You are on page 1of 6

BICARA: 10.12.

2021
22.12.2021

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA


DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO: MA-A53C-1-08/2019

ANTARA

HALIMAH BEGUM (NO. ID: 3313025651246), sebagai ibu dan benefisiari sah
kepada SOKAT ALI (NO.PASSPORT: BC0013091), simati …PLAINTIF

DAN

1. HANI SA ENTERPRISE (NO. SYARIKAT: MA 0123756-W)

2. TYT BUILDERS SDN BHD (NO. SYARIKAT: 810061-V)

3. ATLANTIS VENTURE SDN BHD (NO.SYARIKAT: 1132532-W)

4. YIHIN GLASS & ALUMINIUM SDN BHD (NO.SYARIKAT: 686190-X)

…DEFENDAN-DEFENDAN

PERNYATAAN SAKSI DEFENDAN PERTAMA

Nama : Abdul Samad

No. Passport : EB0092027

Alamat : No.11, Jalan 4, Taman Cheng Ria, 75260 Melaka

Pekerjaan : Pengurus Syarikat Hani Sa Enterprise


2

S1 Apakah jawatan anda dalam Syarikat Defendan Pertama?

J1 Saya merupakan pengurus syarikat Defendan Pertama. Saya juga merupakan


suami kepada pengarah syarikat Defendan Pertama.

S2 Adakah anda merupakan pengurus syarikat Defendan Pertama pada


09.07.2017 iaitu pada masa kemalangan dan kematian simati?

J2 Ya.

S3 Apakah yang anda tahu mengenai kemalangan simati pada 09.07.2017?

J3 Pada 09.07.2017, hari Ahad, hari simati tidak bekerja, saya telah mendapat
panggilan daripada seorang pihak ketiga bahawa simati telah mengalami
kemalangan dan pada masa itu saya tidak memahami kemalangan apa kerana
simati tidak bekerja pada hari itu di bawah syarikat Defendan Pertama.

S4 Apakah yang anda telah melakukan setelah mengetahui tentang


kemalangan simati tersebut?

J4 Saya telah pergi ke Hospital Melaka dan menguruskan semua hal-hal berkaitan
dengan simati. Simati telah meninggal dunia pada hari yang sama akibat
kecederaan yang dialami. Saya telah mendapat tahu bahawa simati telah
mengalami kemalangan di tapak pembinaan Kompleks Perniagaan Kota
3

Syahbandar dan langsung tiada pengetahuan bagaimana simati boleh berada di


tapak pembinaan tersebut memandangkan Defendan Pertama tiada apa-apa
tugasan dan/atau kontrak di sana. Walaubagaimanapun, saya telah
menguruskan segala proses penghantaran jenazah balik ke negara asal simati
iaitu di Bangladesh dan semua proses berkaitan dengan insuran untuk simati
serta memastikan gaji simati selesai dibayar.

S5 Apakah hubungan Defendan Pertama dengan Defendan Kedua?

J5 Tiada apa-apa hubungan antara Defendan Pertama dan Defendan Pertama.


Defendan Pertama tidak mempunyai apa-apa tugasan atau kontrak dengan
Defendan Kedua dan tidak mengenali Defendan Kedua.

S6 Apakah pengetahuan Defendan Pertama mengenai kerja-kerja yang telah


dilakukan oleh simati untuk Defendan Kedua pada hari tersebut?

J6 Defendan Pertama tidak mempunyai apa-apa pengetahuan kerana berdasarkan


kontrak antara simati dan Defendan Pertama, simati tidak bekerja pada hari
Ahad dan tidak dibenarkan bekerja untuk syarikat lain tanpa pengetahuan
Defendan Pertama. Maka, simati sebenarnya telah melanggar syarat dan
peraturan bertulis dalam kontrak dengan berada dan bekerja di tempat
kemalangan tersebut pada 09.07.2017.

Namun, setelah membaca pernyataan tuntutan, kami telah mendapat tahu


bahawa simati telah melakukan kerja-kerja memasang Box Louvers Alluminium
sedangkan dalam pengetahuan saya mahupun Defendan Pertama, simati tidak
mempunyai kemahiran untuk membuat kerja tersebut dan tiada apa-apa
pengetahuan bagaimana simati boleh berada di tempat kemalangan tersebut
4

pada 09.07.2017.

Sehingga hari ini Defendan Pertama tidak mengetahui sebenarnya untuk


syarikat mana simati telah melakukan kerja-kerja tersebut dan hanya
memberitahu apa yang telah didapati daripada pliding kes ini.

