You are on page 1of 12

BORANG MAKLUMAT

PROJEK TBKK
PPW 2123 – TEKNIK BERFIKIR
KREATIF DAN KRITIS
MAKLUMAT KUMPULAN
MARKAH
NO. KUMP 40
KERJA KURSUS

TAJUK PEMBENTANGAN INOVASI PRODUK : CANDY DROP

TARIKH
30 DECEMBER 2021
PEMBENTANGAN

NAMA PENSYARAH MADAM NURUL AIDAWATI BINTI IDRIS

MARKAH
BIL NO. MATRIKS PROGRAM KELAS PEMBENTANGAN
AHLI KUMPULAN
1. ABDULLAH AZIEZI BIN MOHD RAZALI DPH202126360 DPIH 1H
2. AHMAD TAQIYYUDDIN RUSYDI BIN
DPH202126015 DPIH 1H
RAMDI
3.
AHMED HAZIEQ BIN ALBNI ALI DPH202126216 DPIH 1H
4. MUHAMMAD AZKA AFNAN BIN MOHD
DPH202126303 DPIH 1H
ROZIB
5. AHMAD BASRI BIN AZIS DPH202126094 DPIH 1H

Kategori Penilaian Markah Penilaian

1. Pengenalan 02

2. Kemahiran Kreatif 02

3. Kemahiran Kritis 02

4. Inovasi Produk 02

5. Kesimpulan 02

Markah (10%)

B. Maklumat Penilaian Pembentangan


Item Skor / Pembentang

Kriteria (Skala 5 markah) 1 2 3 4 5

Kemahiran & - Persembahan yang menarik


Komunikasi
- Persembahan menarik minat
(5 markah)
pendengar

- Penyampaian jelas

Kemahiran - Komitmen ahli sangat baik


Berpasukan
(5 markah) - Kerja berpasukan

Kemahiran Kreatif - Berkebolehan mencari ilmu dan


(5 markah) idea baru
Kemahiran Kritis - Berkebolehan meneroka teori dan
(5 markah) aplikasi

Markah Pembentangan (20 %)

Dinilai oleh,

---------------------------------------------------

Nama & Tandatangan Pensyarah

TEKNIK BERFIKIR
KREATIF & KRITIS

PPW 2133

INOVASI PRODUK

CANDY DROP

PENSYARAH :

MADAM AIDAWATI BINTI IDRIS

Ahli kumpulan :
ABDULLAH AZIEZI BIN MOHD AHMAD TAQIYYUDDIN RUSYDI BIN
RAZALI DPH202126360 RAMDI DPH202126015

AHMED HAZIEQ BIN ALBNI ALI MUHAMMAD AZKA AFNAN BIN MOHD
DPH202126216 ROZIB DPH202126303

AHMAD BASRI BIN AZIS


DPH202126094

1.0 Definisi inovasi produk.


Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam
mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan
prosedur, kaedah serta cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat-
sifat yang dapat menarik perhatian, dapati dimiliki, digunakan dan mempunyai
faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna
semasa melakukan pertukaran. Secara ringkasnya, produk boleh dikatakan sebagai
sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh pengusaha dan mempunyai satu set ciri-
ciri ketara (tangible) seperti warna, berat, harga dan ciri-ciri tidak ketara (intangible)
seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian yang mana ciri-ciri
tersebut diperlukan oleh pengguna.

Inovasi produk merupakan usaha yang telah dilakukan oleh pelaku usaha
pembuat produk untuk memperbaiki, meningkatkan, dan mengembangkan produk
yang dikeluarkan selama ini. Produk yang dikembangkan tidak selalunya dalam
bentuk barang, malahan boleh juga berupa peningkatan pelayanan. Inovasi
merupakan suatu rangkaian pengembangan dengan menerapkan ilmu pengetahuan
dan teknologi ke dalam sebuah produk. Inovasi suatu produk ini boleh terjadi atas
sebab-sebab tertentu iaitu adanya feedback dari pelanggan, dan keadaan produk
yang sebelumnya sudah ada hingga penemuan baru. Proses inovasi ini perlulah
terus dilakukan sehingga produk menjadi terus berkembang, memiliki peningkatan,
hingga mencapai kesempurnaan yang boleh dilakukan dengan cara memanfaatkan
ilmu pengetahuan dan teknologi.

