You are on page 1of 2

Nama : BONIFACE JANE ANAK JANUARY ENJU

NO IC : 920508135873
TAJUK : OVERVIEW PERKHIDMATAN AWAM
Perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif
dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala
objektif dan matlamat negara. Ucapan mantan Perdana Menteri ke-6, Dato’ Sri Haji
Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, semasa Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam ke-11 ada menyatakan bahawa beliau mahukan kerajaan perlu terus
mengkhidmati rakyat dengan memakmurkan kehidupan serta memelihara mereka.
Perkhidmatan awam mempunyai empat peranan utama dalam memberikan
khidmat yang terbaik untuk rakyat. Pertamanya, perkhidmatan awam merupakan
institusi utama masyarakat dan negara. Perkhidmatan awam merupakan tunjang
utama dalam membentuk sebuah negara yang stabil dengan mengutamakan
masyarakat dan negara. Selain itu, perkhidmatan awam juga memberikan
perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan Masyarakat. Perkhidmatan awam akan
sentiasa memastikan tadbir urus negara dari segi semua aspek berjalan dengan
lancar.
Ketiga, perkhidmatan awam beperanan dalam membentuk masyarakat yang
adil. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pentadbiran demokratik,
perkhidmatan awam mempunyai satu peranan yang penting dalam memastikan
system pentadbiran berjalan dengan lancar agar dapat melahirkan masyarakat yang
adil. Yang terakhir, perkhidmatan awam berperanan dalam menjalankan hak dan
kuasa. Dengan ini, negara kita dapat diuruskan dengan penuh ketelusan dan
keadilan.
Sejarah awal pentadbiran moden di Malaysia adalah bermula pada tahun
1786 dengan penglibatan Syarikat Hindia Timur British (British East India Company).
Kemudian pada tahun 1830, perkhidmatan awam bagi negeri-negeri selat
ditubuhkan. Perkhidmatan awam ini terus berkembang pada tahun 1896 iaitu
perkhidmatan awam negeri-negeri selat dan negeri-negeri Melayu Bersekutu
diwujudkan. Pada tahun 1910, perkhidmatan awam telah standing dengan
perkhidmatan awam Kolonial seperti Perkhidmatan Awam Sri Lanka dan
Perkhidmatan Awam India. Pada awal abad ke-20, dicadangkan agar lebih ramai
rakyat tempatan terlibat dengan pentadbiran dengan memegang jawatan yang kecil
seperti penghulu, kerani, dan sebagainya. Pada tahun 1920, Maktab Melayu Kuala
Kangsar telah ditubuhkan untuk memberi Pendidikan yang sesuai untuk
menyediakan rakyat tempatan memasuki perkhidmatan awam.
Prinsip pelantikan ke perkhidmatan awam adalah berdasarkan punca kuasa.
Punca kuasa merupakan dokumen yang mempunyai ikatan undang-undang, skim
perkhidmatan diwujudkan berdasarkan punca kuasa – punca kuasa yang telah
diwujudkan. Antara punca kuasa yang ada adalah seperti Perkara 132 (2)
Perlembagaan Malaysia dan Perkara 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
Dalam konteks negara Malaysia, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan
pegawai yang tertinggi dalam perkhidmatan awam Malaysia. Beliau juga merupakan
Setiausaha Kabinet. Di bawah KSN pula iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Nama : BONIFACE JANE ANAK JANUARY ENJU
NO IC : 920508135873
(KPPA) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU). Semua kakitangan awam ini
bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang telah termaktub.
Terdapat beberapa Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan di Malaysia.
Antaranya Majlis Angkatan Tentera di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara
137 yang mempunyai bidang kuasa terhadap pengambilan Angkatan Tenterra
Malaysia. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pula di bawah
Perlembagaan Persekutuan perkara 138 yang berperanan dalam pengambilan
pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Bagi pengambilan pegawai
perkhidmatan awam dan persekutuan pula, pihak berkuasa yang melantik iaitu
Suruhunjaya Perkhidmatan Awam yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan
Perkara 139. Suruhuanjaya Pasukan Polis di bawah Perlembagaan Persekutuan
Perkara 140 pula bertindak dalam pengambilan Polis Diraja Malaysia. Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran pula adalah di bawah tanggungjawab Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Perkara 141A.
Skim Perkhidmatan merupakan satu dokumen yang mengandungi syarat-
syarat bagi melantik seseorang ke mana-mana perkhidmatan dalam perkhidmatan
awam. Skim Perkhidmatan ini adalah untuk memudahkan agensi mendapatkan
calon yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan oleh agensi masing-masing.
Selain itu, skim ini juga membolehkan calon tahu tentang peraturan, syarat dan
kemajuan kerjaya dalam bidang yang mereka ingin ceburi. Skim ini juga adalah
untuk mewujudkan keseragaman dari segi syarat perkhidmatan dan kadar imbuhan
di antara pelbagai jenis pekerjaan.
Skim Perkhidmatan ini menyertakan syarat kelulusan atau kelayakan
akademik yang diperlukan, syarat umur, syarat pengalaman dan kemahiran serta
gaji yang ditawarkan bagi jawatan tertentu di dalam perkhidmatan. Dalam Skim
Perkhidmatan ini juga dimasukkan syarat-syarat pengesahan jawatan, kenaikan
pangkat, serta latihan yang terdapat dalam perkhidmatan tersebut. Skim
Perkhidmatan ini juga turut menggariskan 15 komponen penting. Antaranya seperti
kalsifikasi kumpulan perkhidmatan, tarikh kuat kuasa, struktur gred dan jadual gaji,
syarat lantkan, dan sebagainya. Komponen ini penting supaya penjawat awam tahu
tentang skim perkhidmatan bagi jawatan yang mereka pegang.
Terdapat 239 jumlah skim perkhidmatan. 11 daripada skim tersebut iaitu Skim
Perkhidmatan PT3/PMR. Skim Perkhidmatan Bersepadu iaitu skim perkhidmatan
yang menggabungkan 2 atau lebih kumpulan kelayakan akademik dalam satu skim
perkhidmatan pula terdapat sebanyak 31 skim. 56 skim perkhidmatan merupakan
Skim Perkhidmatan SPM. Skim Perkhidmatan STPM/Diploma pula terdapat 62 skim.
Skim Perkhidmatan Ijazah merupakan skim yang terbanyak iaitu sebanyak 79 skim
perkhidmatan.
Sebagai seorang penjawat awam, amatlah penting untuk kita mengambil tahu
tentang perkhidmatan awam di Malaysia. Hal ini membantu kita untuk mengetahui
arah tuju kita dalam perkhidmatan awam dan meneruskan budaya kerja yang sangat
positif dan mapan.

You might also like