You are on page 1of 3

Assalamualaikum..

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan segala alam, selawat dan salam ke
atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabatnya,
Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah
kurnianya kita masih lagi diberi peluang meneruskan tugas sebagai hamba
Allah untuk melaksanakan amalan kebaikan di muka bumi ini. Semoga
dengan apa yang dilaksanakan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini akan
mendapat keberkatan dan keredaanNya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Panitia Pendidikan Islam mengadakan


satu Program untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang
dinamakan Program Ihya Ramadhan. Program Ihya’ Ramadhan yang
membawa maksud “menghidupkan Ramadhan” yang akan berlangsung
sepanjang bulan Ramadhan, Objektifnya adalah untuk menggalakkan
warga SK Bandar Endau supaya merebut peluang untuk
mempertingkatkan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan secara
konsisten (Istiqamah) dan berdisiplin.

Seperti mana yang kita sudah ketahui, bulan Ramadhan merupakan satu
bulan yang mulia berbanding dengan bulan-bulan yang lain dengan
beberapa kelebihan dan keistimewaan. Selain itu, bulan Ramadhan juga
dinamakan Al-Mubarak yang bermaksud bulan yang penuh dengan
keberkatan di mana semua umat Islam diberi peluang untuk melipat
gandakan pahala dengan menunaikan amalan-amalan wajib dan sunat
yang sangat digalakkan melakukannya pada bulan Ramadhan ini.
Antara amalan yang wajib dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini adalah
berpuasa dan membayar zakat fitrah dan antara amalan sunat yang sangat
digalakkan untuk melakukannya ialah solat Trawith, bertadarus / membaca
Al-Quran, bersedekah, qiamullail, beriktikaf, memperbanyakkan berdoa,
berzikir dan beristigfar. Sepanjang bulan puasa juga kita disarankan untuk
menjaga lidah, mengurangkan kata-kata dan menjauhi sifat dusta. Sabda
Rasulullah SAW: Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mula
berpuasa maka janganlah dia melakukan Perkara-perkara yang
membangkitkan nafsu dan janganlah dia bergaduh, sekiranya seseorang
mencaci atau memusuhinya maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya
aku berpuasa! Sesunggungnya aku berpuasa!

Sejajar dengan itu semua warga SK Bandar Endau khususnya semua guru
dan pelajar adalah dialu-alukan untuk menyertai beberapa aktiviti yang
telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sepanjang bulan Ramadhan
ini .

Walaupun pada waktu siang kita berpuasa dan masa kita diisi dengan
belajar, bekerja dan malamnya diisi dengan pelbagai amalan sunat seperti
solat sunat terawith, para pelajar diingatkan supaya mengekalkan prestasi
pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Jangan jadikan alas
an berpuasa untuk membolehkan para pelajar tidur dan tidak focus semasa

PDpC serta aktiviti harian lain biasa dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
Nabi Muhammad S.A.W menyebut tiga doa yang tidak ditolak antaranya
ialah orang yang berpuasa sehingga dia berbuka. [ HR:At-Tirmizi]
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan penghargaan dan
terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya
menganjurkan majlis pelancaran Program Ihya Ramadhan pada kali ini dan
semoga kita berjumpa di lain masa. Saya mengucapkan selama
meneruskan ibadah puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga segala
amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan yang
mulia ini akan diterima dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Dengan lafaz Bismillah….. saya merasmikan Program Ihya Ramadhan


tahun 2022.

Sekian, Wabillah…

You might also like