You are on page 1of 1

*DOA MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SMKTSS 2021*

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud, Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan
kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Seri Saujana 2021 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki. Jadikanlah hari-hari yang kami
lalui dimulai dengan rahmat-Mu, pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan
juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan
diakhiri dengan kecemerlangan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa, Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu dalam
kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus
perdana kecemerlangan pendidikan negara.

Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir, parapendidik, kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di
sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami
yang utama dan bersama.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh, mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-
cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya, begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya.

You might also like