You are on page 1of 10

DASAR PANITIA

SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN
DATUK KELANA

KETETAPAN BERTARIKH 10.2.2021


DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA

PENGENALAN
Pantia Sains melibatkan mata pelajaran Sains di SK Datuk Kelana. Guru adalah dalam kalangan guru
opsyen major matapelajaran Sains dan bukan opsyen. Walaubagaimana pun, kebanyakannya
mempunyai pengalaman yang luas mengajar mata pelajaran Sains dalam perkhidmatan. Guru yang
telah dipilih untuk mengajar mata pelajaran Sains harus terdiri daripada guru-guru yang telah sah
jawatan dalam perkhidmatan, berkelayakan, terlatih, berpengalaman, berdedikasi serta komited dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains bagi murid SK Datuk Kelana demi
mempertingkatkan prestasi murid dan kemenjadian murid secara holistik seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HALA TUJU SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI, MISI, MATLAMAT

1. Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


2. MIsi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
3. Matlamat: Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatu Padu ; Melahirkan Insan
Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketrampilan Dan Sejahtera ; Menyediakan Sumber
Tenaga Manusia Untuk Keperluan Kemajuan Negara ; Memberi Peluang Pendidikan Kepada
Semua Warganegara Malaysia.

KURIKULUM

1. Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan ko-akademik yang


merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan murid sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sahsiah serta menanam dan mempertingkatkan nilai dan menyampaikan pengetahuan.
2. Dasar kurikulum sekolah mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan
kebangsaan.
3. Kurikulum yang hendak dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan perubahan kurikulum
semasa.
5. Program akademik mestilah diutamakan demi melindungi masa instruksional (MMI) murid
bersemuka dengan guru.

2
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

1. Jawatankuasa Kurikulum sekolah adalah seperti yang dilampirkan dalam Buku Panduan
Pengurusan Sekolah Peringkat Sekolah Rendah.
2. Mesyuarat jawatankuasa kurikulum dan panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat
kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di
sekolah.
3. Setiausaha mestilah dilantik daripada guru kanan mata pelajaran dan berkebolehan serta mahir
dalam tugasan luar PDP.
4. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti
yang digariskan dalam buku pengurusan kualiti jabatan pendidikan perak ataupun SKPM dan
agenda mestilah melibatkan isu-isu dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.
5. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat jawatankuasa
kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia
dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha jawatankuasa.
6. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan
kurikulum di dalam mata pelajaran Sains dan guru kanan mata pelajaran berserta serta Ketua
Panitia dipertanggungjawab sepenuhnya.
7. Pengutusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan elemen National Key Result Area
(NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan pengurusan sekolah.
Sehubungan itu, setiap guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu merangka
aktiviti projek, KPI dan sasaran kerja di awal tahun. Pelaporan akan dibentang dan disemak dua
kali setahun untuk melihat hasil pencapaian akademik.

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

PERNYATAN DASAR

1. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 1986
dan Surat Pekeliling Kewangan Bil.1/2021 atau yang terkini
2. Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat
adalah berkait rapat dengan kekesanan pengajaran guru di dalam kelas. Mengajar adalah tugas
utama guru. Ia merupakan faktor utama penentu tahap pencapaian murid. Oleh itu, perlu di urus
dengan baik supaya ia mendapat impak yang disasarkan. Oleh itu, panitia mata-mata pelajaran
hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu,
berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan keberkesanan
pengajaran.
3. Panitia mata-mata pelajaran mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.
4. Pihak Pentadbir akan menyelia semua fail panitia sebanyak 2 kali setahun. Semua Fail
Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa.
5. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan sebanyak minimum 4 kali setahun dalam tempoh dua
minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir.
Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kurikulum.
6. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail kerja panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan perlu diselia oleh Ketua Panitia. Fail
perlu dilengkapkan seperti senarai semak yang diedarkan.

