You are on page 1of 6

Doa Untuk Syida

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya engkau lah maha pengampun, maha


penyayang dan maha memakbulkan doa. Aku berdoa kepadamu ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa anakku Rasyidah Inani, Menantuku Muhamad
Hafiq, kau berikanlah ketenangan hati, kelapangan fikiran dan kebahagiaan
rumah tangga kepada mereka. Kau terimalah segala ibadah mereka,
tetapkan hati mereka kepada pemiliknya.
Ya Allah ya tuhanku, kau cukupkanlah rezeki dan gaji mereka, kau
bebaskan mereka daripada hutang sebelum umur 35, kau berikanlah
mereka gaji dan rezeki yang berkat serta mencukupi, kau izinkanlah
mereka menjejakkan kaki ke Tanah Haram, menunaikan umrah dan haji
sebelum umur 40. Kau izinkanlah mereka menjadi tetamuMu ya Allah.
Sesungguhnya engkaulah maha memakbulkan doa.
Kau sihatkan tubuh badan mereka, kau dekatkan hati mereka berdua
dengan alquran, kau berikan mereka dorongan dan hidayah untuk
mendekati, mendalami agamaMU.
Ya Allah ya maha berkuasa, aku memohon kepadaMu ya Allah kau
berikanlah hidayah kepada anakku Rasyidah Inani dan muhamad hafiq
untuk menutup aurat, sentiasa solat di awal waktu,mengerjakan solat
sunat, solat berjemaah, membetulkan bacaan, membaca alquran setiap
hari dan takut jika meninggalkan alquran, takut akan dosa dan maksiat,
membaca alquran setiap hari serta kau buka kan hati mereka untuk
sentiasa menghadiri majlis ilmu dalam usaha mendekatkan diri denganMu
ya Allah.
Ya Allah Ya tuhan kami,
Aku memohon dan merintih kepadaMu ya Allah, jadikan Rasyidah Inani
Binti Kamaruddin dan Muhamad Hafiq pasangan yang bahagia, saling
melengkapi, sihat tubuh badan, dikurniakan perasaan sabar dalam
menghadapi ujian Mu ya Allah, jadikan mereka ummi dan ayah yang sabar
melayani kerenah anak-anak, jadikanlah mereka pasangan yang sentiasa
ingat-mengingati, sentiasa tolong menolong antara satu sama lain, saling
menjaga antara satu sama lain ketika sakit, sentiasa menghargai dan
mencintai antara satu sama lain. Kau jadikan mereka ikhlas dan redha
dengan kelemahan dan kelebihan antara satu sama lain.
Ya Allah ya tuhanku, aku merayu kepada mu ya Allah kau jadikan rasyidah
inani dan muhamad hafiq seorang guru yang cemerlang, yang
bersemangat untuk bekerja setiap hari, yang berfikiran positif, yang
menjadikan setiap cabaran itu merupakan pengalaman, yang disenangi
