WASIAT WAJIBAH : SUATU PENGENALAN BAB 1 PENDAHULUAN 1.

1 Pengenalan Islam adalah ugama yang sangat sempurna yang di nuzulkan kepada seluruh ummat manusia untuk dijadikan jalan hidup, kesempurnaan Islam boleh diketahui dalam ajarannya yang termaktub dalam Al-qur’an dan As-sunnah di mana secara umum telah di hatur perkara-perkara tentang hubungan Allah SWT dengan manusia, hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan binatang dan manusia dengan tumbuh-tumbuhan. Perkara-perkara hubungan manusia dengan manusia ialah suatu yang penting kerana berhubungan langsung bagi kehidupan manusia sehari-hari dalam menjalani kehidupan ini. Ketentuan-ketentuan atau hukum yang mengatur perkara hubungan manusia dengan manusia (makhluk) disebut dengan Ahkam al-Muamalat di mana di dalamnya membahas beberapa hukum, seperti hokum orang dan keluarga ( Alkam al-ahwal al-Syakhsiyyah), hukum pidana Islam (al-ahkam al-jinayah), hokum acara ( al-ahkam al- Qadha wa al- Murafa’at dan hokum benda (Ahkam al-Madaniyyat) iaitu hokum-hukum yang mengatur masalah yang berkaitan dengan benda, seperti jual-beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, penyelesaian perkara warisan, perkara wakaf dan hukum-hukum wasiat. Wasiat adalah suatu rahmat Allah swt kepada manusia yanng pada mulanya digariskan dalam Alqur’an sebagai suatu perintah yang wajib ditunaikan oleh tiap-tiap mukallaf supaya mewasiatkan hartanya kepada bapa-ibunya dan para kerabatnya yang terdekat. Kemudian perintah itu di tepikan setelah turun ayat yang khusus membahas tentang perkara-perkara harta warisan. Dalam tajuk ini akan diuraikan secara jelas tentang konsep wasiat dalam Islam berkisar pendapat mazhab empat dan juga pemahaman penulis tentang perkara-perkara dalam pembahasan hukum-hukum wasiat.

1.1.1 Matlamat Kajian Membincangkan dan Menganalisa tentang kedudukan wasiat dalam Islam berdasarkan pandangan mazhab yang empat dan menurut Enakmen wakaf (Negeri selangor) No:7,1999 serta

menjelaskan dari konsep dan kedudukan hukum dan dalil-dalilnya. Rukun-rukunnya, wasiat wajibah dan pemberian dengan penamaan. 1.1.2 Skop Kajian Skop kajian menjurus kepada perbincangan ulamak dan Enakmen wakaf (Negeri selangor) No:7,1999 mengenai konsep wasiat dan di fokuskan kepada wasiat wajibah dan pemberian dengan penamaan 1.1.3 Objektif Kajian 1. Memahami konsep wasiat menurut perspektof Islam Enakmen wakaf (Negeri selangor) No:7,1999 2. Menjelaskan hukum-hukum wasiat 3. Menjelaskan konsep wasiat wajibah 4. Menjelaskan perbincangan sepuutar pemberian dengan penerimaan. 1.1.4 Metodologi Kajian Dalam penulisan tugasan ini, penulis menggunakan kajian kepustakaan (library reseach).

1.2 ASAS TEORI 1.2.1 Definisi Wasiat Pada sudut bahasa, wasiat menurut setengah-setengah ahli fiqah ialah berasal daripada kata “wassa” yang mempunyai erti memerintahkan menasehatkan atau menjanjikan . Menurut setengah-setengah ahli fiqah yang lain pula, khasnya ahli fiqah mazhab mazhab Syafi’I berpendapat bahawa wasiat berasal daripada kata sifat “wassa” yang bererti menghubungkan atau menyampaikan . Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan akhiratnya selepas kematiannya. Pada sudut istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik tersebut berlaku setelah kematian pewasiat .

