You are on page 1of 26

EDISI

PERTAMA
2017

GEOGRAFI STPM
PENGGAL 2
NOTA KUPASAN BAHAGIAN A

[Modul “Geografi STPM Penggal 2 Nota Kupasan” bertujuan untuk membantu sesama pelajar sahaja. Isi
kandungan berdasarkan format terkini STPM. Sebarang bahagian dalam modul ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan dengan cara yang boleh dipergunakan lagi,ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk
atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, fotokopi, perakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis
terlebih dahulu daripada penulis mohd.nazren.03@gmail.com. Juga bukan tujuan jualan kepada mana-
mana pihak.Pihak penulis tidak akan bertanggungjawab atas ketidaklengkapan fakta yang tedapat di dalam
modul ini. Sebelum merujuk modul ini, pastikan anda memahami sepenuhnya konsep yang terdapat dalam
Geografi Penggal 2 STPM terlebih dahulu.]
SISTEM ATMOSFERA : STRUKTUR, KANDUNGAN,
PERANAN, FAKTOR
KONSEP ATMOSFERA
Satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas permukaan bumi
disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.

STRUKTUR ATMOSFERA
(Termosfera, Mesosfera, Stratosfera, Troposfera)
a. Termosfera/ionosfera
 Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C. Lapisan paling bawah
dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen.
 Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul
nitrogen.
 Penting untuk telekomunikasi.

b. Mesosfera
 Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C.
 Di kawasan ini wujud awan noktilusen.
 Bahan meteor mula terbakar di sini

c. Stratosfera
 Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahanlahan mengikut ketinggian.
 Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.
 Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

d. Troposfera
 Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi.
 Pengurangan suhu 6.5˚C bagi setiap 1000m.
 Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca

1
KANDUNGAN ATMOSFERA
1. Gas kekal
Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78.09%), Oksigen (20.95%) dan Argon (0.93%).

2. Gas berubah
Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. Contohnya :
a. Karbon dioksida : sentiasa bertambah;
 memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan.
peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia
b. Ozon : sentiasa berkurangan;
 melalui kitar fotokimia iaitu melibatkan percantuman semula dengan atom
oksigenmenye babkan kehilangan bersih oksigen ganjil
c. Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah
 punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom) , bahan pencuci dan
penyaman udara terlerai dan membebaskan klorin yang juga terlibat dalam
pemusnahan lapisanozon.
d. Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah
 mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah, pembakaran
industri,kenderaan, biojis im, dan penggunaan baja kimia.
e. Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah
 pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga.
 Penambahan dan pengurangan kumpulan gas ini akan mempengaruhi :
a.pencemaran udara
b.peningkatan gas rumah hijau
c.hujan asid
d.Penipisan lapisan ozon
e.pemanasan global

3. Juzuk bukan gas


 Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan
habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi.
 Mengakibatkan fenomena jerebu

2
PERANAN ATMOSFERA
1. Kepada Biologi
 Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi


 Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air.
 Tindakan unsurunsur cuaca ini telah mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi
yang sentiasa beruba h tanpamengira masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi


 Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam
m elalui tindakan kimia airhujan ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi
 Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan angin.

5. Membentuk dan mempengaruhi cuaca


 Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu
menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak meng alami kesan
perubahantersebut

ATMOSFERA : UNSUR-UNSUR IKLIM DAN CUACA KONSEP-KONSEP IKLIM DAN CUACA

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM

Konsep Cuaca dan Iklim


Cuaca
 Fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.
 Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun jaraknya
hanya beberapa kilometer.
Iklim
 Purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35
tahun meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah.

3
Unsur-unsur cuaca
1. Suhu
2. Kerpasan
3. Kelembapan udara
4. Awan
5. Tekanan udara
6. Angin

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENDATAR


1.Tumbuhan semulajadi
2.Awan
3.Arus lautan
4.Perbezaan permukaan bumi
5.Ketinggian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN SUHU MENEGAK


1. Tekanan udara
2. Suhu permukaan
3. Lapisan atmosfera
4. Kandungan atmosfera

LEMBAPAN ATMOSFERA
1.Lembapan atmosfera.-Kandungan wap air yang terdapat di atmosfera.
2.Kelembapan mutlak.- Jumlah wap air dalam sesuatu isipadu air. (g/m3)
3. Kelembapan tentu.-Jisim wap air bagi setiap kilogram udara.
4. Kelembapan bandingan.-Nisbah jumlah wap air yang sebenar terdapat di udara berbanding
dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara tersebut pada suhu yang tertentu.

PROSES-PROSES LEMBAPAN ATMOSFERA


1.Sejatan
2. Pepeluhan/ Transpirasi
3. Sejatpeluhan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEJATAN


1. Tekanan wap
2. Suhu permukaan
3. Angin
4. Kandungan air
5. Luas permukaan sejat

4
SISTEM ATMOSFERA
 KERPASAN KERPASAN
 ANGIN
 BAJET HABA
 KELEMBAPAN UDARA
 SEJATAN
 PEMELUWAPAN
 PEMBENTUKAN AWAN
 KERPASAN

SISTEM ATMOSFERA : KERPASAN KERPASAN


Konsep kerpasan
 Semua jenis lembapan yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam bentuk
hujan, salji, embun atau hujan batu.
Jenis-jenis kerpasan
i. Hujan perolakan
ii. Hujan bukit
iii. Hujan perenggan

SISTEM ATMOSFERA : ANGIN


Angin dan tekanan udara

SISTEM ATMOSFERA : BAJET HABA


 Bahangan Suria
 Bahang Bumi

Proses-proses yang menentukan bajet imbangan haba dunia


a. Proses penyerakan
b. Penyerapan
c. Pantulan13.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan bajet haba dunia


1. Litupan awan yang tebal
2. Kebocoran lapisan ozon
3. Pembebasan gas rumah hijau
4. Kejadian jerebu
5. Albedo atau kadar pembalikan bahangan matahari

5
SISTEM ATMOSFERA : KELEMBAPAN UDARA
Konsep kelembapan udara
 Jumlah wap air yang terdapat dalam udara pada suhu tertentu dan waktu tertentu .
Jenis kelembapan:
i. Kelembapan Mutlak (KM) –merujuk jumlah wap air sebenar yang terdapat dalam
jisim udara pada sesuatu suhu tertentu dalam gram meter padu (g/m3) udara pada
masa yang tertentu.
ii. Kelembapan Bandingan – merujuk jumlah wap air sebenar yang terkandung di
dalam udara dengan jumlah wap air yang mampu ditampung oleh udara pada suhu
tertentu. Ukurannya dalam unit peratus (%). Kelembapan bandigan dianggap tepu
apabila mencapai 100%. Alat Higrometer diguna mengukur kelembapan bandingan.

