You are on page 1of 1

Dasawarsa ini, banjir kilat kerap berlaku di negara kita dan telah menimbulkan pelbagai kesan negetif.

Punca utama banjir kilat ialah sikap manusia yang suka membuang sampah ke dalam longkang sehingga
menyebabkan longkong tersumbat. Selain itu, sistem peparitan yang tidak sempurna disebabkan oleh
longgokan sampah.

Selanjutnya, aktiviti pemaju projek perumahan yang ,membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu
projek siap dijalankan. Penguatkuasaan yang terlalu longgar juga menyebabkan pihak berwajib tidak
memantau kawasan pembuangan sampah. Cara untuk menangani masalah banjir ialah kempen
kesedaran harus dijalankan kepada masyarakat.

Mutakhir ini, perbelanjaan rakyat malaysia semakin bertambah kerana kenaikan harga barang. Usaha
perdana untuk menangani kenaikan harga barang ialah masyarakat harus mengamalkan amalan berjimat
cermat dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Sementara itu, kerajaan hendaklah
menganjurkan kempen kesedaran kepenggunaan dengan menyiarkan kepentingan berjimat cermat di
media masa.

Selain itu, pihak berwajib juga perlu menjalankan pemantauan dan tindakan tegas dengan mengadakan
lawatan secara mengejut dan membuat pemeriksaan. Seterusnya, ibu bapa patut merancang perbelanjaan
keluarga, iaitu perbelanjaan yang mengikut pendapatan. Sebagai impaknya, masalah berhutang dapat
dielakan dengan membuat perbelanjaan yang terancang.

You might also like