You are on page 1of 14

1

KULIAH 3:
MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Hasil Pembelajaran
Pelajar dapat:

1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas


2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas

Latihan 3.1
1. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan.
2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang
upaya?
3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut
ketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau
mengkategori kanak-kanak berkeperluan khas.

 MAKSUD KEPE‘LUAN KHAS


Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas
satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan.
Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
▫ Kerencatan akal
▫ Kecacatan fizikal
▫ Kekurangan penglihatan
▫ Kekurangan pendengaran
▫ Gangguan pertuturan
▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk


sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk
suatu jangka masa tertentu.

 KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN)


• Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai
untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk
kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang
mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.

• Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.
2

Kirk dan rakan-rakan (1993):


• Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari
kanak-kanak biasa dari segi:
▫ Ciri-ciri mental
▫ Keupayaan deria
▫ Keupayaan komunikasi
▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

• Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang


diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat
berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.

 Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:


• Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah
untuk memenuhi keperluannya.

• Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka
yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai
kepintaran dan bakat yang luar biasa.

• Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa


berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:
 perbezaan intelek
 perbezaan komunikasi
 perbezaan deria
 perbezaan tingkah laku
 perbezaan fizikal
 kecacatan pelbagai dan serius

 Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:


• Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
 Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh
dikategorikan seperti berikut:
• Rencat akal
• Masalah Pembelajaran
• Masalah tingkah laku
• Masalah komunikasi
• Masalah pendengaran
• Masalah penglihatan
• Kecacatan fizikal dan kesihatan
• Kecacatan yang serius dan pelbagai
• Pintar cerdas dan pelbagai
3

Taburan Skor IQ

(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental

(a) Kanak-kanak defisit kognitif


i Kanak-kanak rencat akal
• Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi)
ii Kanak-ka ak Do “y dro
• Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti
iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)
• Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai
keupayaan intelek yang rendah.
4

(b) Kanak-kanak pintar cerdas


• Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)

(c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah
dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang
sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

(2) Kanak-kanak Autistik

• Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai


keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.
• Masalah utama: interaksi & komunikasi

(3) Kanak-kanak Cacat Deria

(a) Cacat Penglihatan


• buta (20/200) atau rabun (20/70)

(b) Cacat Pendengaran


• tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran

(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota


• Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau
masalah pergerakan-motor.
• Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.
• Spastik:
 Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot
menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-
sekat.
 Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan,
pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

• Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990):


5

(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi


• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada
pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami
perkataan.
• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi.
Masalah lai ialah asalah suara da kela ara pertutura seperti gagap
(stuttering).
• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan
oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada
orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh
berkomunikasi langsung dengan orang lain.

(6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)


• Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi
seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.

• Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri
dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka
mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran
akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang
memuaskan.

(7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)


• American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan
perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness,
dan hyperactivity.

• Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah


tingkah laku.

• Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-


undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan
yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan
pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.

Latihan 3.2
1. Jelaskan kaedah mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan.
2. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak keperluan khas.
3. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diwujudkan dalam
pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah yang timbul dalam penyediaan
RPI?
4. Apakah peranan guru pendidikan khas dalam program Pendidikan Khas?
6

 KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA

 Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian

Langkah 1 – Penapisan (Screening)


• Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti
mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk
pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.

• Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan


pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai
semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm
bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi

Langkah 2 – Pencalonan (Referral)


• Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan
Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya
mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.

• Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal
pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

Langkah 3 – Penilaian
• Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program
khas

• Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan


penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar
(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan
tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).
7

Langkah 4 – Kelayakan
• Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan
ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk
menerima Pendidikan Khas.

Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan


Individu /RPI (IEP)

 PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS


• Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas

 Prinsip Penempatan:
• Pe e pata di uat erdasarka pri sip least restri ti e e iro e t iaitu
persekitara ya g pali g tidak e ghadka .
• Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama
murid biasa.

