You are on page 1of 7

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 7 : PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia, organisasi dan fungsi
Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI) dan Sektor Pendidikan Islam JPN (SPIN) serta
perjawatan guru Pendidikan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :.

Menghuraikan organisasi dan fungsi Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI).

Menghuraikan berkenaan perjawatan guru Pendidikan Islam.

Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia

65
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

TAJUK 7

KANDUNGAN TAJUK 7 : PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pengurusan Pendidikan Islam

Organisasi dan fungsi:

 Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI)

 Sektor Pendidikan Islam JPN (SPIN)

Organisasi dan fungsi :

Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI) :

Pengenalan
 
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu,
Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Pada awal
penubuhannya Jabatan ini ialah sebuah unit yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah-
Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menguruskan bantuan kepada
sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru-guru agama yang baru diambilalih. Ia
dikenali dengan nama Unit Pelajaran Agama.
 
Pada tahun 1973, Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran
Agama dengan diketuai oleh seorang pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran
Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam sehinggalah ke tahun 1995. Pada tahun
1995 bidang tugas Bahagian Pendidikan Islam ditambah lagi dengan memasukkan Mata
Pelajaran Moral di bawah kendalian Bahagian Pendidikan Islam. Dengan yang demikian

66
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Bahagian Pendidikan Islam dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Selepas
penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, sekali lagi nama Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam dan diletakkan di bawah
Sektor Operasi Pendidikan.
  
Falsafah Pendidikan Islam
 
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
  
Fungsi Utama
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan
maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber
manusia BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas


Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan
serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan


Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan Bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini / Azhari.

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan


dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir
urus ICT BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan


pentadbiran dan perolehan BPI;

67
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan


dan aktiviti BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan
pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid
di IPA KPM;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan


perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program


Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA;

 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan,


kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam

 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah


dan kepimpinan Islam;

 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan


akhlak dan nilai Islam;

 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan


budaya dan syiar Islam;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid
pengurusan dan aktiviti PI;

 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam
perkhidmatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;

 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan


Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan

 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan Pendidikan


Islam.

68
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

Visi

Bahagian Pendidikan Islam peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi
berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan
di akhirat.

Misi

Mempertingkat kualiti Pendidikan Islam melalui pengurusan yang cemerlang ke arah


menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
 

Objektif

Dalam mencapai visi dan misi, Bahagian Pendidikan Islam telah menetapkan objektif untuk
memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA)
dan Dakwah dalam aspek berikut:

 Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif
mengikut kehendak dan keperluan pendidikan.
 Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah.

 Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan


cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif.

 Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan


pendokumentasian.

 Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan


pengembangan syiar Islam kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Pengurusan sumber manusia.

 Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan
IPA Kementerian Pendidikan Malaysia.

69
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

 Pengurusan bantuan Sekolah Agama Rakyat Kelas Agama Fardhu ‘Ain (SARKAFA).

 Hubungan dan kerjasama antara Bahagian Pendidikan Islam dengan semua agensi
berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan.

Sektor Pendidikan Islam JPN (SPIN) :

Sektor Pendidikan Islam (SPI) adalah nama baru bagi Sektor Pengurusan Pendidikan Islam
dan Moral (SPPIM) selepas penstrukturan semula Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat tiga
unit di bawah SPI iaitu Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Unit Pengurusan Institusi
Pendidikan Agama dan Unit Operasi Dakwah. Pada peringkat awal SPPIM mempunyai
seorang Ketua Sektor, tiga orang Penolong Pengarah, dua orang penyelia dan dua orang
kakitangan sokongan. Kini SPI diketuai oleh seorang ketua sektor, 16 orang pegawai dan
enam orang kakitangan sokongan. Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera. Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Moto : Terbilang Dalam Kalangan Terbaik.

Objektif :

 Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan murid yang
berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan
negara.

 Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan murid


berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

 Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran pegawi perkhidmatan


pendidikan (Pendidikan Islam) dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya
dapat menyumbang ke arah keberkesanan Pendidikan Islam.

 Meningkatkan kualiti kemahiran dan ketrampilan guru Pendidikan Islam dan guru
Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan
pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.

70
PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM PIM2064

 Meningkatkan kualiti perkhidmatan sistem maklumat Pendidikan Islam yang telus dan
tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan
perancangan yang lebih berkesan.

 Meningkatkan kualiti hubungan dan kerjasama antara SPI dengan masyarakat, jabatan
dan egensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat
dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

 Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan IPA JPN sebagai model sistem
pendidikan kebangsaan untuk melahirkan murid yang berkeupayaan mengamalkan
cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan
negara.

 Meningkatkan kualiti dan kecemerlangan IPA JPN bagi membolehkannya berperanan


membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu mengamalkan
cara hidup yang berteraskan Islam dalam kehidupan.

 Meningkatkan kualiti dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara


berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan murid untuk
membentuk keberkesanan Pendidikan Islam.

TUGASAN

TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan fungsi Bahagian Pendidikan Islam KPM (BPI) dan Sektor Pendidikan Islam
JPN (SPIN).

71

You might also like