2.0 Objektif penciptaan produk.


Coklat dan gula-gula merupakan makanan ringan yang sangat diminati oleh
pelbagai golongan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Seperti yang kita sedia
maklum pada zaman moden ini,telah muncul pelbagai jenis serta variasi coklat dan
gula-gula yang datang dalam pelbagai bentuk,warna dan cita rasa.
Objektif produk Candy Drop yang dicipta oleh kumpulan kami ialah untuk
memudahkan pengguna untuk mengambil coklat dan gula-gula mengikut citarasa.
Ini kerana produk Candy Drop membantu mengasingkan coklat dan gula-gula
mengikut jenisnya. Ini dapat memudahkan pengguna untuk mengambil coklat dan
gula-gula mengikut citarasa yang diinginkan tanpa perlu bersusah payah memeriksa
di bahagian coklat dan gula-gula.
Selain itu, Produk Candy Drop ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang
kemas. Ini kerana produk Candy Drop boleh dijadikan tempat untuk menyimpan
coklat dan gula-gula. Ramai pengguna selalunya membeli coklat dan gula-gula
dalam kuantiti yang banyak serta pelbagai jenis dan perisa. Produk Candy Drop ini
dapat membantu menyimpan coklat dan gula-gula tersebut. Ini dapat mewujudkan
persekitaran yang kemas kerana tiada lagi coklat dan gula-gula yang bertaburan di
atas meja.
Akhir sekali, produk Candy Drop ini amat berguna bagi membantu Ibu bapa
mengawal jumlah pemakanan coklat dan gula-gula kepada anak-anak mereka.
Kanak-kanak sememangnya gemar memakan coklat dan gula-gula. Pengambilan
coklat dan gula-gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh membahayakan
kesihatan kanak-kanak tersebut. Produk Candy Drop ini membolehkan Ibu bapa
menetapkan jumlah coklat dan gula-gula yang mahu diberi kepada anak mereka.

3.0 Sumber penghasilan idea.

Idea penghasilan produk Candy Drop tercetus daripada kaedah pemerhatian.


Kawan kami gemar memakan coklat dan gula-gula. Dia selalu membeli pelbagai
jenis coklat dan gula-gula dalam kuantiti yang banyak. Ketika berkunjung ke rumah
beliau, kumpulan kami telah memerhati bagaimana banyak pelbagai jenis coklat dan
gula-gula yang dibeli bertaburan di atas meja. Ini menimbulkan persekitaran yang
tidak kemas dan bersepah. Dengan itu,kami mendapat idea untuk mengasingkan
kesemua coklat dan gula-gula tersebut mengikut jenisnya ke dalam suatu tempat
yang mudah untuk diambil. Oleh itu, maka lahirlah idea untuk mencipta produk
Candy Drop ini.

4.0 Nama produk


Candy Drop

5.0 Penerangan umum mengenai produk.

Kumpulan kami memberi nama produk ini sebagai Candy Drop kerana ia akan
menjatuhkan coklat dan gula-gula yang mengikut butang yang ditekan oleh
pengguna di bahagian nama coklat dan gula-gula yang tertera. Reka bentuknya
yang mempunyai ciri-ciri moden seperti mesin automatik kerana mempunyai butang
yang boleh ditekan.Produk Candy drop ini sesuai diletakkan di tempat seperti di
ruang tamu dan ruang untuk kanak-kanak bermain kerana bersaiz sederhana seperti
kotak. Selain itu, produk Candy Drop ini juga tidak memerlukan tenaga elektrik untuk
berfungsi membolehkan ia selamat digunakan oleh kanak-kanak di samping mesra
alam. Produk Candy Drop ini boleh dialihkan atau diangkat dengan mudah.

6.0 Kegunaan produk

Candy Drop boleh digunakan untuk :

1. Menyimpan coklat dan gula-gula

2. Mengasingkan coklat dan gula-gula mengikut jenis dan variasinya.

-Terdapat ruangan untuk menempatkan coklat dan gula-gula mengikut jenis dan
variasinya..

