You are on page 1of 3

SK BANDAR BUKIT KAYU HITAM

KERTAS KERJA
PROGRAM GALAKAN MEMBACA
2017
1.0      MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Bandar Bukit
Kayu Hitam khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca.

2.0     OBJEKTIF


i. Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti dan bukan
sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
ii. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan
warga sekolah.
iii. Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
iv. Meningkatkan minat membaca yang berterusan
v. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu
oleh kalangan masyarakat
vi. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
vii. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan
minda
viii. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
ix. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti

 3.0     JAWATANKUASA PROGRAM NILAM  2017


Penasihat : En Azahari B Abdullah - Guru Besar
Pengerusi : Pn Ishah Bt Mat Isa -  GPK Tadbir & Kurikulum
Timb.  Pengerusi : Pn Hamidah Bt Ahmad -  GPK HEM
Setiausaha : Pn Nurul ‘Atikah Bt Abdul Majid
Bendahari : Pn Sharifmiza Bt Awang Kechik
Hadiah dan sijil : Pn Nor Shazreena Bt Mohd Noor
Dokumentasi : Cik NorAsshikin Bt Harun

4.0       PELAKSANAAN


i. Rekod Bacaan (Buku NILAM)
ii. Borang Rekod (penilaian guru)
iii. Pengiktirafan  (ganjaran mengikut tahap)

5.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM NILAM


SK Bandar Bukit Kayu Hitam

6.0 TARIKH PROGRAM


1 April – 30 Jun 2017
7.0 ANGGARAN DAN SUMBER KEWANGAN

BIL AKTIVITI PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER


1 Pembaca Terbanyak Tahap 1 RM30 x 1 RM30
April hingga Jun Tahap 2 Rm30 x 1 RM30
2 Pengunjung PSS bertuah Saguhati RM4 x 20 RM80
(Murid) DUIT PSS
3 Pengunjung PSS bertuah Saguhati RM5 x 8 RM40
(Guru)
Jumlah RM180

PENUTUP
Aktiviti ini diharapkan akan berjaya menanamkan minat suka membaca dalam kalangan
murid dan dapat memupuk serta menyemarakkan budaya suka membaca dalam diri semua
murid sekaligus mampu melahirkan murid yang cemerlang minda dan sahsiahnya.

DISEDIAKAN OLEH:

..........................................................
(NURUL ‘ATIKAH BT ABDUL MAJID)
Guru Perpustakaan Dan Media,
SK Bandar Bukit Kayu Hitam.

DILULUSKAN OLEH:

..................................................
(ENCIK AZAHARI B ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Bandar Bukit Kayu Hitam.

You might also like