 Amalan Penempatan:
• Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid
• Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan

 Jenis-jenis Penempatan

1. Kelas biasa
• Situasi ideal
- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri
- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas
- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid
• Amalan
a) Model Konsultansi
i. Konsultasi pakar
- Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan
pengajaran murid khas

ii. Konsultasi kolaborasi


- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid

b) Team/ Cooperative Teaching


- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas

c) Teacher assistance teams


- Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas
biasa
8

2. Bilik Resos
• Juga dike ali se agi progra pull out
• Perlaksanaan:
 murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran
akademik (secara individu atau kumpulan)
 Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasi
dan mobiliti atau terapi fizikal

3. Kelas khas
• Juga dikenali sebagai self-contained class
• Perlaksanaan:
 murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari
kategori yang sama (program integrasi)
 Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk
menerima pengajaran tertentu (inklusif separa)

4. Sekolah Khas
• Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami
kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)
• Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk
• Perlaksanaan:
 sekolah harian
 murid belajar di sekolah khas
 murid balik selepas waktu persekolahan
 Sekolah berasrama
 murid belajar di sekolah khas
 selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama

5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital


 guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar
murid
 Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid
sedia pulang ke sekolah

6. Pemulihan dalam Komuniti


 Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.
9

PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Program PK KPM dilaksanakan melalui :

i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan
separa inklusif.

Tempoh Belajar
• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun
• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima )5)
tahun
• Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana
peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid
berkenaan.

Kurikulum Program Pendidikan Khas


• Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program
Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative.
• Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi
program mas. pendengaran & mas. Penglihatan.
• Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.
• Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa
10

Kurikulum kebangsaan
• Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2,
Bahasa melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll.
• Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di
pasaran tempatan.
• Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid
bermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu
UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk
soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi
tambahan masa sahaja.

Kurikulum Alternatif
• Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti
program integrasi di kelas khas.
• Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah.
• Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari
sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah.
• Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya
kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian
dan pencapaian setiap murid.
• Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu
a. Bidang akademik berfungsi
 Komponen Matematik
 Komponen Bahasa Melayu
 Komponen Bahasa Inggeris

b. Bidang Pengurusan Kehidupan


 Komponen Pengurusan diri
 Komponen Kemahiran manipulatif
 Komponen Pengurusan tingkahlaku
 Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan,
perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi)

c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti


 Komponen Pendidikan Jasmani
 Komponen Pendidikan Seni
 Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama
 Komponen sains, sosial dan alam sekitar

• Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di


peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat
penilaian ke atas mereka.
• Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif
layak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa
perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.
11

 IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS

Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas


• bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa
dan bilik darjah biasa
• berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan
inter dan intra individu

Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas


1. Persekitaran
- melibatkan kemudahan dan kos
- contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran

2. Kurikulum
- Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar
- Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi

3. Kaedah Pengajaran
- Pengajaran Individu
- Analisis Tugasan
- Pengurusan Kontingen
- Modifikasi Tingkah Laku
- Pembelajaran Kooperatif
- Aplikasi Komputer

4. Penilaian
- satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan
pendidikan
- jenis penilaian - Penilaian Sumatif
- Penilaian Formatif

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

• RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah
tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat
dipenuhi.

• Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khas
berhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.

• Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid.

• Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke
semasa.
12

• RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai
matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

• juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang


kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran
pembelajaran mereka.

• menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber


yg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut.

• disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela.

• Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci
tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.

5 unsur yg. penting penting dlm RPI :

• keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran


spt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar,
motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan.
• Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka
pendek.
• Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan
diperuntukkan.
• Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan
berkenaan.
• Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi
menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai.
• Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan,
keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli
prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan &
tanda tangan ibu bapa/penjaga.
• RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin
yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya
adalah:
 Ahli fisioterapi
 Ahli terapi cara kerja
 Ahli terapi pertuturan
 Kaunselor
 Doktor perubatan
 Guru
 Ibu bapa
13

Aliran Pembentukan RPI

PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK
2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah
3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa
4. Membahagikan tugas program kepada guru
5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib
6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah
7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran
8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa
9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan
10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi
11. Mengembangkan program khas.

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS


1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas
2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas
3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran
4. Mengurus tingkah laku murid khas
5. Menjalankan pelbagai penaksiran
6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas
7. Me jadi Advocate bagi hak murid khas.
8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi
sosial dan emosi
9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran
14

10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan
dan menarik
11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan
12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum
13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan
murid tersebut
14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan
individu dan ujian diagnostik
15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan
untuk perubahan atau kutipan data
16. melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang
dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini

You might also like