SISTEM ATMOSFERA : SEJATAN


Konsep sejatan
 Proses pertukaran daripada bentuk cecair dari badan air (laut, tasik, kolam, paya dan
sebagainya) kepada bentuk wap ke atmosfera.

Proses sejatan
a. Sejatan berlaku dari badan air seperti laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya apabila
tekanan wap pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di dalam
atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.Sejatan mula apabila tenaga elektromagnet ditukar
kepada tenaga haba yang memanaskan permukaan air. Air yang mengandungi molekul-molekul
H2O akan menjadi panas.

b. Molekul-molekul air yang panas akan bergerak dan tenaga haba tadi bertukar menjadi
tenaga kinetik. Molekul-molekul air yang bergerak ini akan berlanggar antara satu sama lain dan
apabila halaju menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka peluang bagi molekul air untuk
terbebas ke atmosfera dalam bentuk wap air adalah cepat.

c. Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik ke atas atmosfera akan wujud
di dalam bentuk wap air yang mengandungi tenaga haba pendam. Ekoran daripada itu, proses
sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan


a. Suhu air.
b. Tekanan wap pada permukaan air
c. Udara yang lebih kering
d. Kadar kemasinan air
e. Nilai kelembapan bandingan

6
SISTEM ATMOSFERA : PEMELUWAPAN
Konsep pemeluwapan
 Proses pertukaran wap air kepada cecair/ titisan-titisan air apabila suhu dalam jisim
udara mencapai takat embun.

Proses pemeluwapan
a. Berlaku apabila suhu dalam jisim udara menurun kepada takat embun (0°C) pada
ketinggian melebihi 1000 meter.
b. Penurunan suhu berlaku disebabkan kadar pertukaran adiabatik. Semakin tinggi sesuatu
tempat maka suhunya semakin menurun.
c. Apabila jisim udara tersebut sejuk, tenaga kinetik zarah-zarah (wap air) berkurangan.
Zarah-zarah (wap air) bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain
dengan lebih kuat. Jadi zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar
kepada cecair.

Proses pemeluwapan melalui proses penyejukan


1. Penyejukan air lintang
 Berlaku apabila udara yang bersempadan dengan permukaan bumi mengalir dari
kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan
jenis stratus yang rendah.
2. Penyejukan sinaran
 Berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara tenang.
Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas tanpa halangan.Kesannya jisim udara
disejukkan menghasilkan embun dan kabus sinaran.
3. Penyejukan adiabatik

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemeluwapan


a. Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera
b.Takat embun
c.Nukleus higroskopik/ nukleus pemeluwapan

SISTEM ATMOSFERA : PEMBENTUKAN AWAN


Konsep awan
 Bintik air yang halus atau hablur-hablur ais yang amat halus yang terapung di dalam
atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi.Ia terhasil daripada
penyejukan udara lembap ke takat suhu yang lebih rendah daripada takat embun.

Jenis-jenis awan:
a.Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)
b.Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)
c.Awan rendah (0 hingga 1200 m)

7
d.Awan tegak (had dasar 180 m)

Awan tinggi (6100 m hingga 12000 m)


1. Sirus
Awan ini berbentuk nipis, lembut berumbai-umbai.Ia menunjukkan cuaca agak cerah dan
suasana senja waktu senja yang indah.
2. Sirostatus
Awan ini membentuk kepingan awan nipis yang menyelubungi langit.Ia kelihatan seperti tirai.
3. Sirokumulus
Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau berderet-deret.

Awan pertengahan (1200 m hingga 6100 m)


1. Altostratus
Awan ini berwarna kelabu atau kebiruan dan berbentuk seperti sirosratus tebal.Ia padat
berjurai-jurai atau calar-calar.
2. Altocumulus
Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang bertompok-tompok tidak rata dan berlapislapis
tetapi tersusun rapat.

Awan rendah
1. Staratokumulus
Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang tersusun.
2. Stratus
Awan ini sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan bumi.Keadaannya tebal dan berwarna
kelabu.Awan ini menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai dengan gerimis.Ia
menghablurkan penglihatan dan merbahaya kepada kapal terbang.
3. Nimbostratus
Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal. Awan ini gelap, mempunyai
lapisan-lapisan yang jelas. Awan ini membawa hujan, salji atau hujan beku.

Awan tegak
1. Kumulus
Awan ini tinggi menegak.Awan cumulus mempunyai dasar yang rata dan bentuknya seperti kubis
bunga serta tebal.Awan ini menunjukkan cuaca yang baik.
2. Kumulonimbus
Mempunyai dasar yang rata berkembang secara menegak dan kelihatan seperti gunung. Awan
ini dikenali sebagai awan ribut yang membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan
petir.

8
SISTEM ATMOSFERA : KERPASAN
Konsep kerpasan
Kerpasan merupakan semua jenis lembapan yang turun ke bumi dari atmosfera sama ada dalam
bentuk hujan, salji, embun atau hujan batu.

Jenis-jenis kerpasan
i. Hujan perolakan
ii. Hujan bukit
iii. Hujan perenggan

Hujan perolakan
Terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari pada waktu
pagi.Permukaan bumi yang menyerap pancaran matahari juga mengeluarkan haba. Haba yang
dikeluarkan akan memanaskan udara yang berhampiran dengan permukaan bumi. Udara yang
dipanaskan ini akanmengembang dan naik secara perolakan kerana udara ini lebih ringan
daripada udara di sekelilingnya. Udara ini akan terus naik dan disejukkan secara adiabatic (makin
tinggi udara naik makin sejuk). Sehingga sampai takat embun, udara akan terpeluwap
membentuk titisan air dan berkumpul membentuk awan kumulunimbus yang membawa hujan
lebat pada waktu petang disertai kilat dan petir.

