You are on page 1of 2

Hai perempuan,

Kau kena rogol pun kau yang dipersalahkan


Kau jaga maruah dan tutup aurat pun kau disalahkan
Kau terpedaya dengan si jantan puaka pun
Kau disalahkan

Hai perempuan
Bila kau adu
Kau dicabul
Jantan kata kau gatal
Betina kata siapa suruh kau layan?

Hai perempuan
Mata kau sembab
Muka kau muram
Hati kau dirobek
Mana saudara laki-lakimu
Tatkala kau merintih
Adakah dia membela kehormatan kau?

Hai perempuan
Kau diratah dalam rumahmu sendiri
Kau bukan tak nak lari
Tapi kau sayang pada ibu dan saudaramu
Si keparat gondol
Bebas lepas
Kau menderita sendiri

Hai perempuan
Hidup kau musnah
Kau nak bela diri pun jadi kesalahan
Jangan... Nanti aib keluarga!
Pergi jahanam!

Hai perempuan
Lemahmu bukan kerana tidak kuat
Lemahmu kerana orang mengHUKUMmu sebelum Hakim menjatuhkan

Hai perempuan
Maruahku maruahmu
Hanya kita yang tahu
Kalau tak kena batang hidung kau
Jangan kau tuduh membabi buta
Sedap mulut badan binasa

Hai perempuan
Masanya sudah tiba
Bangkit dan bangunlah
Demi dirimu
Takkan ada orang yang MEMBELAmu
Kau tahu si jantan takkan puas
Mencari salahmu perempuan

Hai perempuan
Jika kau tak wujud
Takkan wujud si jebat durhaka
Takkan hilang Tuah pembela bangsa

Maruahmu bukan untuk diinjak


Kuatmu bukan untuk dipunggah
Lemahmu bukan untuk dicerca
Bijakmu bukan untuk ditawa
Hebatmu bukan untuk dikata

Kau Bangunlah
Hai perempuan
Usah kau gentar
Suarakan hatimu
Kuatkan iltizammu
Menyambut norma baru
Bukan untuk dirobek maruahmu

Nukilan : Durian Tua, Nov 2021

You might also like