You are on page 1of 10

NOVEL DARAH

TITIK DI
SEMANTAN
-LATAR-
BAHASA MELAYU TINGKATAN 2
LATAR
Latar ialah keterangan tentang keadaan masyarakat,
tempat, dan masa terjadinya sesuatu peristiwa yang
terdapat dalam sesuatu cerita. Latar terbahagi kepada
tiga, iaitu :

A. LATAR MASYARAKAT
B. LATAR TEMPAT
C. LATAR MASA
LATAR MASYARAKAT

Latar masyarakat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan,


suasana, aksi, cara hidup, amalan, agama, pekerjaan, dan pemikiran
masyarakat yang berada di sesuatu tempat dalam cerita. Binatang juga
termasuk dalam latar masyarakat.
LATAR MASYARAKAT
1) Masyarakat golongan penjajah Inggeris
Contoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang,seperti Rodger,Clifford dan
Syres.

2) Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.


Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-
nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris.

3)Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris


Contoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris.

4) Masyarakat yang mementingkan agama


Contoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama.

5) Masyarakat yang mengenang jasa


Contoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas
LATAR TEMPAT

Latar tempat ialah semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana,


peristiwa, ciri-ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam cerita.
LATAR TEMPAT
1) Lubuk Terua
Contoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua.

2)Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat.

3)Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang
menghadap Sultan Johor.

4)Rumah Pasung Temerloh


Contoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung.

5)Kubu
Contoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang Inggeris.
LATAR MASA

Latar masa ialah semua jenis keterangan tentang masa sesuatu


peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita. Masa itu meliputi aspek
saat, ketika, waktu, jam, zaman, musim, ataupun era.
LATAR MASA
1) Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.

2) Pada waktu pagi


Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.

3)Pada waktu tengah hari


Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar.

4)Selepas waktu maghrib


Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat maghrib.

5)Musim ikan temberlian bertelur


Contoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan
musim ikam tembelian bertelur.

6) Zaman pemerintahan Inggeris


Contoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil oleh Inggeris.
TUGASAN

v BACA NOTA YANG DIBERIKAN. KEMUDIAN,


SALIN NOTA TERSEBUT DALAM BUKU NOTA
KOMSAS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN.

v JAWAB LATIHAN YANG DIBERIKAN.


Isi jawapan yang sesuai.

Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut beserta dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 2 ialah NovelDarah Titik Di


Semantan karya Arman Sani. Terdapat beberapa latar masyarakat dalam novel ini.
Antaranya ialah masyarakat golongan penjajah Inggeris. Sebagai contoh,
masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang,seperti Rodger,Clifford dan
Syres.
Selain itu,masyarakat yang mementingkan agama.Sebagai contoh,
__________________________________________.
Akhir sekali, ___________________________________. Sebagai contoh,
_____________________________________-.

You might also like