You are on page 1of 42

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P &

P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten,
inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
Kaedah pengajaran hari ini tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru
semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti
pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di
bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri .
Dalam penulisan ini, pemfokusan akan diberi kepada usaha-usaha yang boleh dilaksanakan
dalam proses P & P di bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Pemikiran kreatif adalah kebolehan mengambil kira maklumat tanpa mengasingkan ke dalam
kotak-kotak tertentu. Satu kaedah berfikir yang memaksa kita mengenal pasti kaitan-kaitan baru
antara fakta-fakta yang dilihat yang dapat menerbitkan idea yang menyimpang jauh daripada
idea sedia ada (Pellegrino dan Politis, 1999). Manakala pemikiran inovatif pula adalah
kebolehan mengubah suai kepada benda yang sedia ada untuk menjadi lebih baik dan berguna
iaitu, sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain yang baru
(Kamus Dewan, Edisi Ketiga, 1994).
Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana
tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu
sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu pengetahuannya,
tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan . Antara kaedah
dan teknik pengajaran bahasa Melayu yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar
ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran, kerja kumpulan membina soalan, kaedah
hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan bimbingan khusus pelajar lemah.

Menjadikan proses pembelajaran berkesan dalam setiap sesi pengajaran isi


pelajaran menjadi fokus utama bagi setiap pendidik. Suasana pembelajaran
yang dilatari keceriaan dan keharmonian proses pengajaran menjadi
pemangkin ke arah mencapai objektif pelajaran yang telah dirancangkan.
Sehubungan itu, guru bahasa Melayu (GBM) sebagai individu sentiasa
bersama murid memainkan peranan penting bagi mewujudkan suatu bentuk
proses P&P yang mampu memberi daya tarikan di kalangan para murid.
Tegasnya, kemahiran dalam proses pengajaran oleh seorang guru yang
ditunjangi daya inovasi menjadi asas utama berhubung isu ini.
Inovasi dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh
individu--individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan
pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan
berguna bagi manusia (Jauhara Hj. Tak, 1995). Hal ini merujuk kepada
kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan
sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu
bentuk pengajaran melalui daya inovasi disifatkan sebagai satu wadah
pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru,
adanya daya inovasi bagi seorang GBM yang dapat disesuaikan dengan
proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang
penyertaan murid dalam aktiviti pembelajaran. Fromm (1959)
mmengemukakan berkenaan individu kreatif sebagai seorang yang selalu
melihat kepada yang baru. Oleh itu , individu seperti ini akan
memperlihatkan sifat kedinamikan dalam setiap tingkah laku dan juga
pemikirannya. Dalam konteks keguruan, inovasi berperanan sebagai
momentum yang akan menghasilkan satu proses pengajaran berkesan
seterusnya menjadi asas ke arah merealisasikan kecemerlangan akademik
murid.
Sementara itu, Robiah Sidin dan Hassan Langgulung (1980) mengemukakan
inovasi bagi seorang guru merupakan elemen yang dapat dipergunakan
untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran dinamik. Para GBM yang
memiliki daya inovasi seringkali mendatangkan banyak idea baru selain
dapat mengatasi masalah dengan menggunakan bahan-bahan serta situasi-
situasi tertentu dengan cara luar biasa. Jelaslah bahawa sekiranya daya
inovasi ini dapat dijelmakan dalam proses pengajaran oleh seorang GBM
maka proses pembelajaran murid-muridnya akan mendapat limpahan
maklumat pengetahuan maksimum.
Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan
pendekatan yang berinovasi oleh seorang GBM menjanjikan suatu proses
pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, inovasi GBM yang
mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran
yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memahami
sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati
terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti GBM tersebut
juga secara langsung menanam nilai murni kepada murid supaya melahirkan
sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.
Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi
hubungan dua hala antara GBM dan murid. Bagi menjamin kelangsungan
setiap isi pelajaran yang disampaikan hubungan ini akan merangsang tindak
balas (respons) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan GBM dan murid-
murid terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang
menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh
murid. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi GBM yang melibatkan
gabungan inovasi dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat
mempengaruhi minda dan respons muridnya. Selain itu, Komunikasi yang
baik diantara GBM dan murid akan mewujudkan kemesraan yang memberi
kesenangan dalam proses pembelajaran sekaligus memberi input
pengetahuan bermanfaat bagi murid-murid. Justeru, GBM sewajarnya
memberi penekanan terhadap hal ini agar dapat menyumbang ke arah
proses pendidikan melalui peningkatan dan perkembangan hubungan sosial
positif terhadap setiap anak didiknya.
Inovasi dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang
digunakan oleh seorang GBM terhadap penyampaian kandungan
pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan
menjana kemajuan dan prestasi murid ke arah membentuk kefahaman
mereka. Abd Ghafar Md. Din (2003) menyatakan hal ini bergantung kepada
beberapa faktor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah murid, bahan
pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran atau teknik pelajar tidak akan berasa bosan.
Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan
menjadikan pengajaran GBM lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia
melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang GBM bagi menguruskan
hal-hal ini.
Dalam proses pengajaran ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti
murid. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin
keberkesanannya ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan murid.
Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik P&P mengikut
kemampuan murid agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan
demikian, daya inovasi GBM menjadi asas dalam mencorakkan proses
pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan murid menerusi aktiviti-
aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan
sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.
Selain itu, kreativiti GBM dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi
pelajaran semasa proses P&P dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa
yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada murid-murid. Penerangan
isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan
mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada murid. Seterusnya hal ini
akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta
mendedahkan mereka kepada realiti dunia semasa.
Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para GBM dalam mengendali setiap
proses P&P bergantung kepada keupayaan kreativiti dan inovasi mereka
dalam mempelbagaikan corak penyampaian isi pelajaran. Justeru, proses
pengajaran sedemikian akan menjadikan murid dapat mengikuti setiap isi
pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka
supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses P&P dilaksanakan.

