You are on page 1of 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PANITIA GEOGRAFI
SMK ELOPURA

Oleh :

Rovina Bt. Samsudin

0
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PROGRAM “SHARING & CARING” : MENGIRA BEARING GRID DENGAN TEPAT.

ROVINA BT. SAMSUDIN


Panitia Geografi,
SMK Elopura.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar Tingkatan 4 Sains 3 SMK Elopura dalam mata pelajaran Geografi, khususnya dalam

soalan struktur yang berkaitan dengan peta topografi, iaitu mengira bearing grid. Seramai 26

orang pelajar 4 Sains 3 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian tindakan akan lebih

berfokus kepada penguasaan kemahiran dalam membaca rujukan grid pada peta topografi,

kemahiran menggunakan instrument seperti protaktor, dan kemahiran mengira bearing grid.

Tinjauan awal dilaksanakan melalui tugasan di rumah, ujian peperiksaan semester dan ujian

pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa pelajar tidak mahir membaca rujukan grid pada

peta topografi dan tidak mahir mengira bearing grid pada peta yang sama. Para pelajar

menguasai kemahiran tersebut dalam dua sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja melalui

Program “sharing & caring”. Keputusan ujian pos menunjukkan bahawa berlaku peningkatan

dalam prestasi pelajar.

1
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

Berdasarkan peperiksaan semester 1 dan tugasan di rumah yang diberikan, saya

mendapati bahawa 95% pelajar tingkatan 4 Sains 3 gagal menjawab dengan tepat soalan yang

berkaitan pengiraan bearing grid dalam peta topografi sedangkan soalan tersebut merupakan

soalan aras rendah dan sederhana. Apabila saya mengulas pencapaian pelajar dalam kelas,

mereka memberitahu saya bahawa mereka tersilap membaca segi empat grid berdasarkan

rujukan grid dan terlupa cara mengira bearing grid. Ada juga dalam kalangan pelajar yang

memberitahu saya bahawa mereka tidak membawa peralatan geometri untuk mengira bearing,

iaitu protaktor dan pembaris. Oleh itu, mereka hanya memilih untuk tidak menjawab soalan

tersebut atau menjawab secara rambang (tidak mengira langsung). Berdasarkan maklumat

tersebut, saya mula menilai diri sendiri bahawa mungkin cara pengajaran saya sebelum ini tidak

jelas dan kurang difahami oleh pelajar 4 Sains 3 walaupun saya pernah memberikan latihan

pengukuhan setiap kali tamat sesuatu bab. Justeru, setelah mengenal pasti masalah tersebut, saya

mula mengumpul data untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar 4 Sains 3 agar pada

masa akan datang mereka akan dapat memperoleh markah berdasarkan soalan yang mudah

tersebut.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Dalam peperiksaan SPM sebenar, Geografi kertas 2 menawarkan 20 markah bagi lima

soalan struktur berdasarkan peta topografi. Saya mendapati para pelajar 4 Sains 3 menghadapi

masalah untuk menjawab kelima-lima soalan berdasarkan peta tersebut. Namun, saya hanya akan

memfokuskan kajian ini kepada pengiraan bearing grid sahaja kerana soalan yang berkaitan

dengan kemahiran ini amat mudah dan seharusnya para pelajar berjaya memperoleh markah.

2
Tambahan pula, kemahiran tersebut pernah dipelajari semasa mereka berada di peringkat

menengah rendah. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah :

i) Kekeliruan mengenal pasti segi empat grid berdasarkan rujukan grid.

ii) Kemahiran mengira sudut dengan menggunakan protaktor.

iii) Mengira bearing grid dengan tepat.

iv) Tidak membawa peralatan yang sepatutnya ketika peperiksaan.

3.0 OBJEKTIF

Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar 4 Sains 3 diharap akan mencapai

objektif berikut :

i) Objektif Umum

Membantu meningkatkan nilai GNP SMK Elopura dengan peningkatan peratus

kelulusan mata pelajaran Geografi.

ii) Objektif Khusus

• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembacaan rujukan grid dan mengenal

pasti segi empat grid peta.

• Membantu pelajar menguasai kemahiran menggunakan protaktor.

• Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengira bearing grid.

• Meningkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan peralatan geometri seperti

protaktor dan pembaris dalam soalan peta topografi.

3
4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

4.1 Tinjauan Masalah

Terdapat beberapa kaedah yang saya lakukan untuk mengumpul maklumat yang

berkaitan dengan masalah pelajar 4 Sains 3 tersebut. Kaedah pertama adalah melalui

pemerhatian dalam kelas, iaitu ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu bual secara rambang dengan

sepuluh orang pelajar. Kaedah lain yang saya gunakan untuk mengumpul maklumat

adalah melalui ujian pra yang dilaksanakan untuk menguji kemahiran pelajar.