oleh semua majikan dan rakan sekerja. Kau jadikan mereka guru yang
ikhlas beribadah, yang menyahut setiap tugasan dan cabaran berkerja,
yang bersabar mendidik nak murid, yang penuhikan lah ilmu di dada
mereka untuk mereka berbakti menyebarkan ilmu, serta berniat semata-
mata untukMu ya Allah bukan sebab pujian manusia. Jauhkanlah mereka
daripada perasaan riak, takabur dan ujub. Kau lapangkan minda mereka
supaya sentiasa belajar benda baharu.
Ya Allah ya tuhanku, aku merayu dan memohon kepadaMu ya Allah, kau
kurangkan nafsu makan Rasyidah Inani. Kau berikanlah dia kesihatan yang
baik, kau jadikan nafsu makan anakku sederhana dan menjauhi makanan
yang mendatang mudarat. Kau berikanlah rasyidah inani hati yang ikhlas
dan kerajinan dan kesabaran untuk memasak makanan yang sihat untuk
keluarganya Kau peliharalah kesihatannya ya Allah.
Ya Allah ya tuhanku, kau jadikanlah Afi Shaheen dan Ilhan Wajdi seorang
hambaMu yang mendirikan solat, menghormati ibu bapa dan orang lain,
makan apa sahaja yang sihat, sihat tubuh badannya, jauhkan mereka
daripada musibah dan bahaya. Jadikanlah mereka berdua hambaMu yang
soleh dan saling menyayangi antara satu sama lain. Jadikan mereka
berdua hambaMu yang mencintai ilmu, boleh menerima teguran untuk
kebaikan dan menjadikan AL-quran sebagai pegangan dan Rasullullah
sebagai ikutan.
Ya Allah ya tuhanku, kau peliharalah keluarga kamaruddin ramli dan
Fatimah harun, supaya menjadi keluarga yang erat, saling menyayangi,
saling hormat menghormati, tolong menolong, silaturrahim yang erat,
dijauhi buruk saling, dengki mendengki, dan sentiasa berbuat pahala dan
kebaikan sesame manusia. Jadikan mereka anak-anak yang sentiasa
mengingati mati, mendoakan ibu bapa, erat ukhuwahnya dan sentiasa
melakukan suruhanMu. Amin ya Rabbal Alamin.
Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah menantu Muhamad Hafiq bin Az Aziz
seorang suami dan anak yang bertanggungjawab, menyayangi isterinya,
mempunyai kesabaran yang tinggi, seorang hambaMu yang mengejar
syurgaMu, mencintai ilmu agama, sihat tubuh badan dan sentiasa
memelihara keluargaNya. Kau ampunilah dosa Ibu Mertuaku, Jemilah bt
Busu, sihatkanlah tubuh badannya, bagilah beliau kesabaran dan
kesihatan tubuh badan untuk menjaga cucunya. Lembutkan hatinya dan
tenang dan gembiranya hatinya Ya Allah. Berikanlah beliau rezeki
melimpah ruah kerana jasanya kepada anakku ya Allah.

