You are on page 1of 3

DEFINISI DAN KONSEP DAKWAH

Dakwah dalam pengertiannya yang luas adalah merujuk kepada al-Din al-Islam itu
sendiri. Kadang-kadang dakwah disebut juga sebagai al-Amaru bil Makruf wa al-
nahy ‘an al-munkar.(Abdul Ghafar Don:1997)
Pengertian dakwah

Menurut bahasa; dakwah berasal dari bahasa Arab yakni ‫( دعا– يدعوا – دعوة‬da’a -
yad’u - da'watan). Kata dakwah tersebut merupakan ism masdar dari kata da’a yang
dalam Ensiklopedia Islam diertikan sebagai “ajakan kepada Islam. Kata da’a dalam
al-Quran, berulang sebanyak 5 kali, sedangkan kata yad’u berulang sebanyak 8 kali
dan kata dakwah berulang sebanyak 4 kali.
Kata da’a pertama kali dipakai dalam al-Quran dengan maksud mengadu (meminta
pertolongan kepada Allah) yang pelakunya adalah Nabi Nuh a.s. Lalu kata ini
bermaksud memohon pertolongan kepada Tuhan yang pel akunya adalah manusia
(dalam erti umum). Setelah itu, kata da’a bererti menyeru kepada Allah yang
pelakunya adalah kaum Muslimin. Contoh kalimah Da’a dalam al-Quran ialah:

‫ٰ َذلِ ُكم بَِأنَّ ٓۥهُ ِإ َذا ُد ِع َي ٱهَّلل ُ َو ۡح َد ۥهُ َكفَ ۡرتُمۡ َوِإن ي ُۡش َر ۡك بِ ِهۦ‬
ْ ۚ ُ‫تُ ۡؤ ِمن‬
‫وا‬
Maksudnya: lalu dikatakan kepada mereka: Azab yang kamu berada padanya itu
adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseur dan
disembah kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu) dan apabila disekutukan
sesuatu dengan Allah, kamu percaya dan menerima bawaan syirik itu). (Surah
Ghaafir:12)

Manakala perkataan ‫ دعوة‬pula seperti ayat berikut:

َ ‫ض ِإ َذٓا َأنتُمۡ تَ ۡخ ُرج‬


٢٥ ‫ُون‬ ِ ‫ثُ َّم ِإ َذا َد َعا ُكمۡ َد ۡع َو ٗة ِّم َن ٱَأۡل ۡر‬
Maksudnya: Kemudian apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu
bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar. (dari kubur
masing-masing). (Surah al-Ruum:25)

Tujuan Dakwah
Tujuan Dakwah adalah untuk mengajak manusia menyembah Allah Ta’ala,
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkanNYA serta mengikut segala ajaran
yang dibawa oleh para nabi dan rasul agar selamat di dunia dan di akhirat.

Uslub Dakwah
Uslub dakwah bermaksud cara berdakwah dengan menggunakan pendekatan-
pendekatan dakwah untuk menarik golongan yang diseru kepada ajaran Islam

Sasaran Dakwah

1. Golongan Islam supaya istiqamah melaksanakan syari’at Islam


2. Golongan ‘Belum Islam’ supaya menerima Islam sebagai ‘Satu-satunya cara
hidup’ atau ‘The Way of Life’ yang diredhai Allah Ta’ala

Metode-Metode Dakwah
Metode ialah keadah-kaedah dakwah melalu semua medium supaya ‘mad’u’ dapat
menerima dakwah yang disampaikan dengan cepat, tepat dan mudah.

Terdapat beberapa metode dakwah iaitu:

1. Dakwah Bil Hal


Setiap perilaku dan amalan harian para pendakwah dan umat Islam hendaklah
mencerminkan kesucian Islam yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman
sejagat. Setiap tindakan akan dilihat oleh masyarakat non Muslim untuk dinilai
sebelum menerima Islam. Tingkah laku mestilah berasaskan nilai tauhid, mengikut
syariat Islam serta berbentuk ajakan kepada kesempurnaan Islam.

2. Dakwah Melalui Pendidikan


Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani dan rohani
manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses pendidkan Islam ini akan
membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna. Dakwah secara
ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah s.a.w. pada peringkat awal Islam
yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan.

3. Dakwah Melalui Pergaulan


Islam telah menggesa kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah
khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan
jalan yang lurus kepada masyarakat yang belum Islam atau non Muslim. Para
pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak diseru itu
terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah
dengan mereka.
4. Dakwah Melalui Ziarah
Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non Muslim yang
digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila
mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh
melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.

5. Dakwah Bil Khithabah


Dakwah berbentuk tradisional samada secara pidato, ceramah, forum, khutbah dan
sebagainya.

6. Dakwah Bil Kitabah


Menggunakan medium penulisan untuk menyampaikan maklumat-maklumat tentang
Islam seperti kitab-kitab, majalah, cerpen, novel, skrip drama dan sebagainya

7. Dakwah Melalui Medium Hiburan


Islam tidak menghalang hiburan selagi tidak bercanggah dengan syari’at Islam
seperti nyanyian dan lakonan.

You might also like