Hujan bukit
Hujan ini terjadi di kawasan bukit yang menghadap laut atau lautan.Kumpulan udara lembap dari
bertiup ke darat terpaksa naik ke atas kerana terdapat halangan gunung atau bukit.Semakin
tinggi udara itu naik, udara itu menjadi semakin sejuk. Apabila sampai takat embun iaitu takat
dimana udara tidak boleh disejukkan lagi, udara akan terpeluwap menjadi titisan air. Titisan air
ini akhirnya akan turun sebagai hujan. Hujan bukit turun dengan lebat di kawasan cerun yang
menghadap angin dan kawasan cerun yang membelakangi angin dikenali sebagai kawasan
lindungan hujan.

Hujan perenggan
Ia terjadi apabila terdapat pertembungan dua kumpulan udara iaitu udara sejuk dan udara
panas. Pertembungan dua udara ini biasanya terjadi di kawasan yang beriklim sederhana dan
tropika. Udara sejuk adalah lebih tumpat maka udara ini akan sentiasa berada hampir dengan
permukaan bumi.

9
3.11 Sistem Angin Dunia
Angin Monson Barat Daya ( Monson Musim Panas )
1. Pada bulan Mei – Sep, matahari tepat pada garisan sartan. Benua Asia menerima
suhu yang tinggi menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah. Perbezaan
suhu ini merupakan satu sebab terbentuknya angin monsoon.
2. Pada masa yang sama hemisfera selatan iaitu di Australia mengalami musim sejuk
menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.
3. Perbezaan tekanan di antara kedua-dua kawasan ini menghasilkan daya cerun
tekanan dan pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ( Australia ) ke
kawasan tekanan rendah ( Asia )
4. Angin dari kawasan tekanan tinggi bergerak keluar sebagai angin tenggara dan
dibiaskan oleh daya korialis menjadi angin monson barat daya. Angin monson
barat daya juga dikenali sebagai angin monson musim panas.
5. Angin monson barat daya merentasi kawasan lautan dan membawa hujan ke
kawasan seperti Asia selatan iaitu Bangladesh, Sri Lanka, India dan Pulau
Sumatera Indonisia.

Angin Monson Timur Laut ( Monson Musim Basah )


1. Monson timur laut berlaku di antara bulan November hingga bulan Mac setiap
tahun.
2. Tempoh November hingga Mac bahagian tengah benua Asia mengalami musim
sejuk menyebabkan udaranya bertekanan tinggi. Contohnya di dataran Tingggi
Tibet.
3. Dalam jangkamasa yang sama di Australia pula mengalami musim panas kerana
matahari berada tegak pada garisan jadi.Suhu yang tinggi di benua Australia
memyebabkan udaranya mempunyai tekanan yang rendah.
4. Perbezaan tekanan udara ini menghasilkan daya cerun tekanan. Angin dari
kawasan tekanan tinggi ( Asia ) akan bergerak ke kawasan tekanan rendah (
Australia ).
5. Angin yang keluar dari pusat tekanan tinggi dalam arah barat laut dan
dipesongkan ke kanan oleh daya korialis menjadi angin monson timur laut.
6. Angin monson timur laut membawa hujan yang lebat ke negara-negara seperti
Vietnam dan Malaysia.

Pengaruh Tiupan Angin Monson Kepada Aktiviti Manusia

1. Kegiatan pertanian seperti tembakau dapat dilaksanakan terutamanya di pantai


timur Semenanjung semasa tempoh monson musim panas kerana keadaan yang
lebih kering dan bebas daripada lebihan hujan ( monson timur laut ). Semasa
tempoh monson musim kegiatan pertanian tergendala apabila banyak kawasan

10
pertanian ditenggelami air. Kegiatan menoreh getah juga tergendala semasa
monson musim basah.
2. Kegiatan pelancongan dapat dijalankan dengan meluas semasa monson musim
panasKerana keadaan cuaca yang baik berbanding dengan monson musim basah
yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan banjir.
3. Dari segi aktiviti perikanan, lebih banyak hasil atau tangkapan yang diperolehi
pada monson musim panas kerana keadaan laut yang tenang membolehkan
nelayan turun ke laut. Semasa monson musim basah kegiatan perikanan
tergendala kerana keadaan laut yang bergelora menyebabkan hasil tangkapan
berkurangan dan nelayan terpaksa membuat kerja sampingan.
4. Kegiatan pembalakan juga dilakukan semasa monson musim panas kerana
keadaan jalan yang baik membolehkan pengangkutan kayu balak. Semasa
monson musim basah kegiatan pembalakan tergendala kerana keadaan jalan yang
licin dan masalah tanah runtuh.
5. Kegiatan industri kecil dan sederhana ( IKS ) seperti pengeringan batik dan ikan
dapat dijalankan semasa monson musim panas kerana terdapat cahaya matahari
yang mencukupi. semasa monson musim basah kegiatan ini terhenti kerana hujan
lebat dan kurang mendapat cahaya matahari.
6. Kegiatan pengangkutan akan tergendala semasa monson musim basah. Banyak
jalan terpaksa ditutup kerana ditenggelami air. Pengangkutan ke pulau-pulau juga
tergendala kerana keadaan laut yang bergelora.

3.12 Bayu Laut dan Bayu Darat


1. Pada waktu siang hari kadar pemanasan di antara lautan dan daratan berbeza.
Pada waktu siang hari kawasan daratan lebih cepat menyerap haba berbanding
dengan kawasan lautan.kadar pemanasan yang berbeza di antara daratan dan
lautan pada waktu siang hari menghasilkan tekanan udara yang berbeza. Suhu
yang panas di darat menyebabkan udaranya bertekanan rendah dan suhu yang
sejuk di lautan menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.
2. Perbezaan tekanan di antara lautan dan daratan menghasilkan daya cerun tekanan
dan seterusnya menghasilkan pergerakan angin dari laut ke darat pada siang hari
yang dikenali sebagai bayu laut.
3. Pada waktu malam, permukaan daratan lebih cepat membebaskan haba
berbanding dengan permukaan lautan. Pada waktu malam suhu di daratan lebih
sejuk berbanding dengan suhu di lautan. Suhu yang panas di laut pada waktu
malam menyebabkan udaranya bertekanan rendah dan suhu yang sejuk di darat
menyebabkan udaranya bertekanan tinggi.
4. Perbezaan tekanan di antara kawasan lautan dan daratan menghasilkan pergerakan angin dari
darat ke laut pada waktu malam yang dikenali sebagai bayu darat.