4.2 Analisis Tinjauan Masalah

4.2.1 Kaedah Temubual

Analisis dapatan temu bual mendapati bahawa 30% pelajar keliru mengenal pasti

segi empat grid peta berdasarkan rujukan grid. Manakala, 20% pelajar tidak

membawa peralatan ketika menjawab soalan dan yang selebihnya lagi kurang

mahir menggunakan alat protaktor. Namun, majoriti pelajar (95%) mengakui

bahawa mereka tidak mahir menggunakan protaktor dan mengira bearing sudut.

Oleh itu, saya mengambil tindakan awal dengan menerangkan semula cara-cara

menggunakan protaktor untuk mengira sudut dan mengira bearing grid di dalam

kelas.

4.2.2 Kaedah Ujian Pra

Ujian Pra dilaksanakan dengan mengemukakan sebanyak lima item (soalan)

berdasarkan peta topografi nombor siri 280/1/MS/92. Ujian dilaksanakan pada

4
18 September 2008, namun hanya 23 daripada 26 orang pelajar sahaja yang hadir

semasa ujian tersebut dilaksanakan. Saya menetapkan bahawa pencapaian pelajar

dianggap ‘lulus’ jika seseorang pelajar itu menjawab betul sekurang-kurangnya

tiga soalan. Berdasarkan ujian pra tersebut hanya 15 daripada 23 pelajar sahaja

yang ‘lulus’ dan 3 daripada 15 orang pelajar menjawab betul sekurang-

kurangnya tiga soalan.

Bil. Nama Pelajar Ujian Pra


1 Abdul Kadir 0/5
2 Al-Akmal Hakim Bin Hairum 0/5
3 Anuar Bin Abu 3/5
4 Azizi Bin Ali Ajpar 0/5
5 Chan Mei Fong 4/5
6 Chin Pit Yin 3/5
7 Datu Mohd. Hazlan 4/5
8 Edimar Bin Omar 4/5
9 Jul Kiraman Jumidil 1/5
10 M. Hidayat Bin Abu Darda 5/5
11 Marhaya Bakri 5/5
12 Mariam Bt. Riduan 2/5
13 Mohd. Fadly Bin Abidin 4/5
14 Noorsazlina Adina Bt. Nasron 1/5
15 Noredah Bt. Yong Ming 4/5
16 Norsyakilla Bt. Simpor 3/5
17 Nurlisah Bt. Jalil 1/5
18 Nurul Farhana Rusle 3/5
19 Saiful Bin Sampai 0/5
20 Siemisah Imran 4/5
21 Syaridah Bt. Haji Nahar 5/5
22 Wong Sue Yee 5/5
23 Zubair Bin Saman 4/5

Jadual 1 :Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra

5
4.3 Tindakan yang Dijalankan

Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani

masalah pelajar-pelajar 4 Sains 3, iaitu :

4.3.1 Program ‘Sharing & Caring’

Program ini merupakan sistem perkongsian kemahiran antara pelajar-

pelajar yang lulus ujian pra dengan pelajar-pelajar yang gagal ujian pra dan juga

antara guru dengan pelajar. Dalam ujian pra yang telah dilaksanakan, seramai 8

daripada 23 orang pelajar telah gagal. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 4

daripada 8 orang pelajar yang gagal tidak dapat menjawab semua soalan dengan

betul. Manakala, seramai 3 orang menjawab dengan betul satu soalan sahaja.

Seorang lagi berjaya menjawab betul dua soalan.

Semasa aktiviti ini dilaksanakan dalam kelas, hanya 6 daripada 8 orang

pelajar yang gagal dalam ujian pra sahaja yang hadir. Saya memulakan aktiviti

dengan mengumpulkan pelajar-pelajar berkenaan dalam satu kumpulan dan

menunjukkan cara mengenal pasti segi empat grid peta, cara mengukur sudut

dengan menggunakan protaktor, dan mengira bearing grid. Semua aktiviti ini saya

terangkan kepada pelajar yang bermasalah secara ‘individu’. Aktiviti inilah yang

saya maksudkan secara ‘caring’. Kemudian, saya memberikan tiga soalan kepada

6 pelajar tersebut dengan menggunakan peta yang berlainan. Saya mengarahkan

seramai 6 orang pelajar dari kelas yang sama, tetapi telah lulus ujian pra untuk

membimbing rakan mereka yang lemah agar dapat berkongsi kemahiran secara

‘sharing’.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN

Bil. Nama Pelajar Ujian Pra Ujian Pos


1. Al-Akmal Hakim Bin Hairum 0/5 5/5
2. Azizi Bin Ali Ajpar 0/5 2/5
3. Abdul Kadir 0/5 2/5
4. Nurlisah Bt. Jalil 1/5 4/5
5. Mariam Bt. Riduan 1/5 4/5
6. Saiful Bin Sampai 0/5 4/5
7. Noorsazlina Adina Bt. Nasron 1/5 TH
8. Jul Kiraman Jumidil 1/5 TH

