You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK PENDIDIKAN KHAS MELAKA,


KM 4 , JALAN SEMABOK, TEL : 06 2840205
75050 MELAKA. FAX : 06 2810041
Email : mba2039@yahoo.com.my
Rujukan Kami : SKPKM/ PIBG/ 2022 ( 20 )
Tarikh : 8 APRIL 2022

Kepada:
Pengurus Syarikat Faiza Sdn. Bhd,
PLO 442, Jln. Wawasan 16,
Kawasan Perindustrian Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat, Johor.

Melalui :
Guru Besar,
SK. Pendidikan Khas Melaka,
KM. 4, Jalan Semabok,
75050 Melaka

MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN SEKOLAH


KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS MELAKA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tujuan program ini diadakan untuk meraikan murid-murid berkeperluan khas (masalah
pendengaran) pada bulan Ramadan dan Syawal. Jumlah sasaran murid seramai 29 orang.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada
pihak Yang Berhormat / Datuk / Dato/ Datin / Tuan / Puan untuk memberi sumbangan ‘Bakul Raya’
dan cadangan barangan yang akan disampaikan adalah seperti ketetapan di bawah :
Barangan yang di cadangkan :
i. Beras
ii. Tepung gandum
iii. Bihun
iv. Rempah kari
v. Garam

4. Semoga perkara ini dapat memberi kegembiraan kepada semua murid dan seterusnya
menjayakan program ini.

5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Puan Ibhaliza binti Ibrahim di talian 012-
4622170 (HP), penyelaras program atau 06-2840205 (pejabat).

6. Jasa baik serta keprihatinan tuan bagi membantu pihak kami menjayakan program ini amat kami
hargai dan sanjung tinggi. Diharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan.
Sekian terima kasih.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………..
(Mohamad Hafizuddin bin Mohamad Pauzi)
YDP PIBG
SK Pendidikan Khas Melaka

s.k :
1. Fail Sekolah
2. Fail Unit Kebajikan dan Bantuan

You might also like