3
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
7. Ketua Panitia akan menetapkan organisasi dalam panitia mengikut keperluan. Guru akan dilantik
dan dipertanggungjawabkan memegang tugasan tertentu diterangkan tentang perincian tugas. Hal
ini bergantung kepada bilangan ahli dalam panitia mengikut keadaan semasa.
8. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita (PCG) panitia
diurus dengan berkesan. Oleh itu, guru Mata Pelajaran perlu membantu dalam pengurusan
kewangan panitia.
9. Konsep mengurus kewangan ialah bersandarkan 4M iaitu :
 Merancang perbelanjaan – mengikut keutamaan panitia dan dibincangkan dalam agenda pada
mesyuarat pertama, guru mata pelajaran perlu menyenaraikan keperluan BBM mengikut
keutamaan
 Melaksanakan perbelanjaan – Mengikut prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa
 Memanfaatkan perbelanjaan – Menghabiskan perbelanjaan yang diperuntukkan dengan
berhemah dan bijak
 Merekod penerimaan dan sumber pendidikan – Menguruskan kad petak dan rekod stok

RANCANGAN PENGAJIAN TAHUNAN (RPT), DOKUMEN STANDARD KURIKULUM


PRESTASI (DSKP) DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RPH) KSSR

PERNYATAN DASAR
1. RPT, DSKP dan RPH adalah dokumen rasmi dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang
proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Semua guru perlu menyediakan RPH dengan menggunakan Collaborative Instructional
Design System (CIDS) sebelum masuk ke kelas. RPH mestilah berdasarkan MIW dan RPT
yang telah dibina di dalam CIDS pada awal tahun dengan merancang PDPc mengikut takwim
minggu persekolahan yang ditetapkan dalam setahun bergantung kepada takwim
persekolahan.
3. Penyediaan RPT dalam CIDS harus mempunyai Tarikh, Tempoh, Minggu, Standard
Kandungan, Standard pembelajaran.
4. Format menulis RPH harus mengandungi Tema, Tajuk, Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran, Kriteria kejayaan, Objektif, Profil pelajar, Profil media pembelajaran,
mengintegrasi item pembelajaran, menyesuaiakan kemahiran, megaplikasikan alat, menerap
nilai, membentuk item-aktiviti pembelajaran, dan catatan Refleksi.
5. Objektif harus ditulis berdasarkan bilangan murid dan mengambil kira PDP terbeza bagi
murid dalam kelas tersebut.
6. Refleksi yang ditulis harus berdasarkan bilangan murid yang menguasai dan perancangan
intervensi kepada murid yang tidak menguasai topik berkenaan perlu dicatat pada impak.
7. RPH yang lengkap perlu dihantar untuk disahkan pada setiap hari Jumaat secara mingguan
oleh pentadbir.
8. Bagi guru yang menghadiri kursus, RPH masih perlu disediakan agar perancangan yang
disediakan dapat djalankan oleh guru ganti bagi kelas dan mata pelajaran tersebut dengan
membuat sedikit catatan pada ruangan catatan.        

PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

PERNYATAN DASAR

4
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
1. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPc) mesti dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa
Malaysia manakala bagi kelas Dual Language Programme (DLP) guru harus menggunakan
Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sekolah ini merupakan kohort ke -2 dalam program DLP.
2. Guru harus menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT). Guru
dan murid boleh bergerak ke luar kelas dan memanfaatkan bilik-bilik khas seperti bilik Sains,
Makmal Komputer, Bilik RBT, Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Akses untuk tujuan PDPc.
3. Penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik-bilik darjah.
4. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan
pembelajaran berasaskan laman web digalakkan dan perlu diperluaskan.
5. Proses pembelajaran mestilah menggabungkan content skill, languange skill, ICT skill dan
pedagogy skill. Oleh itu, setiap guru mestilah berusaha menambah pengetahuan dan
meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara
berterusan.
6. Memastikan penguasaan ‘basic facts and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid
dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan
membosankan murid untuk belajar sebelum beredar ke topik seterusnya.
7. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir
kritis dan kreatif semasa proses PDPc (Slogan Q : Quality Teaching, Quality Learning)
8. Menggunakan pelbagai pendekatan , kaedah, strategi dan teknik (seperti pendekatan masteri,
construct based teaching menggunakan block time table, pendekatan penilaian kendiri
menggunakan graf prestasi dan pembelajaran konstektual di dalam PDPc bagi meningkatkan
ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan
prestasi pencapaian peperiksaan awam. Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
9. Penggunaan kumpulan pembelajaran kolaboratif, pementoran, dan PLC mestilah diperluaskan
dalam kalangan guru dan murid. Dengan itu, kerjasama antara murid dan guru dapat
dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.
10. Guru harus bersedia menambah pengetahuan dan melengkapkan diri dengan sistem
perkembangan pembelajaran terkini dengan menerapkan elemen dan unsur seperti 4K1N,
PAK21, Pendidikan STEM dan KBAT – Kemahiran berfikir Aras Tinggi dalam PDPc guru
seiring dengan perkembangan semasa.
11. PDPc perlu berstruktur dan terancang dengan baik. Kaedah pedagogi yang bertepatan perlu
dikenalpasti dan lebih menjurus kepada penglibatan murid. Guru perlu menggunakan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif dan inovatif bagi menarik perhatian murid di dalam
kelas.
12. Guru mestilah sentiasa memantau prestasi pencapai murid seperti ketetapan pihak sekolah.
dan berusaha membuat Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) untuk mencapai sasaran
seterusnya. Pengurusan Headcount Mata Pelajaran dan graf prestasi mestilah menjadi amalan
dan kelaziman bagi guru.
13. PDPc menggunakan kaedah abad ke-21 (PAK-21 )perlu diguna pakai dan dijalankan secara
berbeza pada setiap PDPc dan tidak menggunakan amalan tradisi iaitu secara ceramah dan
interaksi satu hala.
14. AJK Bilik Sains dan Inventori yang dipertanggungjawabkan mestilah menyelenggara dan
mengurus stok inventori dan Bilik Sains dengan terurus mengikut panduan. Peraturan Bilik
Khas dan perkataan “Utamakan Keselamatan” perlu dipamerkan agar dipatuhi oleh murid dan
guru lain.

5
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
15. Rekod penggunaan bilik khas harus disediakan untuk tujuan dokumentasi.
16. Bahan dalam Kit Keselamatan perlu dikemaskini dan disemak secara berkala

6
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
PENCERAPAN DAN PEMANTAUAN PDPC

PERNYATAN DASAR

1. Pemantauan keberkesanan proses PDPc mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran dan barisan
pentadbir di akhir sesuatu sesi PDPc berdasarkan objektif pembelajaran, penguasaan
pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas.
2. Guru akan dinilai melalui pencerapan guru sebanyak 3 kali setahun seperti terkandung dalam
Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Guru-guru dinilai mengikut standard 4 dalam SKPMg2.
Guru akan dinilai berdasarkan item dan akan berada pada salah satu tahap sama ada
Cemerlang, Baik, Memuaskan, Tidak memuaskan dan Lemah. Guru yang mendapat markah
rendah akan dibimbing oleh rakan sekerja agar profesionalisme dalam pedagoginya mampu
dipertingkatkan.
3. Guru perlu bersikap terbuka dalam menerima komen terhadap penambahbaikan dalam proses
PDPc.
4. Untuk itu, panitia perlu menjalankan Profesional Learning Community (PLC) sesama panitia
dan perancangan teliti perlu dibuat. Ia merupakan program peningkatan profesionalisme
dalam kalangan guru. Setelah selesai PLC sesalinan laporan perlu dihantar kepada pentadbir
untuk proses dokumentasi.
5. Panitia berperanan membantu satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke
arah kecemerlangan pencapaian mata pelajaran yang berkaitan.

BUKU TEKS, BUKU AKTIVITI , BUKU KERJA, BUKU TULIS MURID

PERNYATAAN DASAR

1. Guru perlu sentiasa merujuk Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
panduan semasa menyampaikan isi kandungan pembelajaran.
2. Buku kerja dibenarkan untuk digunakan asalkan tidak menggantikan buku teks secara
menyeluruh dan mematuhi SPI Bil 10/19991 bertarikh 2 Oktober 1991.
3. Murid perlu didedahkan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan boleh disoal
secara lisan atau bertulis meliputi aspek penyelesaian masalah, mereka cipta, menilai dan
menganalisis.
4. Ketetapan mengikut mata pelajaran adalah seperti jadual berikut:
Mata pelajaran Sains
Jumlah Buku -Buku Teks
Latihan -Buku Kerja Tahap 2
-Buku Aktiviti KPM Tahap 1
-Buku Tulis(1)
-Buku nota panjang(1)
-Buku Kerja Tambahan Tahap 2
LATIHAN MINIMA MURID

