You are on page 1of 31

23

Makanan
Terlazat
Di Malaysia
1. Asam Laksa

Asam Laksa

Asam Laksa adalah mee berasa pedas yang disajikan dengan sup ikan. Ia
merupakan salah satu juadah terkenal daripada kalangan kaum Baba dan
Nyonya. Baba Nyonya adalah keturunan imigran Cina yang menggabungkan
budaya Melayu dan mereka telah mencipta makanan ini yang mempunyai
unsur Cina dan Melayu. Makanan ini sangat popular di Malaysia dan anda
boleh menikmati makanan ini di mana mana sahaja, terutamanya di serata
jalan di negeri Pulau Pinang, salah satu negeri di Malaysia.

Asam Laksa mempunyai campuran ramuan seperti ikan, timun yang dipotong
halus, bawang, nanas, cili merah, daun salad, daun kesum dan bunga kantan.
Ia dihidang dengan mee tebal berwarna putih dan kuah ikan yang dicampur
dengan pes udang untuk manambah rasa. Sesetengah orang mungkin kurang
selesa dengan pes ini kerana rasanya yang hanyir.

Asam Laksa versi vegetarian boleh didapati di Be Lohas di KLIA2, Water


Lily Restaurant di Kuala Lumpur dan Veggie Planet di Melaka.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
2. Rojak

Rojak

Rojak merupakan juadah salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan
dan sayur-sayuran. Biasanya ia dihidang bersama dengan banyak pes udang, walaupun ia
mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang yang tidak tahan dengan rasa hanyirnya. Di
Malaysia terdapat empat jenis rojak iaitu rojak buah, rojak Penang, rojak sotong
kangkung dan rojak India.

Rojak buah biasanya mengandungi hirisan timun, nanas, sengkuang, tauge dan tauhu
goreng. Kuah rojak pula diperbuat dengan belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan
ditabur dengan kacang tanah yang dikisar.

Rojak Penang agak sama dengan rojak buah, kecuali ditambah dengan ramuan seperti
jambu batu, jambu air, mangga dan sotong goreng. Kuah rojak ini pekat seakan karamel.

Rojak sotong kangkung merupakan satu makanan popular di seluruh Malaysia dan boleh
didapati di banyak gerai makanan. Rojak ini mengandungi sotong, kangkung, timun, tauhu,
kacang, cili dan sos.

Rojak India juga dikenali sebagai rojak mamak atau pasembor, disaji dengan kuah kacang
pekat berasa manis pedas. Kandungan rojak ini termasuk kentang rebus, telur rebus,
tauge dan timun. Terdapat juga rojak India yang mengandungi tauhu, cucur goreng, udang
goreng ataupun sotong.

Rojak adalah juadah harian yang boleh didapati di restoran, kedai mamak, trak makanan
malah di gerai tepi jalan sahaja.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html

3. Roti Canai

Roti Canai

Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di
kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal
dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim
yang telah lama menetap di Malaysia. Roti Canai juga dikenali
sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan
sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai
penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah
kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari
ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh
dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang
menggemari makanan manis.

Selain itu, terdapat banyak pilihan Roti Canai lain seperti Roti
Telur, Roti Tisu yang nipis, roti bawang, roti telur bawang, roti
pisang, roti planta yang sering dihidang dengan gula pasir, dan
banyak lagi.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
4. Nasi Lemak

Nasi Lemak

Nasi Lemak adalah juadah makanan Melayu, dimasak dari beras


wangi bersama dengan santan kelapa dan daun pandan. Ia juga
digelar sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan sangat mudah
didapati. Juadah ini juga sangat popular di negara jiran seperti
Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.

Nasi lemak tradisional di Malaysia biasanya mengandungi ikan bilis


goreng, sambal tumis, kacang dan telur rebus. Kebanyakan gerai
nasi lemak juga menyajikan nasi lemak sambal kerang dengan telur
goreng, sambal sotong, ayam goreng, rendang, sambal ikan dan
banyak lagi. Jika anda seorang vegetarian, anda tidak perlu risau
kerana terdapat banyak restoran seperti Simple Life di Kuala
Lumpur dan Yummy Garden di Jalan Ujong, Melaka yang
menyajikan nasi lemak vegetarian. Restoran ini menggantikan ikan
bilis dengan ikan bilis vegetarian.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
5. Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun

Chee Cheong Fun adalah sejenis makanan mee gelung. Ia


merupakan makanan Kantonis dan berasal dari China selatan dan
Hong Kong. Di Malaysia dan Singapura, Chee Cheong Fun biasanya
dihidang dengan sos soya manis berwarna hitam. Chee Cheong Fun
versi Pulau Pinang pula menggunakan pes udang, berwarna hitam,
berasa manis dan pekat seperti karamel.

