You are on page 1of 3
4. _ Bagi tujuan itu, BKK dengan kerjasama BPM membuka sistem aplikasi PAJSK-SPS-APDM secara dalam talian melalui alamat url seperti berikut https://pajsk.moe.qov.my/index php mulai 19 Oktober hingga 07 Disember 2045. Bagi sistem luar talian pula, bahan ini boleh diperoleh daripada Portal BKK (www.moe.gov.my/v/bkk). Justeru itu, pihak pentadbir sekolah hendaklah bertanggungjawab bagi menentukan keputusan, keesahan dan kebolehpercayaan pelaporan markah PAJSK. 5. Pihak sekolah diminta mengambil kira perkara-perkara berikut untuk melaksanakan tugasan ini 5.1 Pengisian Markah PAJSK melibatkan semua murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 pada tahun 2015 sahaja. 5.2 Tempoh kiran markah diambikira mulai 01 Januari hingga 31 Oktober tahun 2015, 5.3 Bagi kiraan markah kokurikulum dan sukan, jumlah markah yang dikira adalah Himpunan Markah (Cummulative Grade Point Average) bagi dua tahun (2014 dan 2015) 5.4 Markah hendaklah dikira dan dihantar pada atau sebelum 7 Disember 2015 5.5 Sj Pelaporan PAJSK (Sijil Pelaporan Kokurikulum/Sukan dan SEGAK) hendaklah dicetak dan diserahkan kepada semua murid Tingkatan 1, 2 dan 4 apabila semua kerja-kerja pengisian data telah siap dilaksanakan. Bagi calon PT3, Sijil Pelaporan PAJSK hanya akan diserahkan pada 14 Disember 2015. 5.6 — Bersama-sama ini juga disertakan 5.6.1. Garis Panduan Pengurusan Pengisian Data PAJSK-SPS-APDM seperti di Lampiran 1; dan 5.6.2 Maklumat tambahan pemberian markah PAJSK, seperti di Lampiran 2. Hasil kutipan data tersebut akan disimpan untuk pemverifikasian bagi tujuan keperluan pihak-pihak berkaitan yang memerlukannya 6. _ PAJSK merupakan satu daripada empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang periu dilaksanakan untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum - Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh yang demikian, mohon kerjasama tuan untuk mengambil tindakan sewajamya memaklumkan kepada pegawai, Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah yang bertanggungjawab di bawah pentadbiran tuan berkenaan kandungan surat siaran daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (XPM), KPMSP. 100-1 1/2/93 (9) yang dilampirkan. 7. __ Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan perkara tersebut, sila hubungi pegawai di jabatan ini, Encik Muhammad Zulkifli bin Din di talian 05-501 5149, Encik Nor Haslan bin Nor Zaman di talian 05-501 5152 atau Puan Nur’ainsham binti Abu Bakar di talian 05-501 5155 / 013-5188 300. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PERPADUAN MELALU! KOKURIKULUM” Saya yang menurut perintah, (HAJI WAZI MUSTAFA, AMP.) Ketua Sekt6r Sektor Pembangunan Kemanusiaan b.p. Pengarah Pendidikan Negeri Perak. sk. 1, Pengarah Pendidikan Negeri Perak. 2. Ketua Sektor Pengurusan Akademik. 3. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah 4, Ketua Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan 5. Ketua Sektor Pendidikan Islam 6. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. 7. Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, 8. Ketua Unit Kokurikulum. 9. Ketua Unit Sukan. 10. Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri

You might also like