You are on page 1of 21

Pendidikan Multibudaya

Sejarah Pembentukan masyarakat

1.0 : PENGENALAN
    
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,
agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.
Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya
boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah
berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk


berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat
majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan
adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam
kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal
ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh
sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan
satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap
masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan
sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu
kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat
bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai
bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan
sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau
membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat
dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.
1.1 : SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA

 Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-
lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk
biasanya dikaitkan dengan negara Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah
didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak
masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan
seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian
kaum di Malaysia, maka wujudnya kepelbagain adat resam, budaya, bahasa, agama dan
sebagainya.

    Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri pelbagai lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara
Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk
dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik,
agama, ideologi, bahasa dan budaya". Menurut Kamus Dewan (2005),ialah kumpulan
manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara-cara
tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui
hubungan bersemuka contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri
daripada bangasa Melayu, Cina, India
dan lain-lain.
 
     Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang berbilang kaum.
Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada abad ke-19
adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi
secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan
asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang
dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

      Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum Melayu
dahulunya tinggal di perkampungan.Selain itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak,
menangkap ikan dan mengutip hasil hutan.Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha. Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah
menganut agama Islam. Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah
mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain.
    Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari
Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan mereka
berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan
masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja sebagai
pelombong semasa era penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah
melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan
pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun
kebanyakan kaum Cina menganut agama Buddha.
 
     Masyarakat India di Tanah Melayu juga tinggal di kawasan ladang atau estet .Kaum India
telah mula datang ke Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya
sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada permulaan
abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh
yang murah, patuh dan senag dikawal.Dalam tahun 1880-an, Hugh Low dan Frederick Weld
telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari
India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi
kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain.
Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

Teori Nusantara

Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana


dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan Bangsa Melayu dan Bangsa
Kawa mempunyai tamadun yang tinggi
      Pada abab ke 19, taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang
lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan
berkembang di Nusantara K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan
bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya Persamaan yang
berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ” ambilan ”
      Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau
jawa.penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang
melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan
mewujudkan tamadun bersendirian Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai
perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu

           Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera
Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan
tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah
asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor),
Minangkabau dan Tanjung Pura. Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis
yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk
informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-
catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka menyebut diri mereka
keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan
yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja
Minangkabau terakhir. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok
kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan
ras ini mulai ditinggalkan.

          Definisi Melayu menjadi berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah
orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut
didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama
islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18, William Marsden
menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah
sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama
Islam.    

1.2.2 : MASYARAKAT MELAYU DI SEMENANJUNG

Definisi Melayu adalah sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu,
beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.

       Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti


Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu,
beragama Islam dan mengikuti adat-istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai orang
Melayu selain daripada Melayu Anak Jati yang berasal daripada Tanah Melayu itu sendiri.
Bahkan orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama
Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

1.  Pengertian Agama dan Kepercayaan menurut masyarakat Melayu


Jika merujuk pada tatanan ilmu social, maka agama dikatakan sebagai sistem kepercayaan
yang teratur atau terorganisasi. Sedangkan kepercayaan adalah keyakinan yang ditujukan
kepada satu-satu fenomena kepercayaan atau tidak memimiliki ciri-ciri yang terorganisasi
ataupun tersistem.

Pada masyarakat melayu, mereka membedakan antara agama dan kepercayaan. Menurut
masyarakat melayu, Agama yang dianggap oleh mereka adalah agama-agama besar yang
diakui oleh pemerintah. Seperti Islam, Kristen, Khatolik, Hindu dan Budha. Sementara
keyakinan-keyakinan seperti penyembahan pada ‘dewa-dewa’ dan kepercayaan akan
kekuatan yang dimiliki makhluk halus (jin, hantu, jembalang, sikodi dan lainnya) hanya
dianggap sebagai suatu kepercayaan saja. Seperti yang terdapat pada suku ‘terasing’ –
Suku Talang Mamak, Suku Akit, Suku laut, dan lainnya. Maupun kepercayaan yang juga
mencangkup masalah upacara-upacara yang lahir dari kebiasaan-kebiasaan lama orang
melayu, seperti tepung tawar, mati tanah dan lainnya.

