You are on page 1of 10

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 2 : SAHSIAH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PENDIDIK

SINOPSIS

Tajuk ini membicarakan mengenai sahsiah dan keperibadian Rasulullah s.a.w.sebagai


seorang pendidik. Dalam unit ini, dikemukakan perbincangan mengenai sahsiah diri
Baginda s.a.w perlu . Pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman guru mengenai diri dan corak pendidikan yang diamalkan oleh Baginda s.a.w..
Selain daripada itu pelajar juga diberi tugasan dan tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para
pelajar diharap akan dapat mencontohi dan menghayati sahsiah Rasulullah s.a.w.
sebagai role-model seorang Mahaguru yang terbaik.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat : .

1. Menerangkan sahsiah keperibadian Rasulullah s.a.w.

2. Menghuraikan peranan dan tugas Rasulullah s.a.w. sebagai


seorang pendidik.

3. Menganalisis pendekatan pendidikan dan kaedah


penyampaian yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w.

16
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 2 Sahsiah Rasulullah s.a.w. sebagai pendidik

KANDUNGAN TAJUK 2: SAHSIAH RASULULLAH S.A.W. SEBAGAI PENDIDIK

Sahsiah Rasulullah s.a.w


 Siddiq
 Amanah
 Tabligh
 Fatonah
 Akhlak sebagai contoh dan role model

Sahsiah Rasulullah s.a.w :

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ‫لم‬,‫ه وس‬,,‫لى هللا علي‬,,‫) نبي محمد ص‬ adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan
merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad
s.a.w merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk
menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai
seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam,
membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,
akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah s.w.t. Nabi Muhammad
dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad s.a.w.
merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi
Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (‫ )األمين‬yang
bermaksud 'yang terpuji'.

17
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Biodata Rasulullah s.a.w :

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim.


2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota
Mekah).
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim.
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-
Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Kelahiran Rasulullah s.a.w. adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan
malam. Kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan
membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam. Sepertimana firman Allah
s.w.t. di dalam surah al-An'am ayat 153 iaitu;

Maksudnya : “dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus,
maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari
jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
bertaqwa”.

Rasulullah s.a.w. bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam  semata-mata
bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam.
Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam
yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia. Firman
Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 iaitu;

Maksudnya, “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan Yang baik, iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan

18
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

(balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)” .

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. adalah
contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat. Dengan kata lain, Rasulullah s.a.w. adalah 'role model' bagi kita umat Islam.
Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak
Rasulullah s.a.w. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".

Ini jelas menerangkan kepada kita bahawa Allah Ta‘ala menurunkan ke atas junjugan
kita Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran, dan mendidiknya sesuai dengan akhlak Al-Quran,
sehingga baginda menerima kepujian yang amat tinggi dengan dikatakan, bahawa
budipekerti baginda itu adalah  Al-Quran. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah
Allah yang terdapat di dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada
menerusi hadis yang diriwayatkan oleh periwayat  hadis yang muktabar ataupun melalui
sirah Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah S.A.W dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke
jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda adalah rahmat daripada
Allah yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini. Sebagai seorang Rasul yang
diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin yang lain. Baginda bersifat maksum
iaitu terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu arah dan
tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Oleh
itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai
pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya
semuanya ada di dalam diri Rasulullah S.A.W.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

19
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah
kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah
bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi
di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman
184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-
anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan
kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang
lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah
yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

20
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.


* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-
Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11H/ 8 Jun 632M

Sifat-sifat Rasulullah s.a.w. :

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yang amat bersopan dalam bertutur kata,
jujur, tidak pernah berdusta serta luhur budi pekertinya. Hal inilah yang membuat kita
mengagumi Baginda. Sehingga ke hari ini, Baginda s.a.w. dikagumi ramai orang di
seluruh pelosok dunia kerana keperibadian Baginda yang amat luar biasa. Michael
H.Hart di dalam bukunya ‘The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History’
meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia paling berpengaruh di dunia di kalangan
100 orang manusia paling berpengaruh di dalam sejarah dunia.

Beliau mempunyai perilaku dan akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia,
khususnya terhadap umatnya tanpa membezakan atau memandang seseorang dari
status sosial, warna kulit, suku bangsa atau golongan. Beliau selalu berbuat baik kepada
siapa saja bahkan kepada orang jahat atau orang yang tidak baik kepadanya. Oleh
kerana itu tidak menghairankan kerana di dalam Al-Quran, beliau disebut sebagai
manusia yang memiliki akhlak yang paling agung.
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu

21
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)
Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu
hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah Tabligh dan
Fathonah. 

