You are on page 1of 10

SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PETIKAN 1

Kereta api merupakan pengangkutan moden yang paling awal diperkenalkan di


Malaysia. Landasan pertama dibina pada tahun 1869. Landasan ini telah menghubungkan
Johor Bahru dengan Gunung Pulai. Namun, landasan kayu ini tidak dapat berfungsi lama
kerana landasan tersebut dimusnahkan anai-anai.

Landasan besi keluli pertama dibuka pada tanggal 1 Jun 1885 yang menghubungkan
Kuala Sepetang dengan Taiping. Kedua-dua bandar ini menjadi stesen kereta api yang pertama
di Tanah Melayu pada masa itu. Bandar Kuala Sepetang diberi nama Port Weld sempena nama
Gabenor Negeri Selat ketika itu iaitu Sir Frederick Weld.

Pada mulanya, kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah sahaja. Namun,
lama-kelamaan perkhidmatan kereta api penumpang telah diperkenalkan kerana mendapat
permintaan. Perkhidmatan kereta api penumpang ini, memudahkan penduduk setempat untuk
berulang-alik ke bandar.

Perkembangan perancangan penggunaan kereta api menjadi terencat apabila negara


mengalami masalah ekonomi. Perkembangan pengangkutan jalan raya turut menjadi salah satu
penyebab penggunaan kereta api mengalami kemerosotan.

Perang Dunia Kedua pada tahun 1940, turut memberikan kesan negatif terhadap sistem
perhubungan negara. Banyak landasan kereta api telah dimusnahkan. Selain itu, satu pertiga
daripada lokomotif telah dipindahkan oleh tentera Jepun ke negara Thailand dan Myanmar.
Apabila pengurusan kereta api diambil alih oleh Pentadbiran Tentera British pada 1 Januari
1946, kerja-kerja pemulihan dan pembaikan giat dijalankan.

Kereta api terus bertahan sebagai satu daripada pengangkutan darat yang lebih murah
dan berkesan. Pengurusan kereta api sekali lagi mengalami perubahan apabila Perkhidmatan
Keretapi Tanah Melayu Sendirian Berhad ditubuhkan pada 1 Januari 1948.

Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, pengurusan kereta api dikendalikan oleh
sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Agensi tersebut kini dikenali
sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan kesan kempen pengkorporatan yang
diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, Keretapi Tanah Melayu (KTM) masih dimiliki
sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Tambang kereta api juga agak munasabah, namun
kelajuan kereta api antarabandar “intercity” yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan
pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.

Pada masa sekarang, KTM mengendalikan beberapa perkhidmatan antarabandar di


bawah jenama KTM Antarabandar “KTM Intercity”. Kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

dari Stesen Kuala Lumpur Sentral. Bagaimanapun, terdapat perkhidmatan kereta api ini yang
hanya beroperasi sepanjang laluan Pantai Timur antara Tumpat dan Gemas dan seterusnya
menuju ke Singapura. Terdapat satu perkhidmatan kereta api yang istimewa, perkhidmatan ini
merentasi sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan Bangkok, Thailand.

1.  Mengapakah landasan kereta api yang pertama tidak dapat digunakan?

A  Kereta menunggu kereta api pertama tiba

B  Kerana landasan kereta api itu tidak dapat disiapkan

C  Kerana landasan kereta api itu reput dimakan anai-anai

D  Kerana landasan kereta api itu menuju ke arah pergunungan

2. Tujuan utama kereta api diperkenalkan sebagai pengangkutan darat adalah untuk

A  menghantar beras

B  membawa pelancong

C  kemudahan penduduk

D  mengangkut bijih timah

3. Siapakah yang bertanggungjawab membangunkan semula perkembangan


perkhidmatan kereta api selepas tahun 1940?

A  Tentera Jepun

B  Sri Frederick Weld

C  Pentadbiran Tentera British

D  Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu

4. Apakah yang menyebabkan bandar Kuala Sepetang ditukar nama kepada Port Weld?

A  Merupakan tempat tinggal Gabenor Negeri Selat

B  Sempena nama Gabenor Negeri Selat iaitu Sir Fredick Weld


SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

C  Ketua Stesen Kereta api Kuala Sepetang bernama Port Weld

D  Landasan kereta api Kuala Sepetang dibina oleh Gabenor Negeri Selat

5. Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali

A  Keretapi Tanah Melayu Berhad ditubuhkan kesan pengkorporatan kerajaan.

B  Perkhidmatan kereta api Pantai Timur melalui Kelatan dan Negeri Sembilan.

C  Semua perkhidmatan kereta api beroperasi di Stesen Kuala Lumpur Sentral.

D  Pengurusan Keretapi Tanah Melayu dikendalikan oleh kerajaan persekutuan.

PETIKAN 2

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir
pada hari ini.