Namun sebenarnya yang dikatakan kepercayaan dalam masyarakat melayu itu bukan hanya
dalam kepercayan lama saja yang menjadi peninggalan masa lampau seperti animisme, tapi
juga kepercayaan yang datang setelahnya, seperti kepercayaan agama agama hindu,
budha dan Islam sendiri. Dimana Islam yang datang terakhir mengakomodir semua unsur
kebudayaan tersebut secara perlahan, serta melakukan penelusuran terhadap hal-hal yang
bertentangan dengan Islam.

2. Kepercayaan awal dalam kehidupan orang Melayu

Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’,


dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat
yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki.
Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktivitas memuja
pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.

Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan
sebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian, nyanyian, drama, muzik, unsur
mainan, mentera, adat menanam, adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan
dengan kepercayaan itu. Beberapa dari unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada
asalnya merupakan upacara yang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri,
Main Dewa, memutus ubat dan sebagainya.

Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yang
bertujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan
hantu daripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang
larang kerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa
ghaib.

Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang
dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun, tabib, pawang, nenek
kebayan dan sebagainya yang bertanggung jawab memulih diri seseorang yang dipercayai
disampuk atau hilang semangat.

Terdapat juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percaya
individu yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberi
perlindungan. Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati
agar dapat memberi perlindungan. Dalam kepercayaan melayu itu sendiri terdapat enam
benda atau tempat yang dikeramatkan.

 Objek alam seperti batu, puncak gunung, pulau dan tanjung.


Binatang seperti harimau, dan buaya putih.
 Kubur ahli sihir atau pawing. 
Kubur orang yang membuka pemukiman baru.
Pemakaman ulama Islam 
Ulama yang masih hidup
1.2.3 : MASYARKAT SABAH

Ø   Sabah mempunyai lebih dari daripada 32 suku kaum.


Ø   Antara masyarakat yang terbesar ialah masyarakat Kadazan-Dusun dan Bajau.

KADAZAN-DUSUN

AGAMA
Ø  Mereka memegang kepada kepercayaan anismisme.
Ø  anismisme bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh).
Ø  sebahagian kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Ø  Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan.
Ø  Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia
lain.
Ø  Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana
mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit
Ø  Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau
syaitan.
Ø  Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung
Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

KEPERCAYAAN

ü  Masyarakat kadazan-dusun percaya bahawa kepda pantang larang dan tafsiran mimpi.
ü  mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.
ü  mereka juga mempunyai upacara keamatan iaitu setiap tahun selepas menuai padi,
masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" .
ü  upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi.
ü  upacara ini dilakukan oleh Bobohizan(bomoh perempuan).
ü  mereka juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
ü  selain itu , jika belakunya kematian pada hari hujan mereka berpendapat bahawa si mati
akan menangis di alam lain dan jika belakunya kematian pada hari panas mereka
berpendapat sebaliknya.

BAJAU

AGAMA

Ø  Pada tahun 1950-an menunjukkan hampir 75% masyarakat Bajau memeluk Islam
lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.
Ø  Hampir semua di kalangan mereka beragama islam.
Ø  mereka mengamalkan upacara agama seperti, berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran,
dan lain-lain.

KEPERCAYAAN
ü  Mereka juga percaya kepada jin, iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa
luar biasa.
ü  selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu malapetaka yang ditimpa
apabila melanggar adat atau peraturan.
übiarpun begitu, kepercayaan begini semakin pupus.

1.2.4 : MASYARAKAT SARAWAK

Ø  Lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi.