Di Ipoh, satu lagi daerah yang popular dengan makanan di Malaysia,


Chee Cheong Fun biasanya dihidang dengan dua cara, kering atau
bersos. Versi kering sering dihidangkan dengan bijian, sos soya,
bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili.Versi bersos
pula dihidangkan dengan kuah kari dan cendawan.

Sesetengah lokasi mungkin mempunyai variasi cara


penghidangannya. Anda dapat menikmati Chee Cheong Fun di mana-
mana jua sekitar Malaysia.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
6. Apam Balik

Apam Balik

Apam Balik, juga dikenali sebagai ban jian kuih


(penkek yang diterbalikkan), adalah sejenis
penkek yang leper dan sangat biasa dijumpai di
kawasan Asia Tenggara. Ia dijual secara meluas
di gerai penjaja di seluruh Malaysia, Singapura,
Indonesia dan Brunei.

Bahan utama Apam Balik adalah tepung, santan


kelapa, air, gula, telur dan soda penaik. Inti
tradisional untuk Apam Balik termasuklah kacang
yang dikisar dengan gula, kelapa hiris dan jagung
manis. Apam Balik telah diisytiharkan sebagai
makanan warisan oleh Jabatan Warisan
Kebangsaan Malaysia.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
7. Mee Kari

Mee Kari

Mee Kari adalah juadah yang penuh berperisa


dan makanan unik hasil daripada daripada
sebatian makanan Cina dan India. Ia sangat
mudah didapati di Malaysia dan Singapura.
Ramuannya seperti mee kuning atau bihun
dengan kuah kari yang pedas yang diadun
sempurna dengan santan kelapa, pes cili, tauhu
kering, udang, sotong, ayam, kerang dan daun
pudina.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
8. Mee Hokkien Penang

Penang Hokkien Mee

Mee Hokkien Penang boleh didapati di Malaysia dan


Singapura. Juadah ini berasal dari daerah Fujian
(Hokkien) di China yang terkenal dengan makanan
mee ikan.Mee Hokkian tradisi dihidang dengan kuah
pedas berasaskan udang, potongan ayam atau khinzir,
sotong, udang, kek ikan, kangkung dan sambal.

Mee Hokkian merupakan juadah yang biasa didapati


di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang. Kuahnya
yang kaya berperisa membuatkan ramai suka makanan
ini.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
9. Satay

Satay

Satay adalah juadah daging yang diperap, kemudian dicucuk dan dibakar. Di
Malaysia, Satay dihidang dengan kuah kacang yang diserikan dengan
potongan bawang dan timun. Satay juga boleh dibuat daripada potongan
daging ayam, daging kambing, daging lembu dan pelbagai lagi. Satay biasanya
dibakar dengan api kayu arang.

Satay boleh didapati di medan selera di seluruh Malaysia, di gerai penjaja


dan pasar malam. Kini dengan keperluan makanan vegetarian yang semakin
tinggi, Satay juga boleh didapati di restoran vegetarian seperti Kechara
Oasis dan Beyond Veggie oleh Secret Recipe.

Satay biasanya dimakan bersama dengan ketupat. Ketupat adalah nasi yang
dibalut dengan daun kelapa dalam bentuk segi tiga. Ia merupakan makanan
ruji bagi masyarakat tempatan dan dijamu sebagai penggantian kepada nasi
biasa. Daun kelapa dibuka dan ketupat akan dipotong kecil apabila
dihidangkan dengan satay.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
10. Lok-Lok

Lok-lok

Lok-Lok adalah steamboat versi Cina, dimana makanan akan


dicucuk dengan kayu kecil dan direndam ke dalam air
mendidih atau sup panas sehingga masak. Kemudian ia boleh
dinikmati dengan pelbagai pilihan sos. Biasanya ia dimakan
dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk
menambah rasa.

