You are on page 1of 3

NAME: Iman Azfar Bin Roznisham

CLASS: 3xBME4

STUDENT ID: 53211121260

SUBJECT: Isu-Isu Kontemporari Muslim Di Malaysia (MPU3333)


1) Sumbangan Tuan Ibrahim dalam usaha menjaga alam sekitar

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan tegas tanpa
kompromi akan diambil terhadap industry atau sector yang mencemarkan alam sekitas dan
selain daripada itu, pihak yang didapati tidak mematuhi akta kualiti alam sekeliling (AKAS) juga
akan dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk tindakan
lanjut termasuk penutupan operasi.
Datuk Tuan Ibrahim juga mengarahkan supaya rondaan diadakan di premis yang terletak di
hulu takat pengambilan air serta kawasan yang mudah terbakar seperti kawasan tanah gambut
dan tapak pelupusan sampah. Malah, pemantauan menggunakan teknologi termasuk dron
dilakukan untuk memantau dan mengesan pencemaran alam sekitar di kawasan berkaitan.

Pihak industri dilarang sama sekali untuk melakukan pelupusan buangan terjadual secara
haram. Sekiranya didapati bersalah Jabatan Alam Sekitar boleh mengambil tindakan mengikut
Seksyen 34B AKAS dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara mandatori serta denda
maksimum sebanyak RM500,000. Dengan perkara perkara yang dilakukan ini, kita dapat
melihat bahawa Datuk Tuan Ibrahim sangat menegaskan untuk kita bersama sama menjaga
alam sekitar. Ini kerana alam sekitar sangat memberikan peranan yang tinggi dalam kehidupan
kita.
2) Apakah maksud ketiga tiga jenis bioteknologi di bawah, bagaimana ai berlaku dan jelaskan
hukum dalam Islam

a) Fermentation

Penapaian merupakan satu proses yang melibatkan penukaran bentuk bahan makanan
yang melibatkan mikroorganisma. Ia biasanya melibatkan penukaran glukosa kepada
alkohol dengan menggunakan yis sebagai agen penapaian.

b) Genetically Modified Food

Ia merujuk kepada tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang telah terubah suai
daripada aspek kandungan DNA yang mana ciri-ciri unik yang dikehendaki diaplikasikan
bagi tujuan menambah baik kualiti produk akhir dalam makanan. Di negara-negara maju,
kebanyakan produk makanan yang dimakan adalah GMF secara keseluruhannya atau hanya
sebahagian bahan mentahnya terdiri daripada komponen terubah suai genetik. Dalam
menghasilkan produk terubah suai genetik, beberapa komponen utama perlu diberi
perhatian. Seperti, Maklumat genetik yang ingin dipindahkan, sasaran spesis yang
menerima bahan genetic dan ‘pengangkutan’ yang digunakan bagi pemindahan maklumat
genetic. Isu yang sering dibangkitkan adalah sejauh mana pengguna mampu memperoleh
makanan terubah suai genetik yang halal kerana ada antara bahan yang digunakan
diperoleh daripada sumber yang tidak halal seperti babi atau haiwan yang tidak diketahui
status halalnya. Islam telah menggariskan ciri-ciri utama dalam pemilihan produk makanan
iaitu HALAL dan BAIK seperti mana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran bagi
menjamin kesihatan dan kemaslahatan ummah. Umum mengetahui bahawa makanan yang
halal adalah baik dimakan namun makanan yang baik tidak semestinya halal untuk
dimakan. Intipati utama daripada keputusan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan berkenaan dengan makanan terubah suai genetik adalah :
1. Apa-apa sahaja sumber genetik yang diperoleh daripada sumber babi adalah haram.
2. Penggunaan sumber genetik yang haram dan boleh memudaratkan manusia serta memberikan
kesan negatif kepada alam sekitar adalah tidak dibenarkan.
3. Sumber yang diperoleh daripada haiwan yang halal dimakan dan disembelih dengan mengikut
syarak adalah dibenarkan.
4. Sumber bakteria terubah suai genetik yang digunakan dalam penghasilan MSG diperoleh
daripada usus orang dewasa dibenarkan kerana ia telah melalui proses pengasingan dan
penyucian serta tidak menyalahi hukum syarak.

c) Cloning
Ia adalah perkataan yang cenderung untuk menimbulkan ketidakselesaan kerana
tidak ada yang benar-benar mahu makan makanan "diklon". Namun
demikian pembiakan aseksual adalah strategi teras untuk banyak tumbuhan di alam,
dan petani telah menggunakannya selama berabad-abad untuk menyempurnakan
tanaman mereka. Sebaik sahaja tumbuhan dengan ciri-ciri wajar didapati seperti
contoh pisang yang sangat lazat dan tahan lama. Contohnya pengklonan
membolehkan kita menanam replika serupa. Ini boleh menjadi semulajadi dengan
pemotongan atau pelari, atau secara buatan disebabkan oleh hormon tumbuhan.
Pisang tempatan telah lama kehilangan benih yang membolehkan nenek moyang
mereka dibiakkan semula dan jika anda makan pisang hari ini, anda makan klon.

You might also like