You are on page 1of 4

Ini sekali gus mampu menjana graduan minda kelas pertama dan

meningkatkan kebolehan pasaran graduan negara di peringkat global dan


sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan


bulanan kementerian itu dan pelancaran buku tersebut di sini hari ini.

KPT telah memperkenalkan lapan teras utama kokurikulum iaitu


keusahawanan, kepimpinan, sukan, kebudayaan, daya usaha dan inovasi,
pengucapan awam, kesukarelawanan dan khidmat komuniti.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Khaled memberitahu, pelaksanaan


kursus tersebut selama ini adalah mengikut acuan IPT masing-masing
sehingga timbul isu ketidakselarasan dalam pemberian kredit.

Beliau menambah, keselarasan dalam konteks piawaian penyampaian,


penilaian dan penaksiran penting bagi memastikan pelaksanaan kursus
kokurikulum berkredit itu mencapai objektifnya selain menjamin kualitinya.

"Jabatan Pengajian Tinggi telah diarahkan untuk bertindak sebagai


pemudahcara untuk menentukan standard prosedur pelaksanaan kursus
kokurikulum berkredit mengikut keupayaan dan keunikan di setiap IPT masing
masing," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled mencadangkan IPT yang belum mempunyai


pusat kokurikulum agar menubuhkan pusat tersebut bagi memudahkan
penyelarasan.

"Sebaik-baiknya semua pusat kokurikulum diletakkan di bawah bahagian Hal


Ehwal Pelajar (HEP) kerana ia memantau kebanyakan aktiviti dan program
pelajar," katanya.

Mohamed Khaled berkata, kursus kokurikulum seharusnya menjadi


sebahagian daripada kursus wajib dalam setiap program pengajian di IPT
tetapi ia tertakluk kepada kelulusan Senat IPT masing-masing.
TUJUAN

1. Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah bertujuan untuk
menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik di
kalangan IPT tempatan dalam usaha untuk:

2. Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan;
dan

3. Melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi
ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi ke arah pencapaian
status negara maju menjelang 2020.

LATAR BELAKANG

Aktiviti keusahawanan telah lama diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping
bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing
sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, aspek pembangunan keusahawanan, terutamanya di
kalangan masyarakat Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius bermula dengan pengenalan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan keusahawanan di kalangan
masyarakat bumiputera telah dijadikan sebagai agenda penting negara dalam usaha untuk
membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), yang telah dikenal
pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun semula masyarakat dan dalam memastikan
penyertaan Bumiputera yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan Bumiputera adalah tertumpu kepada empat


kumpulan sasaran iaitu golongan pelajar, siswa/siswazah IPT, serta golongan belia dan wanita. Dalam
konteks kumpulan sasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan untuk menerajui
pembangunan keusahawanan di kalangan siswa/siswazah IPT. 

STATUS SEMASA

Secara umumnya usaha dan inisiatif untuk menerapkan nila-nilai dan kemahiran keusahawanan di
kalangan pelajat IPT boleh dibahagikan kepada (3) komponen utama iaitu:

1. Komponen kesedaran (awareness)

2. Pembudayaan dan pengukuhan.

3. Komponen Kesedaran Keusahawanan

Komponen kesedaran (awareness)

Komponen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar IPT tentang kepentingan
keusahawanan dan menerap nila-nilai keusahawanan bermula pada tahap awal pelajar berada di IPT.
Sebagai langkah permulaan, Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) telah diperkenalkan pada
tahun 2007 sebagai satu kursus wajib dua (2) kredit bagi pelajar Tahun 1 di semua IPT. Objektif utama
modul ini adalah untuk menerap nila-nilai dan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar IPT.

Komponen Pembudayaan Keusahawanan 


Komponen ini bertujuan untuk membudayakan seramai mungkin pelajar IPT bagi melahirkan minat
terhadap keusahawan. KPT telah mengenal pasti keusahawanan sebagai salah satu teras utama kursus
kokurikulum berkredit pada tahun 2009 sebagai salah satu mekanisme pembudayaan keusahawanan
bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Komponen Pengukuhan Keusahawanan 

Komponen ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar perniagaan
di samping membantu mereka yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sebagai
kerjaya.