KESIMPULAN
Keberkesanan proses pengajaran berinovasi dalam proses P&P merupakan
aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi
meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha ke arah amalan pengajaran
berkesan memerlukan kepada daya inovasi GBM yang dapat menggunakan
segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini
dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana
penguasan maksimum murid-murid terhadap ilmu pengetahuan yang
disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi
arus perdana masakini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun
keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dillihat sebagai suatu
sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah
menjadi keutamaan bagi para GBM menggunakan daya inovasi mereka bagi
mewujudkan kedinamikan proses P&P tanpa bergantung sepenuhnya dengan
kemudahan teknologi pengkomputeran.
Dicatat oleh WAN DHIA
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan
suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan
pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang
dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan
pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran
dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi
intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan
yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti
yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan
kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru
haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

 Kaedah sumbang saran

 Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

 Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan

 Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah


 Kaedah oudioligual

 Kaedah kodkognetif

 Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati
supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-
konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney
misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan
percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan
sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik
bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.
Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru
itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang
baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan
ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan
analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh
ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

3. Memory

 Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem
based on what you now know about Memory.

Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak
setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan
searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan
mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti
inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan
perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan
kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a.
kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi

a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan


kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu
berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan
belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah
amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan
perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran.
Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika
berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu
menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah.
Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula
jadi pelajar.

b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir


deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi),
kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan
meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang
abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan,
iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental
yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh
manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-
perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian.
Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-
peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat
kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses
kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka
yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira
perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan
seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-
dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan
mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli
psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak
balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan
mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan
sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman
secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan
kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is
your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits
of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your
classes?

Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan
kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980)
metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada
seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses
berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua
dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan
mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada
pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional
Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan
seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-
satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa
‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “
Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather
then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making
aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah
disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam
proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar
berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa
mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses
merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan
dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.

Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam


aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan
melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai
dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti
perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran
secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para
pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini
bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada
akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk
membuat ulasan perbincangan.

2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal
pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan,
iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan
penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: •
Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah
dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu
yang tinggi

3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal


dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa
yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh
dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili
pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling
berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-
peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan
pembelajaran, ingatan dan lupaan.

Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa


ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan
menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.

Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran
dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu


terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru,
terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya.
Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut
menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.
Keupayaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

bergantung kepada pemilihan strategi pengajaran guru. Guru juga perlu bijak dalam

memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai. Kesan pengajaran bergantung pada

pengolahan kesemua elemen yang digunakan oleh guru yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya dapat berkomunikasi

dan berinteraksi dengan berkesan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti

bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan guru-guru Bahasa Melayu dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sampel kajian berjumlah 113 orang

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-
bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius
kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan
bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan
pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran
dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut
maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan
mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara
umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang
sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak
yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-
kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering,
sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah
jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah
seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki
kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut
adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah
mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng
ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam
minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan
yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak
ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau.
Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti
meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran,
kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu
berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik
memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya
kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan
perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah
pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan
yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada
murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa
demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk
kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan
pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan
Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu
mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat
berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip
makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar
bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal
(tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari
berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan
konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal
serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya
pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan
kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan,
keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap
pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.
Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,
kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi,


pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang
digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-
R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-
olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju
haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya
atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang
strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah
untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah
kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera
darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut
kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang
agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan
faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di
sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah
manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk
memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang
boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan
kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar
kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila
harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau
untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai
segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan
strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan
pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang
pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain
itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya
tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua
kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan


berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah
kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara
berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di
samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah
demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah
strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu
rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran
yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di
samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri
seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali.
Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi
pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi
kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi
yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka,
Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah


seperti pendekatan, kaedah dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini
mempunyai perkaitan dan ianya saling lengka-melengkap antara satu
sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di
kalangan guru-guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun
guru pelajaran yang lain.

Pendekatan

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan


Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud
berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah
agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia
menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu
pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh
dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang
pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas
inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan


pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu
pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia
bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan
guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip
amalan bilik darjah.

Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara


keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu
pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh
menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.
Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji
bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu


set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt
ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan
kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,

contohnya :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap


benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini
bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran berdasarkan objektifnya.

Pendekatan Induktif

Takrif

Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan


Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati
sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara
bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam
satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori.

Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak


diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya
diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya
sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-
kajian yang telah dilakukan.
Konsep

Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.


Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan
pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada
umum

Ciri-ciri

? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan


? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan
? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai
sesuatu kemahiran
? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit
? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru
? Penglibatan murid secara aktif ditekankan
? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan
? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan Deduktif

Takrif

Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum


atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan
menjadi suatu fakta.

Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan


suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan,
kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk
menyelesaikan masalah.

Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah


betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi
pembelajaran.

Konsep

? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum


? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

Prinsip

? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat


menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat
generalisasi yang dikehendaki
? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid
? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang
digunakan dapat menarik minat murid
? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai
? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran

Ciri-ciri

? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi


oleh murid
? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk
mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada
yang lebih kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik
Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang
kita lihat di dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam
konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya menggunakan
makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik
begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah
pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan
sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang
digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan
yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..

Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu


kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru
yang digunakan dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan


pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi
aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam
pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik
digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan
menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan
teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk
belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara
dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun
yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau
terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan
hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat
murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan.

Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa


objektif, antaranya ialah :-

a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh


menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta
mencungkil rasa ingin tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif
pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan.

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai


perbezaan dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih
menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik yang
biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti
berikut :-

i) Teknik bercerita
ii) Teknik berbincang
iii) Teknik penyelesaian masalah
iv) Teknik sumbangsaran
v) Teknik tunjuk cara
vi) Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab

Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk


memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru
kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk
menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai
dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh
murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga
bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,
mantap dan boleh dipercayai.

Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai


kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah
dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana
menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-
langkah pengajaran.

Kaedah

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu


perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk
menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur
melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina
melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan
beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan
bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan
itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi
keperluan pelbagai golongan tadi.

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan


guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif
spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa
implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara
mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun
dan teratur.

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan


sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan
langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun
rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan


pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang
sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan
murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang
prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam
fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.

Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara


berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.


2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan
masa yang diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan
diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.
5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.