11
3.13 Siklon Tropika
1. Nama siklon tropika berbeza-beza mengikut kawasan, di Amerika Utara dikenali
sebagai hurican, di Pasifik utara di kenali sebagai taufan dan di Australia dikenali
sebagai siklon.
2. Siklon terbentuk di atas kawasan lautan yang mempunyai suhu laut 26º - 27ºc dan
lapisan air panas yang cukup sehingga ke paras 70m dalam.
3. Pemanasan permukaan laut oleh matahari menyebabkan udara di permukaan
lautan naik ke atas meninggalkan satu kawasan tekanan udara rendah di
bawahnya. Kawasan tekanan udara rendah ini meliputi kawasan seluas 5 – 50km
yang dikenali sebagai mata ribut.
4. Daya korialis yang terdapat di permukaan bumi di sekitar kawasan 8º - 15º di
Utara dan selatan bumi akan memutarkan angin siklon.
5. Pemanasan udara di permukaan laut menggalakkan proses sejatan air laut.
Apabila berlaku proses pemeluwapan, haba pendam akan dibebaskan. Haba
pendam akan menaikkan lagi suhu udara dan memaksa udara tersebut naik
ke paras yang lebih tinggi. Proses pemeluwapan juga membentuk awan
kumulus yang membawa hujan lebat.
6. Udara di luar kawasan mata ribut ( 5 – 50km ) adalah udara sejuk dan
mempunyai tekanan yang tinggi. Udara yang sejuk ini akan mengalir masuk ke
dalam mata ribut dengan halaju yang cukup tinggi secara berpusar membentuk
ribut tropika.
7 Siklon tropika lebih banyak terdapat di hemisfera selatan bumi kerana sebahagian
besar lautan terdapat di hemisfera selatan bumi.

Kesan-kesan Siklon Tropika Terhadap Manusia


1. Kehilangan nyawa – Siklon tropika yang berlaku di Teluk Benggala pada tahun
1970 menyebabkan 3000 orang terkorban.
2. Kemusnahan harta benda seperti meruntuhkan bangunan dan rumah
kediaman.Contohnya Hurikan Agnes pada tahun 1972 menyebabkan
kemusnahan harta bernilai US$ 3 juta.
3. Kehilangan mata pencarian – perikanan, pertanian dan penternakan
4. Wabak penyakit

3.14 Fenomena Cuaca Luar Biasa


El Nino
1. Terjadi akibat pemanasan dan peningkatan suhu arus lautan Pasifik.
Peningkatan suhu lautan Pasifik mengubah pola tiupan angina timuran.
2. El Nino ialah satu fenomena yang mengubah arus lautan dan cuaca di kedua-dua
bahagian iaitu di barat dan timur Pasifik.
3. Kebiasaannya tekanan tinggi terdapat di barat Pasifik dan tekanan rendah terdapat
di timurPasifik.

12
4. Angin timuran yang biasanya bertiup dari timur ke barat Pasifik semakin lemah
dan digantikan dengan angin dari barat ke timur apabila suhu lautan pasifik
semakin tinggi. Peningkatan suhu di lautan Pasifik menyebabkan menyebabkan
tekanan udaranya rendah
5. Sebelum fenomena El Nino suhu permukaan air laut di pantai Amerika Selatan
adalah sejuk kerana terdapatnya proses upwelling. Proses upwelling ialah pengaliran
air sejuk dari bawah permukaan laut ke atas yang membawa banyak nutrien
untuk hidupan laut.
6. Semasa fenomena el nino arus lautan yang sejuk di bahagian bawah lautan di
Amerika selatan bergerak ke Asia Tenggara untuk menggantikan arus panas yang
bergerak ke pantai Amerika Selatan
6. Di Amerika Selatan suhu permukaan laut di pantai Amerika selatan
meningkat lebih daripada 27ºc akibat pengaliran air laut yang panas dari lautan
Pasifik dan menggantikan air laut yang sejuk di pantai Amerika Selatan.Semasa
kejadian El Nino banyak hidupan di pantai Amerika Selatan seperti di luar pantai
Peru yang mati.
7.Di sampng itu juga arus lautan yang panas menyebabkan berlakunya sejatan yang
tinggi dan membawa hujan yang lebat di bahagioan pantai barat Amerika Selatan
seperti di Equador dan Peru.

Kesan-kesan Fenomena El Nino


1. Fenomena El Nino telah menjejaskan sektor perikanan di pantai Amerika
Selatan.Contohnya tangkapan ikan di pantai Peru menurun 12 juta tan pada tahun
1980 kepada 0.5 juta tan pada tahun 1983. Keadaan ini terjadi kerana suhu air
laut yang panag menyebabkan banyak ikan yang mati.
2. Selain daripada burung-burung yang berhijrah tidak lagi terdapat sebagaimana
tarikh dan yang dijangkakan di pantai amerika selatan.
3. Berlakunya banjir di Negara-negara Amerika Selatan seperti Bolivia, Peru dan
Equador kerana sejatan yang tinggi akibat suhu air laut yang panas. Kadar sejatan
yang tinggi membekalkan wap air yang banyak dan menghasilkan hujan lebat di
negara-negara tersebut.
4. Di bahagian barat lautan Pasifik iaitu di Negara-negara Asia Tenggara berlakunya
kemarau panjang. Kemarau melanda Negara-negara di Asia Tenggara kerana fenomena El
Nino mengubah dan menghentikan tiupan angin timuran yang
membawa hujan ke Negara-negara Asia Tenggara. Sifat-sifat kemarau semasa
fenomena el nino di Asia Tenggara adalah seperti berikut:

a. Kekurangan kerpasan dalam jangkamasa yang panjang


b. Kelembapan bandingan yang rendah
c. Tekanan udara menjadi rendah

13
d. Kadar sejatan yang tinggi
e. Simpanan air tanih yang negatif
f. Litupan awan yang kurang
5. Fenomena kemarau juga menyebabkan berlakunya masalah jerebu di Negara-
negara AsiaTenggara.Cuaca yang kering dan kemarau yang berpanjangan
memudahkan partikulat terampai di ruang udara.Partikuat dibebaskan oleh
aktiviti manusia di permukaan bumi seperti pembakaran hutan, pembebasan
asap kenderaan dan kegiatan pembakaran terbuka.Ketiga- tiga aktiviti Kemarau
panjang yang berlaku semasa fenomena El Nino juga menyebabkan berlakunya
kebakaran hutan secara semulajadi.Kebakaran hutan secara semulajadi
membebaskan banyak asap dan debu ke atmosfera dan membentuk satu lapisan
jerebu yang tebal .
6. Berlakunya masalah kekurangan sumber bekalan air apabila cuaca panas
menyebabkan kadar sejatan air permukaan yang tinggi

3.15 Atmosfera dan Manusia


3.15.1 Kesan Rumah Hijau
1. Kesan rumah hijau ialah pemanasan permukaan bumi yang disebabkan oleh
pertambahan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana,sulfur dioksida dan
nitrojen dioksida. Gas-gas ini memerangkap lebih banyak bahangan matahari dan
menghalang pembebasan keluar bahang bumi ke atmosfera.

Faktor-faktor Berlakunya Pemanasan Global


1. Penggunaan kenderaan bermotor
2. Kegiatan pembakaran terbuka
3. Kegiatan pembalakan
4. Pereputan sisa-sisa pertanian
5. Sektor perindustrian
6. Letusan gunung berapi

3.15.2 Lapisan Ozon


1. Lapisan ozon terletak di ruang stratosfera bumi berfungsi untuk menyerap dan
menapis sinar ultra unggu yang masuk ke permukaan bumi.
2. Kapal terbang super sonic yang terbang di lapisan stratosfera mengeluarkan gas
nitrojen dioksida yang boleh menipiskan lapisan ozon dan membenarkan
kemasukan lebih banyak kemasukan sinar ultra unggu ke permukaan bumi.
3. Pembebasan gas CFC ( Kloroflourokarbon) melalui penggunaan alat hawa dingin,
pewangi dan semburan cat juga menyebabkan berlakunya penipisan lapisan
ozon.Atom klorin yang terdapat dalam gas CFC memecahkan molekul oksigen yang
membentuk lapisan ozon.

14
(Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen
(O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O3),
molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya
1/3,000,000 daripada gas atmosfera. )
CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk,
bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-
kilang elektronik.
Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50
hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.
Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50
km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 – 25 km, kurang UV diserap
oleh ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom
klorin. Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.

Kesan-kesan Pemanasan Gobal dan Kesan Rumah Hijau


1. Pemanasan global akibat pertambahan gas rumah hijau dan penipisan lapisan
ozon menyebabkan meningkatnya proses luluhawa fizikal terutamanya di
kawasan gurun panas. Proses luluhawa fizikal yang berkaitan dengan peningkatan
suhu seperti proses kelupasan dan pemecahan bongkah.
2. Proses penggurunan ( desertification ) akan berlaku dengan meluasnya di
permukaan bumi. Proses penggurunan berlaku apabila semakin luas kawasan di permukaan
bumi menjadi tandus dan kering.
3. Peningkatan suhu global kesan daripada pertambahan gas rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon menyebabkan peningkatan paras air laut di seluruh dunia.
Peningkatan suhu menyebabkan ais di kutub utara dan selatan menjadi cair dan
menyebabkan berlakunya peningkatan paras air laut. Peningkatan paras air laut
seterusnya memyebabkan berlakunya hakisan pantai.Banyak kawasan yang
rendah seperti Bangladesh akan ditenggelami air.
4. Pemanasan global juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu.
Suhu udara yang kering memudahkan partikulat-partikulat yang dibebaskan oleh
manusia di permukaan bumi terampai di ruang udara yang membentuk jerebu.
5. Kebakaran hutan juga akan berlaku kesan daripada pemanasan global. Suhu
yang tinggi menyebabkan hutan terbakar secara semulajadi.
6. Pulau haba bandar juga merupakan salah satu kesan pemanasan global. Pulau
haba ialah peningkatan suhu di kawasan bandar berbanding dengan kawasan
disekitarnya.Suhu yang tinggi disokong oleh faktor-faktor seperti morfologi
bandar dan bahan binaanbandar mempercepatkan pulau haba bandar.
7. Gangguan terhadap kitar hidrologi juga berlaku kesan daripada pemanasan
global. Suhu yang tinggi menyebabkan kadar sejatan air tinggi. Kadar sejatan air

yang tinggi mengurangkan air di permukaan di kawasan daratan.


8. Suhu yang tinggi menyebabkan kehilangan air dari badan manusia yang

15
berlebihan. Kehilangan air dari badan mendedahkan manusia kepada beberapa
wabak penyakit.
9. Penyebaran penyakit-penyakit tertentu seperti kanser kulit dan katarak akan
berlaku kesan daripada pemanasan global.
10.Aktiviti pertanian yang dijalankan oleh manusia akan terganggu kesan daripada
pemanasan. Pemanasan global menyebabkan tumbesaran tanaman terbantut dan
mati.Keadaan ini menyebabkan produktiviti berkurangan dan masalah
kekurangan makanan.

Perubahan Iklim-Impak kepada Dunia Bawah Laut


1.0 Pengenalan Mengenai Perubahan Iklim
Iklim ialah suatu ungkapan statistik jangka panjang yang dikira daripada cuaca jangka pendek.
Iklim juga boleh didefinasikan sebagai ‘ramalan cuaca’. Oleh itu, apabila perubahan pada
ramalan cuaca berlaku maka ia juga boleh dipanggil perubahan iklim di mana perubahan iklim ini
akan memberi impak yang besar kepada manusia, ekosistem, bandar-bandar, dan juga
penggunaan tenaga.