Ø  Kaum majoriti di Sarawak :

·         Iban (Dayak Laut)


·         Orang Melayu
·         Orang Melanau
IBAN

AGAMA

ü  Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu.
ü  Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme ,pegangan ini dipengaruhi oleh unsur-
unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha.
ü  Sebahagian besar orang Iban beragama Kristian selepas kedatangan Barat.

KEPERCAYAAN

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan
ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau'
dan'Lemambang'. Contohnya :

ü  hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak
didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.
ü  percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung
beragai.Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat
untukmenentukan kesesuaian tapak.
Ø  Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya
tidak mendatangkan malapetaka.
Ø  -Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa
akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.
Ø  Bagi menghidar alamat yang bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu
Burung' dan 'belian' akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

Ø  Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional  mereka.


Ø  Misalnya, upacara ‘miring’ (jampi serapah) tujuan menolak bala.
Ø  Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek
moyang mereka.
ü  ‘mali abu’ : petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke
dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak
penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.
Ø  Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau
malapetaka.
Ø  Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi.
ü  Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada
malam sebelumnya.
Ø  aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka.
Ø  Pantang larang oleh ibu mengandung dan suami yang dipercayai oleh masyarakat kaum
iban:
ü  Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
ü  Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan
menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
ü  Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu
pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
ü  Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu
keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
ü  Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
ü  Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh.
ü  Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam
rahim semasa dilahirkan.
               
MELAYU
                                       
AGAMA
Ø  Mereka berpegang kepada  ajaran Islam.
ü  Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka seperti bersatu padu, bertatasusila,
bertanggungjawabterhadap kebajikan seluruh komuniti dan sebagainya.
Ø  Terdapat masjid yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan , selain
bersembahyang.
Ø  Madrasah turut berperanan sebagai pusat kegiatan Islam selain masjid.

KEPERCAYAAN

Ø  Masyarakat Melayu juga percaya kepada pantang larang tertentu.


Ø  Antara contohnya :

      anak gadis tidak boleh menyanyi di dapur kerana bimbang akan bersuamikan orang
tua.
      Wanita mengandung ditegah keluar rumah pada waktu senja kerana bimbang anak
yang dikandung akan hilang diambil makhluk-makhluk ghaib.
      Apabila ingin masuk ke dalam hutan, sama ada untuk mencari hasil hutan, berburu
dan sebagainya. Akan diambil sedikit tanah dan diletakkan di dahi supaya tidak ‘diganggu’
oleh kuasa jahat atau binatang-binatang apabila berada di dalam hutan. Petua ini disertakan
dengan memberi salam, selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan alFatihah.
      Amalan meletakkan daun di telinga perlu dilakukan apabila terdapatnya hujan panas.
Menurut golongan ini, apabila daun diletakkan di telinga, dipercayai makhluk halus tidak
akan mengganggu mereka kerana barangsiapa yang meletakkan rumput ditelinga akan
kelihatan seperti semak samun yang menghijau.
      terdapat juga keluarga ditegah menanam ciku kerana akan menyebabkan kematian
ahli keluarganya
      Tidak digalakkan bangun tidur apabila matahari sudah meninggi kerana menurut
kepercayaan orangtua wanita itu akan cepat tua dari usianya.
       
Ø  Pantang larang ini diamalkan bertujuan memelihara keharmonian kaum dan kampung
seluruhnya.

MELANAU

AGAMA
Ø  Pada asalnya mereka merupakan pagan ( tidak mempunyai pegangan agama)

ü  Menurut Kamus Dewan,’pagan’ bermaksud orang yang tidak percaya pada sebarang
agama utama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan sebagainya.

Ø  Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.


Ø  Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala
dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.
Ø  Tetapi ,ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kemudian keluarga Brooke, ramai
antara mereka beralih kepada agama Islam dan Kristian.

