hendak menarik diri dari pertandingan
tersebut. Kemudian saya merujuk kepada ahli jawatankuasa berkenaan mengenai hal
ini dan perkara tersebut dapat diselesaikan. Melalui cabaran dan pengalaman inilah
saya dapat belajar banyak perkara yang tidak pernah saya hadapi sebelum ini.

4.0 PENUTUP
Saya rasa bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai pengurusan
pelaksanaan perlawanan petanque peringkat IPGKDA ini sebagai salah seorang AJK
pertandingan. Banyak perkara yang saya telah lalui dan pelajari sepanjang perlawanan
ini berlangsung. Saya berharap program ini dapat memberi impak yang besar dalam
kalangan pelajar IPGKDA untuk terus berlajar cara pengurusan pelaksanaan program
serta dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

3
LAMPIRAN 1

You might also like