2.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Lautan


Lautan mampu menyimpan kapasiti haba yang tinggi dan lautan juga bergerak lebih perlahan
berbanding dengan atmosfera. Oleh hal yang demikian, walaupun sedikit sahaja perubahan
berlaku pada iklim di sekeliling kita ia akan memberi kesan yang besar kepada lautan. Perubahan
iklim memberi kesan bukan sahaja kepada lautan malah kawasan persisiran pantai turut terjejas
disebabkan pertukaran pola cuaca, perubahan tindak balas kimia dalam air di lautan, dan
kenaikan paras air laut.

2.1 Pertukaran Pola Cuaca


2.2 Perubahan Tindak Balas Kimia dalam Air Laut
2.3 Kenaikan Paras Air Laut
.
3.0 Perubahan Iklim Memberi Kesan Terhadap Ikan
Perubahan iklim boleh mempengaruhi ikan secara tidak langsung dengan mempengaruhi stok
ikan sekaligus pembekalan ikan secara global untuk kegunaan semua atau juga secara tidak
langsung seperti mempengaruhi harga ikan serta harga perkhidmatan yang diperlukan oleh
nelayan-nelayan dan penjual ikan. Terdapat banyak kesan lain yang mempengaruhi ikan apabila
iklim berubah contohnya perpindahan ikan-ikan, perubahan dalam jumlah dan taburan spesis,
kemusnahan ikan disebabkan oleh kenaikan suhu air, perubahan tumbesaran ikan, impak
terhadap perikanan marin, dan perubahan habitat.

3.1 Migrasi Ikan


3.2 Perubahan dalam Jumlah dan Taburan Spesis
3.3 Kesan kepada Organisma “sessile”

16
3.4 Kesan kepada Perubahan Rantai Makanan
3.5 Kemusnahan Ikan disebabkan Peningkatan Suhu Air
3.6 Kesan kepada Perikanan Marin
3.7 Perubahan Habitat
4.0 Kesan Perubahan Iklim kepada Organism Marin Yang Lain.
4.1 Pemutihan Batu Karang
4.2 Mamalia Marin
5.0 Kesan ke atas Industri Perikanan dan Pelancongan
5.1 Nelayan Hilang Sumber Pendapatan
5.2 Kurang Sumber Makanan yang Penting untuk Manusia
5.3 Industri Pelancongan

Cara-cara mengatasi penipisan lapisan ozon


1) Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.
2) Menambahkan penanaman pokok.
3) Mengawal pembunangan sisa industri yang mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon
dengan pengurusan sisa buangan yang lebih teratur.
4) Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan penghawa dingin dan
petrol.
http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/10/penipisan-ozon-kesannyaterhadap-
hidupan-dan-persekitaran/

3.15.3 Pencemaran Udara dan Jerebu


1. kehadiran sejumlah bahan pencemar seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrojen
dioksida, metana dan zarah-zarah bukan gas seperti habuk dan debu dalam udara yang akan
mengubah kualiti dan komposisi udara.
2. Jerebu pula boleh ditakrifkan sebagai partikel-partikel halus yang terampai di
ruang udara akibat suhu yang tinggi.

Faktor-faktor Berlakunya Pencemaran Udara dan Jerebu


1. kebakaran hutan
2 letusan gunung
3. Kejadian ribut debu
4. Pembebasan beberapa jenis gas dan asap melalui kegiatan perindustrian
5. Asap-asap yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor
6. Pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan sampah

Kesan-kesan Pencemaran Udara dan Jerebu


1. Penyakit
2.Mengurangkan jarak penglihatan
3. Banyak berlaku kemalangan jalan raya

17
4. Pertanian

Langkah-langkah Mengatasi pencemaran Udara dan jerebu


1. Pembenihan awan
2. Menanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan
3. Memasang penapis pada cerobong asap kilang
4. Penggunaan kenderaan awam
5. Kongsi kereta
6. Kuatkuasa undang-undang oleh Jabatan Alam Sekitar

HUJAN ASID
Kawasan perindustrian yang pesat dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai keasidan
air hujan yang tinggi disebabkan ruang udara yang mengandungi gas beracun.
Hujan asid terjadi akan apabila kandungan sulfur dioksida dan nitrogen oksida meningkat
dalam udara.Pertambahan kedua-dua sebatian adalah diakibatkan oleh sumber-sumber
pencemaran seperti asap industri dan bahan cemar kenderaan bermotor.

Kesan-kesannya
1. Tumbuh-tumbuhan
2. Kerosakan bangunan
3. Mengancam hidupan akuatik
4. Mengancam Kesihatan manusia

3.15.4 Pemendapan Hujan Asid


1. Pemendapan hujan asid merupakan pemendapan asid yang turun ke permukaan
bumi dalam bentuk hujan dan dalam bentuk partikulat yang mempunyai nilai PH kurang 7
2. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum membebaskan gas
sulfur dioksida ke atmosfera. Gas sulfur dioksida yang dibebaskan ke atmosfera
ditukarkan kepada asid sulfurik. Pembebasan gas nitrojen dioksida pula
menghasilkan asid nitrit. Kedua-dua asid ini terbentuk apabila gas sulfur dioksida
dan nitrojen dioksida bertindakbalas dengan air hujan.
3. Letusan gunung berapi juga penyebab kepada berlakunya hujan asid. Letusan
gunung berapi membebaskan gas sulfur dioksida dan apabila bertindakbalas
dengan air hujan membentuk asid sulfurik.
4. Kegiatan industri seperti industri kimia dan industri peleburan logam
membebaskan nitrojen dioksida dan menghasilkan asid nitrit apabila
bertindakbalas dengan air hujan.
5. Penggunaan kenderaan bermotor membebaskan gas karbon monoksida dan
membentuk hujan asid apabila gas ini bertindakbalas dengan air hujan di ruang
atmosfera bumi.
6. Pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan sampah membebaskan gas sulfur