PERNYATAAN DASAR

1. Latihan pelajar adalah penting bagi mengesan kefahaman murid selepas sesuatu PDPc. Ia
adalah untuk memastikan pengukuhan dan pengayaan dalam topik yang diajar. Latihan juga
mesti mempunyai aras rendah, sederhana dan tinggi.

7
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
2. Guru boleh mempelbagaikan kaedah memberi latihan dan mentaksir murid dalam bilik darjah
seperti melalui pemerhatian, soal jawab, lembaran kerja, kuiz, aktiviti kumpulan, projek dan
lain-lain yang dirasakan sesuai dengan merujuk DSKP. Soalan KBAT boleh diterapkan 1 kali
minimum dalam PDPC bagi seminggu.
3. Pentaksiran mestilah direkod dalam profil perkembangan murid dan template perekodan ofline
PBD. Pelaporan perlu disediakan 3 kali setahun.
4. Ketetapan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut
Mata pelajaran Sains
Jumlah Buku 1 set latihan bagi setiap topik
Latihan
Bilangan Minimum 1 eksperimen bagi setiap topik
eskperimen
atau projek
5. Bagi mata pelajaran sains format menulis laporan mesti mengandungi item seperti tujuan,
pernyataan masalah, pemboleh ubah, alatan dan radas, rajah, kaedah, pemerhatian, hipotesis,
kesimpulan dan perbincangan.

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

PERNYATAAN DASAR

1. Semua program panitia perlu dibuat berdasarkan Buku Perancangan Strategik Sekolah dan
dengan merujuk Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
2. Program peningkatan panitia tidak hanya berpusat kepada murid Tahun 6 tetapi perlu
melibatkan seluruh murid dari Tahun 1 hingga 6.
3. Skop program yang hendak dirancang perlulah menitikberatkan tujuan asal melaksanakan
program iaitu untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran dalam mata pelajaran , mencungkil
bakat terpendam murid, menajamkan kemahiran berfikir, meningkatkan kemahiran
berkomunikasi, mendidik murid menguasai pemerolehan maklumat dan ilmu pengetahuan,
meningkat motivasi untuk lebih meminati mata pelajaran Sains dan demi kemenjadian murid
secara holistik.
4. Program yang dirancang perlu dijalankan dan diagihkan sepanjang tahun. Program ko-akademik
dijalankan kerana ia bertujuan menyokong PDPc mata pelajaran.
5. Program yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan teliti kerana melibatkan aktiviti,
penglibatan guru dan murid serta kewangan. Kertas kerja yang dibuat perlu disahkan oleh
pentadbir. Ketua Panitia berperanan merancang program bersama ahli panitia semasa di awal
sesi persekolah agar tempoh yang cukup dapat menjadikan pelaksanaan lebih terperinci dan
teratur.
6. Laporan selepas menjalankan program perlu diisi dan dihantar kepada pentadbir bukan hanya
untuk tujuan dokumentasi malah untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Pelaksanaan
program ini seharusnya menunjukkan perkembangan positif dan peningkatan PDPc murid
dalam pentaksiran dan peperiksaan.
7. Program yang dirancang perlu mengambil kira keperluan semasa murid dengan melihat dan
menganalisis data pencapaian murid dalam akademik.

