You are on page 1of 2

BAB 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1.1: DUNIA REKA BENTUK

1.1.2: ELEMEN REKA BENTUK

1. Elemen ialah perkara yang dapat membantu menzahirkan (mengeluarkan/menterjemahkan) idea


seseorang dalam bentuk lukisan atau lakaran.

2. Tujuh elemen reka bentuk:

3. Garisan
a. Garisan ialah cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.
b. Fungsi garisan:

4. Rupa
a. Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.
b. Mempunyai permukaan yang rata dan bergarisan diluar (outline).
c. Bersifat 2D (tidak berjisim) serta mempunyai luas.
d. Dua jenis rupa iaitu:
- Rupa geometri: rupa yang mempunyai sudut dan penjuru (bulatan, segi empat, segi tiga,
dll)
- Rupa organik: mempunyai permukaan yang bebas dan tidak terikat pada bentuk yang
khusus (bunga, daun, buah, dll)
5. Bentuk
a. Bentuk ialah objek yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih dari satu permukaan.
b. Dua jenis bentuk iaitu:
- Bentuk konkrit: bentuk yang boleh dipegang
- Bentuk abstrak atau ilusi: bentuk yang kelihatan 3D dalam lakaran/lukisan/gambar

6. Tekstur / Jalinan
a. Tekstur atau jalinan merupakan satu teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang
yang melihat sesuatu permukaan pada lukisan atau objek.
b. Impak juga boleh dirasai melalui sentuhan pada objek.
c. Contoh tekstur: kasar, licin, halus, kesat, lembut, dan keras.

7. Saiz
a. Saiz ialah ukuran atau dimensi sesuatu objek.
b. Digunakan untuk menunjukkan kesan perbezaan jarak, panjang, tinggi, dan kedalaman objek.

8. Warna
a. Warna ialah kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.
b. Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu:
- Warna primer/asas/utama: merah, biru, dan kuning
- Warna sekunder: hijau, ungu, dan jingga
- Warna tertier: campuran warna primer dan sekunder
c. Warna panas ialah warna yang terang dan jelas - menimbulkan suasana riang, ceria, dan
bersemangat.
d. Warna sejuk memberikan kesan cahaya yang rendah - memberikan kesan redup, tenang, dan
damai.

9. Ruang
a. Ruang ialah kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi menampakkan objek
dengan lebih jelas.
b. Terbahagi kepada dua iaitu:
- Ruang nyata atau fizikal: ruang sebenar objek fizikal
- Ruang ilusi atau tampak: ruang yang kelihatan dalam lukisan/lakaran/gambar

You might also like