Jadual 2 :Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual 1 di atas, hanya 6 daripada 8 orang sahaja pelajar gagal ujian pra yang

hadir untuk ujian pos. Kemudian, dapat dilihat bahawa 4 daripada 6 orang telah lulus dan berjaya

menjawab sekurang-kurangya empat daripada lima soalan dengan betul. Hal ini menunjukkan

bahawa program ‘Sharing & caring” yang saya laksanakan berjaya meningkatkan penguasaan

pelajar dalam kemahiran mengira bearing grid walaupun tidak secara 100%. Sungguhpun masih

terdapat dua orang pelajar yang gagal melepasi tahap kelulusan, namun kedua-dua pelajar

tersebut berjaya menjawab 2 daripada 5 soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding

pencapaian mereka dalam ujian pra.

Melalui aktiviti ini juga, saya mendapati bahawa punca utama masalah pelajar 4 Sains 3

gagal mengira bearing grid dengan tepat adalah disebabkan mereka tidak tahu cara yang betul

untuk mengira sudut dengan menggunakan protaktor. Walaupun dalam P&P sebelum ini saya

telah menerangkan cara penggunaan protaktor untuk mengira sudut, namun pelajar sasaran saya

tidak dapat mengingatinya. Justeru, dengan program ‘sharing & caring’ ini, para pelajar yang

disasarkan akhirnya dapat menguasai kemahiran yang kehendaki untuk mengira bearin grid.

7
6.0 REFLEKSI KAJIAN

6.1 Refleksi Terhadap Pelajar

Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian yang saya lakukan dalam kelas,

terdapat perubahan terhadap tingkah laku pelajar-pelajar sasaran. Tindakan yang saya

laksanakan ternyata berkesan dan hal ini dapat dilihat melalui keputusan pasca ujian.

Selain itu, berdasarkan temu bual yang saya laksanakan secara tidak formal dengan

pelajar-pelajar yang disasarkan, 67% daripada mereka mengatakan bahawa mereka lebih

menguasai kemahiran mengira bearing melalui aktiviti yang telah dilaksanakan tersebut.

Namun, 33% (pelajar yang masih gagal) pula berpendapat sebaliknya. Justeru, untuk

mengatasi masalah ini saya akan menggunakan tindakan atau aktiviti-aktiviti yang lain

pula dalam kelas yang akan datang.

6.2 Refleksi Terhadap Guru

Bagi diri saya sebagai seorang guru, saya amat gembira kerana berjaya menangani

masalah pelajar yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran penting dalam subjek

geografi, iaitu mengira bearing grid dengan tepat. Namun, tidak dinafikan juga saya agak

kecewa kerana tidak semua pelajar yang saya sasarkan mencapai tahap penguasaan

kemahiran yang saya harapkan. Oleh itu, saya akan mencuba lagi tindakan atau aktiviti

yang lain agar dapat memastikan 100% pelajar 4 Sains 3 berjaya menguasai kemahiran

tersebut.

8
7.0 LAMPIRAN INSTRUMEN

7.1 Contoh Soalan / Item yang digunakan dalam Ujian Pra

1. Kira bearing grid Stesen Trigonometri Bt. Pinang (RG 209362) dari kuil

hindu (RG 205336).

2. Kira bearing grid jambatan kayu (RG 063400) dari simpang tiga (RG

109365).

3. Kira bearing grid titik ukur tinggi (RG 057242) dari titik ukur tinggi (RG

073263).

4. Kira bearing Bukit Jemuru (RG 239201) dari titik ukur tinggi (RG

192253).

5. Kira bearing grid masjid (RG 112347) dari simpang tiga (RG 137386).

7.2 Instrumen lain yan digunakan dalam aktiviti

1. Peta Topografi no. siri 280/1/MS/92

2. Protaktor ( 26 unit – sumber makmal sains)

3. Kanta pembesar (23 unit – sumber Inventori Panitia Geografi)

4. Pensel

5. Pembaris

7.3 Analisis Ujian Pra

Bil. Soalan Bil. Pelajar menjawab soalan dengan betul


5 4
4 8
3 3
2 1
1 3
0 4

You might also like