KEPERCAYAAN

Ø  Masyarakat Malanau mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar
biasa sebelum memeluk Islam.
Ø  Mereka percaya dunia mempunyai 3 lapisan  yang terdapat unsur baik dan jahat,iaitu
ü  Atas
ü  Pertengahan
ü  Bawah
Ø  Kuasa-kuasa ghaib yang menjaga ketiga-tiga lapisan ini tidak boleh diganggu kerana
gangguan terhadap mereka boleh menyebabkan masyarakat Melanau ditimpa penyakit atau
kesusahan.
Ø  Makhluk-makhluk halus ini dikenali sebagai ipok , amow , tow , dan during.
Ø  Khidmat dukun atau bomoh digunakan sekiranya makhluk halus marah untuk
memujuknya.
Ø  Namun, kepercayaan terhadap kuasa halus kian berkurangan ekoran pemodenan dan
anutan Islam

1.3 : SEJARAH KEMASUKAN KAUM CINA

Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu zaman
Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan
dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-
negeri Selat semakin pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan
perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura. Penghijrahan orang Cina secara beramai-
ramai ke Johor berlaku semasa pemerintahan Temenggung lbrahim (1825-1862). Orang
Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada
hitam dan gambir. Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu
semakin meningkat akibat perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah terutamanya di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah
memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris
memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat mengeluarkan bijih timah yang banyak
untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain. Kebanyakan imigran Cina yang tiba di
Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan
dan Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien.
Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah
Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan
kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina
mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.

 1.3.1 : FAKTOR KEMASUKAN KAUM CINA 

FAKTOR PENOLAK

1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK


 Negara China mempunyal kepadatan penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk China
tidak seimbang dengan pengeluanan hasil pertanian menyebabkan bekalan makanan tidak
mencukupi. Keadaan ini telah mewujudkan masalah kebuluran dan ini telah menjadikan
kehidupan rakyat China sengsara. Antara tahun 1751 hingga 1851, penduduk China telah
bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang, akan tetapi hasil pertanian semakin
merosot. 

2. BENCANA ALAM 
Kesengsaraan hidup rakyat di China semakin bertambah apabila berlakunya bencana alam
yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian di China. Sepanjang tahun
1840-an dan 1850-an, negara China mengalami banyak bencana alam, iaitu kemarau yang
berpanjangan di Wilayah Hunan di Utara China dan masalah banjir di selatan China
terutamanya di sekitar Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho. Kejadian ini telah
memusnahkan kawasan pertanian dan menyebabkan masalah kebuluran. 
3. MASALAH PENGANGGURAN 
Kehidupan rakyat China semakin susah dan sengsara apabila negara China menerima
kemasukan kuasa asing. Pembukaan perusahaan barat di China telah menyebabkan
industri tempatan merosot. Tambahan pula, kemasukan barang-barang barat dengan
banyak dan murah menyebabkan barangan tempatan tidak laku. Orang-orang Cina yang
terlibat dengan sistem pengangkutan tradisional seperti tongkang dan kereta kuda hilang
pekerjaan dengan pengenalan sistem pengangkutan moden. Justeru itu, kesengsaraan dan
masalah kemiskinan telah mendorong orang Cina ke Tanah Melayu untuk mencari
kehidupan yang lebih terjamin.

 4. DASAR KERAJAAN MANCHU 


Dasar kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung kos pentadbiran
yang semakin bertambah turut menambah beban rakyat Cina. Akibatnya, tidak mampu
membayar cukai yang tinggi ditambah dengan kemusnahan tanaman akibat bencana alam
telah mengakibatkan petani terpaksa menjual tanah bagi membayar cukai tersebut. Atas
desakan hidup inilah telah mendorong orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. 

5. KEKACAUAN POLITIK PEMERINTAHAN MANCHU 


Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan
Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan
Perang Candu II (1856-1860). Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan
kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan
Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1850-
1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan
menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam
pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan
pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari
Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau
korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan
kadar cukai yang tinggi. Tambahan pula, orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai
dinasti asing. Kebencian orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu mendorong
penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.

FAKTOR PENARIK 
1. PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU
 Tanah Melayu mula mengalami perkembangan ekonomi mulai pertengahan abad ke-19
yang telah mendorong kedatangan orang Cina. Tanah Melayu mempunyai daya tarikan
yang cukup tinggi kerana peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan
perlombongan bijih timah, di ladang lada hitam dan kopi. Antara tahun 1899-1900, terdapat
sejumlah 100 ribu orang Cina telah menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang
Cina secara beramai-ramai ekoran kenaikan harga bijih timah. Kemajuan perusahaan getah
turut menarik kedatangan imigran Cina. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada
penduduk yang terlibat dalam penanaman getah adalah merupakan orang Cina. 

2. DASAR INGGERIS DI TANAH MELAYU 


Kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan dan perusahaan bijih timah menyebabkan
Inggeris rnenggalakkan kedatangan imigran Cina. Ini kerana orang Melayu lebih tertumpu
dalam aktiviti sara diri terutamanya tanaman padi. Tambahan pula, Inggeris tidak begitu
berminat memajukan orang Melayu kerana Inggeris bimbang orang Melayu akan bangun
menentang mereka. Bagi menarik minat orang-orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu,
Inggeris telah mewujudkan kestabilan politik bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta
benda orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, Inggeris telah berjaya menamatkan Perang
Larut, Perang Kelang serta membanteras kegiatan perlanunan. Kerajaan Inggeris juga tidak
mengenakan sebarang sekatan, malah orang Cina digalakkan datang ke Tanah Melayu
tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran Cina mampu mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh terutamanya di sektor perlombongan. Hasrat Inggeris untuk
mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu tercapai. 

1.3.2 : CARA KEMASUKAN KAUM CINA

SISTEM TIKET KREDIT


Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen.
Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang
mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk
mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh
Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.

SISTEM KANGCHU
Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan masuk
menetap di Johor dan membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan
seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu
dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya.
Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangchu ini.
                

CARA PERSENDIRIAN
Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui
bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.
1.3.3 : SUKU KAUM CINA DI TANAH MELAYU

Orang Hokkien - kebanyakan mereka terlibat dalam perdagangan dan perniagaan. Mereka


menetap di pelabuhan-pelabuhan penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
Orang Kantonis dan Hakka - bekerja sebagai pelombong. Penempatan mereka tertmpu di
kawasan perlombongan bijih timah. Terdapat orang kantonis yang mahir dalam bidang
pertukangan seperti pertukangan kayu, besi dan kasut.
Orang Teochew - tertumpu kepada kegiatan pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di
ladang-ladang gambir dan lada hitam di kawasan lembah-lembah sungai dan di daerah
Muar , Johor , di Seberang Perai , Pulau Pinang serta di sekitar kawasan pantai negeri
Perak.
Orang Hailam - bekerja sebagai orang gaji di rumah-rumah orang British sebelum Perang
Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai miniman dan
pembekal keperluan domestik.

1.3.4 : BILANGAN / KOMPOSISI PENDUDUK KAUM CINA


                        
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2 berlaku selepas pengambilan Pulau
Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura
dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat
pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg
dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
   Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal
seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan
perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870,
bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun
1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching
dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina.

   Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui
aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem
Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini,
dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.

   Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke
setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh
Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada
tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan.
Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.

   Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai
kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi.
Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang
Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang
dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan
lada hitam di Johor.

   Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang
membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah
yg terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu
ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang
Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah
seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

1.4 : SEJARAH KEMASUKAN KAUM INDIA


Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India dan
golongan Brahmin. Selain berdagang, orang India mahu mengembangkan agama Hindu dan
Buddha di Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada
abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka mula mendirikan petempatan
awal di Melaka yang dikenali sebagai “Kampung Keling”. Pembukaan Pulau Pinang oleh
Francis Light pada tahun 1786, menambahkan jumlah orang India di Tanah Melayu.
Menjelang tahun 1870-an, Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh India
secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan pertanian dagangan seperti
kopi dan getah. Pada tahun 1891, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 75,000
orang dan meningkat kepada 622,000 orang pada tahun 1931. Sebahagian besar buruh
India yang tiba di Tanah Melayu berasal dari India Selatan (Madras) dan India Utara
(Punjab). Mereka terdiri daripada beberapa kumpulan etnik seperti Tamil, Malayali, Telugu,
dan Sikh. Seperti orang Cina, orang India juga mula menetap di Tanah Melayu selepas
tamatnya Perang Dunia Ke-2. Kebanyakan orang India tinggal di kawasan ladang atau
estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebahagiannya menetap di bandar-bandar seperti Kuala
Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.

