You are on page 1of 3

SJK (T) LADANG BUNTAR, 09800 SERDANG, KEDAH DARUL AMAN.

KOD SEKOLAH: KBD1025

Minit mesyuarat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Bil 1 / 2021

Hari : 6.1.2022 (Khamis)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKT Ladang Buntar

Kehadiran:

1. Pn. C. Malliga (GB)


2. En. M. Kalaimany (PK Pentadbiran)
3. En. V. Shanmugam (PK HEM)
4. Pn. G. Palveena
5. Pn. S. Kogilavani
6. Pn. A. Vanitha
7. Pn. N. Santana Mary
8. Cik Nur Syafinaz bt Abdullah

i) Perutusan Pengerusi

1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih


kepada semua guru yang telah hadir ke mesyuarat yang diadakan pada kali pertama
ini.
2. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli
jawatankuasa SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku teks
sekolah.

Makluman: Semua guru

ii) Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

3. Puan Santara Mary telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Minit
mesyuarat telah disokong sebulat suara.

Makluman: Semua guru

iii) Perkara Berbangkit


Tiada

iv) Aktiviti dan Program Tahunan

4. Aktiviti pertandingan sempena “Kempen Sayangi Buku Teks”. Cadangan aktiviti 


Tahap 2 (poster), Tahap 1 ( mewarna kulit buku).
5. Taklimat di perhimpunan tentang kepentingan menjaga buku teks oleh penyelaras
unit SPBT.
6. Cadangan menyediakan papan kenyataan SPBT.
7. Pemantauan buku oleh penyelaras tahun. Penyelaras diminta memberi kerjasama
memantau buku teks murid supaya dibalut dan dijaga dalam keadaan baik.
Pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Februari, Julai dan Ogos.
8. Aktiviti pemprosesan bekalan buku tahun 1 hingga tahun 6.
9. Pada akhir tahun,buku aktiviti dipulangkan kepada murid-murid. Tidak perlu dikutip.

Tindakan: Semua guru


v) Hal-hal Lain

10. Mohon kerjasama guru kelas untuk menyenaraikan buku teks yang tidak mencukupi
bagi kelas masing-masing dan hantar judul buku dan jumlah kepada
Pn.G.Palveena
11. Buku Aktiviti yang hilang perlu diganti.
12. Beri amaran kepada murid supaya tidak meninggalkan buku teks  di dalam kelas
atau di laci meja. Murid-murid yang melanggar peraturan pinjaman buku teks akan
diambil tindakan sewajarnya

Tindakan:Semua guru

vi) Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Ketua Panita Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ _____________________

(PALVEENA A/P GOPALAKRISHNAN)


Penyelaras SPBT,
SJKT Ladang Buntar.

You might also like