yang bertujuan untuk membawa kebajikan atau diharap dapat menghubungkan kebaikan yang diperolehinya di dunia dengan pahala dan kedamaian di akhirat.2 Dalil Pensyari’atan Wasiat a) Nas-nas al-Qur’an Wasiat adalah dibenarkan. Ayat itu juga dikenal sebagai ayat wasiat iaitu : Maksudnya: “Kamu diwajibkan. Di sini dikatakan tindakan pewasiat itu sebagai perbuataan terakhir semasa hidupnya kerana dilihat dari segi kesan perbuatan yang berlaku setelah kematian sepewasiat itu. Sunnah Nabawiyah. 1999. Dari takrif di atas dapatlah diketahui bahawa terdapat perbezaan antara wasiat dan cara pemilikan harta yang lain. sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. apabila seseorang dari kamu hampir mati. jika ia ada meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama). sama-sama memahamkan bahawa wasiat boleh dilakukan oleh seseorang yang masa hidup dan perpindahan hak milik tersebut berlaku bila pewasiat telah meninggal dunia. Hak milik melalui wasiat hanya boleh dimiliki selepas kematian pewasiat.” . amalan sahabat dan Ijmak ulamak.Menurut enakmen wasiat orang Islam (Negeri Selangor) No: 4. tidak bererti bahawa tindakan tersebut mesti dilakukan pada saat-saat terakhir menjelang kematiannya. wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak. Dalam membincangkan dalil pensyariatan wasiat adalah penting kita menyentuh kedudukan dan kesan ayat pertama yang pernah diwahyukan dalam soal pembahagian harta. selepas dia mati . 1999. sementara hak milik yang lain contohnya hadiah boleh dimiliki ketika hayatnya. wasiat disyariatkan melalui dalil Al-qur’an Al-qarim.2. 1. Dari pengertian di atas boleh di pahami juga bahawa wasiat adalah tindakan yang digolongkan sebagai perbuatan terakhir daripada orang Islam dengan hartanya atau kepentingannya. Dalam pengertian di atas baik menurut sudut ahli fiqah maupun menurut enakmen wasiat orang Islam (Negeri Selangor) No: 4.

Di samping itu terdapat juga segolongan ahli fiqah yang mengambil jalan tengah dalam menafsirkan ayat-ayat berkenaan. Akramah. Abu Musa. Ibrahim an-Nakhai. Namun pendapat kedua menurut setengah-setengah ahli fiqah seperti ‘Ata’. iaitu: Maksudnya: “Hai orang-orang beriman. al-Hasan. Ta’us. Iyyas. . Maka dengan ini adalah jelas menurut ahli-ahli fiqah tersebut bahawa ia menyalahi kebiasaan dengan membatalkan ayat-ayat hukum kerana selalunya ayat-ayat yang dibatalkan itu tidak diperkuatkan dengan penekanan demikian . al-Hasan. mereka antara lain ialah Ibn Abbas. bahawa ayat wasiat tidak terbatal dengan turunya ayat-ayat pusaka kerana perkataan “kutiba” yang terdapat pada permulaan ayat wasiat itu merupakan perintah supaya orang berwasiat. Talhah bin Mutarrij. Ibn Umar. asy-Sya’bi. az-Zuhri. ad-Adahak. apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian. Sa’id al. Ahli-ahli fiqah berselisih pendapat sama ada ayat ini masih berlaku atau terbatal apabila Allah SWT menurunkan ayat mengenai pusaka (an-Nisa’ : 11. Abu Majaz. dan perintah itu diperkuat pula pada akhir ayat tersebut dengan kata “haqqan ‘alal-muttaqin” iaitu kewajiban ke atas orang-orang yang bertakwa mengerjakannya. Menurut kebanyakan Sahabat dan ahli fiqah seperti di antaranya Abu Bakar.Musayyib. Mujahid. 12 dan 176) yang secara jelas menetapkan hak dan faraiad kepada setiap ahli waris. al-Uza’I ath-Thauri dan mazhab sunni yang empat bahawa ayat wasiat tersebut batal setelah turunnya ayat pusaka (an-Nisa’ : 11.Ayat lain yang menyentuh tentang wasiat ini juga terdapat dalam surat berikut ini. Ata’. dengan cara-cara yang baik dan ini adalah kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa. secara jelas Allah swt memerintahkan manusia kalau sudah tampak tanda-tanda kematian supaya berwasiat kepada ibu bapa dan keluarga mereka yang dekat.” Dalam ayat ini. Oleh itu golongan ahli fiqah yang kedua ini tetap berpendapat bahawa berpandukan alasanalasan di atas maka menjadi kewajiban kepada mereka yang mempunyai harta supaya berwasiat kepada ahli waris mereka sama ada mereka berhak menerima bahagian harta pusaka si mati tersebut atau tidak. maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu. Ishaq. jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut. Ali.12 dan 176) yang kemudian secara khusus menetapkan faraid kepada waris. Ta’us. Syuraih. Mohammad bin Sirrin. sedang dia akan berwasiat.

Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil.12 dan 176) maka tidak lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis pendapat yang ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau keluarga.” .Daud. b) al-Sunnah Dalam sunnah pula terdapat beberapa hadis yang membincangkan perkara-perkara pensyari’atan wasiat antaranya: ‫م حق ا مر ئ مسلم له شي ء ير يد أ ن يو صي فيه يبيت ليلتين ا ل و و صيته مكتو بة عنده‬ Maksudnya: “Seorang muslim yang mempunyai sesuatu boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”. Kemungkinan kelalainnya mengakibatkan segala Hadis lain iaitu: ‫ا لمحرو م من حرم و صيته‬ Maksudnya: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga iaitu bahawa ayat wasiat tetap berlaku kepada ahli waris atau keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kepada ibu-bapa dan anak yang berlainan agama. Ad-Dahaq. ahli keluarga lain atau mungkin juga keluarga yang dekat tetapi terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kerana berlainan agama sama ada mereka itu ibu bapa si mati atau anakanaknya atau sebagainya. iaitu dengan menulis wasiatnya di sisinya kerana dia tidak mengatahui bila ajalnya akan tiba. Abdul Malik bin Ya’la. Menurut mereka bahawa kesan penurunan ayat pusaka terhadap ayat wasiat hanyalah berlaku kepada ahli waris tertentu yang berhak mendapat bahagian harta pusaka sahaja dan bukan semua ahli waris. sedangkan bagi ahli waris yang telah disebutkan bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11. Oleh itu. Muslim ibn Yasar dan lain-lain. khasnya mereka yang miskin adalah diwajibkan mengambil harta peninggalan si mati tersebut secara wasiat sesuai dengan maksud ayat al-Ankabut: 8).

