You are on page 1of 10

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-


kanak yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang
bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya. 

Kemudahan 

 Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang


memerlikan jagaan dan perlindungan serta yang telah dianiaya.

Takrifan Kanak-kanak 

 Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.

Takrifan Penganiayaan

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3 

a. Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa,


diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu
yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah
secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan
kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya.
b. (Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau
pendengaran, kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan
otak).

Hukuman 

 Bagi kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda tidak


melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya. Seksyen 26 Akta 468.
 Bagi kesalahan mengikut takrifan b. diatas hukumannya ialah denda
tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-
duanya. Seksyen 28 Akta 468.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

 Menyiasat aduan yang diterima.


 Merujuk kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada
penganiyaan telah berlaku atau tidak.
 Melaporkan kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke hadapan
mahkamah.
 Mengadakan kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara itu
tidak berlaku lagi.
 Sebagai ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga yang
sesuai atau dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak.
Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) 

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan


kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaan Mahkamah Juvana.

 Kemudahan 

 Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang


muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang.
 Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
 Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti
rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
 Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan
penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang
berkenaan.

Takrifan Kanak-kanak 

 Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18
tahun.
 Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1)

a. Buang Kes
Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan
b
baik.
c Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukanjagaan
d
dan didikan yang baik terhadapnya.
Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan
Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan
juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas
tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah
undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu
e
perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak,
yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan
ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum
untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang
berkenaan.
f Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
g Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos
Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau
dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf
h
dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun
dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. 

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

 Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.


 Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan
menghadiri mahkamah.
 Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah
dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
 Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
 Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk
menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.

Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257)

 Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengangkatan anak.

 Kemudahan 

 Memberi peluang kepada orang-orang yang bukan Islam mengambil anak


angkat dengan cara yang sah melalui mahkamah. Seorang kanak-kanak
yang diambil dengan cara ini, diberi taraf sama dengan anak kandung
ibubapa dan anak angkat itu boleh menuntut harta pusaka dan lain-lain
kemudahan seperti seorang anak kandung.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

 Mendaftar dan menyiasat permohonan.


 Menjalankan penyeliaan terhadap ibubapa angkat selama 3 bulan sebagai
"Guardian ad Item".
 Menyediakan laporan untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) 

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan.

Akta ini memudahkan orang-orang berugama Islam atau bukan berugama Islam
mendaftarkan pengangkatan anak angkat mereka tetapi pengangkatan ini tidak
memberi sama taraf seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta
ibubapa angkat.
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan


pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang
berkaitan dengannya.

Kemudahan 

 Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah


4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak
(TASKA) semasa ibubapa mereka di tempat kerja.
 Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 10 orang
kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.
 Menentukan kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar 

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000.
Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda
tidak melebihi RM2000.00. 

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

 Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.


 Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis
Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi
mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
 Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan
memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman
asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa :
1. "Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja
dalamnya adalah memuaskan;
2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah
diselenggarakan dengan sempurna;
3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran
atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa
atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

 
Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106)

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan


perlindungan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-
perkara yang bersampingan dengannya.

Kemudahan

 Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk


menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah
kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
 Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undang-undang untuk
membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di
bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat
menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada
bahaya akhlak.
 Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat
umur mendapatkan perlindungan dengan segera.

Takrifan Wanita dan Gadis

 Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun.

Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta

 Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu


memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:-
 Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat
perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk
siasatan.
 Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu
tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama
ada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
 Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut
suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk
menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.
 Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu
tempoh tertentu tidak lebih daripada tiga tahun di bawah pengawasan
sseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Hukuman Bagi Orang Didapati Bersalah Mempergunakan Wanita dan Gadis Untuk
Maksud Pelacuran Dan Sebagainya 

 Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk


masuk pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak
lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu
ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya.
 Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau kali
kemudian, boleh dikenakan hukum sebat selain daripada sesuatu tempoh
penjara yang dikenakan.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat  

1. Menerima dan menyiasat aduan.


2. Mengemukakan kes-kes Mahkamah untuk mendapatkan waran
tahanan sementara bagi urusan penyediaan laporan siasatan gadis
itu memerlukan perlindungan.
3. Menyiasat dan menyediakan laporan sosial dan enquiri untuk
mahkamah.
4. Sebagai Pelindung Wanita dan Gadis, menjalankan penyiasatan dan
berfungsi sebagai Majistret Kelas Pertama untuk mengambil
keterangan terhadap penyelesaian kes.
5. Menyiasat dan menyediakan laporan kemajuan atau pembebasan
dan laporan sosial terhadap penghuni institusi dan keluarga mereka.
6. Mengeratkan perhubungan di antara wanita dan gadis yang sedang
menjalankan pemulihan di tempat perlindungan dengan ahli-ahli
keluarganya dengan tujuan penyesuaian beliau dengan keluarga dan
masyarakat amnya setelah dibebaskan kelak.
7. Melawat, menyelia dan memberi kaunseling kepada wanita dan
gadis di bawah:-
a. Seliaan
b. Seliaan Lanjutan
8. Mengiringi wanita dan gadis dalam jagaan perlindungan dan
pemulihan
9. Mendapatkan pekerjaan untuk wanita dan gadis agar mereka boleh
berdikari dan tidak mengulangi kelakuan lama.