Hadirin sekalian.

Ilmu pengetahuan merupakan faktor paling utama yang akan menentukan kemajuan
dan pembangunan sesuatu masyarakat. Tanpa ilmu pengetahuan nescaya kehidupan,
kemajuan dan pembangunan sesuatu masyarakat tidak akan tercapai.

Melalui ilmu, maka lahirlah kemahiran dan teknologi. Manakala darjah dan tahap
penguasaan ilmu dan kemahiran teknologi dalam kalangan masyarakat pula menjadi pengukur
kepada kemajuan sesebuah negara. Kekayaan hasil bumi semata-mata tidak dapat menjamin
kemajuan dan pembangunan sesebuah negara tanpa adanya kepandaian atau ilmu yang
dimiliki oleh masyarakat.

Atas kesedaran ini, maka soal ilmu dan pendidikan telah diberi perhatian utama.
Pembangunan dalam bidang pendidikan dijadikan asas untuk pembangunan fizikal. Kini negara
kita boleh berbangga apabila berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga yang menjadi bukti
kejayaan tersebut.

Hadirin sekalian.

Perpaduan kaum adalah matlamat dan agenda utama dalam Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Persefahaman adalah kunci kejayaan. Persefahaman pula timbul jika masyarakat
berilmu tinggi. Ilmu akan menjadikan anggota masyarakat yang berbilang bangsa mengenali
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

dengan lebih dekat antara satu dengan yang lain. Persefahaman yang terjalin mewujudkan
negara yang damai dan sejahtera.

Pada masa kini, kerajaan sedang berusaha untuk melahirkan generasi yang berfikir
secara saintifik. Perkara ini merupakan satu usaha yang berterusan bagi mencapai
kecemerlangan bangsa. Berfikir dan mengkaji adalah asas dalam budaya ilmu yang dapat
menjadikan sesuatu bangsa lebih cemerlang.

Selaku ketua pentadbir di sekolah ini, saya mengharapkan agar guru-guru dan ibu bapa
hendaklah sentiasa berusaha memupuk minat membaca dan mengkaji terhadap minat anak-
anak dan murid-murid di sekolah. Minat membaca dan mengkaji adalah asas utama dalam
budaya ilmu yang menekankan konsep pendidikan seumur hidup.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran dan keterlanjuran bicara
dalam ucapan saya sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

6. Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?

A  Guru Besar

B  Penolong Kanan

C  Guru Kaunseling

D  Yang Dipertua PIBG

7. Antara tujuan menuntut ilmu adalah seperti berikut, kecuali

A  berfikir dan mengkaji

B  kemajuan dan pembangunan

C  perpaduan dan persefahaman

D  kedamaian dan kesejahteraan

8. Perkataan kunci dalam petikan di atas bermaksud

A  alat

B  hasil
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

C  asas

D  sumber

9. Ucapan di atas mempunyai hasrat dan tujuannya yang tersediri. Apakah hasrat dan
tujuan ucapan tersebut disampaikan?

A  Meminta ibu bapa, guru dan murid supaya turut serta menuntut ilmu

B  Mengingatkan ibu bapa, guru dan murid tentang perlunya menuntut ilmu

C  Merayu ibu bapa, guru dan murid supaya tidak ketinggalan menuntut ilmu

D  Menyedarkan ibu bapa, guru dan murid akan peranan orang yang berilmu

10. Ungkapan konsep pendidikan seumur hidup membawa maksud

A  Belajar selagi nyawa dikandung badan

B  Belajar sejak dari kecil sehinggga dewasa

C  Belajar dengan tekun untuk masa hadapan

D  Belajar bersungguh-sungguh sehingga Berjaya

PETIKAN 3

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu
Ahmad Kamal, dan rakan seperjuangan sekalian.

Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu
yang terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya
berasa hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang sangat
saya hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenarnya dan sukar untuk
dijelaskan dengan kata-kata.

Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang


pada hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada
minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah
ini mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya
akan memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini.
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

Hadirin yang dihormati,

Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa
dalam ingatan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Kamal kerana
segala bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan
tunjuk ajar beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak
disenangi oleh pelajar. Saya tahu niat mereka murni untuk membimbing pelajar yang dikasihi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada rakan-
rakan dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, matlamat menginginkan kecemerlangan dalam
bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali.

Hadirin yang budiman,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada
semua, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat
ataupun telefon demi kebaikan bersama.

Akhir kata, penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan
maaf daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata dan tingkah laku saya yang tidak
menyenangkan selama ini.

Sekian, terima kasih.

