You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TEBAANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK


BIL 2/2022

Tarikh :
Masa :
Tempat :
Pengerusi :
Kehadiran/Bilangan :
Kehadiran :

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI


a. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik kali ke-2 sesi
2022.
b. Mengharapkan semua guru terus memberi komitmen terhadap aktiviti panitia
yang telah dirancang pada tahun ini.
Tindakan: Makluman

2. UCAPAN PENASIHAT
a. Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Serudin mengharapkan semua guru subjek
Pendidikan Muzik dapat melaksanakan segala aktiviti yang dirancang pada tahun
ini.
b. Guru pendidikan muzik perlu mengadakan PdPC yang menarik dan bersesuaian
dengan kemahiran murid bagi menarik minat murid untuk menguasai subjek
Pendidikan Muzik.
c. Harapan beliau, prestasi dan kemahiran murid-murid dalam subjek Muzik dapat
dipertingkatkan lagi sejajar dengan perkembangan sukatan pembelajaran muzik
pada masa kini.
Tindakan: Makluman

3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LEPAS


a. Pn. Nooralam Binti Kusairi selaku setiausaha Panitia Pendidikan Muzik
membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
b. Pn. Meriam Binti Musa mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Cik Solehah.
Tindakan: Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
a. Tiada perkara berbangkit.

5. FOKUS MESYUARAT
a. PBD
Pentaksiran Bilik Darjah juga perlu direkodkan secara offline untuk dijadikan
rujukan tentang kemajuan murid dalam pembelajaran terhadap tajuk yang
dipelajari dan dapat mengenalpasti murid yang lemah untuk diberi bimbingan.
Tindakan: AJK Panitia Pendidikan Muzik

b. Aktiviti Panitia Muzik tahun 2022


i. Pengerusi mengharapkan program yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan kaedah yang bersesuaian dengan murid.
ii. Mengharapakn guru-guru subjek pendidikan muzik dapat rancang aktiviti
atau program untuk murid secara online.
Tindakan: AJK Panitia Pendidikan Muzik

6. HAL-HAL LAIN
a. Pengerusi meminta guru-gur sedia berkongsi bahan-bahan PdPC yang
bersesuaian dengan Pendidikan Muzik untuk dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran.
b. Mengharapkan guru-guru Pendidikan Muzik agar sentiasa bertanya jika ada
sebarang masalah berkaitan dengan Pendidikan Muzik.
Tindakan: Makluman

7. PENANGGUHAN MESYUARAT
a. Pengerusi sekali lagi mengharapkan komitmen dari semua ahli jawatankuasa
panitia untuk menjayakan aktiviti yang dirancang agar dapat berjalan dengan
lancar.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

.......................................................... .......................................................

(NOORALAM BINTI KUSAIRI) (SERUDIN

Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Ketua Panitia Pendidikan Muzik

SK Kampung Tebaang

Disahkan oleh;
.........................................................

(SERUDIN

Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Kampung Tebaang.

You might also like