Doa Untuk Farhana Tamyes


Semoga kehidupan nur farhana dan misnadi fikri menjadi lebih baik,
dipermudahkan segala urusan, segala kesulitan diganti dgn kesenangan.
Semoga kami, ibu bapa, ibu bapa mertua serta adik beradik diampunkan
segala dosa dijauhkan dari azab api neraka dipanjangkan umur serta
diberikan kesihatan yang baik. YaAllah yg maha pengasih murahkan rezeki
nur farhana, misnadi fikri, ayna faheema, amanda sofia, siti jamariah, adik
beradik dgn rezeki yg melimpah seperti air yang mengalir tanpa henti
rezeki yang halal

Semoga Allah kurniakan nur farhana binti ahmad tamyes dan misnadi fikri
abdul rashid seorang anak lelaki yang sihat, sempurna sifat, berakal, anak
soleh.

Jadikan amanda sofia dan ayna faheema anak berjaya dunia akhirat, anak
solehah, bijak, tinggi budi pekerti, beradab tinggi, terang hati mudah
menerima segala ilmu dunia akhirat, rajin beribadah kepada mu ya Allah
Doa untuk kawan kawan.
Ya Allah ya tuhanku, aku ingin berdoa dan meminta kepadaMu ya Allah,
jika kehadiran zuriat boleh menegakkan agamaMu, meramaikan umatMu,
mendatangkan kebaikan untuk hambaMu, mengeratkan silaturrahim
sesame pasangan suami isteri, kau kurniakan rezeki zuriat yang sihat
sempurna, kepada
Nor Ainnatus Solehah Binti Sujak dan pasangannya Hamdan Bin
Mohamad Sam
Nur Farahin Asilah Bt Mohd Jamsari dan pasangannya Muhammad
Hidayah Bin Razal,
Nurul Azieah Binti Amran dan pasangannya Ahmad Fakhrurazi Bin
Mohamad,
Nurul Izati Bt A Rahman dan Muhammad Raihan Abd Samad
Muhammad Akram bin Ahmad Zabili dan Su’aidah Binti Zaiyan,
Muhd Ariff Bin Sambul Ariffin dan Nur Hidayu Binti Zainudin,
Noor Faeizah Binti Ismail dan pasangan Salman Bin Mohamad Khairuddin,
Muhammad Iqbal Bin Jamaluddin dan pasangannya Nur ‘Izzah Binti
Ja’aiman.
Nur Aslinawani Binti Salim dan pasangannya Mohd Khuzaimi Bin Kassim,
Noor Shafiqa Binti Zainal dan pasangannya Mohammad Harris Bin Ismail
Harris
Dzieda Binti Muhamad Parid dan pasangannya Syed Fuad Bin Syed Putra,
Nurul Ain bt Mohd Salleh dan pasangannya Nurul Afizi Bin Zainudin
Nurul Atikah Adilah dan pasangannya
Atiqah Liyana Binti Salleh dan pasangannya Saifulnazmi Bin Shamsuddin
Nursyafika Binti Zulkifli dan pasangannya Mohd Azrin bin Samudi,
Shakirah Bt Ab Aziz dan Faizal Iman Bin Jamaluddin.
Muhammad Hafis Bin Abd Manap dan pasangannya Noorasyikin Binti
Sulaiman.
Raja Anis Ashiqin Bt Raja Azlan Shah dan pasangannya Muhammad Arif
Bin Raduan.
Nurul Nadia Bt Rosman dan pasangannya Mohamad Nashrol Bin Wahab,
Faizni Farah Fazlyana Bt Faizul dan pasangannya Muhammad Nasrol Bin
Jamal,
Siti Norhashimah Binti Ramli dan pasangannya Shahrezam Bin Abdul
Wahab,
Umi Fahmiah Bt Kamruddin dan suami, Syed Mohd Azrul Firdaus.
Dan yang terakhir, Nur Nadia Atiqah Bt Ishak dan suaminya Muhammad
Zulhusni bin Mohd Mokhtar
Ya Allah ya tuhanku, jika perkahwinan boleh mendatangkan manfaat,
mendatangkan kebahagiaan dan kebaikan untuk umat dan agamaMu, kau
kurniakanlah jodoh yang baik, beriman, membimbing pasangan menuju
syurgaMu, kepada
Nurul Atikah Nazurah Binti Mohamed Jailani
Nor Ziela Bt Abdullah
Nurul Hasanah Binti Mohd Sajudin
Shahirah Binti Abd Aziz

Ya Allah ya tuhanku, aku memohon keampunan dan kuasamMu, kau


sembuhkanlah penyakit kanser Hamdan Bin Mohammad Sam dan Amsyar
Zahin. Kau permudahkan urusan mereka, tabahkan hati mereka ya Allah.
Kau sembuhkanlah penyakit Shakirah Bt Ab Aziz.
Ya Allah ya tuhanku, kau permudahlan urusan Dzieda meghabiskan ijazah
kedoktoran dan murahkan rezeki dia mendapat pekerjaan untuk
keluarganya.
Ya Allah ya tuhanku, semoga calon-calon SPM Pendidikan Seni Visual
SMK Seri Raub mendapat keputusan yang cemerlang dan boleh menjawab
peperiksaan dengan tenang. Kau lembutkan hati pemeriksaan dan
tenangkanlah hati mereka ketika menanda kertas, kau berikanlah
kebolehan yang baik untuk Umie Hafizah, Baini Noraisyah, Quriena
Insyirah dan Saidatul asiah dalam menjawab peperiksaan.

Sesungguhnya kepada engkau aku meminta pertolongan, kepada


engkaulah aku merayu dan kepada engkaulah doaku akan dimakbulkan.
Amin Ya rabbal Alamin

You might also like