Lebih-lebih lagi, bukan sahaja simati telah melanggar permit kerjanya dengan
bekerja di syarikat lain sedangkan kontrak adalah dengan Defendan Pertama
sahaja, simati juga tidak mempunyai kad hijau untuk memasuki tapak
pembinaan tersebut. Maka, Defendan Pertama sehingga ke hari ini tiada
pengetahuan tentang hubungan simati dengan Defendan Kedua mahupun
mana-mana Defendan yang lain untuk berada di tapak pembinaan tersebut pada
hari kemalangan tersebut.

S7 Apakah hubungan Defendan Pertama dengan Defendan Ketiga?

J7 Defendan Pertama tidak mempunyai apa-apa hubungan kontrak dengan


Defendan Ketiga dan tidak mengenali Defendan Ketiga. Namun, setelah
mengetahui tentang kemalangan dan kematian simati, Defendan Pertama telah
mendapat sesalinan laporan polis yang telah dibuat oleh seorang Muhammad
Adzim Bin Anuar yang diketahui penyelia tapak projek tempat kemalangan
tersebut (Ikatan Dokumen Tambahan Defendan Pertama L.30) yang
menyatakan bahawa simati adalah pekerja Muhammad Adzim Bin Anuar
tersebut yang bekerja di Syarikat Defendan Ketiga dan telah jatuh dari tingkat 19
ke tingkat 5 pada 09.07.2017. Laporan polis tersebut turut menyatakan bahawa
Muhammad Adzim Bin Anuar tersebut telah membawa simati ke Hospital
Melaka untuk mendapatkan rawatan dan diberitahu bahawa kaki sebelah kiri
simati patah.

Hakikatnya, Defendan Pertama tiada apa-apa pengetahuan tentang simati


5

bekerja di bawah Muhammad Adzim Bin Anuar dengan Defendan Ketiga kerana
Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang kontrak dengan Defendan Ketiga
dan simati tidak pernah mendapatkan kebenaran Defendan Pertama untuk
bekerja di bawah Defendan Ketiga. Saya menegaskan sekali lagi bahawa,
Defendan Pertama tiada hubungan kontrak dan/atau tugasan dengan Defendan
Ketiga untuk projek di tempat kemalangan tersebut.

S8 Apakah pengetahuan Defendan Pertama mengenai kerja-kerja yang telah


dilakukan oleh simati untuk Defendan Ketiga pada hari kemalangan
09.07.2017?

J8 Defendan Pertama langsung tiada pengetahuan tentang sebarang hubungan


antara simati dan Defendan Ketiga.

Defendan Pertama sehingga hari ini tidak mengetahui sebenarnya untuk syarikat
mana simati telah melakukan kerja-kerja tersebut dan hanya memberitahu apa
yang telah didapati daripada pernyataan tuntutan Plaintif.

S9 Apakah hubungan Defendan Pertama dengan Defendan Keempat?

J9 Defendan Pertama tidak mempunyai apa-apa hubungan kontrak dengan


Defendan Keempat dan tidak mengenali Defendan Keempat.

S10 Apakah pengetahuan Defendan Pertama mengenai kerja-kerja yang telah


dilakukan oleh simati untuk Defendan Keempat pada hari kemalangan
09.07.2017?
6

J10 Defendan Pertama langsung tiada pengetahuan tentang sebarang hubungan


antara simati dan Defendan Keempat.

Defendan Pertama sehingga hari ini tidak mengetahui sebenarnya untuk syarikat
mana simati telah melakukan kerja-kerja tersebut dan hanya memberitahu apa
yang telah didapati daripada pernyataan tuntutan Plaintif.

S11 Setelah kematian simati, apakah yang telah dilakukan oleh Defendan
Pertama sebagai majikan simati?

J11 Sebenarnya, simati telah melanggar kontrak dengan bekerja untuk syarikat lain
dan menurut kontrak, simati boleh dikenakan tindakan undang-undang dan
permit kerja simati boleh dibatalkan tanpa apa-apa pertimbangan. Namun, atas
dasar jasa baik, Defendan Pertama telah menguruskan segala proses
penghantaran jenazah simati ke Bangladesh dan telah menanggung segala
perbelanjaannya. Segala proses untuk urusan insuran simati telah dilakukan
oleh syarikat kami dan semua bayaran gaji telah selesai dilakukan. Maka,
Defendan Pertama telah melaksanakan semua tanggungjawab sebagai majikan.

Bertarikh pada , 2021

………………………………….
ABDUL SAMAD

Pernyataan Saksi Defendan Pertama ini telah difailkan oleh Tetuan Gunalan &
Associates, peguamcara bagi pihak Defendan Pertama yang beralamat di No.34, Jalan
Temenggong, 75000 Melaka. Tel: 06-2882830 Fax: 06-2882935
(Ref: GA/CV/L/B1749/HANI/ACC/2019/NG/Kit)

You might also like