You are on page 1of 9

LIA3022

UNDANG -UNDANG KETERANGAN ISLAM

PEPERIKSAAN AKHIR 2021/2022

MUHAMMAD SYADAD BIN NOR AZMAN


17204109/1
Soalan 1
(a)
Di dalam Undang-undang Keterangan Islam, Syahadah merupakan satu aspek keterangan
yang amat penting dalam sesebuah mahkamah syariah. Dari segi bahasa ia bermaksud
penerangan, pengetahuan, penyaksian atau khabar lama. Di dalam mahkamah, syahadah
merupakan satu pemberitahuan yang benar dan pasti. Ia merupakan pemberitahuan tentang
sesuatu hak ataupun kepentingan bagi orang lain ke atas orang lain sama ada pada hak Allah atau
hak manusia. Ia bukan anggakan, andaian ataupun kesimpulan dan merupakan satu kepastian.

Syahadah ‘ala Syahadah merupakan satu kecualian di dalam kaedah asal syahadah. Di
mana ia bermaksud kesaksian atas kesaksian di mana Imam Maliki mendefinasikan sebagai
Syahadah yang dipindahkan. Syahadah ‘ala Syahadah berbeza daripada kaedah asal syahadah
yang asal di mana seorang saksi perlu melihat sendiri sesuatu kejadian di mana Hadis Rasulullah
SAW, di mana beliau bersabda “Jika kamu melihatnya seperti kamu melihat matahari, maka naik
saksilah. Jika tidak maka tinggalkanya.” Alasan utama kerana perlu penggunaan Syahadah ‘ala
Syahadah adalah apabila saksi asal tidak dapat hadir atas alasan yang dibenarkan oleh syara’ dan
diharuskan atas prinsip istihsan.

Di dalam penggunaan Syahadah ‘ala Syahadah, juris islam mempunyai banyak pendapat
mereka tetapi di dalam kes Ta’zir, juris telah bersependapat di mana Syahadah ‘ala Syahadah
adalah harus digunakan. Pada pendapat Imam Malik, Syahadah ‘ala Syahadah adalah diharuskan
dalam semua kes termasuk hudud dan qisas. Beliau berpendapat jika semua kes boleh disabitkan
dengan saksi asal, maka ia boleh juga meggunakan saksi ganti. Beliau juga berpendapat di mana
kesaksian ganti seperti kesaksian penterjemah boleh digunakan untuk semua kes dan termasuk
dalam kaedah fiqh “perkataan penterjemah diterima”. Abu Hanifah pula beliau berpendapat di
mana Syahadah ‘ala Syahadah hanya boleh digunakan di dalam kes selain kes Hudud dan
Qisasaaas. Ini kerana ia termasuk di dalam hadis Rasulullah di mana ia lebih baik untuk menutup
keslahan hudud. Syahadah’ala Syahadah boleh digunakan di dalam kes mal kerana ia
mempunyai keperluan dan diharuskan berdasarkan prinsip istihsan. Imam Syafie pula
berpendapat sama di mana beliau mengatakan Syahadah’ala Syahadah hanya boleh digunakan di
dalam kes mal sahaja kerana beliau melihat ia perlu digunakan kerana kes mal merangkumi
kepentingan manusia.
Pada pendapat saya, saya setuju dengan pendapat Abu Hanifah dan Imam Syafie di mana
penggunaan Syahadah’ala Syahadah patut digunakan hanya pada kes mal kerana ia melibatkan
hak manusia. Kegunaan ini perlu kerana syahadah’ala syahadah adalah pengganti kepada jika
seseorang saksi tidak mampu untuk bergerak atau sudah uzur untuk diberi peluang untuk
megemukakan apa yang disaksi mereka. Ia juga merupakan alternatif lain untuk orang bisu di
mana seorang penterjemah diperlukan untuk mengemukakan apa yuang ingin diberitahu oleh
mereka. Untuk kegunaan hudud atau qisas, saya kurang bersetuju kerana ada kemungkinan
maklumat yang akan disampaikan oleh saksi ganti salah atau kekurangan maklumat yang boleh
meyebabkan seseorang dihukum mati bagi kes qisas atau dikenakan hudud dan disebabkan ada
elemen keraguan tersebut, saksi ganti tidak seharusnya digunakan.

(b)

Isu utama ialah jika Ali boleh menuntut basikal ynag telah diambil oleh keluarga Ahmad
meggunakan saksi serta resit bayaran tayar yang diberikannya.