Saidina Umar pula telah berwasiat sebanyak ¼ daripada hartanya.2. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal agar takutkan Allah dan saling memelihara hubungan mereka.3 Hukum-hukum yang Berkaitan dengan Wasiat Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam penjelasan di atas bahawa wasiat adalah amalan yang . Hendaklah mereka mentaati Allah dan rasul-Nya sekiranya mereka yang orang-orang beriman. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu baginya. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana wasiat Nabi Yaakub kepada keturunan mereka: Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini bagi kamu. Antara para sahabat yang melaksanakan wasiat ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali telah berwasiat sebanyak 1/5 daripada harta mereka.” c) Amalan Para Sahabat Para sahabat pula sering mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah s. d) Ijmak Dari sudut ijmak. Dia mati dalam keadaan bertakwa.a berkata: “Para sahabat menulis di awal wasiat mereka: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi lagi maha pengasih”. janganlah kamu mati melainkan kamu dalam Islam.w. telah berlaku ijmak di kalangan para sahabat. Dia juga bersaksi bahawa hari akhirat pasti akan datang dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. 1.Rasulullah bersabda lagi: ‫من ما ت على و صيت ما ت على سبيل و سنة و ما ت على تقى و شها د ة و ما ت مغفو را له‬ Maksudnya: “ Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati dia atas jalan ini dan sunnah.t Abdul Razzak meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Anas r.

Cuma dalam beberapa keadaan ia mungkin keluar dari sunat tersebut kepada hukum yang lain. 2. Jika wasiat bertujuan baik .digalakkan dalam hal kebajikan dan dibolehkan untuk selain ahli waris. Allah melarang wasiat yang bertujuan menyusahkan (memudharatkan) orang lain. Selain haram wasiat sebegini tidak boleh dilaksanakan. 3. 4. atau mewasiatkan sesuatu yang boleh mencemar akhlak masyarakat. atau hal-hal yang berguna bagi masyarakat. firman Allah swt: Maksudnya: Wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris). seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta ini akan habis sekiranya tidak di wasiatkan. iaitu: 1. Mustahab Wasiat hukumnya mustahab (sangat dianjurkan) dalam perbuatan takarrub (pendekatan diri kepada Allah swt) iaitu dengan mewasiatkan sebagian dari harta yang ditinggalkan untk diberikan kepada para sanak-kerabat yang miskin (terutama yang tidak akan menerima bahagian harta warisan). Antara wasiat yang diharamkan ialah wasiat yang bertujuan menyusahkan waris-wasir dan menghalang mereka daripada menerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak. Harus Hukum wasiat menjadi harus sekiranya wasiat ditujukan untuk sahabat handai tolan atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan shaleh. kesehatatan social dan sebagainya. sedemikian sehingga khawatir jika tidak diwasiatkan hal itu tidak sampai kepada yang berhak. seperti pembangunan lembaga pndidikan. (setiap satu hokum itu) ialah ketetapan dari Allah swt. Haram Hukum wasiat menjadi haram menurut syara’ jika dia mewasiatkan perkara yang diharamkan melakukannya seperti mewasiatkan arak. Wajib Hukum wasiat menjadi wajib sekiranya terdapat tanggung-jawab syar’ie yang harus dilaksanakan kepada Allah swt dan manusia yang harus dilaksanakan. Atau orang-orang shaleh yang memerlukan. Dan ingatlah Allah maha mengetahui lagi maha penyabar.

