You are on page 1of 6

Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Pengenalan
Tanah melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negara dari zaman
sebelum kewujudan kerajaan Melaka lagi. Antara penjajah ialah Srivijaya, Portugis,
Belanda, British dan Jepun. Semua penjajahan dibuat adalah dasar kepentingan
sesuatu negara penjajah. banyak faktor yang telah mempengaruhi sesebuah negara
tersebut untuk menjajah. Antaranya ialah faktor ekonomi, keagamaan, perluasan
kuasa dan bahan mentah dan bahan galian. Di Eropah, setiap negara penjajah akan
menjadi kaya kerana hasil kekayaan negara yang dijajah di bawa pulang dan di
dagang semula kepada negara-negara Eropah yang lain. Bahanbahan mentah,
rempah ratus, tembikar, emas, berlian semuanya di bawa ke negara mereka.
Perubahan di Barat termasuk kemajuan pesat bidang industri, teknologi dan dasar
politik kerajaan barat telah mendesak kuasakuasa barat seperti British, Sepanyol,
Portugis, Belanda dan Perancis berusaha untuk mencari kawasan dan yang boleh
memenuhi keperluan mereka. Era rovolusi perindusterian di Eropah seperti proses
mengetin makanan memerlukan bijih timah. Mula-mula proses mengetin makanan
mengunakan kaca dan besi tetapi tidak selamat, Perlombongan bijih timah bermula
sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri China ke Perak dan
Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula dalam tahun 1824, dikendalikan
oleh kaum Hakka. Disebabkan bijih timah di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan
didapati dalam bentuk bijih lanar (alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih
mudah dan lebih murah berbanding dengan proses perlombongan di Cornwall dan di
lain-lain lokasi di Eropah. Ledakan perlombongan berlaku dalam tahun 1870-an
dengan permintaan yang bertambah dari Eropah dan Amerika Syarikat. Pihak
Inggeris atau British kini menjadi pembekalan utama timah di pasaran dunia.

Di Pasaran Logam London (London Metal Exchange), harga tin yang dibawa dari
Chile dan Tanah Melayu boleh mendapat penetapan dengan cara yang telus dan
teratur. Peniaga tahu harga jualan jongkong timah mereka apabila komoditi itu
sampai ke London ataupun pelabuhan lain. Perniagaan timah boleh dibuat tanpa
melibatkan spekulasi dan risiko. Peningkatan kemudahan tele-komunikasi
membolehkan perkhabaran dibuat dengan cepat menggunakan kawat telegraf.
Permintaan untuk timah melonjak dengan permintaan bertambah daripada industri
mengetin makanan. Negara-negara Asia sememangnya kaya dengan bahan mentah
dan bahan galian. Atas sebab itu maka banyak negara barat berlumba-lumba untuk
mencari tanah jajahan dan perbuatan mereka adalah dengan izin raja mereka.
Mereka akan menjalankan dasar kolonialisme, merkantalisme dan imperialisme.
Selain daripada itu, kemunculan pendakwah-pendakwah atau mubaligh-mubaligh
untuk menyebarkan agama salah satu sebab keinginan untuk menjajah. Tanah
Melayu juga telah dijajah oleh pelbagai negara seperti yang tersebut di atas tadi.
Negara yang kuat dari segi ketenteraan , akan berkuasa dan menjadi lebih gah lagi
dengan banyaknya tanah jajahan mereka. Di negara Asia Tenggara hanya Thailand
sahaja yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara luar kerana kerajaan Siam
atau Thailand bijak dan salalu memberi bantuan serta bekerjasama dengan negara
penjajah. Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan politik
mereka dan bukannya untuk memertabatkan atau menyelamatkan Tanah Melayu.

Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 di Pulau Pinang
oleh Francis Light. Kedatangan ini adalah berpunca dari dorongan Kompeni Hindia
Timur Inggeris yang turut direstui oleh kerajaan Inggeris di London. Pada 23 April
1791 Francis Light telah menewaskan Kedah dan Kedah telah mengikat perjanjian
dengan Light. Pihak Kompeni Hindia Timur tidak berpuas hati dan mereka mahu
mengambil Seberang Perai sepenuhnya. Inggeris bermula campur tangan selepas
Perjajian Pangkor pada tahun 1874 yang mana Pahang, Perak dan Selangor di
perintah dengan menggunakan Sistem Residen. Pada tahun 1884 pula sistem
pungutan cukai yang telah menyebabkan Sultan dan pembesar Melayu kehilangan
hak untuk memungut cukai. Cukai ini dikutip untuk kepentingan kerajaan Inggeris
sendiri. Pada tahun 1895 ditubuh pula Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah
pentadbiran berpusat di Kuala Lumpur. Seperti mana yang kita ketahui, dasar-dasar
yang dibuat oleh pihak Inggeris di Tanah Melayu telah menggangu pentadbiran
kerajaan Melayu dan kehilangan kuasa pembesar-pembesar tempatan serta mereka
tidak menghormati adat budaya tempatan, tidak sopan, pencemaran ke atas
kesucian agama Islam. Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada
penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan Inggeris.
Penyerahan kuasa ini dibuat secara sukarela oleh raja-raja Melayu dengan hanya
mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan
Inggeris.

Antara Faktor – faktor kedatangan dan campur tangan Inggeris di Tanah


Melayu adalah:-
1. Sebab ekonomi
2. Desakan pelabur
3. Kebimbangan campur tangan kuasa asing
4. Ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu
5. Faktor kemanusiaan-permintaan dari ketua melayu dalam menamatkan
pergaduhan dalaman
6. Tokoh-tokoh Inggeris yang menggalakkan campur tangan
7. Pembukaan Terusan Suez
8. Sistem Perhubungan telegraf di Barat dan kapal wap
9. Perubahan politik di Britian
10.Misi Agama Kristian
11.Melalui perjanjian dan peperangan
12.Selepas Perjanjian Pangkor –campur tangan secara rasmidi Tanah Melayu

Berikut dinyatakan huraian secara jelas campur tangan British di Tanah Melayu dari
segi ekonomi. Negeri-negeri Tanah Melayu kaya dengan galian bijih timah, emas,
bijih besi dan arang batu. Mereka merasakan mereka perlu menguasai negeri-negeri
Melayu seperti Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan sebelum negeri-negeri ini
jatuh ke tangan kuasa negara lain. Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan
British memerlukan bekalan bijih timah khususnya dalam industri mengetin makanan
dan mereka juga mencari pasaran baru bagi barangan keluaran kilang
mereka.desakan daripada pelabur-pelabur saudagar British yang melabur berjuta-
juta ringgit telah menimbulkan tekanan dan tuntutan daripada saudagar ini supaya
British campur tangan di negerinegeri Melayu. Kebimbangan British terhadap
negara-negara Eropah yang lain memperluaskan wilayah di Asia Tenggara oleh
negara Eropah seperti Belanda (Indonesia), Sepanyol (Filipina), Perancis (Indo-
China). Musuh utama British ialah Jerman yang mana keinginan negara Jerman
menunjukkan minat di Tanah Melayu. Negara Jerman telah pun membuka
perdagangan di Langkawi dan di Terengganu. Ketidakstabilan Tanah Melayu akibat
perebutan kuasa oleh pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi-kongsi gelap
cina dan kegiatan lanun telah menjejaskan kepentingan politik dan perdagangan
British. Kekalutan dan kekacauan telah merebak ke negeri-negeri Selat terutama
daripada kongsi-kongsi gelap cina. Pergaduhan dua kongsi gelap Gee Hin dan Hai
San telah menyebabkan Perang Larut dan juga pihak saudagar terbabit mendesak
agar British campur tangan dalam menangani permasalahan tersebut. Selain dari itu,
permohonan daripada pembesar-pembesar elayu agar British campur tangan telah
memberi peluang kepada mereka untuk menguasai Perak. Dengan mementerai
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di atas kapal HMS Pluto di Pulau Pangkor,
British telah secara rasminya mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu
seperti di Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang.

Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah mengambil alih Britian daripada Parti
Liberal. Parti Konservatif menggalakkan campur tangan British di Tanah Melayu
kerana kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Akibat daripada pembukaan Terusan
Suez, perjalanan negara-negara ke Eropah ke Timur lebih cepat berbanding jalan
lama menerusi Cape Town atau Tanjung Harapan jesteru mempercepatkan dasar
imperialisme dan kolonialisme Eropah di negara timur. Perhubungan barat dan timur
semakin cepat dengan adanya sistem telegraf yang wujud serta pembinaan kapal-
kapal wap. Jarak perjalanan dari Tanjung Harapan ke Singapura telah dapat
dipendekkan dari 117 hari kepada 37 hari sahaja apabila terbinanya laluan Terusan
Suez. Dengan campur tangan British secara rasmi selepas Perjanjian Pankor mereka
telah melantik residenresiden mereka di tanah melayu serta memberi nasihat pada
Sultan tentang urus tadbir negeri-negeri Melayu. Semua pungutan cukai dan
kawalan cukai mestilah dijalankan di atas nama Sultan dengan dinasihati oleh
Residen British dan penolongnya. Gaji Residen dan penolongnya handaklah di bayar
oleh kerajaan negeri. Akhir sekali faktor keagamaan. Semenjak abad ke 13, perairan
Tanah Melayu di kuasai oleh pedagang Islam. Mereka menyebarkan agama Islam di
perairan Kepulauan Melayu sambil berdagang. Keadaan berubah setelah era Perang
Salib yang meletus di antara tentera Islam dengan tentera Kristian khususnya di Asia
Barat an Eropah. Pihak gabungan gereja menyeru negar Kristian menyebarkan
agama Kristian di seluruh dunia. Mereka datang ke Timur dengan motif ‘3G’ iaitu
‘Gospel, Glory and Gold’. Pemerintahan British terhenti sementara apabila Jepun
menakluki Tanah Melayu pada perang dunia ke dua. Selepas tamat perang pada
tahun 1945, British mengambil balik Tanah Melayu. Kesan daripada penaklukan
Jepun telah menimbulkan bibit penentangan British yang mana Tanah Melayu
inginkan kemerdekaan sepenuhnya daripada British. Era pemerintahan Jepun telah
memberi peluang sedikit sebanyak cara pentadbiran sendiri oleh orang Melayu yang
mana tidak mereka perolehi semasa pemerintahan British. Ini juga menimbulkan
kesedaran bahawa penduduk Tanah Melayu boleh memerintah negara sendiri.
Dalam era pemodenan Tanah Melayu, British telah memisahkan kaum-kaum di
Tanah Melayu iaitu orang Cina di bandar, orang Melayu di kampung-kampung dan
orang India di estet-estet getah. Akibat daripada itu, polarisasi kaum mula wujud
antara kaum Melayu,Cina dan India. Jurang perbezaan ekonomi semakin ketara.
Kaum Cina semakin kaya manakala kaum Melayu dan India miskin. Sekolahsekolah
banyak di bina di bandar seperti sekolah Inggeris dan sekolah Cina manakala
sekolah-sekolah pondok untuk orang Melayu dan begitu juga dengan sekolah tamil
di estet-estet. Pihak British mencadangkan penubuhan Melayan Union yang mana
akan mengenepikan pelbagai hak mutlak orang melayu dalam jangka masa panjang.
British mengisytiharkan Penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946. Berlaku
penentangan daripada orang Melayu tentang penubuhan Malayan Union.

Cadangan penubuhan Malayan Union telah mengakibatkan pertempuran antara


orang Cina dengan orang Melayu di Johor dan Perak pada tahun 1945 yang mana
penduduk bukan Melayu menyokong Malayan Union kerana menguntungkan mereka
terutama sama hak taraf dan hak kerakyatan. Akhirnya pada 21 Januari 1948,
Perjanjian Persekutuan ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Kerajaan British.
Tanggal 1 Februari 1948 dengan rasminya ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
dan menamatkan Malayan Union. Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.
Kesimpulan
Semasa pemerintahan atau campur tangan British di Tanah Melayu, setiap
pertolongan dan bantuan British akan memberi manfaat kepada mereka. Barangan
hasil bumi Tanah Melayu telah dikuasai oleh mereka dan meningkatkan ekonomi
mereka daripada ekonomi Tanah Melayu sendiri. Pemerintahan British telah
meninggalkan kesan perkauman yang wujud sehingga ke hari ini. Perbezaan taraf
sosio ekonomi penduduk berbeza mengikut kaum. Dasar British yang tidak
memahami budaya orang timur dan adat resam penduduk Tanah Melayu serta tidak
menghormati budaya tempatan telah mengakibatkan perpecahan di Tanah Melayu.

You might also like