You are on page 1of 1

Nama: Dayanna Nadzirah Binti Shalizzam

Kelas: 3 Dedikasi
Tarikh: 20 Jun 2021
Tajuk: Pemanasan Global

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapaan gas yang dikenali


sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba
bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan
bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke
atmosfera.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya pemanasan global dan salah
satunya adalah pembakaran hutan dalam skala yang besar. Kegiatan pembakaran hutan secara
besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti
pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global. Sebagai
contoh, telah berlakunya kejadian kebakaran hutan di Gospers Mountain, barat laut Sydney di
Australia pada tahun 2020 telah menyebabkan kawasan sebesar 800,000 hektar telah dijilat
api dan haiwan – haiwan di kawasan tersebut banyak terkorban dan beruang koala terpaksa
diisyhtiharkan terancam.

Antara kesan pemanasan global adalah tanah akan hilang kesuburannya. Hal ini
demikian kerana suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus

dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.  Tambahan pula, pokok-pokok tanaman juga tidak
dapat hidup dengan subur seterusnya bakal mengurangkan hasil pertanian.

Langkah yang kita boleh amalkan bagi menangani masalah isi adalah dengan
menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui . Kesannya, tenaga tersebut tidak akan
kehabisan dan boleh diguna secara berterusan. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan
panel solar.

You might also like