18
dioksida dan hirokarbon. Bahan-bahan ini bertindakbalas dengan air hujan dan
membentuk asid sulfurik.
7. Hujan asid menjejaskan kehidupan akuatik. Banyak spesis ikan akan mati
apabila nilai PH air jatuh di bawah paras 4.5. Hujan asid yang turun juga
membawa bahan-bahan kimia seperti aluminium ke dalam tasik melalui aliran air
permukaan.
8. Kemusnahan hutan – hujan asid memusnahkan daun-daun tumbuhan dan
melemahkan struktur pokok.
9. Hujan asid juga menyebabkan kesuburan tanah semakin berkurangan. Hujan
asid akan melarutkan beberapa nutrient yang penting dalam tanah seperti
magnesium dan potassium.Di samping itu kemasukan asid nitrit ke dalam tanah
menyebabkan berlakunya pertambahan nitrojen dan kekurangan nutrien yang lain
dalam tanah.
10.Monumen dan bangunan juga terjejas disebabkan hujan asid. Hujan asid boleh
Melunturkan cat banguanan dan mereputkan bahan-bahan konkrit dalam
jangkamasa yang lama.
11.Penyakit – pendedahan kepada hujan asid menyebabkan manusia terdedah
kepada beberapa wabak penyakit seperti batuk dan penyakit kulit.

3.15.5 Mikro Iklim Bandar dan Pulau Haba Bandar


1. Mikroiklim Bandar ialah iklim yang terdapat di suatu kawasan kecil yang
mempunyai cirinya sendiri dan sangat dipengaruhi oleh permukaan Bandar.
mikroiklim Bandar boleh dibahagikan kepada dua iaitu pulau haba Bandar dan
pulau sejuk Bandar.
2. Pulau haba ialah peningkatan suhu yang sangat tinggi di kawasan bandar
berbanding dengan kawasan luar bandar.
2. Kepadatan bangunan yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan haba
terperangkap di celah-celah bangunan dan sukar untuk dibebaskan kerana tiupan
angin dihalang oleh bangunan-bangunan tinggi. Kesannya menyebabkan haba
tersebut terperangkap di celah-celah bangunan dan memanaskan permukaan
bandar.
3. Bahan-bahan binaan bangunan yang diperbuat daripada keluli dan konkrit
mempunyai daya serap haba yang tinggi dan boleh memanaskan suhu di kawasan
bandar.
4. Kekurangan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan bandar juga merupakan salah
Satu faktor yang menyumbangkan kepada kejadian pulau haba bandar.
Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan kurangnya proses
perpeluhan.Kekurangan proses perpeluhan akan mengurangkan jumlah wap air
dalam udara di bandar dan seterusnya menyebabkan suhunya
meningkat berbanding dengan kawasan luar bandar yang mempunyai banyak
litupan tumbuh-tumbuhan.

19
5. Penutupan permukaan bumi di bandar dengan permukaan berturap juga
menyumbangkan kepada kejadian pulau haba. Permukaan berturap seperti tar
yang bewarna gelap mempunyai daya serap haba dan meningkatkan suhu di
kawasan bandar.
6. Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor membebaskan banyak gas
karbon monoksida ke ruang udara di bandar. Gas karbon monoksida merupakan
salah satu gas rumah hijau yang boleh menyerap bahang matahari dengan kadar
yang tinggi dan menghalang pembebasan keluar bahang matahari dari permukaan
bandar ke udara.
7. Aktiviti pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan sampah membebaskan
gas-gas seperti sulfur dioksida yang boleh menyerap bahang matahari dan
menyumbangkan kepada peningkatan suhu di kawasan bandar.
8. Jumlah penduduk bandar yang ramai menyebabkan lebih banyak pembebasan
haba metabolik yang juga menyumbangkan kepada kejadian pulau haba bandar

Kesan-kesan Pulau Haba Bandar


1. Nilai kelembapan udara di kawasan bandar lebih rendah berbanding dengan kelembapan
udara di kawasan Bandar.
2. Suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding dengan suhu di kawasan luar
bandar.
3. Partikulat-partikulat terampai juga lebih tinggi di kawasan bandar berbanding
dengan kawasan luar bandar.
4. Bahan-bahan pencemar udara di bandar juga membentuk nukleus higroskopik
yang boleh memerangkap lebih banyak wap air melekat padanya.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pulau Haba Bandar


1. Menanam lebih banyak pokok di kawasan bandar untuk meningkatkan proses
sejatpeluhan.
2. Mengadakan langkah kawalan penggunaan bahan api di kawasan bandar.
3. Dari segi perancangan bandar, jarak di antara bangunan hendaklah dijauhkan
supaya haba tidak terperangkap dan mudah dibebaskan.
4. Lokasi industri perlu dipindahkan ke kawasan pinggir atau ke luar bandar supaya
gas-gas yang dibebaskan tidak memanaskan permukaan bandar .
5. Penggunaan cermin pada bangunan harus dikurangkan kerana bangunan yang
mempunyai cermin yang banyak memyebabkan berlakunya pantulan cahaya ke
semua arah di kawasan bandar.
6. Suhu di kawasan Bandar juga dapat dikurangkan dengan meningkatkan lagi
kelembapan udaranya. Kelambapan udara di kawasan Bandar dapat ditingkatkan
dengan membina lebih pancutan air ( fountain ).

20
SISTEM HIDROLOGI
FASA AIR
Tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat:
a.cecair (air)
b.gas wap (air air)
c.pepejal (ais)

-Proses sejatan akan menukarkan cecair kepada wap air (gas).


-Perwapan proses menukarkan ais kepada bentuk wap air.
-Pencairan merupakan proses menukarkan ais kepada air.
-Air dalam bentuk wap dapat bertukar kepada keadaan cecair melalui proses pemeluwapan.
-Proses pembekuan akan menukarkan keadaan cecair kepada ais.
-Wap air dapat berubah kepada bentuk ais melalui proses pemejalwapan.

KITARAN HIDROLOGI
Proses Kitaran Hidrologi
Proses mendatar kitaran hidrologi
i. larian air permukaan.
ii. aliran air bawah tanah.
iii. alir lintang atmosfera

Proses menegak kitaran hidrologi


i. sejatan.
ii. sejatpeluhan.
iii. kerpasan.
iv. aliran batang.
v. resapan/susupan.
vi. proses pemeluwapan.