Di dalam sumpah atau Al-Yameen, ia bermaksud dari segi Bahasa sumpah atau
mengambil sumpah dengan tangan kanan atau dari segi istilah, suatu perkara yang disertakan
dengan nama Allah, digunakan untuk menyatakan kesungguhan terhadap sesuatu perkara yang
tidak sabit tanpa sumpah. Lafaz sumpah tersebut mestilah menggunakan nama -nama allah dan
juris bersepakat di mana wajib guna nama allah di mana di dalama hadis Rasulullah SAW
bersabda : “sesungguhnya Allah menegah kamu dari bersumpah dengan nama datuk nenek
kamu, tetapi sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah dengan nama Allah”. Kaedah
Fiqh yang paling berkait rapat dengan sumpah ialah “keterangan ke atas pihak yang menuntut
dan suumpah ke atas orang yang menafikan” di mana orang yang ingin mendakwa harus
mendatangkan bukti dan orang yang menafikan perlu bersumpah. Jenis-jenis sumpah termasuk
sumpah pihak yang kena tuntut atau al-Mudda’a’alaih di mana supah asal iaitu Yamin al-Asliyah
merupakan satu sumpah penafian yang dibuat oleh perintah hakim untuk menafikan tuntutan
pihak yang menuntut, selepas pihak yang dituntut bersumpah maka tuntutan pihak yang
menuntut perlu ditolak. Jenis sumpah seterusnya ialah sumpah yang menuntut atau al-Mudda’ii
di mana ia bermaksud sumpah yang dipindahkan termasuk untuk menolak tomahan atau untuk
mesabitkan haka tau kepentingan. Bagi sumpah yang dikembailikan, ia adalah untuk mesabitkan
hak di mana pihak yang menuntut hanya ada seorang saksi dan pihak kena tuduh enggan
bersumpah termasuk sumpah Jalibah di mana pihak yang menuntut bersama keterangan seorang
saksi bagi mensabitkan tuntutannya.\

Di dalam kes ini, Ahmad telah meminjam basikal Ali setiap hari dan telah menyebabkan
berlaku satu qarinah yang basikal itu merupakan milikan Ahmad dan bukan Ali oleh rakan rakan
lain. Hanya Hassan sahaja yang mengetahui perkara tersebut di mana beliau merupakan rakan
serumah Ahmad. Ahmad telah meninggal dunia dan Ali ingin menuntut semula basikalnya di
mana keluarga Ahmad enggan memberi basikal tersebut. Dalam situasi ini Ali telah membawa
Hassan dan juga resit pembelian dua basikal tersebut untuk digunakan di dalam mahkamah. Di
dalam situasi ini, Ali boleh membuat tuntutan di dalam mahkamah dengan sumpah, kaedah fiqh
yang boleh digunakan ialah keterangan di atas pihak yang menuntut dan sumpah di atas pihak
yang menafikan untuk mendapatkan tuntutan beliau di mahkamah. Ini kerana basikal tersebut
bukanlah milik Ahmad dan keluarga mereka tiada hak untuk menyimpan brang tersebut maka
keterangan Ali hendaklah berdasarkan perkara tersebut. Disebabkan Ahmad telah meninggal
dunia, sumpah al-Asliyah ataupun sumpah asal tidak dapat digunakan dan sumpah itu boleh
dipindahkan kepada Ali di mana beliau boleh mengangkat sumpah Jalibah di mana sumpah
tersebut boleh digunakan untuk mensabitkan hak Ali atas basikal tersebut bersama satu saksi
iaitu Hassan untuk mensabitkan tuntutannya. Tuntutan tersebut boleh dikuatkan lagi dengan
catatan resit pembelian tayar basikal di mana kaedah fiqh “tulisan itu adalah seumpama
perkataan” dan “ikrar melalui tulisan sama seperti ikrar melalui perkataan” dapat digunakan .

Konklusinya, Ali boleh membuat tuntutan ke atas basikal tersebut ke atas keluarga
Ahmad di mana dia boleh menggunakan sumpah yang dikembalikan kerana Ahmad yang telah
meminjam basikal tersebut telah meninggal dengan menggunakan sumpah jalibah yang boleh
digunakan berserta dengan satu saksi sahaja. Selain itu resit pembelian tayar juga boleh dijadikan
satu catatan yang relevan untuk memperkuatkan lagi tuntutan beliau terhadap keluarga Ahmad.
Soalan 2

(a)(i)

Kaedah Fiqh merupakan satu kaedah perundangan yang menyediakan hukum asas atau
umum dan secara menyeluruh. Tujuan kaedag fiqh adalah untuk membantu menyelesaikan
masalah di mana ia tidak ada secara spesifik otoriti di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah
SAW. Ia juga digunakan unttuk keperluan yang bercambah dan juga bertambah mengikut
keperluan zaman dan masa.

