You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Kudung Binua Bil.

4/2018
Tarikh: 15 December 2018

Tempat: Balairaya Kampung Bunga

Masa: 9.00 malam

Kehadiran: Sila rujuk buku kehadiran.

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi/ Ketua Kaum Kg Bunga


2. Gotong royong
3. Projek Paip Kampung
4. Projek Pemulihan Dusun Durian
5. Lain-lain perkara.

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk
mesyuarat kampung bil. 4/2018. Setiap kampung dikehendaki membuat mesyuarat
bersama penduduk kampong sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

2. Gotong royong kampung akan diadakan pada Ahad, 23 December 2018 pukul 7.30
pagi. Kawasan yang diberi tumpuan ialah jalan kampung, tipen, balairaya dan bilik
gerakan JKKK. Kawasan tanah perkuburan akan disembur racun rumput.
Tindakan : Semua penduduk kampung
3. Projek paip – Masih berjalan.
a) Walaupun mengalami masalah kekurangan sumber kewangan namun tetap
diteruskan menggunakan dana JKKK yang sedia ada. Namun disebabkan cuaca
yang tidak menentu seperti hujan dan perkara yang tidak dielakkan seperti
kematian penduduk kampung maka kerja-kerja terpaksa ditunda.
b) Usaha pemulihan paip terawat masih berjalan iaitu membaiki stesen penggalak/
rumah pam air di Kampung Taee serta membuat pemasangan batang paip
baharu. Dijangka selesai Mac 2019.
c) En Anderson selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Paip menerangkan
penyambung dan batang paip sepanjang 2 meter masuk ke kawasan rumah akan
dibekalkan manakala selebihnya perlu ditanggung oleh pemilik rumah supaya
adil kepada semua penduduk kampung. Beliau memohon penduduk kampung
memberi kerjasama supaya projek ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Tindakan: AJK Paip
4. Projek Pemulihan Dusun Durian Fasa 2 – Borang sudah diedarkan untuk diisi oleh
penduduk kampung yang berminat terutamanya yang tidak disenaraikan dalam fasa
1/2018. Sila kembalikan borang yang lengkap diisi secepat mungkin.

Tindakan: Semua penduduk kampung

5. Lain-lain perkara:
a) Malam Krismas akan diadakan pada malam 24 December 2018 pukul 8.00
malam. Semua penduduk kampung dijemput sama-sama menyaksikan
persembahan yang disediakan.
b) Sambutan malam tahun baharu 2019 dicadangkan pada 31 December 2018.
Tindakan:Semua penduduk kampung

Memandangkan tiada perkara lain yang dibincangkan maka mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 10.30 malam.

Dicatit oleh, Disemak oleh,

(Dizon Ak Gembang) (KK Ranger Ak Surag)


Timbalan Setiausaha JKKK Ketua Kaum Kg Bunga

You might also like