Lok-Lok boleh didapati di gerai penjaja, medan selera dan


di mana mana kawasan ramai orang di bandaraya dan pekan
Malaysia. Lok-Lok mengandungi pelbagai ramuan seperti
kepah, kerang, usus khinzir, hati khinzir, sosej, bebola ikan,
bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran, daging
vegetarian, cendawan dan aneka juadah yang telah dimasak
seperti wantan dan tauhu goreng.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
11. Kuey Teow Th’ng

Penang Kuey Teow Th’ng

Kuey Teow Th’ng (Kuet Teow Sup) adalah sejenis


makanan tradisional masyarakat Cina, iaitu Kuey
Teow yang dihidang dalam mangkuk dengan sup ayam
atau sup itik. Ramuannya termasuk kek ikan, bebola
ikan, hirisan daging ayam atau itik, potongan daun
bawang, tauge dan disaji dengan sos cili. Kelazatan
juadah tradisional Malaysia ini memang tidak terkata
dan terdapat juga versi vegetarian makanan ini.

Jika anda berkunjung ke Malaysia untuk bercuti,


anda mesti mencuba Kuey Teow Th’ngyang dikenali
dengan kelazatannya di Pulau Pinang.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
12. Char Kuew Teow

Char Kway Teow

Char Kuew Teow adalah juadah yang tersohor di dunia


yang boleh didapati di Malaysia dan Singapura. Char Kuew
Teow (mee leper) digoreng dengan kepanasan tinggi
dengan sedikit kicap soya cair, kicap soya pekat, cili,
sedikit pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.
Char Kuew Teow biasanya digoreng bersama dengan telur,
potongan sosej, kek ikan, tauge dan lain-lain ramuan.
Asalnya Char Kuew Teow ini digoreng dengan lemak khinzir
dan juga kruton rangup lemak khinzir. Char Kuew Teow
dihidangkan di atas daun pisang di dalam pinggan untuk
meningkatkan lagi aromanya. Versi vegetarian yang enak
juga boleh dibuat kerana kebanyakan penjaja akan cuba
memuaskan hati pelanggannya.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
13. Mee Wanton

Wanton Noodles

Mee Wanton adalah satu juadah Kantonis yang


berasal dari Guangzhou, China. Ia juga dihidangkan
secara meluas di negara seperti Hong Kong,
Singapura, Malaysia dan Thailand. Terdapat dua versi
Mee Wanton yang biasa didapati. Versi yang pertama,
mee dihidangkan dengan semangkuk sup ayam, dan
versi yang kedua pula, mee dihidangkan dengan sos
soya hitam. Juadah tambahan termasuklah daun sawi,
wantan, daging khinzir bakar lima rasa dan daun
bawang. Mee Wantan boleh didapati di kebanyakan
restoran dan medan selera di Malaysia.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
14. Otak-Otak

Otak-otak

Otak-Otak adalah makanan yang berasal dari Indonesia,


tetapi kami juga berpeluang untuk menjamu makanan ini di
negara lain seperti Malaysia dan Singapura. Makanan ini
digelar sebagai ‘kerana isinya bertekstur lembut dan
lembik.

Otak-Otak biasanya dimakan bersama dengan nasi. Ramuan


utamanya adalah ikan, rempah ratus dan daun kucai yang
dibalut dalam daun pisang. Anda dapat menikmati makanan
ini di restoran yang popular seperti Nyonya Colours dan
Lorong Seratus Tahun. Versi vegetarian yang dibuat
daripada daging vegetarian juga boleh didapati.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
15. Bihun Goreng Ekonomi

Economic Fried Bee Hoon

Bihun Goreng Ekonomi adalah satu juadah yang


ringkas di Malaysia dan Singapura, ia biasanya disaji
sebagai sarapan. Ia sememangnya ekonomi dengan
ramuan tambahan yang ringkas seperti kobis dan
telor.

Bihun Goreng Ekonomi nampak ringkas tetapi sedap.


Terdapat juga pelbagai juadah yang boleh dinikmati
bersama Bihun Goreng Ekonomi seperti kari sayur,
sambal kacang panjang, kek ikan, kobis dan telur
goreng.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
16. Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng mamak, satu lagi juadah yang


ringkas dan enak, boleh didapati di Malaysia,
Indonesia dan Singapura. Juadah ini biasanya
dimasak bersama dengan ikan, ayam atau udang,
cili, sawi, kobis, tomato, telur, bawang merah
dan bawang putih. Anda boleh manikmati juadah
ini kedai mamak di serata Malaysia.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
17. Nasi Ekonomi