Pengaruh sejatan dan sejatpeluhan terhadap kandungan air di atmosfera (kelembapan).


Kelembapan merujuk kepada jumlah air yang terkandung di dalam atmosfera pada satu masa
tertentu. Proses penyejatan dari permukaan air tanah, tanah-tanih dan sejat peluhan dari
tumbuhan adalah penting terhadap kandungan air di atmosfera . Ia akan memastikan lebih
kurang 5% daripada jumlah isipadu atmosfera dipenuhi oleh kelembapan. Proses sejatan dan
sejat peluhan akam memastikan kelembapan atmosfera atau kandungan air dunia sentiasa
dalam keadaan keseimbangan. Air dalam pelbagai bentuk sama ada wap air, air hujan, air tanih,
larian permukaan atau air lautan adalah sama pada setiap masa.

21
i) maksud sejatan:
Proses penukaran cecair kepada wap air/ penukaran air kepada gas.
ii) maksud sejat peluhan:
Proses pembebasan wap air oleh tumbuhan melalui liang stoma daun dan batang.

KEBERKESANAN KERPASAN
Konsep keberkesanan kerpasan/ kerpasan efektif.
Jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang terdapat digunakan oleh tumbuh-
tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.

Faktor-faktor yang menentukan keberkesanan kerpasan.


i. intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa).
ii. tempoh musim hujan.
iii. kecerunan permukaan bumi.
iv. ciri-ciri geologi sesuatu kawasan.
v. tumbuh-tumbuhan litupan.
vi. suhu.

EDARAN AIR TANIH


Konsep edaran air tanih.
Semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya seperti aliran, sub-
permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan secara mendatar dalam sistem akuifer/ edaran
air bawah tanah. Semua pergerakan ini dalam bentuk cecair.

Proses-proses dalam edaran air tanih.


i. larian air permukaan.
ii. resapan/ infiltrasi/ susupan.
iii. aliran air bawah tanah.
iv. simpanan air tanih
v. keporosan dan ketelapan.
vi. akuifer.

KEPENTINGAN SUMBER AIR KE ATAS AKTIVITI MANUSIA.


i. Kegunaan domestik
ii. Pertanian
iii. Perindustrian
iv. Sistem Pengangkutan Air
v. Rekreasi, Eko Pelancongan dan Sukan Air

22
IMBANGAN AIR
Konsep imbangan air.
Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang keluar
ke atmosfera
Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)
P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.
ET =Jumlah air yang hilang melalui proses sejata peluhan.
dST =Air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.
S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan air)

Konsep lebihan air.


Imbangan air positif yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan yang dialami oleh
sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu.

Konsep kurangan air.


Kurangan air atau imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh
sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu.

Faktor-faktor mempengaruhi variasi imbangan air.


i. topografi dan aspek.
ii. hujan.
iii. tumbuhan.
iv. ketelapan tanih dan ciri batuan.
v. kehadiran badan air.
vi. tindakan manusia.

KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA


Gangguan imbangan air.
Gangguan terhadap kitar air boleh menyebabkan berlakunya tidak ketidakseimbangan air sama
ada ketidakseimbangan positif (air berlebihan seperti banjir) atau ketidakseimbangan negatif
(berkurangan seperti kemarau).
a. kejadian kemarau.
Kemarau di definasikan sebagai keadaan jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan
yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang.
b. kejadian banjir
c. banjir monsun/musiman
Banjir musiman ialah limpahan air secara besar-besaran dan kompleks yang berlaku secara
meluas pada musim-musim tertentu dalam jangka masa yang lama akibat curahan hujan lebat
yang berpanjangan.

23
d. banjir kilat
Satu fenemona banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam. Akibat daripada
curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan
aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang
banyak ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih yang mana liang porinya telah ditutup
dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian permukaan.

GANGGUAN IMBANGAN AIR TERHADAP AKTIVITI MANUSIA


i. pertanian
ii. perikanan
iii. pembalakan
iv. penternakan

Lebihan air (banjir) boleh menganggu aktiviti penternakan dimana kawasan ragutan ternakan
dan kandang ternakan ditenggelami air.Semasa banjir penternak sukar untuk memindahkan
ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan ternakan akan mati dan kerugian kepada penternak.
Kekurangan air (kemarau) boleh menyebabkan kekurangan kawasan ragut rumput untuk
ternakan lembu kambing.

Penyesuaian manusia terhadap kurangan air dan lebihan air.


Kurangan air/kemarau.
i. pengunaan air bawah tanah.
ii. pembenihan awan.
iii. membina laluan air/terowong air.
iv. pengunaan air tasik, kolam.

Lebihan air / banjir.


i. membina empangan besar.
ii. mendalam dan meluruskan sungai.
iii. membina benteng/tetambak.
iv. tindakan undang-undang.

24
BANJIR KILAT
Konsep banjir kilat
Satu fenemona banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam. Akibat daripada
curahan hujan yang lebat walaupun jangka masanya singkat tetapi ia mampu menghasilkan
aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat juga. Aliran permukaan yang
banyak ini tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanih yang mana liang porinya telah ditutup
dengan bitumen/ tar/ aspalt lalu mengalir limpah sebagai air larian permukaan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi banjir kilat.


i) litupan permukaan tidak telap air.
ii) sistem peparitan tidak cekap.
iii) kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan.
iv) kepesatan pembangunan.
v) sikap manusia yang tidak bertanggunngjawab.

Langkah-langkah mengatasi kejadian banjir.


i. sistem perparitan yang lebih cekap dan sistematik.
ii. penghijauan persekitaran kawasan bandar.
iii. rizab sungai.
iv. tindakan undang-undang
v. kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

*Sila Kuasai Keseluruhan Konsep Terlebih Dahulu Sebelum Membaca Nota Ini
Sebarang pertanyaan dan penambahbaikan nota ini haruslah dimaklumkan kepada
mohd.nazren.03@gmail.com

25

You might also like