Di dalam situasi pertama ini, Rosli dan Rosni telah berkahwin sejak 2018 dan telah
tinggal bersama di rumah yang telah dibeli oleh Rosli tetapi semenjak akhir tahun 2020, Rosni
tidak tinggal lagi bersama Rosli dan telah Kembali tinggal di rumah ibu bapanya.

Untuk melihat status perkahwinan mereka, kaedah fiqh yang paling relevan yang boleh
digunakan ialah sesuatu yang telah sabit wujudnya pada suatu masa dihukumkan
berkekalan wujudnya sehingga dibuktikan sebaliknya dan juga pada asalnya sesuatu itu
berkekalan kedudukannya seperti pada masa lalu dua-dua kaedah fiqh ini boleh dikatakan
sama di mana jika di tuntut, beban untuk membuktikan jatuh kepada siapa yang mendakwa di
mana jika sepasang suami isteri dilihat telah tinggal bersama pada waktu dahulu tetapi tidak dan
tinggal berasingan sekarang, perkahwinan mereka hendaklah dianggap berterusan sehingga
dibuktikan sebaliknya.

Yang telah wujudnya atau perkara asal tersebut adalah perkahwinan tersebut. Mengikut
kaedah ini, status perkahwinan antara Rosli dan Rosni adalah masih sah melainkan ada bukti
yang menunjukkan mereka berdua sudah bercerai.

(ii)

Dalam situasi ke dua, Din ingin menuntut hutang beliau daripada zaki dan telah
membawa Adam sebagai saksi serta catatan di dalam buku hariannya sebagai bukti hutang
tersebut.

Isu tuntutan Din ke atas Zali boleh menggunakan kaedah fiqh keterangan bertujuan
untuk mesabitkan sesuatu yang bertentangan dengan yang zahir dan sumpah untuk
megekalkan yang asal di mana di dalam kes mal sesiapa yang membuat tuntutan hendaklah
mengemukakn bukti yang boleh menolak keadaan yang zahir di mana yang dituntut boleh
menafikan dengan mengunakan sumpah al-Yamin.

Di dalam kes ini perkara yang zahir ialah kebebasan dari berhutang di mana seorang
manusia adalah bebas dari segala beban. Beban di dalam konteks ini adalah hutang di mana ia
merupakan satu perkara yang bukan zahir pada awalnya. Di sini Din boleh mengemukakan
keterangan dalam bentuk syahadah atau kesaksian daripada Adam di mana beliau merupakan
seorang saksi bagi perjanjian hutang tersebut, tetapi jika kesaksian tersebut adalah lemah, Zali
boleh bersumpah untuk menafikan tuntutan tersebut.

Selain itu, kaedah fiqh lain yang boleh digunakan ialah tulisan sama seperti perkataan
di mana tulisan atau dokumen boleh digunakan sebagai bukti. Kedudukan tulisan ini boleh
dikatakan sama seperti perkataan atau percakapan. Tulisan di dalam undang-undang keterangan
islam diterima untuk dijadikan bukti sama seperti percakapan.

Di dalam kes ini, Din telah membawa catatan buku hariannya sebagai bukti untuk hutang
tersebut. Mengikut kaedah fiqh di atas, catatan yang telah di bawa oleh Zin boleh juga digunakan
sebagai bukti kerana catatan tersebut adalah sama seperti percakapan atau perkataan. Din boleh
menuntut hutang tersebut mengikut kaedah fiqh tersebut.

(b)

Isu utama ialah jika Hakim Zaki mempunyai otoriti untuk melaksanakan wasiat Jamal
menggunakan kuasanya sebagai seorang hakim.

