You are on page 1of 1

Bincangkan mengenai apakah kewajaran PKPP, PKPB dan PKP diteruskan?

PKP yang dilaksanakan ini akan memberi kesan kepada 33.8 juta penduduk di Malaysia
yang terdiri daripada 76.6 peratus tinggal di bandar dan 23.4 peratus di luar bandar.
Pelaksanaan PKP, PKPB, PKPP merupakan satu tindakan pencegahan penularan dengan
cara memutuskan rantaian COVID-19 terutamanya kepada pesakit yang dijangkiti daripada
kontak yang tidak dikenali. Tumpuan perlu diberikan kepada kawasan bandar atau kawasan
yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi.

Apakah kesan terhadap sosial dan ekonomi?

Kesan terhadap keselamatan. Berlaku peningkatan scammer . Penderaan dan keganasan


rumah tangga. Peningkatan gelandangan. Rakyat Malaysia terkandas di luar negara.

Kesan terhadap pendidikan. Bahan rujukan yang terhad. Kurang komunikasi lisan. Akses
internet terhad. Pindaan sesi persekolahan dan ujian. Kesan terhadap murid, kekurangan
rangkaian internet untuk mengakses maklumat yang diperlukan dalam setiap tugasan.

Apakah implikasi dari sudut positif dan juga sudut negatif?

Impak daripada pandemik COVID-19 bukan sahaja tertumpu kepada ekonomi negara
malahan ia juga memberi kesan kepada aspek sosial penduduk. Penduduk akan mengalami
perubahan gaya hidup harian berbanding kehidupan sebelumnya seperti pekerjaan yang
boleh menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan,
kebajikan, aktiviti keagamaan dan hubungan sosial. Implikasi dari sudut positif ialah kita
dapat memutuskan rangkaian Covid 19 daripada terus merebak. Selain itu, implikasi positif
yang dapat dilihat ialah kadar jenayah berkurang dan kadar kemalangan jalan raya
berkurang

Implikasi dari sudut negatif ialah penurunan dalam sektor Pekerjaan dan Perniagaan. Ramai
masyarakat kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Permintaan dan jualan
berkurang daripada pemborang dan peniaga dan perniagaan atau premis terpaksa ditutup.
Selain itu, implikasi dari sudut negatif ialah dari segi kesihatan. Tekanan mental dan emosi
berlaku dalam kalangan masyarakat. Penyakit obesiti akan berlaku sekiranya gaya
pemakanan tidak dijaga. Bekalan makanan dan perubatan terhad menyebabkan
kekurangan stok ubat- ubatan yang diperlukan.

You might also like