1.4.1 : FAKTOR KEMASUKAN KAUM INDIA

FAKTOR PENOLAK

1. MASALAH KEPADATAN PENDUDUK


 Kepincangan dan kesengsaraan hidup telah mendorong penghijrahan orang India ke Tanah
Melayu         bagi memulakan penghidupan baru.          India menghadapi masalah
kepadatan penduduk yang tinggi, sedangkan keluasan kawasan pertanian tidak bertambah.
Ini telah menyebabkan bekalan makanan tidak mencukupi akibat kekurangan kawasan
pertanian. Akibatnya wujud masalah kemiskinan dan kebuluran di kalangan penduduk India.
Pada tahun 1845, jumlah penduduk India ialah 130 juta orang dan meningkat kepada 390
juta orang pada tahun 1941.

2. BENCANA ALAM
Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau turut merumitkan keadaan. Pada tahun
1840-an, kawasan di Selatan India mengalami masalah kemarau yang berpanjangan.
Keadaan ini telah menjejaskan pengeluaran makanan. Kadar kematian meningkat akibat
masalah kebuluran dan merebaknya wabak penyakit. Di samping itu, ramai petani di India
menghadapi masalah kehilangan tanah pertanian kerana terpaksa menggadaikan tanah
untuk membayar cukai kepada Kerajaan Inggeris yang tinggi dan menjelaskan hutang
kepada peminjam wang.

FAKTOR PENARIK

1. PERKEMBANGAN TANAMAN DAGANGAN IAITU PERUSAHAAN GETAH


Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada perkembangan
perusahaan getah di Tanah Melayu. Di Eropah, getah diperlukan dengan banyak dalam
perusahaan automobil bagi menghasilkan tayar kereta dan getah juga dijadikan bahan
penebat elektrik dalam perusahaan elektronik. Pada awal abad ke-20, keperluan tenaga
buruh dalam sektor perladangan getah adalah tinggi kerana orang Melayu tidak berminat
bekerja di estet-estet getah. Sebaliknya, mereka menumpukan perhatian terhadap tanaman
padi. Penghijrahan orang India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu berlaku antara tahun
1911 hingga tahun 1921. Pada masa itu, harga getah melambung tinggi. Oleh itu, kawasan
tanaman getah telah ditambah dengan banyaknya. Pada tahun 1900, kawasan tanaman
getah ialah seluas 20,250 hektar. Jumlahnya meningkat melebihi lima kali ganda pada tahun
1938 iaitu seluas 1.3 hektar. Justeru itu, tenaga buruh India diperlukan dengan banyak
selaras dengan pertambahan keluasan ladang atau estet getah. Pada tahun 1911, imigran
India di Tanah Melayu berjumlah 270 ribu orang. Jumlahnya meningkat kepada 470 ribu
orang pada tahun 1921.

2. DASAR KERAJAAN INGGERIS

Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu menggalakkan kedatangan imigran India ke Tanah


Melayu. Buruh-buruh dari India bersedia untuk bekerja di ladang-ladang getah dengan
bayaran gaji yang rendah. Di samping itu, mereka juga diperlukan untuk menjadi buruh bagi
membina jalan raya dan jalan kereta api sebagai langkah memantapkan penguasaan
ekonomi pemerintah Inggeris di Tanah Melayu. Sementara itu, orang Punjabi (Sikh) telah
dibawa masuk oleh Inggeris untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Golongan
yang berpendidikan tinggi digalakkan datang untuk berkhidmat dengan kerja-kerja
pengkeranian dan teknikal. Bagi menggalakkan kedatangan orang-orang India, Kerajaan
Inggeris telah menyediakan bantuan bagi membiayai kos perjalanan mereka ke Tanah
Melayu. Antara tahun 1887 hingga tahun 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi
menanggung kos perjalanan buruh India menggunakan kapal stim. 
1.4.2 : CARA KEMASUKAN KAUM INDIA