Dalam perkara ini, IPT mempunyai program dan aktiviti keusahawanan masing-masing yang
dibangunkan oleh pihak IPT itu sendiri ataupun dengan kerjasama agensi dan organisasi kerajaan dan
swasta mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).

ISU DAN CABARAN

Dalam melaksanakan program keusahawanan di IPT, beberapa isu dan cabaran yang timbul adalah
seperti berikut:

 Wujudnya Kekeliruan Pemahaman Mengenai Pendidikan Keusahawanan

 Perbezaan Ideologi Mengenai Keusahawanan di Peringkat Pengajian Tinggi

 Kurangnya Persetujuan Mengenai Pengertian Keusahawanan dan Usahawan

 Kurangnya Keberkesanan Pendidikan dan Program Keusahawanan IPT

 Kompetensi Tenaga Pengajar Keusahawanan

 Kekurangan Sumber

 Kurangnya Kolaborasi di antara Akademia dan Usahawan/Industri

 Tiadanya Pusat Data Keusahawanan

 Mekanisme Pengukuran Kualiti, Keberkesanan dan Impak

 Kurangnya Sokongan Ibu Bapa

 Pembudayaan Keusahawanan memerlukan Masa, Komitmen dan Kesabaran

RASIONAL

Seiring dengan matlamat Kerajaaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, inovatif dan kreatif
bagi memacu transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan seterusnya
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, pendidikan dan program serta aktiviti
pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar IPT perlu diperkukuhkan secara holistik. Malah tidak
dapat dinafikan bahawa setiap elemen kemahiran insaniah ataupun soft-skills seseorang individu seperti
kemahiran berkomunikasi, berdaya saing dan berdaya tahan serta mempunyai nilai kepimpinan yang
tinggi adalah merupakan subset kepada nilai-nilai yang terdapat di dalam diri seorang usahawan.
Di samping keperluan untuk melahirkan entrepreneurial graduates ataupun graduan yang mempunyai
pemikiran, atribiut dan nilai keusahawanan, usaha yang lebih terancang dan bersepadu perlu diambil
oleh IPT dalam menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan infrastruktur serta persekitaran
yang kondusif kepada golongan pelajar yang benar-benar mempunyai minat dan keinginan untuk
menjadi seorang usahawan.

Bagi sesebuah IPT untuk berjaya melahirkan modal insan yang mempunyai pemikiran, atribut dan nilai
keusahawanan serta melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah ataupun graduate entrepreneurs,
ianya perlulah disokong oleh tenaga pengajar yang juga mempunyai pemikiran, atribut dan nilai
keusahawanan. Dalam perkara ini, penerapan nilai dan budaya keusahawanan perlu juga dilaksanakan
kepada tenaga pengajar/pegawai/penyelaras keusahawanan IPT.

POLISI DAN STRATEGI

Bagi meningkatkan dan menggalakkan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang, holistik dan
berimpak tinggi dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran,
artibut dan nilai keusahawanan serta melahirkan usahawan siswazah, enam (6) teras strategik Dasar
Pembangunan Keusahawanan IPT telah ditetapkan.

1. Menubuhkan Pusat Keusahawanan di setiap IPT

2. Menyediakan Pendidikan dan Program Keusahawanan yang Terancang dan Holistik

3. Memantapkan Program Pembangunan dan Pengukuhan Keusahawanan

4. Mewujudkan Mekanisme Pengukuran yang Berkesan

5. Menyediakan Persekitaran dan Ekosistem yang Kondusif bagi Pembangunan Keusahawanan

6. Mengukuhkan Kompetensi Tenaga Pengajar Keusahawanan

PENUTUP

Pendidikan dan pembangunan keusahawanan IPT yang holistik amat signifikan dalam usaha untuk
melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan.
Usaha-usaha ini juga adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan siswazah yang akan bertindak
sebagai pemangkin dan penggerak kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi
berpendapatan tinggi dan berpaksian inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang tahun
2020. Namun begitu, untuk mencapai objektif ini, perhatian dan usaha yang bersepadu perlu diambil
agar prestasi akademik pelajar tidak akan terjejas.

You might also like