PENDEKATAN,KAEDAH.TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PSV


Pendekatan
-Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau
aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-
cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan
pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam
pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut
ialah:
1) Daripada konkrit kepada abstrak
2) Daripada mudah kepada kompleks
3)Daripada keseluruhan kepada bahagian
4) Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
5) Daripada spesifik kepada umum (induktif)
6) Daripada diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian.


Antaranya
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan

-Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri.


Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah
seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan
ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P.
Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.
- Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam
pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi
pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih
berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka.
Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan
individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan
bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana
mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran itu.
-Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih
kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik
minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah,
bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh
menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya
bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi
pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai
isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Kaedah
-Kaedah dapat diinterprestasikan sebagai satu cara atau aturan,hukum atau prinsip.
Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa
langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang
dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku dalam diri seseoran.Oleh demikian,kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi
kepada beberapa jenis. Ianya meliputi:

• Kaedah terus
• Kaedah semulajadi
• Kaedah ajuk-hafaz
• Kaedah linguistik
• Kaedah oral-aural
• Kaedah terjemahan
• Kaedah psikologi

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara
perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar
berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara
asas iaitu:
 Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
fikiran atau sebaliknya.
 Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.
 Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.
 Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa
yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan
harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang
kompleks.

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan
yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah
diketahui oleh murid.Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini.
Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya
bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih
tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian
kepada intonasi yang betul. Seterusnya,Kaedah Linguistik yang membolehkan murid-
murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru
dari segi bunyi.

Teknik
Teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan
berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam
sesi P&P. antaranya ialah:
• Teknik perbincangan
• Teknik brainstorming
• Teknik soal jawab
• Teknik main peranan
• Teknik bercerita
• Teknik tunjuk cara
• Teknik penyelesaian masalah
• Teknik latih tubi
• Teknik permainan bahasa

Teknik perbincangan
-Ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah
penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming
Teknik ini merupakan teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar
digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.

Teknik soal jawab


Teknik ini pula merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan
interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara
guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan
yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

Tenik Main Peranan


-Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar
terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan
skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam
memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik Bercerita
-Teknik ini membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi
pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan
berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.
Teknik Tunjuk Cara
-Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran
yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan
sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk
menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru
perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus
dicakapkan.

Teknik Penyelesaian Masalah


-Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di
bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan
masalah tersebut.

Teknik Latih Tubi


-Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di
samping untuk menjamin pengekalannya.

Teknik Permainan Bahasa


-Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi
yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk
menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Strategi
-Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara optimum.

S - SPECIFIC
M - MEASURABLE
A - ATTAINABLE
R - REALISTIC
T - TIMELY

SPECIFIC
-Sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru haruslah mempunyai matlamat yang
spesifik. Hal ini demikian kerana, guru yang profesional akan menyediakan bahan
bantuan mengajar dengan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya sesi
pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari
daripada tajuk asal yang selaras dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
MEASURABLE
- Sesuatu pembelajaran itu haruslah mempunyai ukuran mengikut tahap. Guru perlu
mengetahui bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui pembelajaran itu.
Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar
tersebut supaya pembelajaran tersebut dapat difahami oleh mereka.

ATTAINABLE
-Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui pendekatan
,kaedah,teknik dan strategi yang digunakan oleh guru haruslah dapat dicapai pelajar
spaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara
guru dan pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat
mencapai pelajaran yang diajar.

REALISTIC
- Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut turutan dari
yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada kompleks, dan sebagainya.
Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami
pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak
terus lompat subjek lain tanpa mengetahui asasnya.

TIMELY
- Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan pelajaran. Ini
sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek
yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang mudah dan ada
yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek
mengikut masa yang ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang
digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.

Strategi Pengajaran

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah
itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran


harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang
perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan
kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah
pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan
kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik
darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana
serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri
daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.

Konsep Strategi

Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan


serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan ,
terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat
bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru.

Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan


yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar
belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti
menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah
bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk
strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah


yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur
untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu
berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah
lain.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru


Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi yang telah lama diamalkan
dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini guru memainkan
peranan yang utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal
segala aktiviti pengajaran, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya
duduk mendengar. Kaedah penerangan,demonstrasi, syarahan, pengajaran
berkumpulan atau berpasukan, pengajaran mikro, bercerita dan keseluruhan kelas
merupakan kemahiran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro dan menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri-ciri strategi pemusatan guru.


Ciri pertama ialah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru memainkan
peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Selain
itu, komunikasi dan interaksi di antara murid dan guru adalah sehala. Guru banyak
bercakap dan guru banyak mendengar. Malah ciri kepimpinan guru bersifat autokratik.
Murid-murid tidak berpeluang menyumbang pendapat mereka. Guru juga bertindak
mengawal dan memberi arahan. Tambahan pula, Strategi pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
Ciri lain ialah penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan
nilai murni atau perkembangan emosi. Selain itu penyampaian fakta secara menghafal.
Pembelajaran berbentuk mengingat atau menghafal. Interaksi di antara murid adalah
pasif dan kurang berupaya membuat interprestasi. Interprestasi di antara murid adalah
pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan
pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan
minat tidak diberi perhatian. Ciri yang terakhir ialah di bawah strategi pemusatan guru
murid-murid kurang kreatif dan tidak berinitiatif.

Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid

Di bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan
seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran,
sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran
murid. Kaedah projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian
masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan, pembelajaran melalui
pengalaman menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid.
ciri-ciri strategi pemusatan murid.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang


penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran. Malah komunikasi dan interaksi antara guru dan
murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal atau membimbing
murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. Tambahan
pula, ciri kepimpinan adalah guru secara demokratik. Murid –murid sentiasa digalakkan
berbincang dan murid memberi pendapat. Selain itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Strategi
ini juga mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang dari
segi intelek, rohani, sosial dan jasmani. Malah ujian formatif adalah ditekankan dan
keputusan ujian kerapkali digunakan bagi membaiki dan mengkaji kelemahan murid.
Penyampaian guru juga ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-
murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan. Selain itu, peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat sosial
yang positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong jelas dapat
dipupuk. Strategi ini mementingkan pengelolaan kedah kumpulan . Malah, perbezaan
murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Di bawah strategi pemusatan
murid, murid-murid menunjukkan sifat keratif dan berinisiatif

Strategi Pemusatan Bahan

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya


boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh para guru seperti
carta, garaf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video,
televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid
dalam aktiviti pembelajarn seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat
dan komputer. di bawah strategi pemusatan bahan pelajarn, bahan pengajaran
memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan


lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid-murid pula boleh
memahami pelajaran dengan ebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di
antara kaedah-kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran
ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita projektor dan
video, pengajaran terancang melalui mesin-mesin pengajar seperti komputer dan modul
yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bercetak.
Ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran.
Dalam aktiviti pengajaran bahan pelajaran memainkan peranan penting.Guru dan
murid perlu bergantung sepenuhnya kepada bahan untuk mencapai objektif
pengajaran. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan
pengajaran atau di antara murid dengan bahan pembelajaran. Malah, strategi
pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan Kecekapan dan kemahiran
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Strategi ini juga
menekankan perkembangan jasmani, rohani, dan kognitif. Penggunaan alat bantu
mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.
Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran
mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar. Disamping itu, dapat memupuk
semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajarn tanpa kehadiran atau
pertolongan guru. Selain itu, pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran
yang bermakna, menarik serta berkesan. Peluang interaksi di antara murid adalah
banyak.Hal ini kerana, sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah
kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan
sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji. Selain itu, strategi pemusatan bahan
pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna
melalui pengalaman yang sebenar.Dengan adanya bahan-bahan pelajaran,ilmu
pngetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

Ciri-ciri strategi yang baik.

Mempelbagaikan bentuk dan cara aktiviti pelaksanaan. Malah meningkatkan kesan


ingatan jangka panjang murid. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang seronok, harmoni dan berkesan. Malah dapat menajamkan daya fikir dan
kreativiti. Selain itu, dapat meningkatkan komunikasi dan interaksi yang berkesan.
Malah dapat juga mengelak rasa terancam atau tidak selamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.