SISTEM BURUH KONTRAK 

Pemilik ladang akan membuat pesanan jumlah tenaga buruh yang diperlukan kepada
seorang ejen di India. Ejen tersebut akan pergi ke kampung-kampung bagi mendapatkan
buruh-buruh India yang ingin datang bekerja di Tanah Melayu. Kos perjalanan akan
ditanggung oleh pemilik ladang yang membuat pesanan. Di Tanah Melayu, mereka
dikehendaki menandatangani satu kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang
telah tetapkan oleh majikan masing-masing. Di samping itu, sebahagian daripada gaji
mereka akan diserahkan kepada majikan bagi menjelaskan tambang perjalanan. Di bawah
sistem ini, buruh India dipaksa bekerja keras di ladang iaitu antara 9 hingga 10 jam sehari
dengan bayaran gaji yang rendah iaitu 6 sen sehingga 16 sen sehari. Sejak mula
diperkenalkan pada tahun 1820 hingga dihapuskan pada tahun 1910, kira-kira 250,000
orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem ini. 

SISTEM KANGANI 

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898 dan dihapuskan pada tahun 1938 kerana berlaku
kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932. Menurut Sistem Kangani, majikan akan
menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Di India, Kangani itu
akan kembali ke kampung halamannya. Di sana beliau akan berusaha mengumpulkan
saudara mara, sahabat handai dan penduduk kampung yang ingin bekerja dan berhijrah ke
Tanah Melayu dan semua perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kangani. Melalui sistem ini
seramai 300,000 orang buruh India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sehingga tahun
1938. 
1.4.3 : SUKU KAUM INDIA DI TANAH MELAYU

Orang Tamil - mereka berasal daripada Tamil Nadu. Kumpulan ini telah berjumlah 82%
daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka
sebagai buruh seperti di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang
Tamil juga berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan.
Orang Malayali - mereka berasal aripada pantai Malabar dan dikenali juga sebagai orang
Malabari. Orang Malayali membentuk kira- kira 6% daripada jumlah penduduk India di
Tanah Melayupada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di ladang estet dan terlibat
dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan jawatan-jawatan profesional.
Orang Telugu - mereka berasal dari wilayah Andhara Pradesh. Orang Telugu berjumlah
kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan  bekerja
sebagai buruh di ladang-ladang.
Orang India Utara - mereka berasal daripada Punjabi yang terdiri daripadasuku kaum Sikh ,
Banggali , Sindhi ,  Gujerati , Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam
bidang perniagaan , perkhidmatan kereta api , pengawal keselamatan dan penternak lembu.
Perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam  pengangkutan di
kawasan perlombongan. Ramai Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan
pasukan polis.

1.4.4 : BILANGAN/ KOMPOSISI PEENDUDUK KAUM INDIA

Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari
negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah penduduk
India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya orang
Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan baki komuniti India terdiri
daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India
dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India
Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor, dan
Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau Pinang.

Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan beberapa
bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di Perak Bawah,
Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor Bahru.

Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim Tamil,
bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Ipoh. Tamil Sri
Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun sebilangan mereka juga
tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan ladang.
1.5 : MASYRAKAT MAJMUK DAN DASAR INGGERIS
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada
luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud
masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-
kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam,
bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

        Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak sengaja. Pada awal
abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana
abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah
melayu.

       Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak
kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada
carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran
masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu,
membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan
dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di
malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.

      Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara
beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum
di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang
paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

You might also like