You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1

SK TAMAN TUN AMINAH 2 SESI 2022/2023

TARIKH: 27 MAC 2022


MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: KANTIN SEKOLAH SK TAMAN TUN AMINAH 2

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


Yang Berusaha, En. Abdul Hamid Bin Ismail, Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2
Guru-guru Penolong Kanan,
Puan Noor Fidzah Binti Mamat, Puan Rahani Binti Ab Aziz, Puan Faridah Binti Jantan
Guru-guru,
Seterusnya murid-murid tahun 1 yang dikasihi sekalian.
1.
Pembukaan /
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
Aluan
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program Transisi
Tahun 1 SK Taman Tun Aminah 2 bagi tahun 2022. Tujuan Program Transisi Murid
Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap
telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baru dalam masa yang singkat.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz _________________________.
Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan
Penyelaras Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Noor Erwina Binti
Program Mian selaku Penyalaras Program Transisi Tahun 1 sesi 2022 untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Noor Erwina atas ucapan
alu-aluan sebentar tadi.

1
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
5.
Ucapan Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
Perasmian perasmian pelancaran program transisi tahun 1 daripada Ustaz. Abd. Hamid, Guru
Oleh Guru Besar SK Taman Tun Aminah 2. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
Besar
**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.

Diminta tuan guru besar diiringi guru penolong kanan untuk kekal berada dihadapan
bagi acara gimik pelancaran program transisi tahun 1 bagi sesi 2022. Dipersilakan.
6. Gimik
Pelancaran **Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Tuan guru besar merasmikan
gimik perasmian program transisi tahun 1 sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
7. Andai terlanjur patah bicara,
Penutup Serendah hati kemaafan dipinta.

Sampai disini sahaja program kita pada pagi ini. Diharapkan semua murid-murid tahun
1 SK Taman Tun Aminah 2 sesi 2022 lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya
dalam pelajaran.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Sekian terima kasih

You might also like