11. Mengapakah majlis tersebut diadakan?

A  Untuk meraikan penulis

B  Untuk meraikan Cikgu Ahmad Kamal

C  Untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu

D Untuk mengadakan majlis perpisahan kepada penulis

12. Mengapakah penulis berasa sedih pada hari tersebut?

A  Kerana dia akan berpindah ke tempat baharu

B  Kerana dia akan berpisah dengan kawan-kawannya


SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

C  Kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya

D  Kerana dia akan meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-guru

13. Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya?

A  Dia tidak pernah tinggal di Pahang.

B  Dia belum pernah bersekolah di Pahang.

C  Dia akan keseorangan di tempat baharu itu.

D  Dia hanya mengetahui tentang Pahang daripada bahan bacaan.

14. Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya?

A  Sentiasa berhubung antara satu sama lain

B  Belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka berjaya

C  Mengekalkan hubungan baik antara guru dengan para pelajar

D  Jangan benci akan guru-guru yang banyak membimbing para pelaja.

15. Frasa menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan

A  menggenggam kedua-dua belah tapak tangan

B  menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan

C  meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain

D  mempertemukan tapak tangan kanan dengan tapak tangan kiri

PETIKAN 4

Sampai sahaja di rumah, Anis menyambut ayahnya di muka pintu. Encik Yusof
tersenyum sambil menghulurkan begnya kepada Anis. Encik Yusof meminta segelas air sejuk.
Cuaca panas tengah hari itu membuatkan dia berasa begitu haus.
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

Puan Marina menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya. Dia kasihan melihat
suaminya berkerja tidak kira siang ataupun malam. Mereka dapat menikmati kehidupan yang
selesa dengan usaha keras suaminya selama ini. Siapa kata hidup bersandarkan kerja melukis
dan kreatif tidak mampu hidup senang? Perkara yang amat penting, jika ada kemahuan dan
kesungguhan pasti beroleh kejayaan.

“Datangkah pembeli lukisan abang itu?” tanya Puan Marina.

“Pemandunya sahaja yang datang. Datuk Kamal tidak dapat datang kerana ada mesyuarat
penting,” beritahu Encik Yusof kepada isterinya.

“Datuk Kamal bayar seperti dijanjikah?” tanya Puan Marina.

“Datuk Kamal seorang yang menepati janji. Abang suka berurusan dengannya. Dia tahu menilai
kreativiti orang seni seperti kita ini,” kata Encik Yusof kepada isterinya.

Encik Yusof membuka dompet duitnya seraya menunjukkan sekeping cek kepada isterinya.
Puan Marina tersenyum memandang ke arah cek tersebut. Berbaloi juga penat lelah suaminya
selama ini.

“Alhamdulilah. Berkat rezeki Tuhan berikan kepada kita sekeluarga,” kata Puan Marina.

“Esok abang hendak pergi ke bank. Hendak tunaikan cek tersebut. Sebahagiannya kita simpan,
sebahagian lagi kita gunakan untuk keperluan kita sekeluarga. Sambil itu, bolehlah saya hantar
awak ke klinik. Sejak kebelakangan ini, awak asyik demam sahaja,” kata Encik Yusof kepada
isterinya.

“Tidak payahlah. Saya demam biasa sahaja. Telan panadol sihatlah. Bukannya sakit tenat,”
kata Puan Marina.

“Sebelum tenatlah kita perlu bertindak. Esok kalau dah melarat tiada penawarnya,” kata Encik
Yusof lagi.

“Jangan buang dan membazir duitlah. Beli ubat di farmasi pun sudah memadai,” kata Puan
Marina lagi.

“Itu sahajalah alasan awak. Berjimat memang bagus, tetapi biar kena pada tempatnya.
Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kalau duit melimpah ruah tetapi kesihatan
tergadai tiada gunanya,” kata Encik Yusof lagi.

16. Di manakah Anis menyambut ayahnya yang baru pulang dari tempat kerja?
SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

A  Di muka pintu

B  Di muka rumah

C Di muka jendela

D Di muka tingkap

17. Apakah yang dihulurkan oleh Puan Marina kepada suaminya yang baru pulang kerja?

A  Segelas air oren

B  Segelas air sirap

C  Segelas air sejuk

D  Segelas air suam

18. Puan Marina mencadangkan supaya suaminya membelikan ubat untuknya di

A  klinik

B  farmasi

C  hospital

D  restoran

19. Apakah yang diterima oleh Encik Yusof daripada Datuk Kamal pada hari itu?

A  Cek

B  Wang

C  Potret

D  Hadiah

20. Yang berikut merupakan cerita tentang keluarga Encik Yusof, kecuali

A  isteri Encik Yusof, Puan Marina kurang sihat

B  bagi Encik Yusof duit lebih penting daripada kesihatan


SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 UNIK

C  anggota keluarga Encik Yusof seramai tiga orang sahaja

D  hasil pendapatan Encik Yusof bergantung kepada jualan lukisannya

You might also like