Nasi Ekonomi

Nasi Ekonomi juga dikenali sebagai nasi campur dan


boleh dinikmati di Malaysia, Singapura dan Thailand.
Nasi Campur tidak merujuk kepada lauk-pauk yang
khas dan boleh didapati di banyak gerai makanan.
Anda boleh memilih mana-mana lauk dari 10 hingga 20
jenis lauk-lauk, bergantung kepada gerai makanan
tersebut. Kebanyakan lauk-pauk Nasi Ekonomi
merupakan makanan Cina. Nasi Ekonomi biasanya
murah, sebab itu ia juga dinamakan sebagai Nasi
Ekonomi.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
18. Nasi Kandar

Nasi Kandar

Nasi kandar adalah juadah utara popular berasal dari


Pulau Pinang. Ia mengandungi nasi kukus wangi yang
disiram dengan pelbagai jenis kari dan beberapa jenis
lauk tambahan. Nasi Kandar juga boleh dijamu
bersama ayam goreng, rendang, kambing, ikan goreng,
udang goreng, sotong goreng, daging lembu dan
pelbagai lagi. Menu vegetarian biasanya mengandungi
terung, okra, ulam dan peria goreng. Kepelbagaian
jenis kari dan lauk-pauk membuatkan Nasi Kandar
begini kaya dan unik rasanya.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
19. Nasi Dagang

Nasi Dagang

Nasi Dagang adalah makanan Malaysia dan Thailand


Selatan. Ia dihidang dengan nasi lemak kukus yang
dimasak dengan santan kelapa dan biji halba,
memberikan aroma unik kepada nasinya. Lain-lain
ramuan untuk dinikmati bersama nasi adalah kari
ikan, telur rebus, jeruk sayuran dan ayam atau
rendang daging. Makanan ini boleh dinikmati di
sepanjang Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan
juga Thailand Selatan.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
20. Nasi Briyani

Nasi Briyani

Nasi Briyani adalah nasi campur India yang dimasak dengan


beras basmathi diadun dengan pelbagai jenis rempah ratus,
yogurt, daging dan sayuran. Ramuan dan rempah yang
mungkin digunakan termasuklah buah pala, lada kering,
bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu
manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang
putih.

Terdapat pelbagai jenis Nasi Briyani seperi briyani


cendawan, briyani daging dan briyani sayuran. Kebanyakan
juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran
India di seluruh Malaysia.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
21. Cendol

Cendol

Cendol adalah makanan pencuci mulut yang berasal dari


Indonesia. Ramuannya termasuk santan kelapa, jeli hijau
yang panjang yang diperbuat daripada tepung beras dan
pewarna hijau yang diperbuat daripada daun pandan, ais
batu yang dikisar dan gula melaka.

Cendol biasanya boleh didapati di seluruh Malaysia.


Sekarang is juga dihidangkan dengan aneka perisa
tambahan seperti kacang merah, cincau, biji jagung dan
nasi pulut. Cara pemakanan baru cendol juga disajikan
dengan isi durian dan nangka.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
22. Ais Kacang

Ais Kacang

Ais Kacang adalah satu juadah pencuci mulut yang popular di


Malaysia. Tradisionalnya, Ais Kacang dibuat daripada ais yang
dikisar dan dicampur dengan kacang merah. Namun kini, ramuan
Ais Kacang juga dihidang dengan pelbagai jenis bahan seperti
buah-buahan yang mambuatkannya berwarna-warni.

Biasanya ia dihidangkan dengan biji sawit, kacang merah, jagung


manis, cincau, agar-agar, kacang dan aiskrim. Tambahan terakhir
yang melengkapkan juadah ini adalah susu pekat, susu sejat
dan/atau santan kelapa yang dituang ke atas timbunan ais yang
dikisar beserta dengan sedikit sirap ros. Terdapat pelbagai versi
Ais Kacang yang boleh didapati di serata Malaysia, dan ada yang
menggantikan santan kelapa dengan gula Melaka.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html
23. Durian

Durian

Durian merupakan buah-buahan yang sangat popular di Asia


Tenggara. Durian yang begitu terkenal dengan bau unik dan
kuatnya, dengan tekstur yang lembut juga digelar sebagai
Raja Buah. Kulitnya tebal berduri, berwarna hijau dan tidak
boleh dimakan. Bijinya dilitupi oleh isi kekuningan
bertekstur kastard dan boleh dimakan.

Disebabkan oleh baunya yang kuat, Durian tidak dibenarkan


untuk dihidangkan di restoran atau hotel tertentu. Ada
yang menggemarinya, ada yang tidak menggemarinya, itulah
Durian.
Sumber : http://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-rinpoche/travel/25-makanan-terlazat-di-malaysia.html

You might also like