Barang yang diwasiatkan (musa bihi) d. adalah tidak sah wasiat daripada seorang kanakkanak walaupun telah mumaiyiz kerana ia tidak layak berwasiat. dengan ini orang-orang ini tidaka layak memberi wasiat ii. 5. b. Apa yang dimaksudkan dengan rukun (unsur) wasiat di sini ialah sesuatu yang menyebabkan wujudnya atau mengikatnya perbuatan seseorang sehingga tanpanya atau tanpa salah satu daripadanya menyebabka kewujudan atau perbuatan terjejah atau tidak sah. Dalam hal ini rukun-rukun yang diperlukan bagi dalam kewujudan wasiat ialah: a. Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau terencat akal. . orang yang pengsan dan orang yang mabuk.dan bertujuan untuk menghubungkan silaturahmi maka wasiat ini dia anggap sunat kerana ia bertujuan mentaati Allah swt. Pilihan. Ia adalah syarat yang mesti ada khususnya dalam soal memberi hadiah dan sedekah.2.2. Kesemua mereka dianggap orang-orang yang kehilangan akal yang meerupakan asas kepada taklif. Berakal. Penerima wasiat atau orang yang menerima wasiat (musa lahu) c. Makruh Wasiat adalah makruh sekiranya pewasiat seorang kurang berada dan memiliki waris-waris yang miskin serta memerlukan harta. Dengan ini. Syarat ini juga asas kepada taklif. iii. Wasiat juga makruh sekiranya diberikan kepada orang yang fasik dan jahat pewasiat merasakan kemungkinan besar harta ini akan digunakan kea rah kejahata 1.4 Rukun-Rukun Wasiat. Baligh. Pemberi wasiat atau orang yang berwasiat (musi). Ijab dan qabul (sighah) 1.5 Syarat-syarat wasiat a) Syarat-syarat bagi pewasiat ialah: i.

Tidak sah wasiat daripada seorang hamba sama ada qinna. mudabbir atau mukatib kerana hamba bukan pemilik. iv. . Bahkan diri dan hartanya adalah milik tuannya.Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa. ii. hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun. c) Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa. e) Seseorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut hukum syarak. f) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit. b) Tidak merupakan orang yang tak sempurna akal. Penerima sama ada pihak yang umum (seperti fakir miskin) atau badan tertentu (seperti masjid) atau individu tertentu bukannya kepada pihak yang terlibat dengan maksiat. wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris . g) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut. Tidak sah mewasiatkan harta kepada bayi yang akan dikandung ataupun masjid yang akan dibina. disebutkan bahawa seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang: a) Telah mencapai umur 18 tahun. Menurut penulis umur bagi pewasiat harus ditentukan demikian supaya tidak menimbulkan perbezaan pandangan ummat tentang batas umur baligh. Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4. dan d) Tidak dilarang daripada menguruskan hartanya. Ini kerana wasiat bermakna menyerahkan hak milik maka ia perlu melalui keredaan dan pilihan pemiliknya. hukumnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah. baik ingatan dan memahami semasa wasiat dibuat. dia hendaklah waras fikirannya. Merdeka. b) Syarat-syarat bagi penerima wasiat ialah: i. Hendaklah penerima wasiat wujud ketika wasiat dibuat. Secara umum syarat-syarat bagi pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza. wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4. Barang itu dikira sebagai harta dan ia boleh diwarisi. Penerima hendaklah diketahui. bukannya kafir harbi di dar (pendapat fuqaha’ mazhab Hanafi) dan tidak boleh mewasiatkan senjata kepada ahli harbi (pendapat fuqaha’ mazhab Syafi’i). disebutkan bahawa syarat-syarat bagi penerima wasiat (benefisiari) ialah: a) Diketahui b) Mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan. Penerima hendaklah orang yang boleh menerima milik dan boleh memberi milik. . Dalam pandangan ahli fiqah di atas bahawa di antara syarat bagi penerima wasiat iaitu hendaklah pewasiat wujud ketika wasiat dibuat. benefisiari tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati . Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4. ii. dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan. Barang tersebut boleh dipindahmilik sekalipun tiada pada waktu berwasiat. vii. iv. vi.iii. Barang tersebut dari harta yang boleh dinilai atau mempunyai nilai kewangan sama ada melibatkan benda atau manfaat dari susut syarak. dan c) Jika ditentukan. ertinya kalau pewasiat belum berwujud atau belum lahir maka tak boleh diberikan wasiat. disebutkan bagi penerima wasiat yang ditentukan maka harus wujud tetapi bagi penerima wasiat yang tidak ditentukan tidak disyaratkan wujud. Penerima bukan kafir harbi (pendapat fuqaha’ mazhab Maliki). c) Syarat-syarat bagi barang atau benda yang diwasiatkan ialah: i. penulis lebih condong kepada pandangan ahli fiqah bahawa kepada penerima wasiat disyaratkan wujud ketika wasiat dibuat. v. Penerima hendaklah bukan dari kalangan waris melainkan setelah mendapat persetujuan waris. iii. Penerima hendaklah bukan seorang pembunuh.