 Pendekatan
Kamus Dewan (1998) – pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
 Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
 Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
 Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA


 INDUKTIF
 DEDUKTIF
 EKLEKTIK
 KOMUNIKATIF
 INDUKTIF

 Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.


 Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
 Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
 Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan
murid berfikir perkaitan antara sesuatu.

 Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan


contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru.

 Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat


kesimpulan.

DEDUKTIF
 Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
 Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis
rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang
dibentangkan.
 Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada
umum kepada spesifik.
 Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula
dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
 Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat
untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
 Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
 Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
 Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
 Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukif dan deduktif.
 Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
 Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
 Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan.
 Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi.
 Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
 Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan,
maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
 Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan
dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
 Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF
 Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita
ataupun melapor.
 Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
 Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
 Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana.
 Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
 Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
 Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
 Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara
berkesan.
 Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
 Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
 Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa


 Berpusatkan Murid
 Berdasarkan Bahan
 Pemebelajaran Berasaskan Projek
 Pembelajaran Berasaskan Masalah
 Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
 Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
 Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pendekatan berpusatkan murid


 Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran.
 Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka
sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
 Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
 Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan


 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
 Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak
dengan lebih jelas.

Pendekatan berasaskan projek


 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan menarik.
 Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran
melalui projek yang dilaksanakan.

Pendekatan berasaskan masalah


 Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong
minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk
menyelesaikan masalah.
 Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berasaskan aktiviti


 Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat
dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru.
 Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
 Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
 Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh
untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan permainan


 Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti
permainan yang dilaksanakan.
 Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi
dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi

KAEDAH
 Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
 Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu
pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
 Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah Penerangan

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi


komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan
Kaedah
tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis
Natural
gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa
tertentu.
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar
memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
Kaedah menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan
Nahu pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
Tradisional sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald


Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama
Kaedah dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih
Terus pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah
terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan
psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara


demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan
Kaedah Ajuk dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru
Hafaz bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz
beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam
ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

Kaedah Penerangan

Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara


saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.
Kaedah
Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan
Linguisti
fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat,
k
makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada
makna.
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang
Kaedah
ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa
Kod
berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam
Kognitif
ilmu tatabahasa.

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning


merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles
Kaedah A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid
Bahasa Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori
Komuniti bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model
abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem
bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar


memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran
Kaedah
mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran
Oral-
membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
Aural
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar
memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

TEKNIK
 Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
 Teknik main peranan
 Teknik permainan bahasa
 Teknik latih tubi
 Teknik bercerita
 Teknik simulasi
 Teknik drama
Tujuan Teknik
 Menarik minat murid
 Mengekalkan perhatian
 Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
 Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
 Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
 Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
 Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
 Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
 Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Teknik Simulasi
 Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
 Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
 Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
 Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
 Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
 Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
 Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
 Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
 Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-
murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
 Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
 Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
 Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
 Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Teknik Permainan Bahasa


 Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
 Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
 Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
 Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Teknik Bercerita
 Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar.
 Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
 Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis di kalangan pelajar.
 Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
 Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Teknik Drama
 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK

Berdasarkan
pertimbangan terhadap Lebih
teori pembelajaran, Bercorak abstrak Bersifat konkrit khusus atau
pendekatan kaedah dan spesifik
teknik mengajar

Wujud
Satu pandangan,
Cara mengajar dalam
pendirian,
yang disusun bentuk
pegangan atau
Rancangan yang dan aktiviti,
falsafah bagi
teratur untuk mencapai dilaksanakan strategi atau
melihat,
matlamat atau kejayaan untuk mengajar taktik dan
memahami dan
kemahiran bahan atau
mendekati
bahasa alat yang
sesuatu perkara
berkaitan

-teknik kloz
-teknik
-kaedah tubi bacaan
Strategi Pendekatan
-kaedah terus nyaring
penggabungjajalinan empirisis
-kaedah dengar -teknik
kemahiran -pendekatan
dan sebut bercerita
-strategi rasiomalis
-kaedah bersiri -teknik
penyerapan nilai-nilai (mentalis
-kaedah drama
murini dalam -pendekatan
terjemahan -teknik
pengajaran komunikatif
-kaedah tentera korus
-teknik
dialog

PENUTUP
 Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.
 Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan
matlamat penting dalam dunia pendidikan.
 Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-
kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu
Posted by husni upsi at 10:16 PM

You might also like