1.SIDDIQ

Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak
seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia
merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke
alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.
Pada diri Rasulullah SAW, bukan hanya perkataannya yang benar, malah perbuatannya
juga benar, yakni sejalan dengan ucapannya. Jadi mustahil bagi Rasulullah SAW itu
bersifat pembohong, penipu dan sebagainya. “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-
Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya.”(QSAn-Najm:4~5)

2.AMANAH

Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya,
nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Oleh kerana itulah penduduk Makkah member gelaran kepada Nabi Muhammad SAW
dengan gelaran ‘Al-Amin’ yang bermaksud ‘terpercaya’, jauh sebelum beliau diangkat
jadi seorang Rasul. Apa pun yang beliau ucapkan, dipercayai dan diyakini penduduk
Makkah kerana beliau terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berdusta.
“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi
nasihat yang terpercaya bagimu.” (QS Al-A'raaf: 68)
Mustahil Rasulullah s.a.w. itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya amanah.
Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai
pemimpin bangsa Arab untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan keluarganya,
namun yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam melalui
ajaran Allah s.w.t. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditawarkan kerajaan, harta, wanita oleh

22
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

kaum Quraisy agar beliau meninggalkan tugas ilahinya menyiarkan agama Islam,
Baginda menjawab : ”Demi Allah… wahai pakcik, seandainya mereka dapat meletakkan
matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas
suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau
aku hancur kerananya”…… Meskipun kaum kafir Quraisy mengancam membunuh
Baginda, namun Baginda tidak gentar dan tetap menjalankan amanah yang dia terima.
Setiap orang Muslim sepatutnya memiliki sifat amanah seperti Baginda s.a.w..

3.TABLIGH

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah s.w.t. yang ditujukan oleh manusia,
disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung
Baginda sendiri. “Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah
menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada
mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta
kepadanya.” (QS 'Abasa:1~2) Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah
(QS 'Abasa: 1) turun berkenaan dengan Ibnu Ummi Maktum yang buta yang datang
kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata: “Berilah petunjuk kepadaku, ya Rasulullah.”
Pada waktu itu Rasulullah s.a.w. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin
Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap melayani pembesar-
pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: “Apakah yang saya katakan ini mengganggu
tuan?” Rasulullah menjawab: “Tidak.” Maka ayat ini turun sebagai teguran di atas
perbuatan Rasulullah s.a.w. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim yang bersumber
dari ‘Aisyah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya’la yang bersumber dari Anas.)
Sebetulnya apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w. itu menurut standard umum adalah hal
yang wajar. Ketika sedang berbicara di depan umum atau dengan seseorang, tentu kita
tidak suka diganggu oleh orang lain. Namun untuk standard Nabi, itu tidak cukup. Oleh
kerana itulah Allah s.a.w. telah menegur Baginda s.a.w.
Sebagai seorang yang tabligh, meski ayat itu menyindirnya, Nabi Muhammad s.a.w.
tetap menyampaikannya kepada kita. Itulah sifat seorang Nabi. Jadi, mustahil Nabi itu
‘kitman’ atau menyembunyikan wahyu.

4.FATHONAH

23
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau
jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam
puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.
Baginda SAW harus mampu menjelaskan firman-firman Allah s.w.t. kepada kaumnya
sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga harus mampu berdebat dengan
orang-orang kafir dengan cara yang sebaik-baiknya.
Apatah lagi Baginda mampu mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan
bangsa Arab jahiliah yang asalnya bodoh, kasar/bengis, berpecah-belah serta sentiasa
berperang antara suku, menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan. Itu
semua memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa.
Semoga kita dapat menerapkan 4 sifat Baginda s.a.w. di atas di dalam kehidupan kita
dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Akhlak sebagai contoh dan role model

Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin yang dicontohi dan diikutan. Pemimpin yang


dihormati bukan ditakuti. Pemimpin yang dikasihi dan disayangi. Wajar amat kiranya
kepimpinan baginda itu ditelaah, ditekenuni dan diambil mutiara darinya untuk menerangi
kehidupan.  Rasulullah s.a.w. adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan
umat manusia bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Sikap sesetengah umat
Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang
mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai
contoh ikutan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang memuja
maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah sebagai contoh ikutan
mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak mereka kepada kebaikan tetapi
mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.

Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat
menandingi Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah.
Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah
s.a.w. sebagai 'role model' adalah satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu

24
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

dilakukan oleh kita umat Islam.

Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. iaitu agama Islam.
Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak
akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu Al-Quran
dan Al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi
kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. Rasulullah s.a.w. adalah contoh dan model
unggul umat Islam. Kredibiliti dan ketrampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa
mulia, suami mithali, dan pemimpin adil. Mudah-mudahan kita akan menjadi umatnya,
yang ingin mengambil iktibar dan contoh dari kehidupan baginda. Inilah sebahagian dari
rasa kasih dan cinta kita kepada baginda.

TUGASAN

1- Bincangkan kepimpinan Rasulullah dalam membina Negara Islam Madinah

2- Huraikan Teladan Rasulullah

a. Dalam kehidupan berumahtangga

b. Dengan jiran

c. Sebagai pendakwah

25

You might also like