i. sedangkan benda wasiat yang akan diberikan kepada penerima wasiat terdapat dalam aqad (perjanjian) itu. Antara syarat-syarat menurut ahli fiqah dan dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak terdapat perbezaan. Lafazh yang jelas seperti:”Saya mewasiatkan untuknya satu ribu” atau “serahkan satu ribu kepadanya selepas kematian saya” atau berikan kepadanya selepas kematian saya” atau Harta itu menjadi haknya selepas kematian saya”. Jika orang yang berkata tersebut menafikan ia berniat wasiat katanya itu tidak diterima.iv. Terdapat kemungkinan lafaz itu . iaitu meliputi penawaran dan penerimaan. dan d) Sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat. Lafaz wasiat yang jelas ini diterima sebagai suatu wasiat dan sah dilaksanakan menurut lafaz tersebut. Harta atau barang tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta pewasiat Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 pula diatur syarat-syarat bagi barang atau benda yang diwasiatkan adalah: a) Sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad semasa hidup pewasiat b) Sesuatu yang bernilai. jika ditentukan. Barang itu bukanlah sesuatu yang maksiat seperti mewasiatkan rumah untuk dijadikan gereja. e) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat atau bidaah. vi. d) Syarat-syarat bagi ijab dan qabul ialah: Ahli-ahli fiqah daripada mazhab Hanafi memandang bahawa rukun (unsur) wasiat adalah memadai dengan sighah sahaja. hendaklah wujud semasa kematian pewasiat. pusat judi dan sebagainya. Sementara lafaz yang kabur pula perlu disertakan dengan niat. Hendaklah wasiat tersebut dilafazkan sama ada dalam bentuk jelas atau kabur. c) Sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat. Sebahagian fuqaha’ yang lain termasuk fuqaha’ mazhab Syafie berpendapat sighah merupakan rukun wasiat yang keempat . Barang itu dimiliki oleh pemberi wasiat ketika berwasiat jika zatnya ditentukan. v. jika ditentukan dan.

oleh itu jika ‘ain benda itu pada dasarnya dihukum najis oleh syarak sama ada diproses atau diubahsuai seperti babi. Wasiat ke atas ‘Ain Benda atau Harta ‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah dilindungi oleh syarak. iii. Ini ialah kerana jika ia dilindungi syarak maka ia dianggap bernilai. Jikalau wasiat ini ditujukan kepada orang yang tertentu.6 Harta Yang Boleh Diwasiatkan a. . Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4. Sekiranya pewasiat hanya menyatakan atau menggambarkan benda atau harta wasiat atau nilainya secara secara umum. Masalah sama sepertimana menggugurkan hak syafaat sebelum jual beli. “ Buku saya ini untuk Zaid. Syarat ini berlaku sama ada ia melibatkan harta asal atau manfaat daripadanya sahaja. Ini adalah kerana penerima tidak mempunyai hak sebelum kematian pewasiat. arak dan lain-lain maka tidak sah berwasiat dengan benda demikian.”Hartaku yang berada dalam rumah ini” atau “tanah ini”. Maka dalam hal ini banyak ulamak berpendapat mensyaratkan bahawa ‘ain benda atau harta itu hendaklah ada pada masa berwasiat. Berkenaan dengan hal ‘ain benda atau harta yang boleh diwasiatkan itu wujud maka hendaklah dibezakan benda wasiat seperti .tidak membawa maksud wasiat maka ia perlu diikuti dengan niat.’sepertiga dari hartaku “atau “seekor lembu daripada hartaku” maka dalam keadaan ini disyaratkan supaya benda atau harta itu diperolehi atau dibelikan dengan hartanya . Contohnya.2. Jikalau wasiat ini ditujukan kepada pihak yang umum seperti fakir miskin atau ulamak persetujuan mereka tidak diperlukan kerana ini menyukarkan. disebutkan bahawa syarat-syarat bagi 1. ‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu juga hendaklah boleh dimiliki dan dipindahmilikkan seperti perjanjian jualbeli atau menurut setengah-setengah fuqaha’seperti pepindahan milik harta pusaka. Hendaklah wasiat ini diterima oleh penerima wasiat jika wasiat ini ditujukan kepada orang yang tertentu. Wasiat ini hendaklah dilaksanakan setelah kematian pewasiat. ii. Hendaklah persetujuan tersebut diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa mengira sama ada penerima telah bersetuju atau telah menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat.

