You are on page 1of 16

Sungguh meriah suasana di hari persandingan,

Riuh rendah suara sanak saudara dan tetamu jemputan,


Suara nada kompang dipalu menjadi iringan,
Tanda pengantin diarak ke pelamin persandingan,
Singgahsana yang indah lagi permai tiada tandingan,
Tetamu yang hadir sahabat handai rakan dan taulan,
Semuanya gembira meraikan pasangan,
Pengantin baru yang sudah lama berkenalan,
Baru seminggu ikatan termeterai diijabkabulkan,
Kini tiada lagi halangan nak bergurauan.

Page 1 of 16
(Selawat taslim dan kompang selawat iring pengantin)

Firman Allah yang maha agung


Sabda Nabi di warisi para wali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Page 2 of 16
Saya Azmi Bohari, diberi posisi untuk menerajui majlis
resepsi atau majlis persandingan kedua mempelai pada hari
yang berbahagia ini. Selamat datang para tetamu jemputan
dan selamat datang juga diucapkan kepada para pengiring
pengantin yang sudi bertandang untuk sama-sama
memeriahkan lagi majlis resepsi pasangan raja sehari
antara:
Dr. Mas Aniza bt. Hj. Bajury
dan pasangan pilihan hatinya
Mohamad Fikri b. Khairuddin

Page 3 of 16
Yang berbahagia, Tn. Hj. Mohd Bajury b. Hj Markom dan Pn. Hjh.
Siti Zainah bt. Hj. Yusof, selaku tuan tumah di majlis resepsi kita
pada hari ini. Yang diraikan pasangan mempelai Dr. Mas Aniza bt.
Hj. Bajury dan pasangan pilihan hatinya Mohamad Fikri b.
Khairuddin. Yang dihormati ahli rombongan pengiring pengantin,
saudara mara, sahabat handai, teman sekerja, sidang hadirin dan
hadirat para tetamu jemputan yang dirahmati Allah swt. Selamat
datang dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ahli
rombongan pengiring pengantin dan para tetamu jemputan di
atas kesudian untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis
resepsi nan permai di hari yang berbahagia ini.

Page 4 of 16
Subhanallah pagi dan petang,
Ganjaran dipohon jalan ke syurga,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Ya Allah wahai Tuhan kami, satukanlah jua hati kedua


mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah, kekalkanlah jodoh ini
hingga ke jannah, dan mudahkanlah urusan mereka dengan
berkat ikatan suci ini.
Page 5 of 16
Dengan itu, bagi memohon keberkatan daripada Yang
Maha Esa agar majlis ini dalam kerahmatanNya, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh: Kekanda pengantin Saudara
_________________________________ Tofadhol Ya Seikh.
Jazakaulahul Khairan kasira illa Al Fadhil Ustaz atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis ini akan
disirami rahmat daripada Allah swt. Amin.
Sebelum kita meneruskan majlis, eloklah kiranya saya
memperkenalkan serba sedikit mengenai pasangan raja
sehari yang diraikan
Page 6 of 16
Pengantin lelaki adalah putera kepada
Nama bapa :
Nama Ibu :
Anak ke ___ dari ____ beradik ini, lebih dikenali sebagai
___________________ dalam kalangan ahli keluarga.
( rujuk biodata yang diberi )

Page 7 of 16
Bagi pengantin perempuan pula, gadis cantik yang
berkarisma ini merupakan puteri kepada :
Nama Bapa :
Nama Ibu :
( rujuk biodata yang diberi )

Page 8 of 16
Bagi tidak membuang masa lagi, kita teruskan tertib acara
dimajlis nan permai ini dengan acara salam restu /
menepung tawar dan merenjis air mawar. ( instrumental )
Dengan itu saya menjemput :
Ayahanda dan bonda pengantin P & L
Seterusnya dipersilakan ahli keluarga pengantin P / L
Nenda, Paklong & Maklong, Kekanda& Adinda dll.
Demikian tadi, acara salam restu/menepung tawar/
merenjis air mawar serta salam restu bagi memeriahkan
lagi suasana majlis persandingan dua sejoli yang segak dan
cantik disinghasana.
Page 9 of 16
Majlis di teruskan dengan acara kemuncak pada hari ini
iaitu majlis makan beradap. Dengan rasa hormat dan penuh
takzim saya mempersilakan pasangan raja sehari dan ahli
keluarga untuk bersama-sama ke meja santapan diraja
untuk majlis makan beradat. Dipersilakan.
( Pengantin berjalan menuju ke meja makan )
MC boleh membacakan doa makan

Page 10 of 16
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini,
mereka mula berkenalan suatu ketika.

Perkenalan itu akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam


hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat


restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan dan pada
hari yang berbahagia ini janji sepakat telah dibuat dan
ditunaikan dalam majlis yang penuh berbahagia nan permai
ini.
Page 11 of 16
Lagu-lagu pengantin dimainkan.

Semerbak harum bunga seroja


Dibelai manja si dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemputlah semua menikmati hidangan

Bagi hadirin para tetamu jemputan sekalian, jangalah malu


janganlah segan untuk sama-sama menikmati sajian-sajian yang
telah disediakan. Bagi para tetamu yang baru sampai, saya sebagai
mewakili puhak tuan rumah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis yang bersejarang nan permai ini.
Page 12 of 16
( Jika perlu sahaja )
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Mungkin ada titipan pesan daripada ahli keluarga kepada


kedua mempelai untuk bekalan dihari muka.
Dipersilakan wakil kepada pengantin perempuan untuk
memberi ucapan dan menitip pesan.

Kalau ada wakil pihak pengantin lelaki dipersilakan.


Page 13 of 16
Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput
pasangan raja sehari untuk ke upacara memotong kek.
Dengan segala hormatnya dipersilakan kebahagian yang
telah disediakan.

( Pengantin memotong kek )

Sesungguhnya manusia itu memerlukan kepada cinta.


Kerana cinta itu menjadikan hidup manusia lebih
bermakna, bahagia dan sempurna, apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Page 14 of 16
Tanam tebu tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku didalam hati.

Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua pasangan


raja sehari ini yang bakal menjalani bahtera rumahtangga
dengan penuh hemah dan kerukunan. Semoga mencapai
mardhatillah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan
solehah untuk sama-sama menghuni Jannatul Firdausy.
Insya Allah.

Page 15 of 16
Pergi kedusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, atas segala


kekurangan semasa saya mengacarakan dan mengendalikan majlis
resepsi ini. Berjumpa lagi kita di masa-masa akan datang. Ucapan
salam hormat untuk semua dan saya akhiri dengan lafaz mulia
wabillahitaufik ……..

Page 16 of 16

You might also like