 
Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam


situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Pengertian Keganasan Rumahtangga

"keganasan rumah tangga" ertinya pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

1. secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba


meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan
2. menyebabkan kecederaan fizikal pada mangsa itu dengan sesuatu
perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan
mengakibatkan kecederaan fizikal;
3. memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan
apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau pun selainnya,
yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
4. mengurung atau.menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
5. melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta
dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia
berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa
itu.

Oleh seseorang terhadap -

 isteri atau suaminya;


 bekas isteri atau suaminya;
 kanak-kanak;
 orang dewasa tak berkeupayaan; atau
 mana-mana anggota lain keluarga.

Tindakan Mengikut Akta  

 Mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatu aduan keganasan


rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintah perlindungan
yang berikut:
 perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;
 perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak
itu;
 perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap orang dewasa
tak berkeupayaan itu.

 
Akta Orang-orang Papa 1977 (Akta 183) 

Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang-
orang papa dan bagi mengawal kuturayau.

Kemudahan 

 Akta ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan
dan perlindungan serta pemulihan di pusat pemulihan seperti di Desa
Binadiri atau di Rumah Seri Kenangan.

 Takrifan Mengemis 

 "Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama


ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi bermain, berlakon,
menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya". Sec.2.

Takrifan Orang Papa

 "Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan


sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran
kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga
mengadakan kacau ganggu.
 Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau
tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya
atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan
memuaskan". Sec.2.

 Tindakan Mengikut Akta 

 Sesiapa sahaja boleh merujukkan seorang papa kepada Pegawai Kebajikan


untuk tindakan yang tertentu.
 Sekiranya Pegawai Kebajikan Masyarakat itu mempercayai orang itu
adalah seorang papa, maka beliau boleh memohon perintah mahkamah
bagi ia dimasukkan ke dalam institusi untuk sementara waktu, iaitu tidak
melebihi 30 hari atau sebulan, di samping menjalankan penyiasatan.
 Selepas siasatan diadakan mahkamah boleh memerintahkan kemasukkan
orang itu ke Desa Binadiri untuk menjalankan pemulihan. Tindakan ini tidak
boleh digunakan bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Keluaran Orang Papa Daripada Institusi 

 Seseorang papa yang berada di Institusi boleh dibebaskan jika Penguasa


Institusi berkenaan berpuashati bahawa orang papa itu telah mendapat
pekerjaan yang sesuai untuk menyelenggara dirinya, atau;
 Dibebaskan kepada jagaan seseorang yang bersetuju dan berkeupayaan
menjaga dan menanggungnya dengan wajar.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

 Mengadakan operasi serbuan pengemis dengan anggota polis, yang mana


pihak polis akan menangkap orang-orang papa dan serahkan kepada pihak
kebajikan.
 Mendapatkan perintah mahkamah tahanan sementara untuk membolehkan
penyiasatan dijalankan dalam tempoh masa sebulan.
 Selepas dibawa semula ke hadapan mahkamah dan diperintahkan tinggal
di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengiringi orang
itu masuk ke institusi yang berkenaan iaitu Desa Binadiri Mersing, atau ke
Rumah Seri Kenangan bagi mereka yang tua.
 Semasa di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan
mengeratkan perhubungan orang itu dengan ahli-ahli keluarganya atau
saudara maranya, jika ada, supaya senang menyesuaikan diri di dalam
masyarakat selepas beliau dibebaskan kelak.
 Mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan untuk orang itu.

 Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan, dan


pemeriksaan Pusat-pusat Jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat

 Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.


 Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis
Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas Pusat Jagaan
bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
 Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan
memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud Pusat
Jagaan untuk tujuan menjamin bahawa :
1. "Kesihatan dan kesejahteraan penghuni atau pekerja-pekerja
dalamnya adalah memuaskan;
2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah
diselenggarakan dengan sempurna;
3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran
atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa
atau kesihatan penghuni yang berada dalamnya".

 
Senarai Peraturan / Kaedah Berkaitan Dengan Perkhidmatan Kebajikan
Masyarakat

1. Peraturan-Peraturan Tempat Tahanan 1950.


2. Arahan-Arahan Pusat Pemulihan Bagi Orang-Orang Cacat Anggota Cheras
(Lembaga Pelawat) 1969.
3. Jawatankuasa Kebajikan Budak-Budak Perlembagaan Dan Kewajipan-
Kewajipan 1976.
4. Arahan-Arahan Bagi Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977.
5. Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979.
6. Peraturan-Peraturan Sekolah Yang Diluluskan 1981.
7. Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981.
8. Peraturan-Peraturan Asrama Akhlak 1982.
9. Kaedah-Kaedah Perlindungan Wanita Dan Gadis (Tempat Perlindungan) 1982.
10. Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983.
11. Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 1985.
12. Kaedah-Kaedah Tempat Keselamatan Rumah Kanak-Kanak 1992.
13. Peraturan-Peraturan Pasukan Perlindung Kanak-Kanak 1994.
14. Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.

You might also like