. Wasiat ke atas Manfaat Benda atau Harta Kebanyakan para fuqaha’ termasuk mazhab sunni yang empat berpendapat bahawa boleh berwasiat dengan manfaat sahaja iaitu manfaat yang dibolehkan oleh syarak sedangkan ‘sedangkan ‘ain tetap berada pada waris pewasiat. Fuqaha mazhab Syafie. 1. Berlainan pula dengan fuqaha ‘ mazhab Hanafi yang menyatakan penerima wasiat harta manfaat tidak boleh menyewakan atau meminjamkan kepada orang lain harta wasiat tersebut. Merujuk dalam perkara had penggunaan harta manfaat terdapat perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha’ sunni. meminjamkannya atau mewasiatkan semula harta manfaat tersebut selagi perbuatnnya itu masih dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan dalam wasiat tersebut. jika sekiranya tulisan pewasiat itu dipastikan dengan pengakuan waris atau dibuktikan dengan penyaksian bahawa itu adalah tulisan pewasiat.2.b. jika seorang pewasiat tidak boleh bercakap seperti bisu.7 Pelaksanaan Wasiat a) Wasiat dalam bentuk ucapan Para fuqaha’ sepakat mengatakan wasiat dalam bentuk ucapan dibolehkan sama ada secara terang atau tidak terang tetapi dipahami dari kata-katanya itu membawa wasiat. ini adalah kerana berpandukan kepada pandangan bahawa ‘ain dan manfaat boleh dipisahkan. b) Wasiat dalam bentuk tulisan Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa wasiat dalam bentuk tulisan dibolehkan. Maliki dan Hambali membolehkan penerima wasiat memanfaatkan semaksimum mungkin harta manfaat yang diperolehi seperti menyewakannya. Penerimaan (qabul) boleh belaku selepas kematian pewasiat menurut jumhur ulama’.ini adalah diakibatkan penerima manfaat pada hakikatnya tidak memiliki ‘ain itu sendiri kecuali kecuali hak yang terbatas sahaja iatu penerima yang diwasiatkan sahaja yang berhak menggunakan harta manfaat tersebut . Tetapi jika ada larangan bagi yang jelas bagi penerima wasiat dari tindakan tersebut maka hendaklah menggunakan harta manfaat itu sendiri.begitu juga dibolehkan bagi orang yang mampu bercakap. sedang ulamak Hanafi berpendapat bahawa wasiat boleh diterima semasa pewasiat masih hidup .

BAB II WASIAT WAJIBAH DAN APLIKASI Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan kemahuan sendiri. dan 176 oleh itu kewajiban kepada ahli waris. apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian. Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 disebutkan pelaksanaan wasiat iaitu: 1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan dan jika orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut pendapat jumhur fuqaha’. 3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam jadual kedua kepada enakmen ini. Ibnu Hazm dan lain-lain berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian pusaka adalah wajib. sedang dia akan berwasiat. mereka bersandarkan kepada firman Allah iaitu: Maksudnya: “Hai orang-orang beriman. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in. Jika sekiranya pewasiat yang bisu itu boleh menulis. jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut. Imam Ahmad bin Hambal. al-Hasan al-Basri. wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang boleh difahami. maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu. maka wasiat tidak terbentuk atau berlaku dengan isyarat kecuali dengan tulisan.c) Wasiat dalam bentuk Isyarat Wasiat dalam bentuk ini hanya boleh kepada orang yang bisu atau orang yang tidak boleh bercakap dan dia (pewasiat) meninggal dunia dalam keadaan tersebut. imam-imam fiqh dan hadis seperti said bin al-musayyab.” Jumhur fuqaha’ mengatakan bahawa ayat di atas telah dinasakhkan oleh ayat-ayat pewarisan dalam surah al-nisa’ ayat 11.12. kerabat dan orang . 2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurangkurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut hukum syarak.

haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak. maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga.lain adalah telah dinasakhkan hukumnya. Walau bagaimanapun. Tegasnya mereka menggabungkan pengertian antara pengertian ayat wasiat dengan ayat pusaka sehingga konsep ‘wasiat wajibah’ dapat secara berkesan dilaksanakan kepada keluarga yang terdekat yang terlindung daripada mendapat bahagian pusaka . 3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya. dan tanpa menerima apa-apa balasan. atau datuk atau neneknya semasa hayatnya. 2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subsyeksen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya: dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka simati. . Manakala menurut sebahagian fuqaha’ yang lain bahawa ayat dia atas tidak pernah di nasakhkan. bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris. mengikut mana berkenaan. telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada harta yang brersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut wasiat wajibah: dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak. dengan memperhatikan contoh berikut dapat menjelaskan siapakah yang berhak mendapat wasiat wajibah. bahkan ayat di atas boleh dipahamkan sebagai membawa maksud kewajiban berwasiat ditujukan kepada keluarga yang tidak berhak mendapat bahagian harta warisan sahaja. haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini. Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 bahagian VIII bahawa yang berhak mendapat wasiat wajibah iaitu: 1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelaki yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wasiat ke atas kaum keluarga yang tidak mendapat bahagian harta pusaka adalah wajib tidak menyatakan dengan jelas siapakah di antara mereka yang berhak mendapat wasiat tersebut.