-Terdapat butang yang apabila ditekan coklat dan gula-gula akan jatuh ke bawah.

7.0 Kelebihan dan keistimewaan produk.


1. Memudahkan pengguna untuk mengambil coklat dan gula-gula mengikut citarasa.
Produk Candy Drop membantu mengasingkan coklat dan gula-gula mengikut
jenisnya. Ini dapat memudahkan pengguna untuk mengambil coklat dan gula-gula
mengikut citarasa yang diinginkan tanpa perlu bersusah payah memeriksa di
bahagian coklat dan gula-gula. Contohnya mengasingkan coklat dan gula-gula
mengikut perisa masin,masam dan manis. Dengan ini, pengguna tidak akan tersalah
ambil yang gula-gula masam padahal inginkan yang manis.

2. Mewujudkan persekitaran yang kemas.


Produk Candy Drop ini boleh dijadikan tempat untuk menyimpan coklat dan gula-
gula. Ramai pengguna selalunya membeli coklat dan gula-gula dalam kuantiti yang
banyak serta pelbagai jenis dan perisa. Produk Candy Drop ini dapat membantu
menyimpan coklat dan gula-gula tersebut. Ini dapat mewujudkan persekitaran yang
kemas kerana tiada lagi coklat dan gula-gula yang bertaburan di atas meja.

3. Membantu Ibu bapa mengawal jumlah pemakanan coklat dan gula-gula kepada
anak-anak mereka
Kanak-kanak sememangnya gemar memakan coklat dan gula-gula. Pengambilan
coklat dan gula-gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh membahayakan
kesihatan kanak-kanak tersebut. produk Candy Drop ini membolehkan Ibu bapa
menetapkan jumlah coklat dan gula-gula yang mahu diberi kepada anak mereka.

4. Cara pengggunaan yang mudah.


Pengguna produk Candy Drop hanya perlu memilih jenis coklat dan gula-gula yang
diinginkan seterusnya menekan butang yang akan menyebabkan coklat dan gula-
gula jatuh ke bawah.

5. Tidak menggunakan tenaga elektrik.


Produk Candy Drop tidak memerlukan tenaga elektrik untuk menggunakanya. Ianya
selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.

6. Boleh diangkat dan dialihkan dengan mudah.


Ini kerana produk Candy Drop ini berbentuk seperti kotak dan mempunyai berat
hanya 4 Kilogram.

8.0 Bahan-bahan yang digunakan.


Kotak makanan
Kertas
Gam Uhu
Surat Khabar

9.0 Cara produk berfungsi

Cara produk Candy Drop ini berfungsi ialah :

1.Masukkan dan asingkan coklat dan gula-gula ke dalam ruangan yang berbeza
mengikut jenisnya.

2.Tekan butang coklat dan gula-gula yang dinginkan.

3.Coklat dan gula-gula yang dipilih akan jatuh ke bawah.

10.0 Maklumat lengkap produk

Ukuran produk Candy Drop :


Tinggi = 40 cm
Lebar = 35 cm
Berat = 4 Kilogram

Material = Plastik

11.0 Lukisan 2D
Pandangan hadapan

Butang
untuk
ditekan
Tempat
coklat dan
gula-gula
jatuh

Pandangan dalam sisi kiri


Ruangan
untuk letak
Butang coklat dan
untuk gula-gula
ditekan

Tempat coklat
dan gula-gula
jatuh
Pandangan dalam sisi belakang
Ruangan
untuk letak
coklat dan
gula-gula

Pandangan dalam sisi kanan

Ruangan
untuk letak
coklat dan
gula-gula Butang
untuk
ditekan

Tempat coklat
dan gula-gula
jatuh

12.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penghasilan produk Candy Drop ini amat membantu pengguna
yang suka membeli dan memakan pelbagai jenis coklat dan gula-gula. Dengan
adanya produk Candy Drop ini, ia akan memudahkan urusan pengambilan serta
pemakanan coklat dan gula-gula. Selain itu, ia juga akan mewujudkan persekitaran
yang kemas. Kami berharap Produk Candy Drop ini dapat memuaskan hati para
penggunanya.

You might also like