Al-Ilmu al-Kadi bermaksud pengetahuan khas hakim di mana ia merupakan satu


maklumat khas yang diketahui oleh hakim sebagai seorang hakim atau sebagai seorang rakyat
biasa atau apabila dia di luar mahkamah di mana dia terdengar atau menjadi saksi satu kejadian
di hadapan matanya. Hakim boleh memperoleh maklumat samada beliau di dalam mahkamah,
semasa perbicaraan atau di luar perbicaraan. Di dalam situasi luar perbicaraan, situasi boleh
berlaku di mana ia berlaku selepas lantikan hakim tetapi di luar mahkamah atau sebelum lantikan
menjadi hakim. Di situasi di mana seseorang itu telahpun di lantik menjadi seorang hakim tetapi
beliau berada di luar mahkamah, di mana hakim tersebut telah mendengar seorang suami
memberi lafaz talak kepada isteri atau di mana seseorang menghampir hakim di luar mahkamah
untuk membincangkan hal hal rumahtangga atau harta wasiat, Zahiri berpendapat bahawa wajib
bagi hakim menghukum berdasarkan pengetahuan khasnya sebelum atau selepas pelantikan di
dalam semua kes termasuk mal ataupun jenayah. Alasan Zahiri adalah kerana pengetahuan khas
seorang hakim adalah lebih kuat berbanding kesaksian saksi. Jika adanya 2 saksi, kemungkinan
berlaku kesilapan jika saksi berbohong dan jika seorang hakim melihat sendiri kejadian tersebut,
maka tiada ruang untuk perkara tersebut menjadi salah. Zahiri mengemukakan ayat al-Quran di
surah al-Maaidah ayat 135 di mana “…hendaklah kamu menegakkan keadilan lagi menjadi saksi
kerana Allah” di mana seorang hakim boelh menjadi saksi untuk menegakkan keadilan. Mazhab
Syafie pulak menerima kesaksian hakim sama seperti Zahiri mengikut hadis Rasulullah SAW di
mana beliau bersabda “Janganlah terhalang seseorang pun dari kamu untuk berkata benar dengan
apa-apa yang dilihat, diketahui serta didengar kerana kehebatan manusia” mazhab syafie juga
menggunakan alasan aqal di mana jika harus hakim menghukum dengan adanya dua saksi,
tentulah lebih utama dia menghukum dengan pengetahuan sendiri. Mazhab Hanafi juga bersetuju
di mana di dalam hak manusia, harus bagi seorang hakim untuk menjadi saksi jika pengetahuan
khas itu diperolehi selepas dilantik menjadi hakim.

Catatan pula ialah satu kaedah di mana kaedah figh yang termasuk tulisan itu seumpama
satu perkataan. Ia termasuk tulisan pemerintah, hakim atau orang biasa sama ada kertas rasmi
atau tidak. Pendapat juris termasuk boleh dan tidak boleh, catatan boleh digunakan untuk kes
kepentingan manusia atau kes mal yang boleh digunakan dalam semua kes kecuali kes hudud
dan qisas. Dalil penggunaan catatan termasuk di dalam surah al-baqarah ayat 282 di mana Allaw
SWT telah bersabda “Wahai orang yang beriman, apabila kamu menjalankan urusan dengan
hutang (yang bertempoh) hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya
dengan adil (benar)…” pendapat ibn qaiyim ialah asas penerimaan catatan sebagai keterangan
adalah qarinah, jika kuat hendaklah diterima, dan jika tidak perlu ditolak.

Di dalam situasi ini, Jamal yang telah disahkan menhidapi kanser telah diziarahi oleh
Zaki yang merupakan seorang hakim di hospital. Jamal telah membuat satu wasiat di hadapan
Hakim Zaki dan Hakim Zaki telah membuat catatan di dalam buku notanya dan meminta Jamal
untuk menandatangani nota tersebut. Di dalam kes ini, sudah terang bahawa Hakim Zaki
merupakan seorang hakim tetapi beliau telah mendegar atau menjadi satu saksi di luar
mahkamah. Mengikut Zahiri, Hakim Zaki wajib menggunakan pengetahuan kahs beliau untuk
menghukum kes ini. Ini juga disokong oleh separuh pendapat dari Mazhab Syafie dan juga
Mazhab hanafie di mana harusnya seorang hakim menggunakan pengetahuan khas mereka untuk
mengutuskan kes tersebut. Di dalam kes ini, disebabkan Hakim Zaki telah berbincang bersama
Jamal mengenai wasiat tersebut dan juga telah membuat catatan tersebut serta telah
menandatanginya menunjukkan catatan tersebut boleh digunakan sebagai qarinah yang kuat
kerana telah ditandatangi oleh si mati.

Di sini wasiat tersebut boleh digunakan atas pengetahuan khas hakim dan juga catatan
yang berat qarinahnya kerana ia telah ditandatangani oleh si mati menunjukkan kekuatan qarinah
tersebut.

You might also like