kumpulan wang simpanan pekerja. Oleh itu. sedangkan C tidak mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh B. tabung haji dan sebagainya. Persoalan penama telah timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) [1939] FMSLR 230. Setelah A meninggal dunia. Bank-bank. seluruh hartanya diterima oleh B. dapat dibuat kesimpulan bahawa mereka yang berhak mendapat wasiat wajibah hanya berlaku kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu mereka sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing iaitu sebelum datuk atau nenek mereka meninggal dunia.Contohnya: A meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu B dan seorang anak lelaki kepada anak lelakinya (anak lelaki kepada A) telah meninggal dunia sebelum A meninggal dunia. BAB III PEMBERIAN DENGAN PENAMAAN DAN APLIKASI Dalam amalan pemberian harta di Malaysia. untuk berlaku adil kepada C maka wasiat wajibah diberikan kepadanya. wasiat wajibah ini harus digalakkan sebagai ibadah oleh ummat Islam untuk mencegah terjadinya berbagai kesenjangan dan rasa tidak adil yang boleh dirasakan oleh para ahli waris terdekat yang terhalang. pada kini terdapat pula cara pemberian yang boleh juga menentukan sifat harta yang diberikan. terutamanya dalam institusi kewangan. Dari contoh di atas. Cara pemberian yang dimaksudkan di sini ialah pemberian yang harta secara tidak langsung iaitu dengan cara amanah atau dikenal sebagai pemberian dengan”penamaan” maka dengan cara ini pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya itu setelah kematian pemberi atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada pihak ketiga yang bertindak sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu boleh diserahkan kepada penama . Dari penjelasan di atas tentang konsep wasiat wajibah beserta contoh yang telah dibincangkan. maka menurut penulis wasiat wajibah ini wajib dilakukan oleh seseorang yang meninggalkan ahli waris terdekat tetapi terhalang mendapatkan bahagian harta pusaka. Persoalan mengenai penama timbul apabila penyimpan atau seseorang kakitangan kerajaan atau swasta meninggal dunia. sama ada ia sah atau tidak dari segi undang-undang. Pelantikan penama lazimnya menjadi amalan di Malaysia. di mana dalam kes ini si mati telah menjadi ahli syarikat Kopertif Pegawai Melayu. Perkhitmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk .

Insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. ayat wasiat tetap berlaku kepada ahli waris atau¬ keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kepada ibu-bapa dan anak yang berlainan agama.menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Raja Musa dalam keputusannya berkata: “ Dalam pendapat saya. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibagikan kepada orang-orang berhak untuk pembahagian faraid ”.12 dan 176) maka tidak lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis pendapat yang ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau . Sebaik-baiknya dia boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al-maut. akan tetapi hibah demikian dianggap sebagai tertakluk kedalam undang-undang wasiat. Rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi dan Raja Musa iaitu hakim dalam pembicaraan ini telah menolak rayuan itu. balunya. BAB IV KESIMPULAN istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan¬ harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik tersebut berlaku setelah kematian pewasiat. Oleh kerana itu mengikut undang-undang Islam jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua ahli waris”. Majlis Raja-raja telah memberi pendapat seperti berikut: “Penama-penama kumpulan wang simpanan pekerja. Dalam hal ini. wang simpanan pejabat pos. seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Penolong pendaftar telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada wariswarisnya. Bank. September 1973. sedangkan bagi ahli waris yang telah disebutkan bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11. anak perempuan. terdapat satu fatwa yang telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-96 yang diadakan pada 20hb. Dia telah meninggal dunia dan meninggalkan beberapa beberapa orang waris terrmasuk ibunya.

Pemberian¬ dengan penamaan ialah pemberian harta secara tidak langsung iaitu dengan cara amanah maka dengan cara ini pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya itu setelah kematian pemberi atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada pihak ketiga yang bertindak sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu boleh diserahkan kepada penama. haram kalau dilaksanakan. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut pendapat jumhur fuqaha’. wasiat adalah amalan yang¬ digalakkan dalam hal kebajikan. Daftar Rujukan Al. Al wasaya wal Awqaf wal mawarisi fi As-syari’ah al –Islamiyah. dan makruh hukumnya kalau dilaksanakan.Quran al-karim Abdul wadud as-sariti. Qatar.saqafah Lihiba’ah Wannasyar Wat tawziya’. Faraj Mahmud Abu Laila. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in. 1997. 1997. Ibnu Hazm dan lainlain berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian pusaka adalah wajib. hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun. Imam Ahmad bin Hambal. Universiti Kebangsaan Malaysia Enakmen wakaf (Negeri Selangor) No:7. harus. sehingga wasiat ini dinamakan sebagai wasiat wajibah. Dar As. . 1999 enakmen wasiat orang Islam(Negeri Selangor) N0: 4.Arabiyan Beirut. 1999. Wasiat dalam Islam. imam-imam fiqh dan hadis seperti said bin al-musayyab. al-Hasan al-Basri. Tarikh Al-Wasaya. tetapi dalam keadaan tertentu boleh berubah menjadi hukum yang wajib dilaksanakan. Dar An-nahzah al.keluarga. cet. 1986. Secara umum syarat-syarat bagi¬ pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza. Abdul Rashid Haji Abdul Latif. ¬ Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan kemahuan sendiri.

