You are on page 1of 1

Tutorial MDP

1. Definisi Pembelajaran Masteri

Menurut Bloom 1968, Pembelajaran Masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Menurut falsafah Bloom, telah mengatakan
bahawa semua atau hanpir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan
penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai
pembelajarannya.

Oleh itu, pembelajaran masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses PdP yang terancang dan berkualiti serta memberi
fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Cabaran utama dslsm prmbelajaran masteri ialah menyediakan
masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar mencapai keupayaan
yang sama.

2. Impliksi pembelajaran masteri terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar masa kini.

Model Masteri ini adalah untuk menentukan hasil pembelajaran “Learning outcomes” dalam program pembelajaran.
Impaknya Model Masteri ini membolehkan semua pelajar dalam kelas akan dapat mencapai pengetahuan atau
kemahiran yang ditentukan oleh guru sekiranya guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti
dan diberi masa yang sesuai. Jadi, guru perlu menjalankan ujian I dan II bagi model Masteri tersebut. Misalnya, guru
akan menetapakan pelajar dikehendaki menjawab betul soalan sekurang-kurangnya 17/20 soalan. Pelajar yang gagal
mencapai tahap kecekapan minima dikehendaki diberi semula pemulihan oleh guru bagi memastikan ujian II akan
dapat skor markah yang ditetapkan. Jadi pelajar yang lemah dapat bergerak bersama-sama dengan pelajar lain dan
tidak akan ketinggalan dalam pelajarannya.

You might also like