You are on page 1of 4

SK GURU KALGIDHAR

JALAN GUNTONG, 30100 IPOH

PELEMBAGAAN PERSATUAN / KELAB

PENGAKAP
VWEVEW

1. Nama : Persatuan ini dinamakan Badan Unit Beruniform Pengakap


SK Guru Kalgidhar
2. Alamat : SK Guru Kalgidhar, Jalan Guntong, 30100 Ipoh, Perak
3. Matlamat : Matlamat persatuan ini ialah :
3.1 Menanam minat cintakan unit beruniform kepada pelajar-
pelajar.
3.2 Menyedari pelajar bahawa aktiviti pengakap adalah
sebahagian daripada aktiviti harian.
3.3 Membantu pelajar mendapat kecemerlangan di dalam PKS
dan PAJSK.
3.4 Menarik minat pelajar mengenai aktiviti pengakap terutama
di dalam rekreasi luar kelas.
3.5 Bekerjasama di dalam kumpulan untuk menyelesaikan
masalahnya.
4. Objektif : Objektif kelab/persatuan ini antara lain adalah untuk:
4.1 Melahir, memupuk dan menambahkan minat terhadap
Badan Beruniform Pengakap
4.2 Memberi kesedaran pelajar-pelajar mengetahui undang-
undang/peraturan persatuan.
4.3 Memupuk perasaan bangga terhadap persatuan sendiri
4.4 Membantu pelajar lain untuk meninggikan pencapaian
dalam persatuan ini.
5. Keahlian : Keahlian terbuka kepada murid-murid Tahap 2 yang berminat dan
murid-murid yang telah ditetapkan.

6. Tanggungjawab ahli :

6.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan


sesuatu keputusan
6.2 Ahli-ahli bertanggungjawab mematuhi dan mengambil
tindakan yang berlunaskan Perlembagaan
6.3 Setiap ahli Persatuan diwajibkan hadir atau mengambil
bahagian dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan oleh
Persatuan. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian
hendaklah memberitahu Ahli Jawatankuasa dengan
memberi sebab yang munasabah.
6.4 Sebarang tindakan yang diambil hendaklah diputuskan
dalam mesyuarat Jawatankuasa:-

7. Pentadibiran :

7.1 Penaung : Guru Besar


7.2 Penasihat : EN.P.PATRICK PAUL RAJ
1. EN.TEWARAJOO A/L RAMASAMY
2. PN.JAYANTHI A/P KALIMUTY
3. PN.JUSTENE A/P HENRY
4. PN. P.PENNER SLVAM A/P PANJAVERNAM
5. CIK DEVI A/P KRISHNAN

7.3 AJK :

Persatuan ini ditadbir sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang dipilih
dalam Mesyuarat Tahunan yang diadakan pada awal tiap-tiap tahun.

7.3.1. Pengerusi (Murid Tahun 6) : UTHAYAAVEL A/L SUBRAMANIAM


7.3.2. Naib Pengerusi (Murid Tahun 6) : SUVENTHIRAN A/L VIJAYA KUMAR
7.3.3. Setiausaha (Murid Tahun 6) : TANVEER SINGH A/L GURJEET SINGH
7.3.4. Naib Setiausaha (Murid Tahun 6): LIVASHINI
7.3.5. Bendahari (Murid Tahun 6) : DALWINDER SINGH A/L KIRPIR SINGH
7.3.6. AJK (2 Murid Tahun 6, 2 Murid Tahun 5 dan 2 Murid Tahun 4)

i. YUVAN A/L THIAGARAJAN (T4)


ii. KOOMALA DEWI (T4)
iii. ARVIN (T5)
iv. DEVISHA A/P GUNARAJ (T5)
v. KIRUTHIGA SHALNI A/P JAYASEELAN (T6)
vi. DILIP A/L GUNALAN (T6)

7.4 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

7.4.1 Pengerusi
- Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan.
- Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa dan tahunan
- Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
- Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan persatuan dengan
Guru Penasihat
- Memastikan aktiviti Persatuan berjalan dengan licin dan mendapat
sambutan

7.4.2 Naib Pengerusi


- Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya
- Menggantikan Pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya jika Pengerusi tidak dapat hadir.

7.4.3 Setiausaha
- Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli
- Menyediakan laporan penggal/tahunan untuk Guru Penasihat
- Menguruskan minit mesyuarat
- Menjemput ahli-ahli untuk menghadiri mesyuarat tahunan

7.4.4 Naib Setiausaha


- Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

7.4.5 Bendahari
- Mengutip yuran
- Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
- Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
- Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat

7.4.6 Naib Bendahari


- Membantu bendahari dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

7.4.7 Ahli Jawatankuasa


- Membantu dalam perancangan dan pelaksanaan segala aktiviti persatuan

8. Kewangan
8.1 Yuran : Setiap kutipan yuran harus mendapat kebenaran pihak sekolah.
8.2 Kutipan yuran dan wang yang dikumpul hanya boleh digunakan untuk aktiviti
Persatuan mengikut peraturan.
8.3 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain bentuk
dari mana-mana pihak. Sumbangan luar harus dimaklumkan kepada pihak sekolah.
9. Mesyuarat
9.1 Mesyuarat tahunan diadakan pada awal sesi persekolahan atau pada tarikh yang
sesuai dan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan dan Guru Penasihat.
9.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap
semester atau pada bila-bila masa yang diperlukan.
9.3 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga dari ahli-ahli hadir.
9.4 Mesyuarat tahunan hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat.
9.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli-
ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
9.6 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari
sebelum mesyuarat diadakan.
9.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat
berjalan dengan licin dan sempurna.

10. Pindaan Perlembagaan


Pindaan kepada Perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan atas
nasihat Guru Besar, Guru Penyelaras atau Guru Penasihat.

Diluluskan dan didaftarkan oleh : Disemak oleh :

(PATRICK PAUL RAJ A/L PHILIP) (SINNATHAMBY RAMANATHAN)


Guru Penasihat PK Kokurikulum

You might also like