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

8
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
PERNYATAAN DASAR

1. Peperiksaan yang dijalankan adalah untuk mewujudkan satu sistem penilaian yang menjamin
mutu bagi mengukur kebolehan dan perkembangan murid secara kualitatif. Murid yang dinilai
akan dianalisis melalui pencapaiananya dan guru perlu berusaha membaiki mutu pengajaran
bagi meningkatkan perkembangan murid tersebut.
2. Peperiksaan sumatif dijalankan sebanyak 3 kali setahun iaitu Ujian Rasmi 1, Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid Tahun 4 , 5 dan 6 seperti yang
ditetapkan oleh mesyuarat kurikulum sekolah. Murid tahun 6 juga akan menjalankan
peperiksaan tambahan atas keperluan seperti Peperiksaan Percubaan bagi menyediakan murid
Tahun 6 untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
3. Bermula Tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa murid
Tahun 1,2 dan 3 tidak akan menjalankan peperiksaan tetapi murid perlu ditaksir secara
berterusan dengan pelbagai kaedah PBD seperti melalui tulisan, pemerhatian, projek dan lain-
lain seperti yang digariskan dalam dokumen Panduan Pentaksiran Bilik Darjah.
4. Penilaian Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankan harus berpandukan DSKP dengan melihat
deskriptor pada Tahap Penguasaan.
5. Markah peperiksaan murid Tahun 4, 5 dan 6 harus dimasukkan ke dalam sistem SAPS secara
talian mengikut tarikh yang ditentukan dan salinan disimpan di dalam buku persediaan
mengajar.
6. Gred pencapaian adalah seperti yang ditetapkan di dalam mesyuarat kurikulum iaitu dengan julat
80%-100% ialah gred A, 65%-79% ialah gred B, 50%-64% ialah gred C, 40%-49% ialah gred
D dan 0% hingga 39% ialah Gagal dengan gred E. Murid yang mendapat gred A hingga D
dikatakan melepasi tahap minimum (MTM) dan murid dengan julat gred E dikatakan Belum
Menguasai Tahap Minimum (BMTM).
7. Guru penyedia soalan yang ditetapkan secara penggiliran oleh panita pada mesyuarat perlu
mengikut SOP Peperiksaan yang ditentukan. Guru perlu menyediakan Jadual Spesifikasi Item
berdasarkan Taxonomy Anderson dengan nisbah aras sukar 2 : sederhana 3 : senang 5.
8. Ketua Panitia dan penyelaras Mata Pelajaran bertanggungjawab menyemak kertas soalan
sebelum cetakan dilakukan. Soalan yang dibina perlu dihantar kepada Ketua Panitia dalam
google drive berbentuk softcopy.
9. Guru mata pelajaran perlu menyemak sendiri kertas peperiksaan dan menilai jawapan murid
mengikut skema jawapan yang diselaraskan oleh penyedia soalan.
10. Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) perlu disediakan bagi murid yang tidak mencapai target
oleh guru mengikut kelas yang diajar untuk setiap peperiksaan yang dijalankan. Dialog prestasi
peringkat panitia membincangkan PILL yang dibuat oleh guru untuk dibentangkan pada
mesyuarat peringkat kurikulum.
11. Guru mata pelajaran perlu menyediakan data Headcount dengan menetapkan Take off value
(TOV) dan Estimate Target Result (ETR) untuk kelas yang diajar bagi menentukan Hala Tuju
dalam panitia. Murid yang ditarget untuk kualiti dan BMTM perlu ditentukan semasa
mesyuarat.
12. Bagi pentaksiran PBD, semua murid perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3
pada penghujung tahun. Guru perlu membantu murid yang lemah menguasai tahap minima ini.
13. Peratus penguasaan murid dalam PBD ialah 100% mencapai tahap penguasaan 1-3, 50% murid
Berjaya mencapai Tahap penguasaan 4, 75% murid mencapai Tahap penguasaan 5, dan Tahap
penguasaan 6.

9
DASAR KURIKULUM PANITIA SAINS SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK
KELANA
14. Rekod individu pencapaian Tahap Penguasaan bagi Pentaksiran Bilik Darjah adalah dalam
rumusan yang terdapat pada pelaporan PBD. Perkembangan murid perlu dilaporkan kepada ibu
bapa untuk makluman ibu bapa terhadap prestasi anak mereka.
15. Format atau tatacara merekod PBD adalah sebagaimana yang telah didedahkan oleh Guru Besar
dalam mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
16. Penjaminan Kualiti PBS adalah mengikut Penyelarasan Skor 4P Pementoran, Penyelarasan,
Pementoran dan Pengesanan sebanyak 3 kali setahun.

10

You might also like