You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ YUSOFF

BIN MAHMUD

Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha Encik


Mohd Sirajuddin Bin Alli Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan
Idris II.

Yang dihormati Tuan Haji Abdul Hisham Bin Hamid Guru Penolong
Kanan HEM,

Yang saya hormati Encik Mohd Husin Bin Abu Bakar Guru Penolong
Kanan Kokurikulum.

Yang diraikan Tuan Hj Yusoff Bin Mahmud,

Yang saya kasihi guru-guru serta rakan-rakan sekalian.


Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang


Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan
kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang
sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Selawat dan Salam
kepada Nabi Muhammad SAW Rasul penunjuk kebenaran.

Hadirin Sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-
saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling
manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu
kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai.
Pada kami, guru kami ini iaitu Tuan HjYusoff bukan sahaja guru,
tetapi ibarat bapa kami di SK Sultan Idris. Berdedikasi, tenang
namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-
butir kata yang dapat digambarkan tentang Sir Yusoff panggilan
mesra apabila di dalam kelas.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas


dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar
melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang
sangat pemurah, berhati murni dan senantiasa memberikan yang
terbaik buat para pelajarnya . Beliau sangat mengambil berat akan
hal kami, terutamanya tahap penguasaan murid dalam matematik .
Kepakaran beliau telah membantu kami semua cemerlang dalam
matematik.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SK SULTAN IDRIS


11 merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada SIR YUSOFF kerana tidak pernah mengenal jemu mendidik
dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa,
semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya
kepada beliau serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan
tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara.

Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti,
namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,

Mentari terbenam di ufuk barat,

Doa kami UTK guru tercinta

Bahagia di dunia hingga ke akhirat

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima
kasih.

You might also like