You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, Ta .09-7418000 16010 Kora Bharu, Kelantan Faks + 09-7482554 Laman Web: jpnkelantan.moe.govany Ruj. Tuan Ruj, Kami : JPNKN.800-5/2/1 (5) Tarikh 6 Mac 2022 Semua Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan Tuan, PENGGUNAAN PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) NASIONAL TAHUN 2019 BAGI PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PENGEMASKINIAN SEMULA PENERIMA RMT BERDASARKAN PGK YANG BAHARU. ‘Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan surat daripada pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. Ruj: KPM.400-3/1/85 Jid.14 bertarikh 22 Februari 2022 2. Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui keprihatinan Kementerian Kewangan Malaysia telah menerima dan meluluskan bajet tahun 2022 bagi memastikan KPM berupaya untuk meneruskan program bantuan persekolahan bagi tahun 2022 termasuklah bantuan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). 3. _Justeru itu, bermula penggal 1 sesi persekolahan tahun 2022/2023, Program RMT akan diberikan kepada murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga 6 di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang memenuhi syarat kelayakan berikut, + Ibu bapa / penjaga murid dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional 2019 yang dipanggil PGK Makanan 2019 dengan PENDAPATAN ISI RUMAH: RM1,169.00 atau PER KAPIT/ M310.00 dan; + Semua murid yang bersekolah di Sekolah Murid Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan semua Murid Berkeperiuan Khas (pemegang Kad OKU) © Semua Murid yang tinggal di Asrama tidak layak menerima RMT dan bagi semua kategori penerima RMT, ibu bapa / penjaga perlu mengisi borang permohonan. 2h "PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA JPNKN.800-5/2/1 (5) 4, Bagi memastikan pengurusan RMT berjalan lancar, pihak tuan dimohon untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah (JBPS) dengan kadar segera bagi memilih murid yang layak menerima RMT berdasarkan PGK Makanan 2019 seperti ketetapan berikut a) Pemilinan murid RMT tahun 2 — tahun 6 bagi Penggal 1 Sesi Persekolahan tahun 2022/2023 berdasarkan Borang PB-1 dan Borang PB-2 yang telah dilengkapkan bagi kegunaan tahun 2022. (Borang sama yang digunakan untuk pemilihan penerima Bantuan Awal Persekolahan — BAP) b) Pemilinan murid RMT tahun 1 bagi Penggal 4 Sesi Persekolahan tahun 2022/2023 berdasarkan Borang PB-1 dan Borang PB-2 yang perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada pihak sekolah dalam tempoh 21 Mac 2022 — 24 Mac 2022. 5. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki mengisi jumlah murid penerima RMT yang baharu mengikut tahun dan kaum pada ‘google sheet’ di pautan http //tiny.cc/RMTKEL2022-2023 bagi tujuan permohonan peruntukan tambahan RMT ‘sebelum atau pada 27 MAC 2022. 6. Surat arahan pelaksanaan RMT dan PSS pada hari pertama persekolahan akan dikeluarkan berasingan sejurus menerima pemakluman daripada pihak KPM dan sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi Penolong PPD (HEM) di daerah masing-masing Kerjasama dan tindakan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” HJ MASHADI BIN DATO" HJ Timbalan Pengarah Pendidikan! Sektor Pembangunan Murid b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sk. i) Pengarah Pendidikan Kelantan ii) Semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan daerah Negeri Kelantan il) Fail

You might also like