Bulan bintang. 2004.wasaya Wal Waqaf fil Fiqhil al Islami. wasiat dan wakaf orang Islam di Malaysia.fikri al-Arabi. Syarah Qanun al. 1998. Jakarta Muhammad Abdul Malik Az-zaghabi. Muhammad Baqir Al-Habsyi. Wasiyyat manyat . Undang-undang dan Pentadbiran pusaka. Metodologi Fiqih Islam kontemporer. Mizan Mohd. Jakarta. Kitab fiqah Mazhab Syafie wakaf. Muhammad Shahrur. Cet.Wasiyyah. Yogyakarta. Pustaka Salam SDN BHD. PT. PT.Bugho. Ridzuan Awang dkk. Yang hangat dan Kontroversial dalam Fiqh. Muhammad Abu Zahrah. Fiqih Praktis menurut Alqur’an. As.t. 1998. Dar al.Ja’far Subhani. elSAQ press. Posted by Mahir Danial at 10:58 PM . 1952. Cet. Maktabah Imam-Mansurah. PT. Lentera Basritama. 2005. M. t. Lentera Basritama Mustofa Al. 1996. Jabatan Syari’ah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. wasiat. 1999. Al. Wahbah Zuahaili. Hukum-hukum fiqh Islam. Fiqih lima mazahab. cet. dan Pendapat para Ulama. Muhammad Jawad Mugniyah. 2002.Sunnah. faraid. Hasbi Ash Shiddieqy . Dar al-Fikri Suriah.

Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain. pada 18-24 Oktober 2008 di Kelantan telah membincangkan hukum Perlaksanaan wasiat wajibah. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 setelah mana mengikut syarat-syarat seperti berikut: 1. atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa. maka dia tidak berhak untuk mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuk. 7. 8. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3. Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bahawa wajib berwasiat kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Cucu lelaki atau perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk.Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-83. Keterangan/Hujah: 1. wasiat ikhtiyariah dan hutang piutang. Menurut Ibn Hazm. maka cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Majoriti fuqaha’ berpendapat bahawa hokum wasiat adalah sunat dan umat Islam digalakkan untuk berwasiat kepada ahli-ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagian pusaka dengan kadar tidak melebihi 1/3. 4. Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat. maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah. 2. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa. Dalam hal ini Ibn Hazm menegaskan bahawa kewajipan itu tidak akan gugur meskipun selepas kematian seorang muslim dan menjadi kewajipan kepada waris atau pentadbir harta untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut menurut kadar yang berpatutan tanpa . Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan. penurunan ayat pusaka yang menerangkan hak faraid bagi waris-waris tidak menasakhkan kewajipan berwasiat bahkan penurunan ayat wasiat tersebut dikhususkan bagi ahli-ahli waris yang tidak mendapat pusaka disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. 3. wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan sekiranya mereka masih hidup. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Melaksanakan wasiat wajibah adalah harus dalam kes di mana seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya atau bapa dan ibunya mati secara serentak bersama-sama datuk atau neneknya maka anak tersebut layak untuk menerima wasiat wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau neneknya. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. 5. Hendaklah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek. atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta'sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah. wakaf. Sekiranya bahagian ibu atau bapa ialah 1/3 atau kurang daripada 1/3 maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. 2. 6.

4. 7.menimbulkan kesusahan kepada waris-waris yang ditinggalkan. 5. Wasiat Wajibah boleh dianggap sebagai badal atau ganti kepada faraid. . Wasiat Wajibah perlu dilihat dari segi maksud dan hikmah serta bagaimana pelaksanaannya kerana wasiat wajibah dilihat dapat mengatasi isu kematian serentak yang berlaku terhadap datuk atau nenek bersama anak yang masih mempunyai anakanak (cucu) yang masih hidup. Sebahagian negeri tidak mengkanunkan pelaksanaan Wasiat Wajibah kerana ia tidak mengikut pandangan Mazhab Syafie. cucu tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka datuk atau nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara dan ibu saudara. Walau bagaimanapun. Lebih memburukkan lagi keadaan sekiranya ibu bapa mereka meninggal dunia pada usia muda dan tidak meninggalkan harta untuk diwarisi oleh anak-anak bagi meneruskan kehidupan. Dalam melaksanakan Wasiat Wajibah. Keadaan ini telah menimbulkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan cucu-cucu ini terutama sekali sekiranya mereka masih kecil. harus mengambil pandangan Ibn Hazm azZahiri demi kepentingan keluarga terutamanya anak-anak yang menjadi yatim piatu. maslahah ahli-ahli waris yang dalam keadaan memerlukan tetapi terhalang daripada mendapat bahagian pusaka. wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang. 3. 6. perlu ditentukan mengikut Maqasid Syariyyah. Oleh itu. Dalam sistem pembahagian pusaka Islam. pelaksanaannya juga perlu didahulukan urusan berkaitan mayat. Dalam situasi hidup pada hari ini. Jawatankuasa meminta supaya negeri-negeri memfatwakan kerana asas pelaksanaannya adalah maslahah dan kebajikan insan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful